Wednesday, March 3, 2010

Kerinduan yang tidak nyata

Assalamualaikum w.b.t

Salam pembuka bicara. melihatkan kepada tajuk entri yang diberi, mungkin sedikit bebeza dengan coretan-coretan ana sebelum ini. Entahlah, idea yang sebenarnya detik kerinduan hadir begitu saja.
Dua hari yang lepas, ana  dikejutkan dengan hasrat ummi yang ingin pulang ke kampung. Rindu kepada nenek katanya. Ana sedikit terkejut, dalam waktu kesibukan orang bekerja dan anak-anak bersekolah, masih lagi sempat difikirkan sedikit ketenangan di kampung halaman. Ayah masih terikat dengan tugasan sebagai Imam di Masjid, akhowat yang lain semua sibuk bekerja.

teratak Jaddiy
 
"mak nak balik dengan Pak Ngah, rabu ni," ana termengkelan, bila pula Pak Ngah datang ke kuantan, sedangkan kediaman rasmi berada di kampung halaman. Dengan sedikit peneranag, fahamlah ana bahawa Pak Ngah datang menziarah di Kuantan, dan ummi berhasrat untuk pulang bersamanya menjenguk nenek di kamupung. Selesai menghantar Ummi dan Pak Ngah di Terminal Makmur, Kuantan, memori lama kembali menyinar tatkala teringat betapa indahnya kedamaian kampung. Bauan segar padi tatkala fajar menyinsing, keindahan Gunung Jerai yang samar dari kejauhan, rona kehijauan yang menyambar penglihatan, segalanya bermain di fikiran, bilakah agaknya dapat lagi aku merasai keindahannya?
kehijauan padi menggamit memori
Jika dihitung masa sekalipun, rasanya baru sahaja tahun lepas kaki ini menginjak di tanah Kedah itu, namun entah mengapa, tiba-tiba terasa syahdunya mendengar suara nenek tatkala ketawa mendengar celoteh cucunya, sebak tatkala teringat lambaian kecewa nenek pabila kami sekeluarga berangkat pulang.
mesra Ukhti bersama Zauj' tercinta
sedikit menyakitkan mata bersama sampah di tepi. namun masih dikira indah barangkali =)

Seketika kemudian ana ketawa sendirian sambil beristighfar, 'Ya Tuhan, aku begitu merindui kampung halaman sehingga seolah-olah menjangkaui rinduku padaMu dan RasulMu, ampunkan aku Tuhanku..'
ana bermonolog sendirian. Insya Allah, jika diizinkan, sempatlah ana menjenguk kembali halaman kampung tercinta. Selagi belum badan dikandung tanah, selagi belum sampai seruan siratholmustaqim sampai jua langkah ini disana. Biarlah hanya memori dan igauan lama menjadi nostalgi di hati, menenagkan jiwa, setakat ini.


rabu-1.25 a.m

0 comments: