Thursday, March 11, 2010

Akuarium Kehidupan..

Assalamualaikum w.b.t

Cuba seketika kita layari dunia fantasi dengan membayangkan sebuah akuarim. Didalamnya tinggal seekor ikan. Tak kisah la ikan kelisa, ikan laga atau ikan apa sekalipun..
Sekarang, bayangkan pula didalam akuarium itu terdapat pula pelbagai hiasan dan tempat permainan si ikan yang indah dan menyeronokkan. Tambah pula dengan persekitaran yang dipelihara dengan baik oleh tuan yang memeliharanya. Air ditukar seminggu sekali, beserta dengan pam air yang berteknologi canggih, dan pelbagai lagi. Pokoknya, hidup si ikan cukup indah dan bermakna apabila berada didalam akuarium.

kehidupan manusia didunia ibarat kehidupan si ikan di dalam sebuah akuarium yang selesa
 
Tapi nanti dulu, benarkah kehidupan si ikan itu betul-betul bermakna? Tiada sedetik rindukah padanya untuk berjumpa dengan sanak saudara yang bebas hidup di sungai-sungai atau lautan yang luas terbentang? berkeliaran bebas di dasar-dasar lautan yang penuh dengan makanan semulajadi, batu karang yang indah, sesuai dijadikan tempat santai si ikan menghabiskan masa dengan sanak saudaranya yang lain? Dan tidak lupa pula, tuan yang memelihara segala jenis ikan dilautan dan sungai itu adalah Allah Yang Esa.  Sudah tentu, hal ini perlu ditanyakan kepada si ikan..bukan begitu?

setelah jauh kita meneroka alam fantasi, sekarang mari kita kembali semula ke dunia realiti. Cuba bayangkan pula, si ikan itu adalah seorang manusia. Akuarium itu pula diibaratkan sebagai bumi, lautan itu  diibaratkan sebagai syurga, pemelihara akuarium itu diibaratkan sebagai yahudi dan nasrani, manakala pemelihara lautan tersebut, tetap Allah Yang Esa.

Sekarang, mari kita kecilkan lagi skop pemikiran kita. Bayangkan segala keselesaan tempat permainan serta persekitaran didalan akuarium itu adalah, hiburan dan keseronokan yang di bekalkan oleh musyrikin yahudi dan nasrani. Segala jenis hiburan, yang menjadi seperti yang wajib untuk umat Islam masa kini perolehi. Mereka-mereka yang leka dan tiada perasaan bersalahnya untuk berseronok dengan konsert-konsert rock, indie dan sebagainya. Meminggirkan status Islam itu untuk terkinja-kinja dikelab-kelab malam. Menghina status ummat akhir zaman yang beragama islam untuk meneguk sebotol arak dengan tiada perasaa malu. Sehingga terikut-ikut dengan budaya barat yang dianggap evolusi sekularism yang terbaik. Dimana hilangnya malu seorang saudara perempuan, dimana hilangnya maruah yang dijaga bak mutiara yang amat berharga suatu masa dulu bagi kaum yang bernama wanita. Sehingga tidak kenal istilah aurat dan apa sebenarnya yang diajar oleh Islam. Dimana pula hilangnya karisma-karisma seorang insan yang bergelar lelaki untuk melindungi negara, agama dan keluarga agar tidak lekang dengan ajaran Islam. Sehingga kini, hampir separuh kaum lelaki ini lebih terkenal dengan gelaran dayus kerana menjadi ketua untuk mengajak umat manusia ke lembah kehinaan. maksiat. merosakkan kehormatan si wanita. hairannya, wanita itu, tidak pula menolak.
Lautan yang diciptakan oleh Allah penuh dengan fantasi serta keajaiban yang tersendiri
 
Cukup dengan itu agaknya, mari kita bayangkan pula lautan yang luas terbentang itu sebagai Syurga Allah yang satu diakhirat kelak. Tidak terdetikkah dihati ummat2 Islam masa kini yang semakin lalai dan leka dengan nikmat dunia itu untuk bertemu dengan para penghuni syurga? Dimana hilangnya kerinduan untuk bertemu dengan wajah Junjungan Rasulullah S.A.W? Bebas melakukan apa sahaja di taman Allah itu, dengan nikmat yang tidak terkata. Benar, ada harga yang perlu dibayar untuk menempatkan diri di situ. Adakah kita memerlukan jutaan ringgit wang, emas bergunung ganang?
Tidak! kita hanya perlu mengahayati semula sendi Islam (Rukun Iman) itu, kerana tanpanya, kita hampir pasti mustahil untuk mebina kehidupan sebagai seorang Muslim yang berteraskan tiang Islam (Rukun Islam) bukan begitu? kembali semula kita ke arah yang basic sekali. Apa sebenarnya yang kita kekurangan. Moga Allah memelihara kita untuk mendapatkan tempat di syurgaNya kelak.

Bagi mereka-mereka yang lalai dan lebih seronok nampaknya berada didalam akuarium fantasi yang hanya bersifat sementara itu. Tidakkah mereka teruja untuk untuk menempatkan diri di lautan milik Allah itu? Sudah tentu, hal ini perlulah ditanyakan kepada mereka sendiri. Bukan begitu?

Wallahu'alam
11.38, khamis

0 comments: