Sunday, July 3, 2011

Sukan bola sepak wanita - medan pendedahan aurat?

Assalamualaikum...
salam pembuka bicara...


sedang ana sedap makan bihun sup dekat dapur sebentar tadi, terdengar laungan pembaca berita TV1 yang menyatakan bahawa pasukan Bola Sepak wanita negara yang dibubarkan sebelum ini bakal ditubuhkan semula. tersedak tulang ayam kejap...


Sukan bola sepak memang cukup terkenal diseluruh dunia. Baik miskin, kaya, budak-budak, orang besar, semua main bola. Kebalakangan ini, sejak zaman moden dan perkembangan globalisasi menjadi satu fenomena, sukan bola sepak mula menular kepada golongan wanita secara professional berbanding sebelum ini yang hanya lelaki saja yang terlibat dalam sukan ni. Siap ada Bola Sepak Piala Dunia untuk wanita lagi, yang sedang hangat berlangsung ketika ini. (betul kan?)


Apabila seseorang bersukan, tegar bagi mereka untuk mendedahkan aurat meski secara sengaja atau tidak. kenapa ana cakap macam tu? tengok balik sedutan sukan sea ke, sukma ke..atau pape la yang berkaitan dengan sukan. walaupun yang perempuan pakai tudung, dan lelaki pakai seluar, berapa kerat je yang tutup aurat seperti yang dituntut syariat? haa..jawab sendiri.


Apabila bermain bola, lazim bagi pemain bola untuk memakai seluar pendek. Cuba bayang kalau yang main bola tu orang perempuan. yang duk menonton pulak ramai je lelaki...masyaAllah..seram sejuk ana pikir..(respon pada pihak yang teringin nak buat liga Bola Sepak wanita) Ye la, yang datang tengok tu kalau tak ramai pun, mesti ada punya yang otak kotor. hm..meh sedara-sedari, kita tengok sikit dalil Al-Quran dalam surah Al-Ahzab ayat 59


"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." 


kejap-kejap..ada lagi..


"Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)" (surah al-a'raf-ayat 26)


ha...nak lagi?


"Aisyah meriwayatkan, bahawa saudaranya iaitu Asma' binti Abu Bakar pernah masuk di rumah Rasulullah S.A.W dengan berpakaian jarang sehingga nampak kulitnya. Kemudian beliau berpaling dan mengatakan: "Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah datang waktu haid, tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini - sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya." (Hadis Riwayat Abu Daud)


Aurat adalah satu perkara yang cukup sensitif. Aurat adalah salah satu penentu cara hidup dan penghormatan kita disisi Allah. jangan buat main-main bab aurat ni tau..berbalik kepada tajuk entri, benarkah bolasepak wanita ni satu medan pendedahan aurat bagi wanita? cuba la jawab sendiri. cukup la medan hiburan negara je yang buat isu aurat ni sebagai satu mainan. bukak sana, dedah sini..nauzubillah..


Habis tu? lelaki main bola? nampak lutut..aurat jugak tu..haa, yang tu nanti ana ulas dalam entri yang seterusnya ye, takut orang menyampah nak baca nanti, panjang sangat.


wallahu'alam..


p/s- harap-harap la kementerian belia dan sukan dan kerajaan kita sendiri cuba menghalang kalau betul liga bolasepak wanita diadakan, jika betul mereka memerintah benar disisi agama..

1 comments:

Anonymous said...

Lucky Club Casino Site | The Best Online Casino for US Players
Lucky Club Casino is a modern online casino with a great history 카지노사이트luckclub of offering a wide variety of games. All you need to do is sign up today!