Friday, October 15, 2010

Kisah Teladan- Jangan Berhenti Memberi Nasihat

Tersebut sebuah kisah pada zaman kegemilangan Islam dahulu, terdapat seorang tua yang cerdik, alim dan kaya raya sedang nazak dirumahnya. Beliau memanggil anak-anaknya untuk memberi peringatan terakhir. Seolah-olah mengetahui akan masa ajalnya, sebelum beliau dipanggil ke ilahi, beliau memesan kepada anak-anaknya agar setelah jenazahnya dimandikan dan disucikan kelak, sarungkanlah sebelah stokin ke kakinya sebelum dikafankan.


Tidak lama selepas itu, Si tua tersebut dipanggil untuk menghadapa ilahi. Seisi rumah menjadi suram dan bungkam. Setelah dimandikan dan disucikan, tukang mandi jenazah hendak mengangkat jenzah arwah tersebut untuk dikafankan. Si anak yang mendengar akan kata-kata terakhir ayahnya, teringat akan wasiat stokin tersebut. lantas beliau mencari stokin untuk disarungkan ke kaki bapanya. Belum sempat disarungkan, tukang mandi jenazah membantah keran hal seperti itu adalah tidak sma sekali dibenarkan didalam Islam. Si anak mengatakan bahawa itu adalah wasiat terakhir ayahnya dan perlu dilaksanakan walaubagaimana sekalipun. Pertengakaran tersebut dibawa kepada pandangan mufti dan ijtihad para ulama'. walau bagaimanapun, perlakuan tersebut tetap adalah dilarang didalam Islam.


Rupanya, tanpa Si anak mengetahui, ada seroang lagi tua yang kagum melihat aksinya yang begitu ta'at akan perintah bapanya. Beliau mendekati Si anak dan mula memulakan bicara.
"Wahai orang muda, aku amat kagum melihatmu yang begitu ta'at dengan permintaan bapamu, walaupun perkara tersebut adalah dilarang didalam Islam. Sebenarnya, aku adalah seorang yang diamanahkan oleh bapamu untuk memegang wasiatnya yang menyatakan bahawa segala harta dan pemilikannya adalah milikmu sekarang wahai orang muda."
Apabila melihat si anak masih lagi terpinga-pinga, Si tua itu tersenyum dan menyambung bicaranya,
"Apa yang dilakukan olehmu merupakan satu bukti bahawa kamu masih menghormati dan menta'ati ibubapamu walaupun mereka telah tiada, satu kemuliaan yang tiada pada adik beradikmu yang lain. Seperkara lagi, tentang stokin itu, itu adalah satu nasihat bapamu kepadamu. Lihatlah wahai orang muda, apabila bapamu telah memulakan langkah menghadap Ilahi, tiada apa pun yang dibenarkan untuk dia bawa bersama bahkan sehelai stokin, harta benda juga tidak boleh dibawa, melainkan hanya ilmu dan amalanmu untuk menghadap Yang Esa, bersedialah dari sekarang memandangkan kamu masih mempunyai banyak masa daripadaku," -






Masya Allah, begitu hebat Si Tua yang telah meninggal tersebut, walaupun hampir hilang nyawa, masih sempat lagi untuk memeberi nasihat, bukan sahaja kepada anaknya, namun juga kepada kita semua. =) Renungkanlah...

Jerawat dan manusia

Assalamualaikum w.b.t

3 bulan menyepi, akhirnya dapat juga dicari sedikit kudrat untuk terus mencari ruang untuk berdakwah melalui tulisan. Jika dilihat pada tajuk entri kali ini, perlu diingatkan awal-awal, ana bukanlah hendak membicarakan tentang jerawat atau cara-cara mengubatnya, cuma ingin berkongsi sedikit nasihat daripada bekas naqib baru-baru ini.


Baiklah, diberi satu situasi, seorang lelaki ingin mencari seorang isteri baru. Maklumlah, sudah lama kesepian sejak arwah isterinya meninggalkan beliau keseorangan demi menghadap Yang Maha Esa. Bermulalah pencarian si fulan ini untuk mencari calon isteri yang dirasakan dapat menandingi kesempurnaan arwah isterinya. Sampai di pekan yang pertama, dilihatnya seorang wanita sedang memberikan sedekah kepada fakir miskin. Pakaiannya pun, masya Allah, ibarat muslimah sejati, mungkin inilah calon yang sesuai, fikir sang lelaki, bekas isterinya dulu pun seorang yang alim. Maka dimulakanlah langkah yakin sang lelaki untuk menegur wanita yang baik akhlaknya itu. "Assalamualaikum,". ucap si lelaki. Tatkala wanita tersebut membalas salam dan memalingkan mukanya, wajah si lelaki berubah. "Banyaknye jerawat, " gumam si lelaki. Tak sampai 5 minit pun bersembang, terus si lelaki meminta diri dengan alasan ada kerja lain.

Kecewa dengan bandar yang pertama, pergilah sang lelaki ke bandar yang kedua dan seterusnya pula. Ramai wanita dijumpainya, yang berwajah cantik, baik, pandai memasak, dan pelbagai lagi kesempurnaan yang ada pada wanita, namun semuanya dihancurkan dengan satu masalah. "Banyak betul jerawat." Akhirnya, pasrah dengan calon-calon yang tidak mengena pada "taste" beliau, sang lelaki kembali ke rumah dengan hati yang lara dan terus berada dalam kesunyian.

Saudara, kisah jerawat ini sebenarnya pandangan para kafir pada umat Islam kini. bezanya dengan kisah diatas, bukanlah jerawat yang dipandang, tetapi akhlak sebenarnya yang dipandang. Seorang lelaki Islam yang baik hatinya dipandang mulia oleh rakannya  yang beragama kristian, namun kemuliaan itu hancur bila lelaki Islam tersebut memakai seluar pendek ketika bermain bola dengan rakan-rakan. Inikah yang dibenarkan Islam? Baikkah akhlaknya jika begitu? Begitu juga dengan wanita yang ampuh ilmunya, namun tewas dengan godaan aurat. Tudung makin mengecil, baju makin sendat. Inikah yang dibenarkan Islam? Tidakkah kita malu dengan pandangan sinis para kafir yang gembira, akhirnya umat Islam tewas dengan sendirinya dengan mebiarkan akhlak mereka ternoda begitu saja? Dunia semakin berubah pada kejahilan, akhir zaman datang menyapa, tetapi jangan kita lupa,  bukankah akan tiba jua satu masa nanti dunia akan berubah kepada zaman kegemilangan islam kembali? Bukankah ianya tugas kita untuk memastikan dunia berubah sebegitu? Tolonglah saudaraku, janganlah leka, kembali pada dunia yang nyata. Belum terlambat untuk memohon taubat, tingkatkan kembali akhlak yang hilang dipandang dalam kehinaan oleh musuh-musuh agama kita. Renungkanlah..