Saturday, October 31, 2009

Malaysia - keindahan dan.....

assalamualaikum...

lama x merungkai kata2..
x sampai 10 minit sebelum ana menulis, ana terbaca blog sahabat lama yang kini belajar di jordan, seronok membaca, dan satu ayat yang membuat ana teringin menulis kali ini adalah betapa beliau mengatakan bahawa malaysia adalah tempat yang terbaik  dan pasti dirindui tatkala melangakah ke bumi asing kelak..

bila di lihat kembali, mmg tak dapat dinafikan malaysia memang antara merupakan tempat yang menyimpan khazanah terindah di mata dunia, pantai bersinar bak mutiara, hutan menghijau indah, pencakar langit tersergam kukuh (jika  dikira pencemaran bandar), segalanya dilihat terbaik..
tak hairanlah jika negara kita mencatatkan antara jumlah pelancong luar yang ramai sejak akhir2 ini..

namun, sedar x sedar, sebenarnya segala keindahan dan keajaiban khazanah ini nampaknya di cemari dengan 'sedikit' masalah yang nampaknya x mencapai kesudahannya, kalau nak disebut semua, memang x terkira, mat rempit, bohsia, dadah, dan banyak lagi,

'mengapa ianya terjadi??'..


rasanya, soalan tu yang paling popular....ana tak nak mengulas persoalan itu kali ini, hanya nak mengajak sesiapa yang terbaca menganalisis bersama, menghayati bersama, apa yang terjadi, inikah negara yang kita cintai? keindahan alam yang dihiasi dengan penyakit sosial, sampah mayarakat, sanggupkah kita hidup dengan 'keindahan' yang sebegini??
kita merungut, berfikir, tension dengan segala masalah yang wujud, adakah ia dapat diselesaikan selagi kita bersikap sebgitu? satu sahaja nasihat ana, jika kita nak jadi 'white knight' sekalipun, nak menyelamatkan negara yang tercinta ini, perbaikilah diri kita dulu, x ada manusia yang sempurna imannya melainkan Nabi Muhammad SAW..


fikirkanlah....

Sunday, October 25, 2009

hipokrit?? terpaksa atau kerja??


tiz zaqyah bertudung (kiri) dan di dunia sebenar (kanan)
'Insya Allah, bila dah sampai seruan nanti, saya akan pakai tudung'..
agak begitulah kata2 yang muncul dari mulut para pelakon tanah air yang kita cintai, Ayu raudhah contohnya, slalu berlakon cerita yang bertudung, Dato' siti nurhaliza, pakai tudung tapi nmpak rambut, Tiz Zaqyah yang buat peminat drama terjerit2 lelaki terpaku dengan keayuannya melalui dram top tv3 Nur Kasih, dan ramai lagi para selebriti yang pakai tudung macam chipsmore...sekejap ada, sekejap xde..sbb apa ye??
adakah sebab hipokrit??? terpaksa pakai sbb nk tutup malu?? ataupun dedikasi sgt dengan kerja sebagai pelakon???
bagi ana, jawapannya cuma satu...

x ada kesedaran diri, dan kurangnya pengetahuan terhadap agama...

yang mereka tahu, bila nak ke tempat yang religious sikit, macam masjid, mahkamah syariah, atau bila nak kawen, kena la tutup aurat, pakai tudung...ambil berkat~~~katanya lah...

kalau setakat dalam tv duk tutup seluruh badan, tutup aurat, dapat pahala, dekat luar tayang badan dekat org bukan muhrim macam taknak pakai baju, buat apa?? pegang sana pegang sini, dosa tetap buat, habis apa yang kau dapat??? pahala dari dalam tv tu tak kemana... munngkin omited sangat terhadap kerja sampai syariat islam dipergadaikan begitu saja, tak payah cakap perempuan, lelaki pun sama, cuba ibaratkan perlakuan kita dengan satu situasi mudah, seolah-olah ajaran Allah S.W.T itu sebagai stau ajaran budak kecil berumur 5 tahun, x perlu diambil kisah...subhanallah....dah gila agknya manusia sekarang,
bila ditanya, 'belum sampai hidayah lagi' 'rambut i yang cantik ni, kenapa nk simpan2??' ' ish, mesti taku dengan tuhan, tapi i yakin tuhan paham, nanti i taubatlah balik..' astagfirullah..apa ingat kita ni beragama kristian yang x begitu pedulikan hal2 pergaulan penganutnya?? kita ini Islam..para muslim dan muslimah, agama ajaran Ibrahim dan Muhammad yang mulia, datang dari Allah S.W.T, mengapa kita boleh persendakan begitu saja?? tepuk dada, tanya selera, mahukah kita diseksa seteruk iblis diseksa kerana membimbing anak2 Adam ke jalan kejahilan?? setakat kena terik matahari sikit pun dah bising, apa lagi dengan seksaan neraka??

bagan pinang..tak habis lagi???

pejim celik, rasanya dah lama pilihanraya keci Dun Bagan Pinang berlalu, tapi kalau bukak surta khabar, internet, isu siapa menag di bagan pinang masih lagi 'PANAS'.ntah la, ana pon pelik dengan politik ni, x berkesudahan, ada saja yang nak diperbesarkan, ana bukan nak provok mana2 parti, tapi rasanya kali ni, pembangkang sedikit melampau, yang sudah tu, sudah la..rakyat dah semakin bosan, memang PAS dah kalah, BN yang menang, timbul pula isu kata undi rasuah dan sebagainya, mereka x sepatutnya buat tuduhan melulu, memang x dpt dinafikan, 'mungkin' BN ada sedikit maen kotor, dengan meletakkan calon yang ada sedikit 'kontrovesi', yang mana, disukai oleh para penduduk Bagan Pinang, Isa Samad..tapi PM sendiri dah cakap dia bersih, dan tiada sebarang masalah..itu PM la yang cakap, bukan ana cakap..ini menunjukkan, rakyat Malaysia kini dah semakin cerdik, kalau pilihanraya kecil sebelum ni, pembangkang menang berturut turut, kali ni mereka tersungkur dengan keperibadian Isa dan sokongan penduduk bagan pinang. ini tak laen x bukan, menunjukkan rakyat bukannya memilih parti, tapi pilih calon yang betul2 dapat bagi kesenangan pada mereka..
ana sendiri x brapa panda juga cakap dalam hal2 politik ni, tapi kita sebagai pengundi, berhak untuk memastikan kita dapat yang terbaik, buat BN, jangan igt kemenangan ini satu kebangkitan kalau semua ahli umno masih lagi 'hampeh' (cakap x serupa bikin) tapi jadikanlah pilihanraya ini sebagai batu loncatan utk semua ahli, ikutlah mcam Isa, 'mungkin' bebas rasuah, dan berwibawa..
buat PAS pula, sudah2 la tu menyuarakan ketidakpuas hati anda, yang sudah, sudah la, kalau BN nak menipu, itu hak mereka, biarlah, kita hanya dapat berdoa, Tuhan akan tunjukkan segalanya..

ingat rakyat malaysia sekalian!! pilih calon yang betul2 terbaik...

Monday, October 19, 2009

1 Malaysia- relevan?????



1 Malaysia,
gagasan yang dicetuskan oleh YAB Dato' Najib Abd Razak tak lama selepas beliau menagmbil alih tampuk pemerintahan negara, oleh Tun Abdullah Badawi, yang mana, x sesuai jadi pedana menteri, kata Tun Mahathir, bagi ana, tidak ada bezanya cara pemerintaha 2 org bekas perdana menteri itu, ya, mungkin pencapaian sedikit berbeza, tapi dari segi cara menguruskan sesuatu, agak sama, iaitu, lari dari masalah apabila ia tak dapat dibendung lagi, maaflah, ana bukan anti-BN, tapi ini dari sudut pandangan ana sbgai seorang rakyat Malaysia, x salah kn??? mungkin, Paklah sedikit "mulia" berbanding Tun M ;-)
bebalik kepada gagasan 1 Malaysia tadi, ana lihat, ada kebaikan dn mgkin banyak keburukannya, bkan apa, ana tulis menda2 macam ni pun, bukan nk kutuk mana-mana pihak, tapi sekadar rasa prihatin dari kebosanan mendengar pembaca berita tv1 asyik duk puji pasal gagasan ni,
lagipun, ana x rasa ada orng yang membacanya, ha3
ish, lari tajuk lagi, baiklah,
setiap kali tv1 atau RTM duk puji dan terus menembusi pemikiran rkyat malaysia supaya jadikan 1 malaysia sebagai prinsip negara, sebenarnya, org india dan china duk tersenyum lebar, orang china lagi lebar sebenarnya, kerana apa? kerana impian mereka utk menjadi pemilik negara kita semakin hampir tercapai, kalau zaman Tun Abd Rahman dlu, mrk asyik duk kat kedai jual brngn runcit, andai zaman Tun Abd Razak, depa dah start jadi tokey tanah, zaman mahathir, da bukak syarikat dan kaya raya, zaman paklah plak da rmai yang pgg jawatan tinggi2 dalam kabinet, skarang, zaman Najib, depa da boleh duduk satu kerusi dengan org mlayu, dan lebih teruk lagi, ORANG ISLAM!!! suka ana utk mengatakan sedikit daripada syarat negara islam yang telah ditetapkan sejak era Islam dipandang tinggi dahulu, iaitu, tiada negara yang akan diisytihar sebagai ngr Islam selagi org2 Kafir berada bersama kepimpinan negara, merka sepatutnya berada di bawah kepimpinan Islam...jadi cuba fikir balik, apakah apa yang dikatakn Tun M yang kita ini adalah sebuah negara Islam yg maju, adalah benar???
1 malaysia mendatangkan kelemahan yang paling ketara, persamaan 'taraf', tiada melayu, tiada india, tiada cina, cuma malaysia, kalau macam tu, kita ni bangsa apa agaknya ya?? lebih teruk lagi, agama apa?? sebut pasal agama lagi lah banyak yang nk diperkatakan, bila ada pemuda PAS yang bantah konsert beyonce di malaysia, kabinet kata apa?? "kita bukan nk suruh beyonce bukak baju, tayang bodi, kita suruh dia nyanyi, lagipun, standard la, dkat Arab pun ada artis2 seksi, " Astagfirullah, dengar suara perempuan menyanyi pun dah mendatangkan makruh, apatah lagi bab2 aurat?? mungkin depa akan kata, 'kita dah suruh beyonce hormati agama islam, tutup sikit aurat macam konsert Gwen Stefani dulu...' ok, habes tu mcm mana pulak dengan anak2 muda yang duk terkinja2 kat bawah tu??? bercampur lelaki dan perempuan, x tau mana satu jantan, mana satu betina...cba tengok, semua tu, anak apa??? anak melayu...pandai, mana ank2 cina???
ank2 india?? depa duk reka plan seterusnya utk kuasai malaysia, satu plan dah jadi dah...kontrol ekonomi, tup2 Najib bagi bonus pulak tu, 1 malaysia, hm...apa2 hal, sapa2 yang ada baca, cuba la pikir balik, relevan ke 1 Malaysia ni???

Sunday, October 11, 2009

kesucian hati seorang isteri


Hanan tahu. Perempuan dicipta untuk lelaki, dan begitulah sebaliknya. Hawa dijadikan Allah sebagai pengisi kekosongan Adam. Allah tahu. Allah maha tahu. Adam tidak betah keseorangan. Lalu terciptalah Hawa. Hawalah penyeri. Hawalah penghibur. Hawa jua racun berbisa. Bila mana iblis gagal menggoda Adam, lalu diganggunya Siti Hawa.
Pujuk rayu Hawa akhirnya menundukkan ketaatan Adam terhadap Yang Esa. Lantas dicampakkan ke dunia. Dunia yang penuh kekejaman. Penuh noda. Penuh sengsara. Itulah wanita. Kuasa wanita bukan terletak kepada kekuatannya. Adam jatuh kerana Siti Hawa. Habil, dan Qabil berbunuhan kerana hawa. Bill Clinton menggemparkan dunia ekoran dakwaan si hawa. Pemimpin agung negara juga tersungkur kerana seorang wanita.
Hanan mengenali Muhammad sejak berada di kampus. Siapa tidak kenal lelaki itu? Bukan sahaja tampan, malahan mempunyai nilai peribadi yang tinggi. Ya… Muhammad memiliki peribadi yang boleh dibanggakan. Matanya yang tajam bisa menggegarkan jantung si gadis. Rambutnya lurus, kopiah di kepala. Mukanya bersih disinari cahaya. Bibirnya merah, sebagai tanda tidak merokok. Muhammad pastinya belum pernah menyentuh Dunhill, Malboro… Tetapi, bukan itu alasannya. Bukan itu puncanya. Ilmu… Ilmunya penuh di dada. Ilmu itu di hujung jarinya.

Rasulullah pernah bersabda, " Jika kamu mahukan dunia, dengan ilmu. Jika kamu mahukan akhirat, dengan ilmu. Jika kamu mahu dunia, dan akhirat, dengan ilmu."
"Umi… Abu ingat abi."
"Abi sibuk. Nanti malam, abi pulang. Abu dah solat? Pergi solat dulu. Kan abi pesan, solat mesti di awal waktu."
Abu Bakar… Putera sulung Hanan bersama Muhammad. Sebagai tanda cinta berpanjangan. Abu Bakar As-Siddiq… Sahabat akrab Rasulullah. Itulah impian Hanan. Setelah sah menjadi suri Muhammad, Hanan bercita-cita melahirkan zuriat sehebat Saidina Abu Bakar, seberani Saidina Umar, sesabar Saidina Uthman, dan sekental Saidina Ali, menantu kesayangan Rasulullah.
Hanan ingin benar memiliki sebuah keluarga Muslim yang berpegang teguh dengan syariat. Kini, setelah hampir sepuluh tahun melayari bahtera rumahtangga, pasangan itu telah dikurniakan dua orang cahaya mata. Putera sulung diberi nama Abu Bakar, manakala si puteri dipanggil Fatimah Az-Zahrah.
Fatimah… Begitu comel wajah itu. Masih Hanan ingat. Sewaktu Fatimah dilahirkan, Muhammad tiada di sisi. Si suami begitu sibuk dengan kerjayanya. Paginya menjadi penganalisis komputer. Malamnya menggegarkan pentas ceramah. Pendakwah bebas… Perginya ke mana-mana. Hanan bangga memiliki suami yang giat berjuang di jalanNya. Hanan terharu. Tetapi, naluri wanitanya tetap merasai kesedihan bila mana Muhammad tiada di sisi tika dia mahu melahirkan. Andai kata Hanan menghembuskan nafasnya yang terakhir, dia mahu memejamkan mati di sisi suami. Di pangkuan suami tercinta.
" Ayang nak letak nama apa?"
" Suka hati abang la. Asal abang suka, ayang tak bantah."
" Sumayyah?"
" Abang suka?"
" Entahlah. Apa kata… Fatimah Az-Zahrah."
Muhammad mengucup dahi isteri tercinta. Muhammad bahagia bersama Hanan. Muhammad bersyukur kerana Hanan kini menjadi miliknya. Dia tidak salah pilih. Hanan begitu memahami. Hanan tidak pernah merungut dengan segala kekurangan. Hanan sentiasa patuh, dan redha. Muhammad tahu, Hanan kurang setuju dengan permintaanya agar dia berhenti bekerja setelah kelahiran Abu. Tetapi, sebagai isteri yang taat, Hanan akur. Meskipun bertentangan dengan cita-cita, dan azamnya, Hanan tetap menerima. Hanan mahu menjadi setaat Siti Muthiah. Itu Muhammad tahu.
Saidatina Fatimah agak kecewa apabila mengetahui bahawa ada wanita lain yang memasuki syurga mendahuluinya. Siapakah dia? Apakah keistimewaannya sehingga disebut namanya oleh Rasulullah? Dialah Siti Muthiah. Wanita agung mentaati suami. Dirinya untuk suami. Kebahagiaan, dan kegembiraan dicurahkan buat suami.
" Wahai Muthiah, apakah perlunya peralatan itu?" Tanya Fatimah tatkala melihat Siti Muthiah memegang segelas air, sehelai kain, dan sebatang rotan di sampingnya.
" Wahai puteri Rasulullah, kain ini kugunakan untuk mengelap peluh suamiku yang penat bekerja. Air ini kuhidangkan buatnya. Kutahu, dia tentu kehausan setelah lelah membanting tulang mencari rezeki buatku, dan anak-anak."
" Bagaimana pula dengan rotan?"
" Jika layananku tidak memuaskan hatinya. Aku rela dipukulnya."
" Adakah dia sering memukulmu?"
" Tidak. Bahkan dia hanya memelukku di sisinya."
" Kamu memang layak masuk syurga," bisik hati Fatimah.
Hanan ingin menjadi sehebat Siti Muthiah. Taat, dan patuh kepada suami. Menjadi penawar buat suami. Melahirkan permata hati untuk suami. Paling penting, melahirkan pejuang Islam masa depan. Takbir!! Hanan terkejut dari lamunan. Dia terkenang kisah lampau. Antara dia, dan Muhammad. Antara cita-cita, cinta, dan harapan. Konflik berlegar-legar. Cita-cita membantu ibu di desa. Meringankan beban ibu yang melahirkan. Membalas jasa bapa yang membesarkan. Hanan tahu perit ibu mengandungkan. Sakit ibu melahirkan. Penat ibu membesarkan.
Kakak,Dulu, kakak cakap, bila kakak dah kerja, kakak nak bawa abang, Amir, Bobo pergi melancong. Nak bawa kami naik kapal terbang. Nak hantar ibu, dan ayah ke Mekah. Kenapa tak boleh sekarang? Kakak tak ada duit ye? Kakak tak cukup duit? Salam sayang dari kami di kampung. Abang.
Abang,Bukan kakak lupa. Kakak ingat janji kakak. Tapi, apakan daya. Kakak tak punya sumber. Belanja bulanan, boleh ditanggung. Janji kakak, agak sukar dikotakan. Sayang selalu. Kakak.
Konflik terus bermain di kepala. Antara ketaatan, dan cita-cita. Antara harapan, dan cinta. Hati Hanan menjerit. Dia ingin mengotakan janjinya. Ingin meringankan beban ibunya. Hanan merancang sebegitu lama. Hanan fikir, jika Muhammad membenarkan dia bekerja tetap, pastinya dia dapat menepati kata-katanya. Membantu keluarganya. Mengapalah Muhammad tidak pernah mahu mengerti?
" Ayang… Minggu depan abang kena bagi ceramah kat Kedah. Mungkin dalam dua hari."
" Pergilah bang. Orang dah jemput."
" Macam mana anak-anak?"
" Abu… Macam biasalah. Sikit-sikit, abinya. Fatimah pula, tiada masalah."
" Ayang… Penganjur tidak dapat sponsor ceramah abang. Minggu ni, kita jimat sikit ye. Duit ibu dah hantar?"
" Emmm…."
Abang,Bukan harta yang dipinta. Bukan emas yang dirayu. Hanan ingin selalu di sampingmu.Hanan serba salah. Bukan dia tidak tahu dengan kerja suaminya. Sebelah pagi, Muhammad bergegas ke pejabat. malamnya, jika ada jemputan, Muhammad perlu berceramah. Kereta Wira itu sahajalah yang membawanya ke mana-mana. Kadang-kadang, Muhammad tidur beralaskan kusyen. Kadang-kadang Muhammad tidak tidur langsung. Hanan kasihan melihat suaminya. Meskipun Muhammad tidak pernah meluahkannya, Hanan tetap mahu melihat keselesaan suaminya. Ah!! Iblis begitu kuat menghasut. Sedangkan Nabi junjungan hidup sederhana. Sedangkan sahabat terdahulu lebih hebat dugaannya. Persetankan segala hasutan syaitan laknatullah. Dia perlu sentiasa redha, dan bersyukur dengan segala kurniaan Tuhan. Allah pernah berfirman, "Ketika Tuhan memberitahu : Dan jika kamu berterima kasih, nescaya Kutambah nikmat yang ada padamu. Tetapi, jika kamu kafir, sesungguhnya seksaanKu amat keras. " Ibrahim : 7. Ya… Hanan perlu sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.
Seperti biasa, Hanan menjalankan kewajiban seorang ibu, dan isteri sebaiknya. Mengasuh mengikut pesan suami. Tidak dimanjakan, dan tidak pula terlalu keras. Hanan begitu bahagia. Alangkah indahnya, jika kelak, dia dijemput Tuhan, tika perit melahirkan zuriat. Bukan sengaja mahu meninggalkan anak-anak tanpa ibu. Suami tanpa isteri. Tetapi, Hanan mahu mati sebagai syuhadah. Bak kata seorang teman, " Hiduplah sebagai ulama’, matilah sebagai syuhadah." Hanan mahu mati dengan redha suami. Bukan tangisan yang mengiringi pemergiannya. Kadang-kadang Hanan cemburu. Cemburu memikirkan. Pastinya Muhammad akan menikah lagi. Anak-anaknya bakal punya umi baru. Akan ada orang lain di hati Muhammad. Memikirkan Ainur Mardhiah pun menggelisahkannya. Apatah lagi wanita di dunia.
" Kakak… Nenek sakit tenat. Baliklah. Ibu suruh kakak balik."
" Abang Muhammad tiada. Pergi ceramah di Kedah. Macam mana kakak nak keluar rumah?"
" Kakak telefonlah dia. Nenek dah nazak. Kakak kena balik."
" Nanti kakak telefon abang Muhammad."
Telefon Muhammad? Mana mungkin Hanan mengganggu Muhammad waktu itu. Hatinya meronta untuk pulang. Tapi bagaimana? Hanan tahu, suaminya tidak akan marah.
Bukan benda kecil. Hidup mati manusia. Tapi, Hanan tidak mahu menghalang gerak kerja Muhammad. Jika dikhabarkan berita ini, pasti Muhammad gelisah. Hanan yakin, Muhammad pasti tidak dapat pulang malam ini. Hendak pulang sendiri? Hanan mana ada fulus? Kalau untuk dirinya saja, mungkin mencukupi. Tetapi, bagaimana dengan Abu, dan Fatimah? Tinggalkan di rumah? Tidak sama sekali. Apa-apa boleh berlaku. Budak-budak masih kecil. Tidak tahu apa-apa. Tidak mengerti apa-apa. Hendak beritahu ibu duit tidak mencukupi? Hanan tidak sanggup. Nanti, ibu pasti menjadi seperti inspektor polis yang giat menyoal-siasat banduan. Dari mana datangnya duit yang dikirimkan selama ini? Mana mungkin Hanan mampu mengirimkan wang jika duitnya tiada? Ibu tidak tahu. Dan ibu tidak perlu tahu. ibu juga tidak boleh ambil tahu. Hanan banyak berjimat. Ditahan keperluannya. Dipenuhi kehendak ibu bapanya. Sudahlah dia gagal menghantar mereka ke Mekah. Biarlah dia berkorban sedikit. Hanya sedikit…
" Kakak… Nenek dah meninggal."
" Innalillahiwainnailahirajiun."
Hanan senyum sendiri. Menangis dalam senyuman.
Nenek tua itu telah sampai ajalnya. Telah tiba waktunya. Rambutnya putih. Tiada yang hitam. Mukanya cengkung. Tangannya berkedut. Hanan sayang orang tua itu. Dialah yang mengasuhnya selama ini. Mendidiknya menjadi orang yang berguna. Ibu juga mendidik. Ayah juga mengajar. Tetapi, keringat ibu, dan ayah lebih diperlukan untuk mencari sesuap nasi. Akhirnya, nenek pergi jua. Meskipun Hanan tidak menanam cita-cita agar janda kematian suami itu mati di sisinya. Alangkah indahnya jika dia ada bersama tika neneknya sedang nazak menunggu roh keluar dari jasad.
" DaripadaNya kita datang. KepadaNya kita kan kembali."
" Kak Hanan."
" Ya saya. Siapa di sana?"
" Saya Nona, anak didik ustaz Muhammad."
" Ooo… Ustaz tiada. Dia belum pulang. Nona nak pesan apa-apa?"
" Em… Akak… Saya harap akak tidak marah. Tapi, saya dah tak mampu," talian sunyi sebentar.
" Akak… Saya mencintai ustaz Muhammad. Saya tidak mampu menipu diri saya sendiri. Saya begitu sayang kepadanya, dan saya sanggup menjadi yang kedua."
" Ustaz tahu hal ni?" Hanan cuba menahan getar di hatinya.
" Mungkin tahu. Tapi, buat-buat tak tahu. Saya terseksa." Diam lagi…
" Saya yakin ustaz akan mendengar nasihat akak. Kak… Pinanglah dia untuk saya."
Hampir terjatuh gelas putih itu. Hanan tidak sanggup. Dia tidak sanggup bermadu. Tidak rela dimadu. Apatah lagi berkongsi suami. Hanan tidak sekuat Saidatina Aisyah. Aisyah juga cemburukan isteri-isteri Rasulullah. Bermadu tak semanis yang disangka. Mungkin lebih pahit daripada hempadu. Hanan tahu, lelaki yang mampu layak bernikah lebih daripada satu. Malahan dua… Tiga… Empat… Hanan yakin Muhammad mampu mengemudi dua buah bahtera. Tapi…
Hanan tidak cukup kuat untuk itu. Sudah banyak dia berkorban. Perlukah dia berkorban lagi? Dia berkorban kerana ketaatan. Kerana patuh terhadap suami. Perlukah dia terus memendam rasa lagi? Menangis!! Hanan tidak akan menangis kerana dugaan, dan ujian. Saidina Ali pernah menangis kerana dirasanya Allah tidak memandangnya. Mengapa? Kerana dirasakan tiada ujian diturunkan buatnya. Ujian!! Sebagai tanda kasih Tuhan. Sama ada ingin mengangkat martabat hambaNya itu, ataupun sebagai kafarah dosa yang dilakukan. Dua-dua sama. Sebagai tanda cinta Ilahi. Allah pernah berfirman,
" Tidak Aku bebani seseorang sesuai dengan kesanggupannya," Al-Baqarah : 286. Hanan juga tahu firman Tuhan, " Sesungguhnya Allah bersama orang yang bersabar." Tapi…
Macam mana dengan Nona? Nona mencintai suaminya. Mengapakah Muhammad yang dipilih? Bukan teruna lain di muka bumi Allah ini? Adakah Muhammad turut mempunyai perasaan yang sama? Atau, adakah mereka sebenarnya saling mencintai? Oleh sebab tidak sanggup berterus-terang, Muhammad menyuruh Nona meminta kebenaran. Nanti… Abu, dan Fatimah akan punya dua umi. Tidak sanggup Hanan memikirkannya. Tidak sanggup dia melihat kemesraan Nona, dan Muhammad. Berkahwinlah tapi jangan berdampingan di hadapannya. Bermesralah tapi usah mempamerkan kemesraan itu. Hanan yakin. Kala itu, dia pasti akan menangis. Kalau dulu, Hanan menangis dalam senyuman. Tapi kini, tangisannya berbunyi. Tangisannya meggugurkan air mata jatuh ke bumi.
Hanan teringat pesan Tok Guru. Poligami tidak salah. Malah meringankan beban wanita yang terseksa. Asal kita hayati, fahami konsepnya. Beliau juga berpesan kepada para suami agar tidak menambah yang sedia ada. Tetapi, jika gelora hati tidak mampu ditahan, nikahlah. Kahwinlah satu lagi. Tafaddhal masykura. Banyak kelebihan sebenarnya isteri yang membenarkan suaminya berkahwin lagi. Pertama, darjatnya pasti diangkat Allah. Kedua, membolehkan si isteri mendekatkan diri kepada Tuhan. Benar. Bila suami bersama isteri kedua, bolehlah isteri pertama melakukan ibadat sunat. Bolehlah dia qiam sepertiga malam. Hanan tahu semua itu. Pasti dia dapat menghampiri Tuhannya. Mengadu, merintih kepadaNya. Tapi…Kan ketaatan itu juga satu ibadah?
"Kenapa lain macam saja ayang sekarang? Ada masalah ke?" Muhammad mula bersuara bila mana dia menyedari perubahan yang berlaku kepada isterinya. Senyum Hanan lain dari biasa.
"Tak adalah bang. Ayang letih saja," kata Hanan menahan sebak di dada.
"Bukan sehari abang kenal ayang. Dah bertahun kita bersama. Kenapa ni? Ayang ada masalah? Atau baby ni merungsingkan ayang?" Sangkal Muhammad lantas mengusap perut isterinya yang mengandung tujuh bulan itu. Hanan… Abang mencintaimu. Muhammad memeluk Hanan, dan mendudukkan dia di sisinya.
"Ceritakanlah… Ayang bukan sahaja isteri abang. Tapi sahabat, dan teman bagi abang. Tiada rahsia antara kita."
" Abang…" Hanan makin sebak.
Tiba-tiba…
" Umii… Tengok abang ni. Dia kacau Imah."
" Alaa. Bukan Abu nak kacau. Abu nak main saja."
" Abu main kasar, bukan nak main elok-elok. Cakap kat abi."
Tak sanggup Hanan membuka suara. Mujur putera puterinya buat hal. Kalau tidak, tak tahu apa yang akan berlaku. Pasti dia akan teresak-esak di pangkuan Muhammad. Nona! Mengapakah kamu hadir dalam hidupku? Kenapa Muhammad yang kau pilih? Kenapa dia yang kau cinta? Bagaimana jika Muhammad bersetuju? Tak sanggup Hanan menerima realiti itu. Satu mimpi ngeri buatnya. Jika Muhammad menolak, Hanan pasti menangis suka. Tapi, jika Muhammad menerima? Hanan menangis juga. Dia menangis kedukaan. Muhammad pasti memujuk tapi hatimya telah mati. Cerai? Ya. Perkara halal yang dibenci Allah. Hanan tidak pernah terfikir untuk minta cerai. Hanya Muhammad yang diharapkannya.
Sudah sebulan peristiwa itu berlaku. Hanan melaksanakan tanggungjawab seorang isteri seperti lazimnya. Diasuh anak-anak sebaiknya. Dilayan suami seikhlasnya. Tidak pernah Hanan bermasam muka. Apatah lagi berwajah sugul. Hanan lupa. Dia tidak boleh menipu Muhammad. Suami itu menyedari perubahan Hanan. Ada benda yang cuba disembunyikannya. Senyum Hanan manis tapi tidak semanis dahulu. Segalanya berubah. Muhammad amat mencintai Hanan, dan dia tidak mahu perubahan ini. Apa dah jadi? Muhammad gelisah tak tentu. Kerjanya tanpa kosentrasi. Senyuman Hanan yang lain itu sudah cukup meresahkan Muhammad. Sedarkah Hanan? Lebih parah lagi bila Muhammad tidak dapat melakukan kerja dakwah seeloknya. Itulah kuasa wanita. Yang akhirnya menyungkurkan seorang lelaki. Bangkitlah Muhammad. Sesungguhnya…
"Katakalah: Jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, kaum kerabatmu, harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu takuti kerugiannya, serta tempat kediaman yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah, rasulNya, dan jihad ke jalan Allah, maka tunggulah olehmu, sehingga Allah mendatangkan seksaanNya…" At-Taubah : 24.
" Abang…" Hanan bersuara satu malam.
" Yang…"
" Baru-baru ni, pelajar abang telefon."
" Ya."
" Nona namanya," Hanan cuba melihat reaksi Muhammad tapi tiada perubahan pada wajah itu.
" Ya."
" Katanya…" Diam seketika.
" Katanya dia mencintai abang. Dia mahu mengahwini abang."
" Jadi?" Begitu tenang lelaki ini.
" Kahwinilah dia," lantas Hanan menangis teresak-esak. Dia tidak mahu menangis tapi dia tidak mampu menahan sebak di dada. Disembamkan mukanya di riba suami. Habis basah pelikat itu. Hanan menangis, dan terus menangis. Tidak sanggup untuk menatap wajah suaminya.
" Sebab inikah kamu berubah isteriku?" Bisik hati Muhammad. Diangkat muka Hanan. Ditenung mata yang berair itu. Hanan menundukkan muka lantas menyembamkan wajahnya di ribaan suami. Muhammad mengangkat kembali wajah itu. Ditenung lagi mata itu. Tenungan yang sememangnya tajam semakin tajam jadinya.
" Kalau ayang suruh abang kahwin, Kenapa menangis?" Diam…
" Ayang tak sanggup?" Diam lagi…
" Kalau tak sanggup, Kenapa suruh abang kahwin?" Lidah Hanan kelu.
" Ayang. Tiada orang lain di hati abang. Ayang tiada celanya. Buat apa abang nak cari lain? Isteri abang hanya seorang. Nazihatul Hanan namanya. Terima kasih kerana bersama abang selama ini. Melahirkan keturunan abang."
Lagi seminggu Hanan akan melahirkan bayi yang ketiga. Kalau muzakkar, namanya Umar. Kalau muannas, pastinya Siti Muthiah. Muhammad tidak sabar menanti saat itu. Saat lahirnya marjan, sebagai tanda kasih berpanjangan. Hanan terlalu banyak berkorban. Begitu teguh di belakangnya. Tika dia turun berjuang. Kasihan Muhammad melihat Hanan. Lain pula dia kali ini. Benar-benar tidak bermaya. Mukanya pucat. Langkahnya longlai. Mujur senyuman itu menghilangkan kecatatan yang ada.
" Abang… Takut rasanya kali ini."
" Kenapa? Kan abang ada."
" Entah bang. Melahirkan ni umpama nyawa di hujung tanduk."
" InsyaAllah, segalanya akan selamat."
" Abang…"
" Ya."
" Kalau ada apa-apa yang berlaku pada ayang…"
" Tak akan ada apa-apa yang berlaku."
" Kalau-kalau…"
" Semua akan selamat," pintas Muhammad.
" Kalau-kalaulah… Abang nikahilah Nona sebagai pengganti ayang."
Inilah wanita. Sekali tergores, sekali terusik, payah nak sembuh. Prasangka tidak pernah luput. Muhammad mengerti. Prasangka itu tandanya sayang. Tapi, usahlah begitu. Benarlah kata seorang motivator. Wanita itu mudah tersentuh. Sensitif benar hatinya. Emosinya tidak dapat dibendung. Sentiasa mengikutinya. Menjadi pengawal peribadi yang setia. Hanan juga tidak terkecuali. Percayalah Hanan. Cinta abang untuk Hanan seorang.
"Encik Muhammad… Nampaknya pihak kami hanya punya satu jalan. Sama ada ingin menyelamatkan si bayi, atau si ibu."
"Selamatkan keduanya," Muhammad seolah memberi arahan.
Muhammad memegang erat isterinya. Muka Hanan pucat lesi. Diusapnya rambut hitam Hanan. Diciumnya pipi itu. Muhammad ingin menangis tetapi tidak sanggup membiarkan air matanya gugur ke bumi. Bukan kerana ego. Hanan sendiri tidak menangis. Masakan dia boleh menangis? Darah begitu banyak tetapi tangisan bayi masih belum kedengaran. Hanan sedaya upaya melawan sakitnya. Yang penting, anak Muhammad itu lahir ke dunia. Nyawanya nombor dua. Nafasnya kian sesak. Tiba-tiba… Kedengaran bayi mendendangkan lagunya. Makin lama, makin rancak bunyinya. Serentak dengan itu, Hanan menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Pencarian


kematian
andai dicegah sejuta cara
ia pasti kembali menagih simpati
menumpang seksa
menyaingi derita

mengapa
kita kerap melarikan diri
bukan kerana amalan
bukan kerana kemahuan beribadah
namun ketakutan yang memenuhi kautan minda

apa yang perlu ditakutkan
andai naskah suci menjadi teman
andai kalimah barakah sentiasa dilafaz
andai kewujudanNya kita muliakan
tiada tempat akan dituju
melainkan taman suci milikNya

namun
bisakah kita memenuhi segalanya
bekalan yang menentukan nasib
secebis amalan menjadi penentu
bagaimana jika ketinggalan?
adakah perlu menangisi di tengah jalan??

perjalanan masih jauh
ketentuan belum pasti
selagi tubuh belum diselangi kesakitan
selagi kekuatan belum dimamah usia
selagi itulah pencarian masih perlu diteruskan
kearah barakah Yang Maha Esa,
mencari secebis sinar,

penunjuk kearah jalan yang diredhai...