Friday, March 25, 2011

Malu..

Assalamualaikum w.b.t

Salam pembuka bicara.

Tajuk entri kali ini nampaknya macam da biasa kita dengar.
Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a:
” Suatu ketika Rasulullah SAW terserempak dengan seorang Ansar (lelaki) yang sedang menegur saudara lelakinya kerana ia sangat pemalu. Ketika itu juga rasulullah SAW bersabda:” Biarlah dia kerana malu adalah sebahagian daripada iman.”

(al-Bukhari)

Dari sudut syarak malu adalah menahan diri dari melakukan sesuatu yang mengakibatkan sesuatu yang negatif bukan malu tersipu-sipu yang tidak kena pada tempatnya. Sifat malu tersipu-sipu dan merendah diri ini adalah al-jahalu. Contoh malu tersipu-sipu hingga takut menjawab soalan guru di kelas adalah contoh al-jahalu. Sikap ini disebabkan kurangnya keyakinan diri dan lemah peribadi. Tetapi al-haya’ (malu) adalah disebabkan sifat percaya diri dan kuat keperibadian lantaran kuatnya iman dalam menolak segala sesuatu yang negatif.

Maka sifat malu itu sendiri adalah sebahagian daripada iman dan terpuji. Sifat malu menjadikan seseorang jauh daripada perbuatan hina dan maksiat sebaliknya meletakkan dirinya dalam keadaan kesempurnaan kerana selalu melakukan hal-hal yang positif. Contohnya para wanita. Umum kita mengetahui bahawa para wanita itu dikurniakan 9 bahagian malu daripada Allah S.W.T berbanding lelaki yang mana hanya mempunyai 1 bahagian. Umum juga kita mengetahui bahawa sifat malu dan wanita memang tidak dapat dipisahkan. Wanita yang malu pada tempatnya, di mana si Isteri yang malu untuk mempertontonkan dirinya kepada lelaki ajnabi,membuat sesuatu tanpa pengetahuan si suami yang mendatangkan kemarahan suami dan keretakan sumah tangga, wanita remaja yang malu untuk bergaul bebas dengan para lelaki, bebas bersembang, berbual, tanpa batasan, malu untuk mendedahkan auratnya meskipun secebis pandangan, itu adalah wanita yang dirahmati Allah S.W.T.

Maaf jika para wanita membaca mungkin menyifatkan penulis sedikit 'bias', bahkan penulis sebenarnya kagum dengan apa yang dikurniakan Allah pada para wanita. Sudahkah saudara-saudari sekalian lupa bahawa para wanitalah yang mudah untuk mendapat rahmat, keampunan dan kerdhaan Allah berbanding lelaki. Tapi awas! juga, mereka jugalah yang mudah untuk menjejekkan diri ke arah kemurkaan Allah dan menempah tiket di neraka bagi mereka yang lalai!. Sifat malu yang dikurniakan Allah adalah bonus sebenarnya bagi para wanita untuk menempah tiket ke syurga abadi, berbanding lelaki. Nikmat bukan kurniaan Allah? Adil dan saksama.

Mereka yang menghargai sifat malu akan berkata bahawa:
“ Sesungguhnya aku adalah lebih tinggi daripada perbuatan terkutuk itu dan aku lebih mulia daripada perbuatan tercela itu.”. Dengan perkataan lain seseorang yang tidak mempunyai sifat malu, dia bukanlah hidup sebenarnya, tetapi sudah mati atau hampir mati imannya.


Wallahualam..

0 comments: