Monday, December 20, 2010

Facebook...antara kebaikan dan pemusnah

Salam pembuka bicara..

Mungkin ada yang merasakan entri kali ini sedikit bias..namun kali ini ana menulis berdasarkan fakta dan pemikiran logik. Baru sebentar tadi ana bersembang dengan rakan-rakan tentang facebook, hasilnya, cerita yang agak dahsyat dan sukar diterima oleh para insan yang bergelar muslim didengari dan cukup memilukan.

Sebelum para sahabat berkesempatan untuk membaca entri ini dengan lebih lanjut lagi, ana sarankan untuk para sahabat melayari blog ini terlebih dahulu untuk memahami cerita yang dimaksudkan. http://kamilace.com/2010/08/serius-ini-memang-celaka.html
ambilah masa sebentar untuk para sahabat membaca..

Dah baca?? sakit hati bukan?? buat mereka yang kurang berkesempatan untuk membaca post tersebut, ceritanya tentang seorang gadis yang tengah chat dengan seorang lelaki yang di addnya dalam facebook. tanpa diduga, lelaki yang mulanya berlagak manis memuji si gadis mula bertanya dengan biadap adakah si gadis mahu menidurinya dengan RM5K, andai kata gadis tersebut rela dan diringan dianggap berharga dan hebat, maka direkemenkan pula pada member2 lelaki tersebut yang lain..Hasilnya, jika gadis itu bersetuju, kayalah dia hanya dengan menjual maruah diri dan agama.

Tambah menyakitkan hati, lelaki biadap tersebut sengaja mencari mereka yang bertudung litup kerana dianggap lebih 'surprise berbanding merka yang mendedahkan aurat. Juga diceritakan puluhan gadis yang menyanggupi perbuatan zina terkutuk itu hanya kerana keindahan yang disogok oleh wang. tak cukup dengan itu, lelaki itu bertambah biadap dengan menyatakan dia mengikut karenah nafsunya dengan memandang gambar-gambar si gadis yang diambilnya dari facebook. Kuasa Allah tetap mengatasi manusia, hidayah si gadis itu masih ada. mujurlah dia menolak dengan penuh keimanan di dada.

Apa yang ingin ana hujahkan disini, bukanlah ingin memaksa seluruh umat Islam banned facebook, tapi sedarlah wahai sahabat, sesungguhnya penyebab secara tidak langsung maksiat yang berleluasa datangnya dari situ. Wanita dan lelaki berlumba-lumba meramaikan rakan-rakan walaupun sestengahnya langsung tidak dikenali. Masing-masing berlumba memenuhkan album gambar dengna gambar-gambar yang ada kalanya mendedahkan aurat dan adakalanya memberahikan sesiapa yang memandang..salah siapa itu wahai saudara?? Tidak dinafikan, masih ada baiknya facebook yang kini giat dijadikan medium dakwah oleh mereka-mereka yang menyayangi agama Islam. Namun jika diperhalusi kelebihan itu sebenarnya satu kemusnahan yang mendorong kepada terpesongnya akidah. Ada yang mengatakan bahawa berfacebook dapat menghubungkan kita dengan sahabat-sahabat lama..sungguh, betul..ana tidak menafikan, hanya satu hujah ana, andai Tuhan menghendaki pertemuan sesama Insan, 'kun fayakun...' pasti Allah menghendakinya.

Mungkin apa yang dihujahkan ana ada yang tak sedap didengar sesetengah pihak. Tak apalah, ana hanya berhujah mengikut apa yang diperintahkan Allah agar hambanya mengingatkan sesama manusia. Terpulang pada mereka yang empunya diri.

Wallahu'alam


bijak sungguh manusia..setiap yang dilakukan pasti ada agendanya yang tersendiri..tapi kita masih menyokong walaupun membenci, bukan begitu?
(sekadar penambah cerita, seorang sahabat yang giat berdakwah menerusi facebook akhirnya di 'blocked' oleh administrator...salahkah kita berdakwah para sahabat???)

Mintak LESEN dulu..


Salam pembuka bicara. Alhamdulillah, ada juga masa yang terluang untuk update setelah sekian lama blog ni dibiarkan bersendirian. Kenapa tajuk entri kali pasal lesen? nak mintak lesen kereta ke? moto besau ke? Tunggguuuu...... ( bak kata Shamsul Ghau-Ghau )

Sabtu (18 disember 2010)
- Hari ni sahabat ana ajak tengok satu video ceramah daripada Ustaz Jamnol Azhar. Mulanya mlas juga nak tengok pasal letih baru balik 'berjalan-jalan'. Tapi Hafiz (bukan nama sebenar) ajak juga tengok. Maka besekianlah ana dan sahabat Zai, Zul, Shah, Caon (masing-masing bukan nama sebenar tau..) menonton video ceramah tersebut.

LESEN - Dalam video tersebut Ustaz Jamnol menyatakan pengalaman semasa zaman bujang trang tang tang dedulu untuk 'mengorat' seorang gadis sekelasnya yang kini Alhhamdulillah telah pun sah menjadi isterinya yang sah. Nak tergelak pun ada..mana taknya, selamba je ustaz tu cerita mcm mana 'move' pertama dia untuk start dpatkan perhatian si dia...sesaja je buat2 jatuhkan pen mase duduk belakang si dia dalam kelas. Part si dia kutip pen tu dan kasikkan balik pada ustaz jamnol, memang best..bak kata ustaz Jamnol "Mata bertentang mata mulalah hati menyusun bicara..ceewaahh.." haha gatal betul ustaz ni, tak padan dengan usia baru 16 tahun..(jangan marah ye ustaz..)

bermulalah perbualan pertama..tanya2 nama, duduk dimana, mak ayah ada lagi ke? Ha..tang part tu pun best jgak. Si gadis menyatakan ayahnya dah lama kembali ke rahmatullah.. "Canteekkkkk..." (bak kata ustaz) Adeh..=.= Tapi apa yang ana respect sangat dengan ustaz ni, tanpa ambil masa lelama, terus dia pergi rumah si gadis untuk bertemu dengan mak gadis tu, Ish...boleh ke kita nak buat macam tu ni..umo da 20, nasib baik dua2 keluarga da tau..hehe (dalam maksud tu..)

Baik, dipendekkan cerita, memula berat la juga hati tua mak gadis tu nak kasik kawan. lalu ditetapkan syarat agar kalau nak berkawan dengan ikhlas, bawak mak bapak kamu (ustaz) datang jumpa mak cik. Uish...ni lagi dasat. Berkenan punya pasal, bawak la juga ustaz Jamnol mak bapak dia untuk membolehkan mak dan bapaknya taruk setem a.k.a LESEN untuk si teruna dan dara ni terus berkawan dengan ikhlas. (dipendekkan cerita sebab taknak cerita tang bapa ustaz mengamuk cakap gtal nak kawen..haha)

Dipendekkan lagi cerita, semangat nak kawen punya pasal, kumpullah Ustaz ni duit lebih mase belajar kat mesir ditambah dengan doa yang x putus2 depan Ka'abah masa berkunjung ke Mekah. Berkat doa dan usaha gigih, dapat kumpul 15 ribu masa habis tahun kedua dia kat sana. Jangan tunggu lama-lama~~ bak kata kumpulan Kembara (betul kot..) terus Ustaz meminang kekasih hatinya di Malaysia dan terus melayari bahtera kebahagian sampailah sekarang...

MasyaAllah kagum betul ana dengan keindahan perjalanan kisah Ustaz Jamnol dan isterinya dalam mencari redha Ilahi.
Para sahabat,sesungguhnya, cinta itu fitrah manusia, tak salah bercinta selagi syariat terjaga sebagai mukadimah alam perkahwinan. Manusia mana yang dapat mengekakng kehabtan cinta? Tapi dalam pada itu, ingatlah wahai sahabat sekalian, Sesungguhnya Cinta Abadi terhadapNya itu adalah lebih agung lagi..=)
Jangan duk bercinta lama-lama pula, habis syariat dan batas-batas Islam dilanggar, Kan Islam dah mensyariatkan jalan yang terbaik adalah pernikahan jikalau gelodak nafsu dah x tertahan? Wajib tau nikah...
Apa apa pun...dapatkanlah LESEN dulu para sahabat ye,,itu yang paling penting!!! =))

Wallahualam...

Friday, October 15, 2010

Kisah Teladan- Jangan Berhenti Memberi Nasihat

Tersebut sebuah kisah pada zaman kegemilangan Islam dahulu, terdapat seorang tua yang cerdik, alim dan kaya raya sedang nazak dirumahnya. Beliau memanggil anak-anaknya untuk memberi peringatan terakhir. Seolah-olah mengetahui akan masa ajalnya, sebelum beliau dipanggil ke ilahi, beliau memesan kepada anak-anaknya agar setelah jenazahnya dimandikan dan disucikan kelak, sarungkanlah sebelah stokin ke kakinya sebelum dikafankan.


Tidak lama selepas itu, Si tua tersebut dipanggil untuk menghadapa ilahi. Seisi rumah menjadi suram dan bungkam. Setelah dimandikan dan disucikan, tukang mandi jenazah hendak mengangkat jenzah arwah tersebut untuk dikafankan. Si anak yang mendengar akan kata-kata terakhir ayahnya, teringat akan wasiat stokin tersebut. lantas beliau mencari stokin untuk disarungkan ke kaki bapanya. Belum sempat disarungkan, tukang mandi jenazah membantah keran hal seperti itu adalah tidak sma sekali dibenarkan didalam Islam. Si anak mengatakan bahawa itu adalah wasiat terakhir ayahnya dan perlu dilaksanakan walaubagaimana sekalipun. Pertengakaran tersebut dibawa kepada pandangan mufti dan ijtihad para ulama'. walau bagaimanapun, perlakuan tersebut tetap adalah dilarang didalam Islam.


Rupanya, tanpa Si anak mengetahui, ada seroang lagi tua yang kagum melihat aksinya yang begitu ta'at akan perintah bapanya. Beliau mendekati Si anak dan mula memulakan bicara.
"Wahai orang muda, aku amat kagum melihatmu yang begitu ta'at dengan permintaan bapamu, walaupun perkara tersebut adalah dilarang didalam Islam. Sebenarnya, aku adalah seorang yang diamanahkan oleh bapamu untuk memegang wasiatnya yang menyatakan bahawa segala harta dan pemilikannya adalah milikmu sekarang wahai orang muda."
Apabila melihat si anak masih lagi terpinga-pinga, Si tua itu tersenyum dan menyambung bicaranya,
"Apa yang dilakukan olehmu merupakan satu bukti bahawa kamu masih menghormati dan menta'ati ibubapamu walaupun mereka telah tiada, satu kemuliaan yang tiada pada adik beradikmu yang lain. Seperkara lagi, tentang stokin itu, itu adalah satu nasihat bapamu kepadamu. Lihatlah wahai orang muda, apabila bapamu telah memulakan langkah menghadap Ilahi, tiada apa pun yang dibenarkan untuk dia bawa bersama bahkan sehelai stokin, harta benda juga tidak boleh dibawa, melainkan hanya ilmu dan amalanmu untuk menghadap Yang Esa, bersedialah dari sekarang memandangkan kamu masih mempunyai banyak masa daripadaku," -






Masya Allah, begitu hebat Si Tua yang telah meninggal tersebut, walaupun hampir hilang nyawa, masih sempat lagi untuk memeberi nasihat, bukan sahaja kepada anaknya, namun juga kepada kita semua. =) Renungkanlah...

Jerawat dan manusia

Assalamualaikum w.b.t

3 bulan menyepi, akhirnya dapat juga dicari sedikit kudrat untuk terus mencari ruang untuk berdakwah melalui tulisan. Jika dilihat pada tajuk entri kali ini, perlu diingatkan awal-awal, ana bukanlah hendak membicarakan tentang jerawat atau cara-cara mengubatnya, cuma ingin berkongsi sedikit nasihat daripada bekas naqib baru-baru ini.


Baiklah, diberi satu situasi, seorang lelaki ingin mencari seorang isteri baru. Maklumlah, sudah lama kesepian sejak arwah isterinya meninggalkan beliau keseorangan demi menghadap Yang Maha Esa. Bermulalah pencarian si fulan ini untuk mencari calon isteri yang dirasakan dapat menandingi kesempurnaan arwah isterinya. Sampai di pekan yang pertama, dilihatnya seorang wanita sedang memberikan sedekah kepada fakir miskin. Pakaiannya pun, masya Allah, ibarat muslimah sejati, mungkin inilah calon yang sesuai, fikir sang lelaki, bekas isterinya dulu pun seorang yang alim. Maka dimulakanlah langkah yakin sang lelaki untuk menegur wanita yang baik akhlaknya itu. "Assalamualaikum,". ucap si lelaki. Tatkala wanita tersebut membalas salam dan memalingkan mukanya, wajah si lelaki berubah. "Banyaknye jerawat, " gumam si lelaki. Tak sampai 5 minit pun bersembang, terus si lelaki meminta diri dengan alasan ada kerja lain.

Kecewa dengan bandar yang pertama, pergilah sang lelaki ke bandar yang kedua dan seterusnya pula. Ramai wanita dijumpainya, yang berwajah cantik, baik, pandai memasak, dan pelbagai lagi kesempurnaan yang ada pada wanita, namun semuanya dihancurkan dengan satu masalah. "Banyak betul jerawat." Akhirnya, pasrah dengan calon-calon yang tidak mengena pada "taste" beliau, sang lelaki kembali ke rumah dengan hati yang lara dan terus berada dalam kesunyian.

Saudara, kisah jerawat ini sebenarnya pandangan para kafir pada umat Islam kini. bezanya dengan kisah diatas, bukanlah jerawat yang dipandang, tetapi akhlak sebenarnya yang dipandang. Seorang lelaki Islam yang baik hatinya dipandang mulia oleh rakannya  yang beragama kristian, namun kemuliaan itu hancur bila lelaki Islam tersebut memakai seluar pendek ketika bermain bola dengan rakan-rakan. Inikah yang dibenarkan Islam? Baikkah akhlaknya jika begitu? Begitu juga dengan wanita yang ampuh ilmunya, namun tewas dengan godaan aurat. Tudung makin mengecil, baju makin sendat. Inikah yang dibenarkan Islam? Tidakkah kita malu dengan pandangan sinis para kafir yang gembira, akhirnya umat Islam tewas dengan sendirinya dengan mebiarkan akhlak mereka ternoda begitu saja? Dunia semakin berubah pada kejahilan, akhir zaman datang menyapa, tetapi jangan kita lupa,  bukankah akan tiba jua satu masa nanti dunia akan berubah kepada zaman kegemilangan islam kembali? Bukankah ianya tugas kita untuk memastikan dunia berubah sebegitu? Tolonglah saudaraku, janganlah leka, kembali pada dunia yang nyata. Belum terlambat untuk memohon taubat, tingkatkan kembali akhlak yang hilang dipandang dalam kehinaan oleh musuh-musuh agama kita. Renungkanlah..

Friday, July 2, 2010

Yang tertutup itu Indah..

Assalamualaikum w.b.t


Salam pembuka bicara..Sudah lama benar rasanya tidak menjengah ke dunia IT ni, apatah lagi mencari sedikit masa menulis di laman blog yang sudah agk lama dibiarkan kusam ni. Mungkin sibuk dengan bicara kemasukan baru untuk meneruskan pelajaran yang sedikit rumit barangkali. Sebentar tadi, terdetik hati untuk mencuri masa menziarahi laman-laman blog para sahabat serta laman blog di ruangan Facebook. Hati ini tertarik dengan nota Ustaz Zahazan Mohamed yang berjudul "Tudung Labuh - Pengalaman menarik Fatimah Syarha menerusi kolum Remaja Majalah Solusi isu no 21."

Dalam nota tersebut, dikisahkan tentang pengalamanya semasa bertudung labuh, dan apa yang menyebabkan dirinya tertarik dengan tudung labuh buat pertama kali. Sebelum mengulas lanjut, suka untuk diri ini mengingatkan, bahwa hasil tulisan ini hanyalah pendapat dan luahan peribadi. Ana sedar, kian ramai yang mempertikaikan nilai seorang wanita itu tatkala tudung labuh menghiasi diri. Pasti kedengaran suara-suara yang mengkritik dan mencela. "tak semestinya pakai tudung labuh, perangai baik.".Isu yang sedemikian rupa, amat sukar ditafsirkan oleh pemikiran manusia bagi mencari penyelesaian. Hakikatnya, ana berpendapat, desakan godaan syaitan yang lahir daripada kelemahan iman didada itulah yang menyebabkan timbulnya mehnah yang menyakitkan telinga mendengar serta mata yang memandang. Golongan-goglongan mereka yang sebeginilah sebenarnya merendahkan nilai dan keistimewaan tudung labuh itu dimata masyarakat kini.

                                             "Yang Tertutup itu Indah"

Ana cukup tertarik dengan frasa tersebut. mari kita jelaskan lagi frasa itu dengan tafsir dari ayt 59 surah Al-Ahzab.
'Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, ‘hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu'.
memang benar kata penulis artikel tersebut, jikalau buku pun kita sayang, dibalut punyalah tebal.siap sampul berbunga-bunga lagi, bagaimana dengan diri empunya sebagai seorang wanita? Jikalau kita perhalusi dari segi pemakaian tudung labuh, banyak kelebihan dan keistimewaan yang bakal diperoleh sebenarnya. Tapi pakai pun, kenalah betul niatnya, bukan sekadar nak dapat kelebihan sahaja, bukan begitu? Jika di dunia telah Allah tunjukkan kelebihan dan keistimewaan bagi mereka yang menutupi aurat mereka dengan sebaiknya? Apatah lagi di Syurga kelak?

Mohon jangan disalah tafsir ya, bukanlah diri ini hendak memandang rendah bagi mereka yang bukan bertudung labuh, bagi ana, selagi pemakaian tersebut menutup aurat dengan sempurna, biarpun bukan dengan bertudung labuh, tidak ada salahnya. Pokoknya, menutup aurat. Penghormatan akan diberikan kepada mereka yang menutup aurat, baik manusia, bahkan Yang Maha Esa. Entri ini hanya sekadar menjelaskan keistimewaan bertudung labuh sekiranya dibaluti beserta dengan niat dan nilai keislaman yang indah dan penuh dengan rasa tawadhu'. =)

Wallahu'alam, maaf andai tersilap bicara.

Thursday, June 3, 2010

Bingkisan Doa untuk Keluarga Bahagia

Assalamualaikum w.b.t


Salam pembuka bicara. Hari ini penulis meluangkan sedikit masa untuk menonton rancangan ilmiah siaran TV9, 'Semanis Kurma' yang mebincangkan tentang "Isteri Overpower". Nak tergelak pun ada bila baca tajuk tu. Tapi hakikatnya, topik yang dibincangkan dirasakan kena dengan peredaran masa sekarang yang menyaksikan sesetengah keluarga mengenepikan suami sebagai ketua keluarga dan si isteri yang mengambil tanggungjawab itu. Ini belum dibincangkan lagi tentang sikap si suami atau perangai yang menyebabkan mengapa isteri jadi overpower dan sebagainya.Bertepatan dengan tajuk entri di atas, penulis malas nak berbincang panjang pasal topik ni sebab Ustazah Norbahyah dan Ustaz Wan Akasyah pun dan letih berceloteh dalam Semanis Kurma tadi, sekadar nak mengulang sedikit celoteh mereka, yang memberikan 2 Doa dalam usaha untuk menjana keluarga yang bahagia.

Surah AsSyua'ra' ayat 169
"(Luth berdo'a): Ya Tuhanku selamatkanlah aku beserta keluargaku dari (akibat) perbuatan yang mereka kerjakan"

Surah An-Naml ayat 19
"maka dia tersenyum dengan tertawa kerana(mendengar) perkataan semut itu dan dia berdoa: Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri ni'mat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua ibubapaku, dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai dan masukkanlah aku dengan rahmat-Muke dalam dolongan hamba-Mu yang soleh"

Penerangan.
Kedua-dua doa ini adalah doa Nabi Luth A.S dan Nabi Sulaiman A.S (tatkala baginda melihat semut berkata-kata). Resam dunia, pasti ada yang melihta kebahagian sesuatu keluarga itu dengan inspirasi yang negatif, dan setrusnya menghasilkan cemburu. Amalkanlah doa ini, agar segala ancaman syirik dan suntikan syaitan laknatullah dapat dicegah seterusnya mengahsilkan sebuah keluarga yang dilinungi, dan diredhai Allah S.W.T,
-lebih afdhal lagi, bacalah ayat diatas dengan terjemahan bahasa arab.

Wallahualam.

Sunday, May 30, 2010

Kekasaran bahasa -dimana penyudahnya?

Assalamualaikum w.b.t

Segarnya pagi ahad dengan secawan kopi yang dibancuh sendiri. ditambah pulak dengan cekodok pisang panas sambil membaca surat khabar. Dah rasa macam orang tua yang berkeluarga pun ada. Namun begitu, keindahan pagi itu seolah-olah tercemar apabila ana terpandang sisipan di depan muka akhbar Utusan (ruangan senyum kambing) yang membicarakan tentang kekasaran bahasa seorang ahli politik terkenal kepada seorang hakim.

Bukan hendak berbicara tentang politik disini. Cuma ingin mengajak pembaca berdiskusi. Sebenarnya, ana sendiri pun dah bosan dengan isu kekasaran bahasa ni.
mari kita selami sikit terjemahan surah Al-hujurat ayat 11
                              
"janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk…" (Al-Hujuraat : 11) 

 individu yang memanggil individu yang laen dengan perkataan yang buruk, bukanlah perkara yang asing lagi bagi masyarakat dunia sekarang. Budak kecik umur 6 tahun pun da pandai guna bahasa yang kasar-kasar. Apatah lagi orang dewasa yang layaknya berfikir mana yang baik dan buruk?? mana-mana tempat pergi pun mesti dengar punya. Daripada menyumpah seranah hanya kerana kaki tersepak batu, sampailah menyumpah seranah sebab member taknak kasik pinjam RM5 sebab nak beli "chicken maryland" di cafe E (kat CFSIIUM).

Kalau kita renung kembali terjemahan ayat di atas, panggilan yang buruk untuk orang lain, bukanlah satu perkara yang diredhai Allah, jauh lagi dapat pahala. Ayat yang keluar dari isi Al-quran, adalah ayat yang difirmankan oleh Allah. Tegahan sebegitu, bermakna panggilan yang buruk dan kasar untuk seseorang yang lain, bukanlah satu perkara yang disukai Allah. secara otomatiknya, mengundang kemurkaan Allah S.W.T

macam mana nak atasi? Bagi pendapat ana, kalau umur dah meningkat remaja, seterusnya dah beranak pinak, tapi masih lagi mengamalkan amalan yang tak disukai Allah ni, bukanlah perkara yang senang untuk diubah. melainkan dengan dakwah yang berterusan dan kesedaran daripada individu itu sendiri. Marah macam mana sekalipun, toksahlah mencarut tak tentu hala, sumpah seranah kat orang lain. Apa kata beristighfar, ambil wudhu', doakan kesejahteraan manusia yang buat kita marah tu, semoga Allah memberi petunjuk agar dia dapat melalui jalan yang betul. macam tu kan bagus..


Cakap senang la, kalau dah marah, air pun tak tau nak cari kat mana untuk ambil wudhu'. benar, tapi cubalah kuatkan iman, pelihara diri masing-masing agar lari daripada segala perkara yang Allah tak suka, cakap nak masuk Syurga, kenalah dapatkan amalan yang secukupnya, bukan begitu? 

Kalau budak-budak pula, ada sedikit idea ringkas untuk menegah. Lazimnya, ibubapa menjadi idola dan public figure untuk anak-anak, dah kalau bapaknya pun suka mencaurt kat orang lain, apatah anaknya lagi, bagi bakal ibubapa nanti, peliharalah anak-anak dengan sebaiknya agar kata-kata yang kasar dapat diganti dengan alunan zikir dan perkataan yang indah. Mungkin sukar dengan adanya cabaran daripada sumber2 luar seperti pengaruh sahabat dan sebagainya, sekurang-kurangnya, ketegasan anda dapat menjadi wakil untuk menonjolkan betapa tegasnya larangan daripada Allah S.W.T


Anak   :"tak suka lah si fulan tu, dia tu b*****!!!"
Mak     : "Tak baik cakap macam tu, Allah tak suka. nak masuk neraka ke nanti??"


kan senang, =) macam ni pun boleh lah...


wallahualam..


p/s- ana takde nak provok mana-mana pihak, cme ingin menyuarakan pandangan =)


Wednesday, May 26, 2010

Kata-kata dan Dosa

Assalamaualikum w.b.t

Salam pembuka bicara..
Alhamdulillah, masih diberi kekuatan jiwa dan iman untuk terus menongkah arus kehidupan yang makin mencabar.
Pagi ini terluang sikit masa yang sebelum ini digunakan hanya untuk tidur dan berkhayal. Hampir-hampir nak terfikirkan tentang superbike (lagi), tiba-tiba datang offer daripada ukhti untuk ganti beliau mengajar kelas agama fardhu ain (KAFA), di sebuah Sekolah Agama Rakyat di kampung ana. Mula-mula tu cuak la juga. Pasal bab-bab mengajar pasal agama ni bukan boleh dibuat main-main. Alhamdulillah, sampai di sekolah, kena mengajar budak-budak tahun 2 dan 3 saja rupanya. Hilang la cuak tu sikit. Subjek yang diajar pun, hanyalah tentang pemahaman Al-quran, Sirah Nabawiah, dan juga Penulisan Jawi. Tapi entri hari ni, bukan nak bercerita pasal pengalaman mengajar.Sabar dulu..

 gambar hiasan

 Pulang dari mengajar, terus drive ke Rompin untuk menziarah saudara jauh yang meninggal dunia di sana. 2 jam perjalanan dari kuantan ke bandar Rompin, rasanya amat meletihkan. Sampai semula di rumah, kira-kira jam 6 petang, masuk saja rumah, terpancarlah sebuah iklan dari peti televisyen. Kalau tak silap ana, bercerita tentang alat kosmetik rasanya. Iklan kosmetik yang dapat mencerahkan kulit si pemakai (wanita khususnya) dalam masa beberapa minggu saja.Satu ayat yang membuatkan ana tertarik untuk menulis kali ini adalah
"Dulu saya benci dengan wajah saya."

Terpaku kejap depan tv. Lancang benar mulut model ni. tak pasal-pasal teringat habis subjek syariah yang diajar masa form 4 dan form 5 dulu. Ada menyebut dengan jelas tentang hukum mengubah ciptaan Allah. "Dulu saya benci dengan wajah saya,"! Masya Allah, begitu lancar mulut kita berbicara. Lupakah kita bahwa bagaimana rupa kita dicipta oleh Allah Yang Maha Mengetahui segalanya? Bukan lah ana nak bidas tentang iklan kosmetik dan haram atau tak haram pakai alat-alat kosmetik ni. Tapi sekurang kurangnya, kalau nak buat iklan tu, fikirlah sikit tentang dialog yang dibuat tu. Benarlah kata Rasulullah suatu ketika dahulu, bahwa umat akhir zaman ini akan mudah lupa untuk bersyukur pada Allah. Kata-kata yang dilemparkan seumpama itu seolah-olah melahirkan rasa kekecewaan kita pada Tuhan yang menciptakan kita. keran Dialah yang mencipta tubuh kita, wajah, anggota badan dengan sesempurna kejadian manusia. Lupakah kita pada apa yang difirmankan Allah dalam surah At-tin ayat 4, "sesungguhnya kami telah ciptakan manusia dengan sebai-baik kejadian". Benar, Islam tidak melarang mereka-mereka untuk mengubah ciptaan Allah dengan sebab-sebab yang kukuh dan termasuk dalam hukum yang dibolehkan dalam Islam. Contohnya seperti muka yang berpenyakit dan menimbulkan tohmahan dari orang lain, dan sebagainya. Tapi jangan lah sesekali pun kita melafazkan kata-kata biadap yang hampir mendekatkan umat Islam pada kekufuran itu. Masih ingat lagi kisah Nabi Ayub yang diuji dengan hebatnya oleh Allah SWT apabila baginda mengalami penyakit kulit yang menakutkan. Tapi Baginda masih tidak putus-putus berdoa pada Allah dan tidak sekalipun mengutarakan benci pada apa yang telah Allah tentukan.

Benarlah bak kata kumpulan InTeam yang diolah sedikit
'Kata ibarat pedang, silap cakap, buruk padahnhya!'
Bertaubatlah jika kita ada sejenak membenci ciptaan Allah yang sempurna.

Wallahualam.

Thursday, May 20, 2010

April Fool?? kan dah bulan mei sekarang..

Assalamualaikum w.b.t

melihatkan kepada tajuk entri pun dah boleh rasa entri ni pun macam mengarut sikit. Kalau sesiapa yang ada membaca entri ana sebelum ni, (pasal Doa tu,) sebenarnya entri kali ni, kesinambungan daripada entri yang sebelum ni. Kira macam sekuel la. kalau da sunyi sangat tambah dengan bosan, macam ni la jadinya. Tengah-tengah ana terfikirkan pasal superbike yang mengarut tu dan pasal anak sedara yang nak ambil PMR, ana sebenarnya terfikir juga pasal lawak tak jadi yang diperkenakan oleh sahabat-sahabat masa zaman sekolah dulu.

Kira-kira situasi tu lebih kurang macam ni:

zahid(bukan nama sebenar) : "Hamid!!(bukan nama sebenar), tadi ak ada pergi kelas sebelah. Aminah(pun bukan nama sebenar) ada cakap dia suka kat kau. Ni ada surat dia kasik."
Dengan gelabah campur segan campur teruja, Hamid pun ambil surat tu dan dibacanya pelan2. Tak lama lpas tu, tersenyum sorang-sorang. Bahagia la kot. tak sempat pun Hamid nak bahagia lama-lama,  dilihatnya Zahid yang dikenali dalam lebih kurang 3 tahun setengah bulan tu tengah tertahan-tahan gelaknya. Dah tak tahan nak tergelak, akhirnya terburai juga gelak Zahid sambil dimomoknya si Hamid tu sampai malu. Lepas tu disebutnya pulak "ApRIL FOOLL!!!!!".....Ana yang melihat situasi tu sambil tertahan tahan juga gelaknya, baru perasan hari tu 1 April 2006. Ini kisah betul tau..

Setelah masuk 3 tahun lebih, baru hari ni ana terfikir betapa teruknya zaman muda-muda dulu. April fool pun boleh digunakan alasan untuk dibuat bahan jenaka. Padahal yang sebenarnya April Fool ni adalah salah satu peristiwa jenaka buat orang kafir pada umat Islam..Hm, insaf sebentar. Baiklah, dah bercerita pasal April Fool ni, ana ada sedikit kisah sejarah untuk dikongsi bersama. Moga-moga dapat memberi iktibar...

"April Fool berlaku pada 1 Aprril setiap tahun.Mereka yang meniru budaya ini merasakan seri persekitaran itu akan hilang apabila peristiwa-peristiwa itu tidak diraikan. Apa yang dibimbangi ialah pemikiran seperti ini terus berleluasa hingga satu masa nanti, ada yang mengatakan ia tidak bertentangan dengan Islam. Disedari atau tidak, golongan muda menerimanya dengan membuta tuli tanpa usul periksa adakah ia bertentangan dengan batas syarak atau sebaliknya.

Menurut sejarah, Fool?s Day atau april Fool mula diraikan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam yang bertapak berkurun lamanya di Granada, Sepanyol yang ditawan oleh tentera Kristian. Akibatnya, penduduk Islam terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera Kristian ternyata tidak berpuashati dan cuba menghapuskan orang Islam dari bumi Sepanyol.

Oleh itu, mereka membuat satu helah dengan memberitahu penduduk Islam bahawa mereka boleh keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Di kalangan umat Islam, ada yang mempercayai dan sebahagian lagi sangsi dengan pemberitahuan itu.Mereka yang mempercayainya telah meninjau di pelabuhan dan berpuashati lalu memutuskan untuk bertolak pada keesokannya hari(1 April).

Keesokan harinya, Mereka keluar membawa kesemua barangan dan menuju ke pelabuhan. Pada ketika itulah, puak Kristian mengambil kesempatan untuk menyerang penduduk Islam berkenaan. Mereka tidak sempat menaiki kapal kerana semuanya telah dibakar. Manakala orang Islam yang berada di sekitar telah dibunuh tanpa mengira lelaki,perempuan atau kanak-kanak.

Peristiwa berdarah itu kemudian diraikan oleh tentera Kristian yang kemudiannya menjadi acara tahunan. Apa yang menyedihkan, orang-orang Islam merayakannya tanpa menyedari bahawa mereka sebenarnya meraikan ulangtahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Masyarakat hari ini sebenarnya tidak mengetahui dengan jelas asal usul April Fool?s. Selain boleh merosakkan akidah, budaya ini sebenarnya meniru gaya hidup kebaratan yang bertopengkan humor,gurauan,lelucon dan komedi. Bagi mereka, 1 April merupakan hari kejutan dengan berbagai perkara pelik, humor dan memalukan.

Namun apa yang dilihat hari ini ia banyak membawa unsur memalukan orang lain. Ia bukan sahaja memperbodohkan si pelaku tetapi juga yang menerima akibat bersesuaian dengan nama Fool itu sendiri yang bermaksud bodoh atau tolol. Jelas ia cuba menjatuh air muka dan martabat seseorang. Bagi yang bersikap selamba mungkin boleh menerima gurauan tersebut, tetapi bagi tidak dapat menerima pasti akan menyimpan persaan negatif dalam diri hingga akhirnya menjadi seorang yang pendendam hingga sanggup menjadi pembunuh. Ini merupakan sesuatu yang tidak diterima oleh landasan syarak.

Kita tidak wajar berkiblatkan budaya barat apatah lagi mengagungkannya kerana Islam agama yang tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya. Islam mempunyia adab dalam bergurau senda tanpa menganiyai orang lain. Selain menghormati orang lain, kita juga diwajibkan menutup keaiban orang lain.

Bagi yang kurang memahami sejarah, mereka tidak merasakan apa-apa tentang budaya April Fool?s tanpa menyedari bahawa ia merupakan satu penghinaan halus ke atas umat Islam.

Akhirnya, marilah sama-sama kita renungi sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Kamu pasti akan mengikuti jejak-jejak orang-orang sebelum kamu, sejengka demi sejengkal, sehasta demi sehasta hingga mereka masuk ke dalam lubang biawak sekalipun , pasti kamu tetap mengikuti mereka". Kami bertanya, "Wahai Rasulullah SAW, Yahudi dan Nasrani?Baginda menjawab "Lalu siapa lagi(kalau bukan mereka).
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim."

Dipetik dari, UstazMelaka.net


Wallahu'alam

Doa mudah ingat pelajaran (untuk dikongsi bersama)


Assalamualaikum w.b.t...

Em, nampaknya belum sampai tempoh 36 jam yang lalu ana dihimpit kesunyian, hari ni rasa sunyi lagi nampaknya. Belum sampai jam 10 pun, semua orang dalam rumah dah menunjukkan tanda-tanda nak pengsan lebih awal..apakan daya, diri ini tak dapat nak join skali. Maklumlah, orang bercuti, pagi2 tak kerja, lepas subuh sambung tidur sampai nak dekat tengah hari (bukan tengah hari pun, nak dekat je..). Mujurlah macam biasa, ada juga yang sudi meneman melalui sms..hehe..

Baru satu perenggan, dah rasa penat menaip. baru perasan perenggan pertama pun dah banyak mengarut, tanda-tanda nak mengurai isi pun tak ada lagi. Baiklah..sebenarnya, ringkas saja entri kali ni. Hanya nak berkongsi sesuatu. 

Biasanya, orang yang kesunyian ni, mereka akan terfikirkan sesuatu untuk mengisis kelapangan yang ada. Begitu jugalah yang berlaku pada diri ini. Macam-macam perkara terfikir. Dari yang seronok, sampai la yang mengarut. Terfikirkan dapat naik superbike walaupun masih belajar (manalah nak cari duit agaknya..) sampailah terfikir yang esok masuk pasaraya Terus Maju kat kuantan tu, dapat hadiah free superbike Honda CBR 600RR sebijik. Merepek kan?? tapi itulah yang ana terfikir. betul, tak tipu. Dalam banyak-banyak fikiran yang mengarut tu, tiba-tiba terbayang pasal perbualan dengan anak sedara yang akan ambil peperiksaan PMR tahun ni, butirannya ada la sikit-sikit seperti berikut 
****************************
(perbualan dipotong sebab penulis rasa entri ni makin mengarut jadinya..)

Kesimpulannya, liyana (anak sedare ana), sembang2 pasal pelajaran, dan dia rasa makin lama, makin susah nak menerima pelajaran yang cikgu ajar. Jadi, jelaslah bahawa apa yang ana nak kongsikan disini adalah doa untuk memudahkan kita mengingati pelajaran dan mudah untuk mengambil peperiksaan..

بسم آلله الرحمن الرحيم

Maksudnya: “Ya Allah, kasihanilah aku dengan (mengurniakan kepadaku keampunan) meninggalkan maksiat selagi aku hidup, dan kasihanilah aku dari memberatkan diriku dengan perkara-perkara yang tidak penting bagiku, dan kurniakanlah kepadaku anugerah melihat perkara yang Engkau suka. Ya Allah, Yang Maha Pencipta langit dan bumi, Yang Memiliki keagungan, kemuliaan dan kekuasaan yang tidak pernah luput, aku memohon kepada-Mu Ya Allah, Yang Maha Pemurah dengan kekuasaan-Mu dan cahaya-Mu agar menjadikan aku mampu menghafaz kitab-Mu sebagaimana yang Engkau ajarkan. Dan kurniakanlah kepadaku (kesempatan) untuk membacanya sebagaiman yang Engkau kehendaki, Ya Allah, Yang Mencipta langit dan bumi, Yang Memiliki keagungan, kemuliaan dan kekuasaan yang tidak pernah luput, aku memohon kepada-Mu Ya Allah, Yang Maha Pemurah dengan kekuasaan-Mu agar menjadikan penglihatanku terang dengan kitab-Mu, agar dilepaskan hatiku (dari belenggunya) dengan kitab-Mu itu, dan dilapangkan dengannya dadaku, dan dibersihkan dengannya tubuhku, sesungguhnya tiada siapa yang sebenarnya dapat memberikan pertolongannya selain-Mu, dan mendatangkannya selain Engkau. Dan tiada daya upaya melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.”
Penjelasan
Menurut satu riwayat daripada Ibnu Abbas, beliau berkata, ketika kami sedang duduk bersama Rasulullah, tiba-tiba datanglah Ali Bin Abi Talib r.a., lalu beliau berkata: “Wahai Rasulullah, al-Quran ini selalu hilang daripada ingatanku. Aku dapati diriku menghadapi masalah untuk mengingatina dalam dadaku. Maka Rasulullah s.a.w. menganjurkan kepadana menguatkan ingatan dengan petuanya iaitu bangun malam Jumaat pada sepertiga malam yang terakhir. Perkara ini telah dilakukan oleh Nabi Yusuf a.s. Jika tidak mampu, maka bangkitlah pada pertengahanya dan jika tidak mampu, maka bangkitlah pada sebelah awalnya. Solatlah empat rakaat, bacalah Surah Yaasin pada rakaat pertama, al-Dukhan pada rakaat kedua, al-Sajadah pada rakaat ketiga dan Tabarak pada rakaat keempat. Semuanya dibaca selepas al-Fatihah. Apabila selesai membaca tasyahud(takhiyat) akhir maka, pujilah Allah s.w.t. dan berselawatlah ke atas Nabi Muhammad s.a.w. dan mohonlah keampunan buat semua orang beriman dan orang yang telah mendahului dalam keimanan kepada Allah. Akhirnya bacalah doa di atas.”
(Hadis Riwayat Tarmizi)
Cara Beramal
1. Bangun pada Malam Jumaat pada sepertiga malam terakhir, pertengahan malam, pada awal malam dan dirikanlah Solat Sunat Hajat sebanyak 4 rakaat.
2. Rakaat Pertama, bacalah Surah Yaasin selepas membaca Al-Fatihah.
3. Rakaat Kedua, bacalah Surah Al-Dukhan pada rakaat selepas membaca Al-Fatihah.
4. Rakaat Ketiga, bacalah Surah Al-Sajadah selepas membaca Al-Fatihah.
5. Rakaat Keempat, bacalah Tabarak(Surah Al-Mulk) selepas membaca Al-Fatihah.
6. Selepas selesai takhiyat akhir, pujilah Allah s.w.t. dan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. dan mohonlah keampunan buat semua orang beriman dan yang telah mendahului dalam keimanan kepada Allah s.w.t.
7. Berselawat ke atas Nabi pada pembuka(awal) dan penutup(akhir) doa.
8. Baca doa di atas.


wallahu'alam..

Tuesday, May 18, 2010

Suami Soleh - pilihan wanita solehah..

jam dah menunjukkan 2.00 pagi, mata pun belum mengantuk lagi. cengkerik pun da berbunyi, burung hantu apatah lagi, memecah kesunyian pagi. pulak tu, anjing pun sibuk nak bersahut sahutan di kala pagi. pelik juga, di kawasan perumahan pun ada cengkerik. Bak kata sahabat ana, "cengkerik ada dimana-mana selagi ada situasi sunyi,". Falsafah yang tak boleh pakai, tapi ada benarnya juga..

Mata yang kuyu dipaksa pejam lagi.degil benar rasanya mata ni. ayat Kursiyy pun dah berulang kali dilafazkan. Tak apa lah, online kejap. check e-mail sikit. ~HahahHAHAhaha~ henset ana berbunyi (pkai alert shin chan gelak). 'sahabat' ana bagi mesej. Alhamdulillah, ade jugak peneman di kala sunyi. mesej-online-mesej-online-mesej-online, tiba2 dapat ilham nak tulis blog setelah ana melayari satu blog yang menulis tentang ciri2 Isteri Solehah. Banyak betul orang duk bercerita pasal isteri solehah ni. maklumlah, dunia pun da rmai orang yang nak kawin cepat. Tambah2 lagi budak universiti. Kalau mereka asyik bercerita pasal isteri, mari kita bercerita pasal suami pula. Biar anak-anak muda yang nak kahwin tu tengok dulu, ada tak ciri-ciri ni kat mereka, baru boleh kahwin. Jadi, di bawah ini, ada ana sertakan sedikit ciri-ciri suami pilihan dan ciri-ciri suami yang soleh yang di copy paste dari akanmati.wordpress.com dan nurjeehan.wordpress.com (da mintak kebenaran ok...)

18 Ciri-Ciri Suami Yang Soleh

1. Suami yang taat dalam melaksanakan perintah serta suruhan Allah dan RasulNya dan dapat pula membimbing isterinya
2. Suami yang mampu memberikan nafkah sama ada zahir ataupun batin
3. Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan , dorongan , didikan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab rumah tangga dan juga terhadap Allah S.W.T.
4. Suami yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan isteri yang timbul bersama jiran tetangga atau sebagainya.
5. Suami yang dapat memberikan pemerhatian dalaam hal keselamatan, kebajikan dan kesihatannya.
6. Suami yang dapat menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan yang sempurna mengikut kemampuannya
7. Suami yang penyabar dan tidak mengggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan sesuatu.
8. Suami yang tidak cemburu buta tanpa asas terhadap isterinya yang mana boleh merosakkan keutuhan rumah tangga mereka.
9. Sentiasa memberikan kasih sayang, belas kasihan dan pergaulan yang baik terhadap isterinya.
10. Suami yang sentiasa menjaga rahsia isterinya dan tidak didedahkan kepada orang lain.
11. Suami yang ikhlas dan jujur serta dapat menepati janji terhadap isteri dan anak-anak.
12. Suami yang menjauhkan diri dari perbuatan maksiat seeprti meminum minuman keras, berjudi, berzina, menipu, mencuri dan sebagainya.
13. Suami yang dapat memberikan penjagaan dan pemerhatian yang baik terhadap isterinya. Penjagaan ini meliputi semua hal termasuk kehormatannya.
14. Suami mestilah bijak memahami persaan dan hati isteri sama ada dengan perbuatan atau perkataan, jangan biarkan dirinya dalam keadaaan bersedih.
15. Suami yang sentiasa mengutamakan kebersihan diri, zahir dan batin.
16. Suami mestilah menahan dirinya dari bergaul secara bebas dengan wanita lain.
17. Suami yang dapat menyelidiki secara cermat dan teliti segala hal yang disampaikan oleh orang lain yang berkaitan dengan isterinya.
18. Suami yang bijak dalam memimpin rumah tangganya dan melaksanakan tugas dengan penuh amanah serta bertanggungjawab.

Ciri-Ciri Suami Pilihan
* Kuat agamanya
Biar sibuk sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang taat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin. Utamakanlah pemuda yang jujur membimbing dan memelihara iman anda.

* Baik akhlaknya
Ketegasannya nyata tetapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara. Mudah di bawa berbincang. Tidak terlalu berahsia.

* Tegas mempertahankan maruah
Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam? Adakah dia jujur sebagai pelindung maruah seorang perempuan?

* Amanah
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

* Pemurah tetapi tidak boros
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dan harta dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

* Tidak liar matanya
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

* Terbatas pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah jadi fitnah orang, tetapi dia tidak mengamalkan cara hidup bebas.

* Rakan pergaulannya
Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Sebaik-baik teman adalah teman yang soleh.

* Bertanggungjawab
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab.

* Tenang wajah
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.

Jadi, renung-renungkanlah, baik lelaki mahupun wanita, pastikan pasangan anda mempunyai ciri-ciri ini sebagai pemanis resepi rumah tangga yang bahagia..=)

wallahualam..

Sunday, May 16, 2010

Istana Alhambra- bukti penguasaan Islam di Andalusia


Baru-baru ini ana terdetik untuk mendownload kisah tentang pembinaan kota yang menjadi peradaban islam di Andalusia (sepanyol) suatu ketika dahulu. Dokumentari National Geographic selama setengah jam itu amat menarik perhatian penulis. Tambahan pula, syukran pada sahabat ana, Abdul Hadi Shamsul Bahrin, yang memberi sedikit info tentang peradaban islam dan politik di Sepanyol (melalui Facebook) suatu ketika dahulu, membuatkan naluri ini kuat untuk menulis tentang AlhambraAna mula mencari sedikit sebayak info untuk dikongsikan bersama sebagai tatapan dan sumber informasi bagi sesiapa yang berminat untuk mengetahui sejarah Alhambra.
Istana Alhambra terletak di bukit La Sabica, Granada, Spanyol. Ia sekaligus menjadi bukti sejarah kejayaan Islam di Spanyol (dulu Andalusia). Nama Alhambra berasal dari bahasa Arab, hamra’ , bentuk jamak dari ahmar yang bererti “merah”. Dinamakan Istana Alhambra –yang bererti Istana Merah kerana bangunan ini banyak dihiasi ubin-ubin dan bata-bata berwarna merah, serta penghias dinding yang agak kemerah-merahan dengan ‘ceramic’ yang bercirikan seni-seni biaan Islam yang hebat, di samping marmar yang putih dan indah.

Istana Alhambra adalah simbol puncak kejayaan Islam di Sepanyol. Islam mula masuk ke sepanyol apabila pasukan Islam pimpinan Thariq bin Ziyad yang dikirim raja muda Islam di Afrika, Musa bin Nusair Berjaya menawan Sepanyol dari kekejaman Gabenor Ceuta, Julian.
Thariq bin Ziyad memimpin sekitar 12,000 pasukan ke Gibraltar pada Mei 711 M. Ia memasuki Sepanyol selat di antara Morocco (Maghribi) dan Sepanyol yang kemudian diberi nama sesuai dengan namanya, Jabal Thariq.
Pasukan Islam Berjaya mengalahkan pasukan Kristian di daerah Muara Sungai Barbatepada 19 Juli 711 M, dan terus menguasai kota-kota penting –Toledo, Kordoba, Malaga, dan Granada, hingga akhirnya Spanyol berada di bawah kekuasaan Khilafah Bani Umayyah.
Hampir berabad lamanya Islam berkuasa di Sepanyol dengan menjadikan Cordoba sebagai kota pemerintahan. Selain Istana Alhambra, satu lagi monumen penting kejayaan Islam di Sepanyol adalah Masjid Cordoba yang kini malangnya menjadi Gereja Santa Maria de la Sede atau “Virgin of Assumption”.
Istana Alhambra didirikan oleh pengasas Kerajaan Bani Ahmar, Muhammad bin Al-Ahmar (dalam Khilafah Bani Umayyah). Pembangunan Istana Alhambra dilakukan secara bertahap, antara tahun 1238 dan 1358 M. Istana ini dilengkapi taman juga bunga-bunga indah nan harum. Terdapat juga Hausyus Sibb (Taman Singa) yang dikelilingi oleh 128 tiang yang diperbuat daripada marmar yang  indah.
menara keadilan (kiri) dan kolam air pancut yang unik
 
Di taman ini pula terdapat kolam air pancut yang dihiasi dengan 12 patung singa yang berbaris melingkar. Di dalamnya terdapat pelbagai ruangan yang indah : Ruangan Al-Hukmi (Baitul Hukmi), ruangan pengadilan, serta Ruangan Bani Siraj (Baitul Bani Siraj), ruangan berbentuk bujur sangkar yang dipenuhi dengan hiasan-hisan kaligrafi Arab.
Selain itu, istana merah ini dikelilingi oleh benteng dengan yang ditampal dengan tanah liat yang kemerah-merahan. Luar dan dalam istana banyak dihiasi kaligrafi dengan ukiran khas yang sukar ditandingi hingga kini. Kedudukan kota Alhambra yang berada di wilayah Granada juga menjadi faktor keunikan serta kekuhan kota ini. Kawasan bukit yang dinamakan Bukit La Sabica kini, adalah salah satu kawasan yang amat strategik dijadikan sebuah kubu pertahanan dan kota. Andalusia terkenal dengan kesejahteraan rakyatnya serta kemajuan didalam bidang pertanian serta bidang perdagangan.
Apabila Raja Ferdinand V berkahwin dengan Ratu Isabella, kerajaan Kristian dapat disatukan dan mengambil langkah awal dengan menawan Andalusia. Hasil daripada perebutan takhta dan kelemahan institusi politik di Andalusia, menyebabkan kerjaan islam yang terakhir ketika itu, dipimpin oleh Sultan Muhammad XII Abu Abdillah An-Nashriyyah jatuh ke tangan kerajaan kristian dengan mudahnya.
Pada pertengahan 1491, Raja Ferdinand V mengepung Granada selama tujuh bulan. Dia berhasil menguasai kota Malaga –kota pelabuhan terkuat di Andalusia, lalu Guadix dan Almunicar, Baranicar, dan Almeria. Basis kerajaan Bani Ahmar, Granada, pun akhirnya tunduk, pada 2 Januari 1492 M/2 Rabiul Awwal 898 H. Kejayaan menawan Andalusia ini, melayakkan Raja Ferdinand dan Ratu Isabella mendapat gelaran sebagai “Catholic Monarch” atau “Los Reyes Catolicos” atau Raja Katolik.Hal ini menyebabkan rakyat Islam di Andalusia hanya mempunyai 2 pilihan iaitu memeluk agama kristian, atau keluar dari Andalusia.
Andalusia berada dibawah kekuasaan Islam selam 8 abad lamanya. Kemegahan dan keindahan Istana Alhambra luntur setelah menjadi istana kerajaan Kristian. Begitu juga masjid Cordoba yang menjadi gereja kristian. Namun begitu, Islam tidak sepenuhnya lenyap di Andalusia, sehingga kini, umat Islam di sepanyol mencatatkan statistic seramai 750,000 orang dari jumlah 40 juta penduduk sepanyol, dan semakin bertambah. Islam juga menjadi agama rasmi berdasarkan Perjanjian Kebebasan Beragama yang disahkan pada Jun 1967 oleh pemerintah Sepanyol. Di Madrid pula, terdapat 500 ribu umat Islam yang kebanyakannya imigran dari Maghribi, Algeria dan Negara-negara Arab yang lain.Moga-moga Islam akan terus berkembang disana dan Sepanyol akan disebut semula sebagai pusat Kerajaan Islam sepertimana gah suatu ketika dahulu..Wallahualam,

Ibnu_shafie ; 9.05 pm (16 mei 2010)
p/s- masih banyak lagi info yang x dapat ana masukkan disini kerana kebimbangan lari daripada sejarah yang sebenar. Moga sesiapa yang mempunyai info-info selanjutnya dapat dikongsi bersama =)

Friday, May 14, 2010

Sultan Muhammad Al-Fateh, wira pembukaan constantinaple

HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE
Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman  Kerajaan Usmaniyah.
Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.
Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.
Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.

PENGENALAN
Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
Baginda menaiki takhta ketika berusia   19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang   negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.  

PENDIDIKAN
Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan,   memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.

Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek,  Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah  matang menangani tipu helah musuh.

KEPERIBADIAN
Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja
Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE
Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.
Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.
Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE
Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.
Menara Bergerak
Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.
Bantuan Dari Pope Vatican
Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.
rantai di teluk Horn

Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung
Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.

Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.
Memanjat dan Melastik Dinding Kota
Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin   menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.
Karisma Seorang Pemimpin
Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan  telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.
Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.
Penawanan Constantinople
Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana  tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali  Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.

 -ihsan-