Friday, July 1, 2011

Nafsu dan Akal - topik hangat..

Assalamualaikum w.b.t

salam pembuka bicara..

kenapa topik hangat? (kali ni takde mukaddimah..)
bukan apa..topik ni sejak dari zaman dahulu lagi diperbincangkan, sampai la sekarang. Masa ana jalan singgah forum yang menceritakan tentang topik ni pun nampak seronok google buat duit. Ramai orang singgah dan bahaskan. Baiklah, untuk memudahkan bicara mari kita sama-sama lihat kenapa nafsu dan akal ni boleh jadi topik hangat. Pernah disebut bahawa lelaki itu ada 9 bahagian akal dan 1 bahagagian nafsu, dan perempuan pula ada 9 bahagian nafsu dan 1 bahagian akal. Haa...kan dah cakap hangat. Seronok la para lelaki yang membaca tatkala para perempuan mengetap bibir..

NANTI dulu!!!..sebenarnya perumpaan ini hasil daripada ungkapan popular Imam Al-Ghazali tatkala menceritakan tentang kisah Hasan Al-Basri nak pergi meminang Rabi'atul Adawiyah suatu masa dahulu.
lebih kurang macam ni la cerita tu..

Rabiatul Adawiyah : Hai Hassan,dalam berapa bahagiankah Allah menciptakan akal?
Hasan Al-Basri : 10 bahagian,9 untuk lelaki 1 untuk wanita.
Rabiatul Adawiyah : Dalam berapa bahagiankah Allah menciptakan nafsu?
Hasan Al-Basri : 10 bahagian,9 untuk wanita 1 untuk lelaki.
Rabiatul Adawiyah : Hai Hasan,aku dapat menguasai 9 nafsu dengan 1 akal,sedangkan kamu,pihak lelaki tidak dapat menguasai 1 bahagian nafsu dengan 9 akal yang kamu dapat.
Dush...kan dah malu pihak lelaki..baiklah, teringin pula ana nak mengungkap kembali ayat-ayat dari blog saifulislam.com berkaitan yang menyatakan sebenarnya, eloklah ditukar nafsu tu jadi 'emosi' dan akal tu jadi 'logik'. Haa..barulah para pembaca perempuan nak senyum sikit..iye x? Rabiatul Adawiyah ada menyatakan dalam ungkapannya kepada Hassan Al-Basri "Rasulullah pernah menyatakan.." jadi ramai yang salah sangka bahawa ini adalah satu hadis. Tapi maafkan saya Halim..saya putaaaarrrr..jawapannya tidak betul. =) ini bukanlah salah satu hadis dari Rasulullah S.A.W tapi sekadar kisah yang diceritakan didalam kitab Durratun Naasihin dari Uthman Al-Khaubawi. Dan kita boleh terima kisah dan teori yang diterima pakai seluruh dunia.

Benar terasa jika ada yang mengatakan bahawa ungkapan hangat tersebut seolah-olah merendahkan martabat wanita. Dan benar juga jika ada yang bersetuju bahawa ungkapan ni melebih-lebih hanya nak tunjuk lelaki power daripada wanita. (jadi kita tukar macam yang disebut Ustaz Hasrizal Jamildalam saifulislam.com ya..baru sedap didengar.)

Jika direnung kembali, sebenarnya ungkapan ini nak mengajar dan memberi nasihat pada para lelaki
seperti yang dilihat dalam kisah Hassan Al-Basri tadi. Ada 9 akal pun tak guna jika 9 itu ditukar kepada nafsu dan 1 kepada akal. Tu yang macam serigala tak cukup makan bila tengok perempuan-perempuan yang seronok mendedahkan aurat tu. Saudara, fungsi akal ni cukup penting dalam membuat satu pertimbangan, keputusan, dan memilih sesuatu. Biasanya akal akal akan menjadi lemah. Masa ni la lelaki lebih banyak menggunakan akal berbanding wanita yanglebih banyak menggunakan emosi. (nak lebih jelas lagi, rujuk kitab Ihya' Ulumuddin). Fitrah Allah menjadikan sememangnya sebegitu kerana wanita bijak dalam menghadapi situasi yang berbeza dan tak boleh ditandingi oleh lelaki. Wanita diberi tugas yang berbeza seperti mengandung, dan sebagainya. Dan disinilah emosi bijak digunakan, tak macam lelaki yang bijak je cari alasan nak keluar rumah bila isteri mengandung..(bukan semua tau..)
Haa..sebab tu la hak menjatuhkan talak ni pada lelaki, kalau tak mesti isteri hari-hari jatuh talak sebab laki tak puji masakan si isteri sedap..hehe..

Segala yang diciptakan Allah semuanya saksama, adil dan sama rata antara lelaki dan perempuan. Tentang akal dan emosi ni pun ada keadilannya dari pelbagai segi. Sudahkah saudara lupa yang manusia itu semuanya setaraf, sama sahaja disisi Allah..yang menentukan kemuliaan disisi Allah, tertakluk pada iman hambaNya,jadi  para lelaki jangan bagi kurang iman ye ungkap ayat hangat ni memberono je ye..segala yang diciptakanNya, indah..umpama mutiara menyinar lautan, menyingkap kisah duka sang ombak, membuahkan badai yang ayu menyisip kelembutan jiwa yang merasainya.. =)

Wallahualam..

p/s - kalau ada yang silap salah mohon tegur dan ampunkan, sesungguhnya apa yang baik datang dari Allah, dan yang buruk itu dari diri ini sendiri...

2 comments:

Farah Shahirah said...

salam ukhuwah... :)
entri yang menarik..

IbnU_ShaFie said...

syukran..salam ukhuwah juga..abadan abada..=)