Saturday, January 29, 2011

Ahli Syurgakah Kita?

Assalamualaikum, salam pembuka bicara.

Ana harapkan para pembaca berada dalam keadaan yang sihat selayaknya, InsyaAllah =)

Tajuk entri kali ni, kembali semula nampaknya ke laman dakwah. biarlah bosan sedikit pun, asalakan dapat diri ini memberi peringatan kepada sesiapa yang membaca dan empunya diri ke arah mencari keredhaan Ilahi. Tapi jangan risau, tak panjang sangat kot kali ni..

Siapa golongan Syurga yang dijanjikan Allah S.W.T?? Marikita renungi semula Hadis Rasullullah S.A.W yang bermaksud
 "Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Ahli syurga itu ada tiga golongan iaitu
orang yang memerintah yang bersifat adil dan dikurniakan taufiq,
orang yang berperasaan kasih sayang serta berhati lembut kepada setiap kaum karabat dan sesama Islam, orang yang tidak suka meminta-minta dan berusaha mengelak daripada meminta-minta sedangkan ia mempunyai keluarga yang ramai”.
Riwayat Muslim "

Ingin sekali ana menghuraikan golongan yang pertama, "pemerintah yang bersifat adil dan dikurniakan taufiq" hampir pasti mencium wangian Syurga. Adakah pemerintah yang dimaksudkan hanya tertaklukkepda pemerintah duniawi semata-semata yakni presiden sesebuah negara ataupun Raja sesebuah negeri? Tidak!! mari keita kembali semula kepada basic pemerintahan itu sendiri. Semuanya bermula daripada institusi kekeluargaan bukan begitu? Seorang Ayah, atau Suami menjadi pemerintah didalam keluarga, khususnya..Jika anda seorang Ayah atau Suami, renunglah kembali pemerintahan anda, adilkah kamu terhadap anak dan isteri kamu? Adilkah apabila kamu membenarkan kemungkaran yang berlaku andai sebesar zarah sekalipun terhadap keluarga kamu? Layakkah kamu mencium wangian Syurga?

Sesunggahnya manusiaitu dalam kesesatan dan kerugian, tiada manusia yang sempurna melainkan maksumnya Rasulullah..Renung kembali hadis diatas, layakkah kita menjadi Ahli Syurga?


Wallahualam...

0 comments: