Friday, September 16, 2011

Berbohong Sunat


“tak baik berbohong..” lafaz yang biasa diluahkan oleh para ibubapa atau golongan tua. Betul la tu, tak baik berbohong. Ingat tak pepatah melayu ada mengatakan ‘siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong, lama-lama mencuri’
“saya tipu sunat je tok..” ni pulak lafaz yang biasa diluahkan oleh seseorang yang berbohong. Persoalannya, perlukah berbohong sunat, bukan..yang paling penting, apa hukum berbohong sunat ni?
HARAM!!  Sepertimana hukum yang telah ditetapkan Islam. Namun begitu, Islam adalah agama yang fleksibel, mudah dan tidak memaksa. Lazimnya, memang tak ada lafaz berbohong sunat, memang tak ada..cari la kat mana-mana pun.bukan dapat pahala sunat pun kalau berbohong sunat.Tetapi Islam membolehkan seseorang itu berbohong dengan niat untuk menyelamatkan atau mengubah ke arah yang lebih baik.
Sabda Nabi s.a.w.; “Bukanlah dianggap pendusta/pembohong seorang yang berniat untuk memperbaiki di antara manusia dengan ia menyampaikan berita yang baik sahaja (di antara dua orang yang bergaduh/bersengketa) atau melaporkan yang baik-baik sahaja (dengan menyembunyikan yang tidak baik di antara mereka berdua)” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Ummu Kalsum r.a.)
“Aku tidak mendengar Nabi s.a.w. memberi sebarang kelonggaran (untuk berbohong/berdusta) dalam percakapan manusia kecuali dalam tiga keadaan;
1) Ketika peperangan
2) Untuk mendamaikan di antara manusia
3) Percakapan seorang lelaki dengan isterinya dan percakapan seorang perempuan dengan suaminya
(HR Imam Muslim)
 Ketika peperangan tentera Islam suatu ketika dahulu, pernah satu ketika ketua kepada tentera kafir bertanya kepada Rasulullah, “dari mana kamu semua datang?” Rasulullah menjawab, “kami datang daripada air..” apa lagi tercengang tentera kafir tersebut, air mana pulak ni? Ada ke negeri nama air? Disini Rasulullah memanipulasikan kenyataan demi menyelamatkantentera Islam dari disangka sebagai bangsa Arab yang dating untuk berperang dengan tentera kafir tersebut, sebagai satu strategi peperangan Rasulullah. Jadi dibolehkan.
Istilah berbohong sunat biasanya amat diperlukan dalam institusi kekeluargaan. Sebagai contoh, si suami membantu keluarganya dari segi kewangan. Usahlah deritahu pada si isteri tentang perkara tersebut, kerana dirisaukan akan terjadi perbalahn diantara keduanya. Nanti mula la si iseri merajuk, “abang lebih saying mak abang darisaya ye…” ha.. tak ke payah nanti.
 Sama sahaja konsepnya dengan berterus terang, kadang-kadang ada perkara yang perlu dirahsiakan demi menjaga hati, dan mengelakkan perbalahan antara dua insan. Semua manusia diciptakan Allah, berlainan sifatnya, berlainan emosinya. Mungkin ada yang boleh terima sesuatu penerangan dan adakalanya tidak. Tapi perlu diingat, ini bukanlah lesen untuk membolehkan berbohong, Cuma dibolehkan memanipulasi sesuatu dalam Islam demi menjaga apa yang Islam perkenalkan. ‘Peace’ antara setiap insan, Islam bukanlah agama yang memecah belahkan. Banyak lagi yang perlu diterangkan berkaitan dengan isu ini, tapi sebagai basic untuk memahami konsep ‘berbohong sunat’ rasanya dah cukup bukan? Maaf andai ada silap bicara, ada yang terasa, sesungguhnya penulis hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi penggerak muslim dan diri sendiri mencari redha Allah dalam kehidupan sementara ini.. wallahu’alam

p/s: kadang-kadang terasa pada mereka yang mulanya memulakan perbualan dengan kita, tetapi ketika perbualan, dia pula yang ‘menyelam sambil minum air’. Mula la perbualan menjadi terencat.

0 comments: