Tuesday, March 2, 2010

Wanita dan Kerjaya.

Assalamualaikum w.b.t

Selasa, 2 Mac 2010, cepat benar masa berlalu, ana meluangkan masa membaca akhbar-akhbar yang dibeli sejak 2 hari lalu, menghabiskan masa di Kampung Merchong, Kuala Rompin bersama keluarga membuatkan ana terlupa akan medium massa yang menjadi nadi kepada masyarakat kini. Sebaik membaca sisipan Pancaindera dari akhbar Utusan, ana tertarik dengan slot kartun yang dipaparkan oleh saudara Dee dan Piza masing-masing dalam ruangan Hello Bos dan Warga Kota. Saudara Dee dan Piza bijak berkongsi pendapat dengan para pembaca tentang kerjaya wanita menerusi hasil seni mereka. Mungkin itulah sumber inspirasi yang membuatkan ana tertarik untuk menulis tatkala menunggu waktu Maghrib menjelma.

Wanita dan Kerjaya. Topik yang dipilih untuk mengisi ruangan berhabuk blog ana kali ini. Baru sahaja menulis tak sampai satu perenggan, ana ditegur oleh Ukhti,
"macam dah takde topik lain, sekarang ni orang perempuan sekarang memang macam tu, tulis blog tu mesti nak kutuk orang perempuan punya," katanya berseloroh.
 Ana tersenyum, belum habis menulis, dah kena kritik..tak apa lah, kata-kata yang dilemparkan hanya canda semata-mata. Bukan niat untuk mengutuk, hanya ingin berkongsi pendapat mengenai satu fenomena yang semakin menjadi kebiasaan dikalangan masyarakat dunia kini.

Benar, wanita kini lebih tegar menjawat jawatan-jawatan yang besar, lebih daripada kaum lelaki. Adakah ini satu kelebihan buat wanita atau satu kehinaan buat lelaki? Bagi ana, tidak salah malah tiada cacat celanya fenomena yang popular ini untuk dikritik atau dikutuk sedahsyat yang mungkin.
"Perempuan kerjanya duduk dirumah saja, masak nasik, tunggu laki balik," mungkin itu yang di katakan oleh Pak Mat, seorang petani.
"Wanita berhak bersuara dan berhak untuk dapat kelebihan macam orang lelaki, dunia perlu adil dan saksama," mungkin itu pula luahan Aminah, seorang usahawan yang berjaya.
"Bagi ana, tiada salahnya kalau wanita itu mendapat tempat yang lebih dari si lelaki, tapi wanita itu harus sedar akan batasnya sebagai muslimah, jikalau kerjaya lebih tinggi dari suami, adalah perlu untuk kaum wanita itu memahami dan menghormati lelaki yang bergelar seorang suami kepadanya, kerana itu adalah wajib. Pokoknya, kerjaya itu tidak salah selagi batas-batas yang melibatkan semua aspek di jaga dengan baik," nah! mungkin itu pula kata-kata seorang kaunselor (yang sebenarnya daripada ana sendiri..haha)
"Tapi 'Ustaz', perempuan ni tak boleh kasi muka, kalau kerja tinggi sikit, mula la nak malu, lepas tu cari lelaki lain, yang lebih tinggi dari suami sendiri, curang!!!!" nampaknya ada lagi yang tak puas hati.
Astagfirullah, benar, memang ana tidak menyangkal pernyataan di atas, rata-rata kajian yang dilakukan pakar, menunjukkan wanita berkejaya lebih suka mencari pasangan yang setaraf dengannya, lebih-lebih lagi dari aspek kerjaya, siapa yang mahu bersuamikan seorang pemandu lori atau tukang sapu sampah Alam Flora sedangkan empunya diri menjawat jawatan sebagai perunding perkhidmatan, eksekutif dan sebagainya di syarikat ternama serta kehidupan ditabur dengan kemewahan? Tidak semua wanita berfikiran sebegitu, benar. Namun tidak dinafikan mereka tidak mempunyai keinginan untuk mencari yang terbaik. tidak begitu?
wanita kerap menyalahkan lelaki yang menyebabkan tekanan dan keretakan rumah tangga
 
Persoalannya sekarang, siapa yang perlu dipersalahkan?
"itulah abang, dulu taknak belajar betul-betul, saya malu dengan jiran-jiran kita tau, kawan-kawan saya apa lagi..," kesian, si suami hilang kata-kata. Hm..masa asyik bercinta dulu, tak terfikir pula nak malu-malu, yang nampak semuanya sempurna, I love you, You love me,  24jam terlekat dekat telefon, masa tu tak terfikir tentang kerjaya dan masa depan? Ana tertarik untuk mengulas kata-kata sahabat ana tatakala berbincang tentang perbezaan lelaki dan wanita. Katanya, hadis ada menjelaskan bahawa lelaki itu ada 9 bahagian akalnya, dan 1 bahagian emosi, manakala wanita itu 9 bahagian emosi dan 1 bahagian akal, kesimpulannya, lelaki itu lebih cerdik dari perempuan. Benarkah begitu?? Jikalau di selak lapisan perkembangan dunia sekarang, siapa yang paling banyak mendominasi tempat di Universiti dan siapa pula yang mendominasi jalan ke kancah kehinaan seperti dadah dan sebagainya? Jawapannya mudah bukan, lebih 70 peratus wanita mendominasi tempat di Universiti dan Institusi pengajian yang lain berbanding lelaki. Adakah lelaki sudah kehilangan akal satu persatu dan diisi dengan bahagian jahil?

Jawapan ana, Tidak dan Ya. Tidak buat kehilangan bahagian akal, dan Ya bagi penambahan bahagian jahil. Rata-rata kaum lelaki di Malaysia contohnya, bukanlah kehilangan akal yang berharga. Tanyalah mat-mat rempit atau mat penagih di seluruh Malaysia ini tentang solat dan agama, apa agaknya katanya?
"gua tau je sembahyang, tapi lama da tak buat sebab gua sakit badan beb.."
"Lu ingat gua lepak-lepak, naik moto laju-laju tak sembahyang ke? balik rumah gua sembahyang la. kan boleh qada',"
"saya tak ingat la nak sembahyang bang, belajar dulu pun kat sekolah je, mak ayah tak pernah ajar plak, diorang selambe je...so, saya selambe la, lagipun dah tua nanti, taubatlah, takkan Allah tak ampun kot,"

Wah, mudah betul alasan yang diberi, baguslah, sekurangnya dengan jawapan yang diberi menunjukkan mereka masih lagi mempunyai akal yang secukupnya untuk mencari 'excuse' yang tidak munasabah. Kreatif la katakan. Namun benarlah apa yang dikatakan bahawa mereka sekarang sedang berusaha menambah kejahilan tanpa disedari. Simpati diucapkan kerana berjaya terpedaya dengan bisikan syaitan dan lupa akan ajaran Allah S.W.T. Ibubapa seharusnya memainkan peranan dan tanggungjawab sebaiknya kerna itu tanggungjawab mereka. Mungkin itu jalan penyelesaian yang terbaik, tapi ana fikir tidak. Malas untuk menghurai lebih lanjut kerana bimbang lari tajuk pula nanti.

Disini, kita dapat menyimpulkan bahawa lelaki sekarang lebih cenderung kepada aktiviti outdoor yang tidak melibatkan pelajaran dan hasilnya agak memudaratkan pada masa depan mereka sendiri. Lelaki seharusnya sedar akan masalah ini dan berusaha untuk memperbaiki diri sendiri walaupun hayat sudah dimamah usia. Usah malu untuk belajar jikaa sedar diri itu rendah status pelajaran dari isteri. apa yang nak dimalukan, bahagian malu lelaki kan hanya satu.

Buat si isteri atau lebih umumnya para wanita, tahniah kerana berjaya memperoleh hak yang saksama dengan pihak lelaki. Namun, jagalah batasan, jangan terlalu bangga diri, ada hikmahnya mengapa agama melarang wanita berkejaya pada suatu masa dahulu. Kamu adalah kaum yang diciptakan dari tulang rusuk Adam. Lemah dan tidak berdaya dari sesetengah aspek. Mustahil kamu dapat mempertahankan kelemahan itu melainkan hanya dengan izin Allah S.W.T, jika kamu sudah berkeluarga, hormatilah suamimu, hargailah mereka seprtimana mereka menghargaimu, usah mencari yang haram di dunia luar sana, jagalah batasanmu sebagai muslimah yang bergelar isteri. Nescaya, kerjayamu itu akan menjadi satu kerjaya yang diredhai oleh Tuhanmu Yang Esa, malah mendapat kepercayaan dari si suami. Jangan khianati kepercayaan itu.

Akhir kata, maaf andai ada yang terasa, ana hanya sekdar berkongsi pendapat. jika ada kesilapan sebesar zara sekalipun, tegurlah, sesungguhnya diri ini masih mentah dan berusaha untuk menjelajah keluasan ilmu Allah S.W.T kepada hambanya. Salam penutup bicara...

6.54 petang

0 comments: