Saturday, February 19, 2011

Batas-batas Berhias..

Assalamualaikum, salam pembuka bicara.

InsyaAllah, kali ini jika berkesempatan, ingin sekali diri ini berkongsi tentang tajuk 'perhiasan diri'.

Saudara,perhiasan memang tidak lari daripada fitrah manusia. Sejak daripada zama dahulu lagi fesyen menjadi satu elemen penting bagi menunjukkan keperibadian masing-masing, cuma bezanya, dahulukala , lelaki kurang berfesyen dan berhias diri berbanding sekarang. Jika dahulu, rambut tidak bersikat, jambang tidak terurus, baju tidak berbasuh, mandi pun  setahun sekali, masih ada lagi si dara yang berkenan padanya.Tapi tidak bagi wanita, kalau sehari tak mandi, baju tak bertukar 2 kalisehari, muka pun berminyak, alamat jadi anak dara tua la jawabnya.

Tapi itu semua zaman dahulu saudara, berbeza dengan zaman sekarang, sesetengah wanita lebih mementingkan paras rupa dan penampilan, lebih daripada keperibadian seseorang. Sesetengah sahaja, bukan semua...ingat!! sesetengah saja tau. Hensemnya paras rupa lelaki sesorang menjadi 'first impression'. Bab2 berkaitan ciri2 bakal suami mithali tu boleh cari kemudian.

Mujurlah saudara sekalian, tradisi wanita amat mementingkan perhiasan diri, tak berubah sejak dari zaman dahulu. Wanita dan berhias, bersolek dan segal 'ber' lagi yang berkaitan dengan kecantikan, memang tak dapat dipisahkan lagi. Al-maklumlah, wanita kan melebihi  rationya daripada lelaki, kenalah cantik..bukan macam dahulu, lelaki lebih ramai daripada perempuan.Sekarang sebaliknya saudara sekalian.

Baiklah, secantik mana sekalipun kita nak jadi, perlulah mengikut batas-batasyang telah ditentukan Alah S.W.T. Bagaiman tu? 

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Allah mengutuk wanita yang bertatu atau minta ditatu, wanita yang mencukur alis dan mereka yang meminta dicukur alis mereka, wanita yang membentuk giginya agar kelihatan cantik dan mereka yang mengubah ciptaan Allah." Riwayat Ibnu Mas’ud

 Ha..besar ana kasik tu,kalau tak boleh nak baca lagi, tak tahulah...Hadis ini ditujukan khusus buat golongan wanita kerana mengambil kira wanita dan cantik memang akrab. Maksud mengubah ciptaan Allah s.w.t. ialah membuat perubahan pada ciptaan Allah S.W.T yang telah sempurna secara pandangan umum dan adat atas dasar tidak berpuas hati dengan anugerah itu, bukan kerana memperbaiki atau memulihkan kecacatan.

Mencabut bulu kening yang merupakan anugerah dan ciptaan Allah S.W.T. yang sempurna dan membuat atau melukis bulu kening yang baharu selepas itu agar menepati cita rasa sendiri supaya kelihatan lebih cantik, menawan dan bergaya adalah perbuatan yang haram di sisi Islam.Ramai yang suka mencukur keningnya semata-mata nak nampak halus dan menawan kan?? Hm...berdosa tu wahai saudara sekalian..

Jika perbuatan mencabut bulu kening itu disebabkan ia tumbuh berselerak dan tidak kemas yang amat teruk, maka hal ini tidaklah termasuk dalam erti kata mengubah ciptaan Allah S.W.T. Lagipun jika yang dicabut itu hanyalah yang berselerak dan bukan termasuk bulu yang dipanggil kening serta tidak membuat lukisan semula terhadapnya. Ini dilakukan atas dasar menjaga kekemasan diri bukan kerana tidak puas hati dengan ciptaan

Allah S.W.T kerana Allah S.W.T itu cantik dan sukakan kecantikan.
Hanya rawatan ke atas penyakit yang tidak boleh sembuh dengan sendirinya sahaja yang diharuskan seperti memasang gigi palsu di tempat gigi yang rongak (bukan mematahkan gigi dan menggantikannya dengan yang lain), mengatur susunan gigi yang tidak tersusun (tapi bukan mengasah atau mengikir), memakai ubat supaya rambut tumbuh di tempat yang botak (bukan memakai rambut palsu), memakai ubat untuk membuang jeragat pada kulit (bukan membuat pembedahan plastik atau memakai bahan kimia untuk menukar warna kulit), memakai inai, syampu atau gel pada rambut atau janggut supaya lebih segar dan terurus (bukan mewarnakannya dengan cat atau spray) dan sebagainya sebagai perbezaan antara merawat/menjaga keaslian ciptaan Allah S.W.T dengan mengubah ciptaan-Nya di mana merawat/menjaga itu adalah HARUS manakala mengubahnya adalah HARAM.

Allah S.W.T telah menciptakan tiap-tiap manusia itu dengan sebaik kejadian.Bukanlah berhias diri ini haram dan tidak perlu.Namun begitu biarlah menuruti batas yang telah ditetapkan. Buat para wanita, para isteri khususunya, berhiaslah kamu atas dasar menghiasai diri untuk catik pada pandangan suami semata-semata. Bukanlah untuk pandangan lelaki ajnabi, yakni yang bukan mahram kamu. Haram memperlihatkan kecantikan kamu para wanita kepada lelaki selain daripada suami kamu. Nerakalah janji Allah bagi mereka yang ingkar akan perintahNya. Bagi lelaki pula, janganlah kamu berhias dengan niat untuk memikat wanita dan bermegah-megah dengan kecantikan diri. Sepertimana yang telah ana sebutkan tadi, manusia dicipakan sebaik kejadian. Tidak ada perlunya kita ingin mengubah sesuatu pada diri kita untuk tontonan manusia. Bahkan, ubahlah DIRI kamu dengan takwa untuk Allah S.W.T.

Diri manusia dan segala makhluk di alam ini adalah hak mutlak Allah S.W.T, Oleh itu kita hendaklah mematuhi segala hukum dan kehendak agama dengan baik. Janganlah tertipu dan terpengaruh dengan tabiat orang yang suka menurut hawa nafsunya disebabkan sikap tidak bersyukur dan tidak berpuas hati dengan ciptaan dan anugerah Allah di mana sikap ini sebenarnya merupakan sikap yang diwarisi daripada syaitan.

lahirnya cinta sejati itu daripada kasih yang Ikhlas kerana Allah, bukannya dari nafsu daripada kejelitaan sementara dunia...






Wallahualam...

0 comments: