Monday, June 27, 2011

Suara penggoda Iman?

Assalamualaikum w.b.t
Salam pembuka bicara.

Baru-baru ni berkesempatan sebentar bersembang-sembang dengan sahabat lama. Tengah-tengah syok bersembang, sahabat ada mengatakan yang seorag penceramah ada menjelaskan tentang muzik dan suara. Diyakini bahawa pekerjaan juruhebah yang dikatakan mengunakan pelbagai jenis alunan suara (wanita) syubhah rezekinya dan muzik ini melaghakan dan menghampiri haram. Benarkah?

Sekejap ye, kita mukadimah dulu sikit. Saudara sekalian, tidak ada hadis yang mengatakan muzik ini haram. Bahkan muzik ini juga menjadi salah satu medan dakwah para penyair di zaman Rasulullah dahulu yang menyebarkan kata-kata dan nasihat melalui gurindam dan syair. Muzik juga menjadi salah satu hiburan masyarakat Islam dahulu. Jadi tak menghampir haram la kan?

Nanti dulu. Meh kita bandingkan kejap dulu muzik sekarang dengan dahulu.Kalau diingat-ingat balik, tak ada rasanya genre rock, balada, pop dan lain2 masa zaman dulu-dulu. Betol tak? Yang adanya gurindam, syair, puisi yang dilagu-lagukan sahaja. Bosannya!!!( bak kata anak-anak muda sekarang. )

Baiklah, sebelum kita pergi lebih jauh lagi, mari kita lihat dari segi alunan suara pula. Kenapa penulis tulis tajuk entri kali ni ‘ Suara penggoda Iman? ‘. Bukan semua suara. Tapi suara yang….senang cerita melaghakan dan bersifat menggoda dan melaga-lagakan.

Muzik zaman sekarang banyak mengandungi sifat-sifat suara yang sebegini.Yang menjadikan muzik itu bukan sebagai bahan hiburan dalam dunia Islam, apabila muzik itu melaghakan, menggoda, dan bersifat melaga-lagakan dan dicampur dengan sifat alunan suara yang serupa. Contohnya lagu yang dinyanyikan oleh para wanita yang lunak suaranya. Bersifat menggoda, bersifat mengajak. Bagi lelaki, mungkin sesetengah yang mendengar terangsang batinnya apabila terdengar suara yang lunak sebegitu. Begitu juga para wanita apabila terdengar suara jantan sang lelaki. Bukan semua orang macam tu tau..(peringatan.) Pulak tu, ditambah dengan iringan muzik pop ke, r&b ke yang rancak-rancak dan menjadikan lagu itu sebagai satu tonik untuk manusia yang cukup menyegarkan untuk mereka terhempas dalam dunia khayalan. Seronok je dengar. Mula la nak gerak-gerak kaki, lepas kaki tanagn, pastu kepala. Tu la ramai je anak muda yang terlompat-lompat menari bila ada konsert-konsert yang rancak. Tambah pulak kalau My Chemical Romance atau Muse yang menyanyi. Masya-Allah..seronok bebenor melompat-lompat ye..dah seronok melompat-lompat, tak sedar pulak yang melompat sekali tu berlainan jantina.(kat konsert) ditambah dengan lagu yang rancak, lirik yang sedikit mengarut dan kotor, mula la tergoda nak menari dengan lebih lanjut, dan seterusnya….boleh lah saudara fikir sendiri pengakhirannya ye..

Suara ni bukan untuk dieksploitasikan secara berlebihan sebenarnya. Hanya digunakan sebagai medium untuk menyampaikan dengan niat yang baik dan semestinya mengajak ke jalan redha Allah S.W.T. Bab juruhebah tu ana tak boleh nak ulas lanjut. Seeloknya tanyalah yang lebih pakar.Tapi jangan lupa. Bukankah Islam melarang para wanita untuk mengeksploitasi suaranya secara berlebihan selain daripada keluarga dan suaminya? Bukan apa, suara wanita ni kan lunak, syahdu je bila dengar, tak jamin lelaki yang dengar suara anda tu,(wanita) tak terangsang dari segi..macam-macam segi la. Kita manusia, makhluk lemah. Tak begitu? Gambar pun macam tu juga. Duk tayang gambar-gambar kat orang lain, facebook contohnya, Myspace ke, tak jamin takde lelaki@perempuan yang x seronok tengok gamba anda, kang dicopynye pastu ditiup ubat pengasih, tak ke naye..hu2, takpe lah, tu topik lain..bincanglain kali..
Kesimpulannya, jagalah suara.Suaralah yangmengeluarkan kata-kata, suara jugalah yang menjadi aset bermakna dalam kehidupan seharian dan mencari redha Allah. Nak bersuara, pastikan betul niatnya, dah terlepas takde warranty tau, takleh tarik balik. Suara juga satu maruah wanita terutamanya.
Jagalah ia dengan sebaiknya.

Wallahualam…

 p/s- jangan dengar sangat tau lagu inul daratista..dasat2..ha3 (ku xmau cintaku dikocok kocok~~~)

Friday, June 17, 2011

Mudahnya meluahkan bicara

Assalamualaikum...
Salam pembuka bicara.

Lihat entri kali ni pasti ada yang pelik dan menyangkal. memang mudah nak berbicara melainkan bisu. tak begitu? nanti la dulu, setakat baca entri saja memang la pelik tajuk tu, mungkin kena pakai tajuk yang lebih 'ummph' sikit bak kata pengasas teh BOH. tapi pagi-pagi idea tak datang lagi, terima je la yek cik minah oi...

Mudahnya meluahkan bicara. lebih jelas lagi, mudahnya meluahkan bicara sinis, menghina, menyakitkan hati, dan yang sewaktu dengannya. terlalu mudah. sebabnya? banyak..nanti kita tengok satu-satu.

Saudara pembaca masih ingat tak hadis Rasulullah yang ni?
“Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat.” 

selepas sahabat tunjuk klip video pasal Maharaja Lawak semalam, terasa sedih sangat. (antara sebab kenapa entri ni ditulis) Banyak betul penghinaan yang berlaku betul tak? maaflah ML, ana cuma berkongsi luahan. sebagai contoh, kumpulan Sepah tiru gaya Ustazah Norbahyah dan Ustaz Akasyah,Jozan tiru gaya Dato' Fadzilah Kamsah dengan cara seperti memperlekeh tokoh-tokoh tersebut. Kata-kata ni ibarat pedang. Rasulullah selalu sebut agar jaga kata-kata kita. Jangan menghina, jangan mencaci, jangan cakap perkara yang boleh menyakitkan hati sesorang. mungkin niat hanya nak bergurau. tapi bukankah gurau pun ada batasan? semua perkara ada batasan. tak gitu cik munah? pak seman?  Kata-kata ni macam-macam 'consequences' dia, ntah betul ke tak eja tu...yang buruk maksud ana. sekali terlepas je, ibarat bom atom yang sengaja dilepaskan di Hiroshima la nanti. Hancur luluh hati mereka yang mendengar. Hati orang lain-lain. Susahkah kita nak menjaga hati sesama manusia? dengan harapan keredhaan Allah, dan kebahagaian hidup dunia dan akhirat menjadi milik kita? lagi best dari cincin 18 karat tajaan Habib Jewels. Tak ada tolok bandingannya.

Siapalah kita untuk menjadi manusia yang sempurna. Saudara, kesempurnaan itu bukanlah perlu kita miliki, tapi perlu kita cari, perlu kita dapati dari cara kehidupan, cara keimanan tersimpan, takdenye orang lahir-lahir da sempurna segala iman dan...apa2 je la. tidak dengan kuasa Allah.

Bicara panjang tak menjamin kebenaran yang disebar meresap ke jiwa. Ntah ada orang baca pun tak entri ni pun tak jamin. haha...Segala yang baik itu datangnya dari ilham milik Allah S.W.T, yang buruk itu sudah pastinya datang dari diri penulis sendiri. salam peringatan buat mereka yang membaca.

Wallahualam...
p/s: nama-nama yang disebutkan tak ada kaitan dengan yang hidup dan mati ye...Ustazah Norbahyah dan rakan-rakan tu lain la...yang cik munah dan rakan-rakan tu takde kaitan..=)

Friday, June 10, 2011

Hati..

Assalamualaikum..salam pembuka bicara.

Bangun tidur hari ni, tiba2 teringat tentang hadis Rasulullah yang ni. :

"sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging.apabila daging itu baik,maka baiklah seluruh anggota.dan apabila daging itu rosak,maka rosaklah seluruh anggota.ketahuilah,itulah hati."


Hati. organ terpenting manusia. Sesetengah menafikannya dan anggap jantung yang paling penting sebab tanpa jantung, sistem pernafasan tak berfungsi, bukan begitu? Kalau macam tu, meh ana nak tany sikit, dekat alam barzakh nanti kita guna tak jantung? Tak pasti bukan? emm...Hati? guna tak?
"betul2...mesti la guna kan opah!" bak kata upin-ipin versi cilok..
Di alam ni kita guna hati, kat alam seterusnya pun kita guna juga hati ni. apa yang pentingnya hati ni sbebenarnya?

Saudara sahabat perjuangan sekalian. renungi kembali hadis Rasulullah diatas. Hati merupakan sudut hidup seseorang manusia yang dibentuk untuk menenetukan hala tuju seseorang individu. Sejak daripada lahirnya manusia merasai nikmat udara. telah pun bekerja keras hati tersebut untuk menentukan hala tuju bayi tersebut. "Hati umpama sehelai kain putih bersih yang belum terusik. andai putih diwarnakannya kelak, putihlah ia, andai hitam diwarnakan hati itu kelak, hitamlah kain suci tersebut"-ayat syarahan masa darjah 6 dulu.
Hati mudah untuk menerima sesuatu. Tapi sukar untuk mengubah apa yang telah diterimanya itu. (dalam maksud tu tau..) begitu juga sifat manusia. Mudah menerima, sukar mempercaya, sukar mengubah cara.

Banyak lagi sebenarnya nak dibicarakan. tapi risau tak ada yang nak membaca pula. maklumlah zaman sekarang ni orang lebih suka tengok gambar lagi daripada membaca. Sebab tu la ramai yang berfesbuk..ha3 tulis blog pun banyak gambar. kalau tak tak ada sapa2 pun nak layan, 'x gitu anje?' (arwah pak zami Ismail dalam Pi mai Pi mai Tang Tu)

Persoalannya sekarang, bagaimana untuk membentuk hati agar sentiasa suci dan menjadi pembela di hari penentuan kelak? Payah tu saudara. maklumlah, kita ni manusia akhir zaman..banyak dugaan. nampak wanita tak pakai tudung pun dah tergoda, apatah lagi nak memantau hati dan perasaan.

Nanti dulu..bukankah Allah da bagi panduan untuk kita memelihara hati? tak ingat? nampak sangat tak fokus masa belajar Pendidikan Islam kat sekolah menengah dulu. haha..macam2 boleh kita lakukan saudara. paling senang, solat jangan tinggal, bacalah al-quran walaupun sebentar sahaja, sehelai sehari pun da ok, jangan lupa berdoa, doa tu kan senjata kita orang mukmin..dan banyak lagi yang dapat kita lakukan untuk memelihara hati. tepuk dada tanyalah hati. kalau apa yang kita lakukan itu (mungkar) tak diterima hati, usahlah buat..tapi kalau hati pun terima perkara yang mungkar tu...err..em, "Balik Awall....."-bak kat Ustaz Azhar Idrus.

Wallahualam..
p/s- mimpi tak bes hari ni. berkaitan hati dan perasaan. mimpi tu mainan tidur je kan? 

Kemalangan?

Assalamualaikum w.b.t..

Salam pembuka bicara, selamat kembali membaca bagi seseiapa yang ada membaca setitis tinta ana ni. Alhamdulillah, setelah hampir 2 bulan, terdetik juga akhirnya hati ni untuk menulis, sekadar ingin mengisi waktu subuh dengan perkongsian jiwa dan rohani. Tapi sebenarnya lebih kepada perkongsian jiwa.

Hari ni takdir Allah telah menetapkan yang hambanya ni balik ke kuantan dari Kuala Lumpur dengan keadaan yang mengantuk sangat dan kereta yang 'alingment' tayarnye ada problem. Betapanya bersyukurnya hati lemah ini pada sang Pencipta keranamasih lagi dapat mencuri helaan nafas percuma kurniaanNya lagi pada pagi ni. 2 kali hampir2 eksiden di lebuhraya Pantai Timur semalam bukanlah satu perkara yang layak untuk dibanggakan. Cuma ingin menegaskan betapa kekuasaan di tangan Yang Esa. Syukurnya padaNya kerana jiwa lemah ini masih mampu menulis, hidup mencari sinar keampunan dan kesyukuran.

Kali pertama hampir eksiden waktu hujan lebat di area Lanchang menuju ke Temerloh. Hampir terlanggar bumper belakang kereta yang berenti tengah2 jalan sebab rosak waktu tengah hujan. Kali kedua, hampir terlanggar divider jalan di jalan melepasi area gambang pada kelajuan 150km sejam! MasyaAllah, jika benar2 hampir terlanggar, wallahualam apa la yang jadi lepas tu.


Alhamdulillah, umur masih panjang, mungkin esok, mungkin lusa 'waktu' yang sebenarnya, siapa yang tahu. Bersyukurlah buat masa ni, masih lagi dikurniakan kekuatan untuk menghela nafas mengisi ruang hati bernama kehidupan!..

Wallahualam..


p/s- patut la seminggu ni asyik mimpi eksiden je..mimpi macam waktu untuk menghadap Yang Esa da dekat..wallahualam, moral of the story, hayati kehidupan anda sebaiknya, carilah redha Allah didunia, agar tidak sia-sia kehidupan kita di alam seterusnya kelak. =)