Tuesday, September 27, 2011

Horoscope

Assalamualaikum..salam pembuka bicara.

Rasanya topik ni paling popular dalam kalangan remaja khususnya. Ye la, mana taknye..macam-macam boleh diramalkan dengan horoscope ni, hanya dengan mengetahui tarikh lahir, dan tanda astrologi (gemini, pisces, dan lain2) kita yakin dapat tahu jenis bakal pasangan yang betul2 'ngam' dengan kita, nak kahwin nanti bahagia ke tak, esok pergi kerja dapat duit banyak ke tak, kisah cinta macam mana..dan sebagainya..hmm..

Sedara, bukankah Allah telah berfirman,
"Sesungguhnya di sisi Allah jualah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dialah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seorang pun yang betul-betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati, Sesungguhnya Allah Amat Mengetahui, Lagi Amat Meliputi Penegtahuannya." (Surah Luqman: 34)

Bermakna apa itu ya pak?? maknanya, Allah sahaja yang mengetahui segalanya dan lagak mempercayai horoscope ini adalah HARAM sama sekali!! masya Allah, terpesong akidah tau...sapa yang mula-mula perkenalkan horoscope ni ya? Ha..buat2 tak tau pula..sudah semestinya la musuh Islam yang paling durjana di muka bumi ni, i.e yahudi laknatullah..Adik2 yang muda2, remaja pasni jangan duk percaya da tau pasal horoscope ni..hilang akidah nanti..ye la, hari tengok horoscope cakap 'hari yang paling bertuah dalam hidup anda' pastu gi la keluar jalan2, buatnya Allah nak tarik nyawa hari tu jugak? bertuah ke tak tu? ilmu pun ntah cukup tak lagi nak timbang kat akhirat nanti..tak gitu?

Eh kejap2, macam mana pula dengan kalendar peramal islam tentang keserasian suami isteri yang dikenal sebagai 'Tajul Muluk' tu ye? haram juga ke? Hmm..tapi kan, jika dilihat kepada dalil Allah S.W.T tadi, Allah mengetahui segalanya, termasuklah sesuai ke tak pasangan tersebut. kan ajal ngan jodoh ni ditangan tuhan, jawapannya haram juga la tu ye adik2 sekalian, jangan percaya ye...percaya pada Allah yang satu..=)

wallahua'alam..

p/s : sendiri punya horoscpe 'scorpio' (kala jenking)..tak rela den nak disamakan dengan kala jengking nih, hu2..manusia kan sebaik-baik kejadian..=D

Habbatussauda' dan HIV/AIDS

Assalamualaikum w.b.t
Salam pembuka bicara..Alhamdulilah, baru selesai menghabiskan sesi kursus perkahwinan baru-baru ni. Saja amek awal-awal,ada rezeki,boleh la kawen awal..huhu (yela..da ada calon kan, xleh simpan lama-lama, hehe..) Tengah mendengar ceramah yang kadang agak lucah dan xde input langsung, sempat jugak bersemabang dengan membe pasal HIV/AIDS. HIV ni memang salah satu pembunuh utama yang tiada penawarnya., sampai sekarang..


Sedara sedari ingat tak Allah pernah menjelaskan tentang khasiat madu dan habbatussauda’. Meh kita bincang pasal habbatus sauda’ nak?
Imam Bukhari meriwayatkan dari Aisyah r.a, bahwa ia pernah mendengar Nabi SAW bersabda ;
“Dalam Habbatussauda’ terkandung kesembuhan untuk segala penyakit, kecuali as-sam.’ Aku bertanya, ‘Apa as-sam itu?’ Beliau menjawab,’Kematian’”
 Dalam riwayat Imam Muslim disebutkan ;
 
 “Tidak ada satupun penyakit melainkan dalam habbatussauda’ terdapat kesembuhan baginya, kecuali kematian.”
Sudah jelas disitu, sebenarnya semua penyakit ni ada penawarnya dengan rahmat dan perkenan Allah S.W.T. Tapi kenapa sampai sekarang HIV ni tak ada penawar ye? Dari segi perubatan,masih lagi kebuntuan kajian, mungkin tak dikaji pasal habbatussauda’ ni, ataupun tak boleh nak kaji…haa ni yang buat bersemangat nak buat kajian pasal ni nih..(maklum la, budak biochem-biotech eng. kan, heh3) mane la tau..nanti ada rezeki boleh dapat hadiah Nobel..hehe..
Diperhalusi dari segi Islamnya, mengapa penawar HIV/AIDS masih lagi tak dijumpai mungkin boleh dihipotesiskan dengan jelas. Meh nak Tanya sikit, biasanya HIV/AIDS ni dapat sebab apa ye? Kebanyakannya kerana dadah dan kehidupan kelamin yang tidak sihat seperti bertukar-tukar pasangan, dan sebagainya..search sendiri ye..
Berbalik pada membe yang cakap pasal HIV/AIDS tadi, beliau ada cakap yang ada kajian tentang kesuksessan penawar HIV/AIDS yang dijumpai tapi mungkin dibuat senyapkan atas sebab2 tertentu. Ce teka apa penawar dia? Masya Allah..penawarnya adalah hukum HUDUD!! Macam yang dicakapkan tadi, HIV/AIDS  sekarang banyak yang dapat dari hubungan kelamin tak sihat i.e berzina, baik sebelum dan selepas kahwin. (kita halusi aspek ni ye..)Apa hukuman yang telah ditetapkan Allah terhadap orang yang berzina sebelum kahwin? Membe cakap, kajian menunjukkan salah satu HIV/AIDS ni boleh hilang adalah dengan merasai kesakitan yang amat sangat. Sedara sedari boleh cuba try search ye..sebab tak berani nak komen lebih2..takut kena marah dengan budak2 medic plak..huhu..
Hukuman bagi mereka yang berzina sebelum kahwian adalah hukuman sebat kan? Masya Allah indahnya segala ketentuan Allah..bagi mereka yang menghadapi hukuman sebat ni, dan masih lagi berupaya dan diizinkan Allah untuk terus hidup didunia ni, berkemungkinan diperkenankan Allah dan hilang virus HIV/AIDS.nak pastikan? Suruh en.Najib laksanakan hukum hudud ye..Bagi yang dah berkahwin tetapi masih lagi berzina,hukumannya pula adalah rejam sampai mati. Hal ini jika dilihat logiknya bagi penzina tersebut dan jika ditakdirkan Allah S.W.T menghidap penyakit HIV/AIDS, sebagai satu hukuman dan 'precaution' bagi mencegah anak-anak yang dikandunginya atau suaminya menghidap penyakit yang sama. 


kesan HIV/AIDS
sedara sedari, bukankah Allah telah melarang perbuatan zina terkutuk dan telah difatwakan bahawa najis dadah itu adalah haram? Maka tidak hairanlah jika HIV/AIDS ini dilihat sebagai satu laknat dan hukuman daripada Allah bagi mereka yang mengingkari perintahNya didunia ini. Hanya keampunan Allah sahajalah yang mampu menjadi penawar pada HIV/AIDS itu. Itu baru kat dunia, macam mana kat akhirat nanti?MasyaAllah...jauhilah zina dan perkara yang dilarangNya, moga-moga hidup kita sebagai manusia yang menumpang kasih Allah S.W.T mendapat berkat dan keredhaanNya..amin..


Wallahu'alam..


P/S :- kan bagus kalau hukum hudud benar2 dilaksanakan di negara kita ni? salah satu strategi untuk mengurangkan jenayah yang berkesan. Dah terbukti pun kan masa zaman Rasulullah dulu..



Friday, September 16, 2011

Berbohong Sunat


“tak baik berbohong..” lafaz yang biasa diluahkan oleh para ibubapa atau golongan tua. Betul la tu, tak baik berbohong. Ingat tak pepatah melayu ada mengatakan ‘siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong, lama-lama mencuri’
“saya tipu sunat je tok..” ni pulak lafaz yang biasa diluahkan oleh seseorang yang berbohong. Persoalannya, perlukah berbohong sunat, bukan..yang paling penting, apa hukum berbohong sunat ni?
HARAM!!  Sepertimana hukum yang telah ditetapkan Islam. Namun begitu, Islam adalah agama yang fleksibel, mudah dan tidak memaksa. Lazimnya, memang tak ada lafaz berbohong sunat, memang tak ada..cari la kat mana-mana pun.bukan dapat pahala sunat pun kalau berbohong sunat.Tetapi Islam membolehkan seseorang itu berbohong dengan niat untuk menyelamatkan atau mengubah ke arah yang lebih baik.
Sabda Nabi s.a.w.; “Bukanlah dianggap pendusta/pembohong seorang yang berniat untuk memperbaiki di antara manusia dengan ia menyampaikan berita yang baik sahaja (di antara dua orang yang bergaduh/bersengketa) atau melaporkan yang baik-baik sahaja (dengan menyembunyikan yang tidak baik di antara mereka berdua)” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Ummu Kalsum r.a.)
“Aku tidak mendengar Nabi s.a.w. memberi sebarang kelonggaran (untuk berbohong/berdusta) dalam percakapan manusia kecuali dalam tiga keadaan;
1) Ketika peperangan
2) Untuk mendamaikan di antara manusia
3) Percakapan seorang lelaki dengan isterinya dan percakapan seorang perempuan dengan suaminya
(HR Imam Muslim)
 Ketika peperangan tentera Islam suatu ketika dahulu, pernah satu ketika ketua kepada tentera kafir bertanya kepada Rasulullah, “dari mana kamu semua datang?” Rasulullah menjawab, “kami datang daripada air..” apa lagi tercengang tentera kafir tersebut, air mana pulak ni? Ada ke negeri nama air? Disini Rasulullah memanipulasikan kenyataan demi menyelamatkantentera Islam dari disangka sebagai bangsa Arab yang dating untuk berperang dengan tentera kafir tersebut, sebagai satu strategi peperangan Rasulullah. Jadi dibolehkan.
Istilah berbohong sunat biasanya amat diperlukan dalam institusi kekeluargaan. Sebagai contoh, si suami membantu keluarganya dari segi kewangan. Usahlah deritahu pada si isteri tentang perkara tersebut, kerana dirisaukan akan terjadi perbalahn diantara keduanya. Nanti mula la si iseri merajuk, “abang lebih saying mak abang darisaya ye…” ha.. tak ke payah nanti.
 Sama sahaja konsepnya dengan berterus terang, kadang-kadang ada perkara yang perlu dirahsiakan demi menjaga hati, dan mengelakkan perbalahan antara dua insan. Semua manusia diciptakan Allah, berlainan sifatnya, berlainan emosinya. Mungkin ada yang boleh terima sesuatu penerangan dan adakalanya tidak. Tapi perlu diingat, ini bukanlah lesen untuk membolehkan berbohong, Cuma dibolehkan memanipulasi sesuatu dalam Islam demi menjaga apa yang Islam perkenalkan. ‘Peace’ antara setiap insan, Islam bukanlah agama yang memecah belahkan. Banyak lagi yang perlu diterangkan berkaitan dengan isu ini, tapi sebagai basic untuk memahami konsep ‘berbohong sunat’ rasanya dah cukup bukan? Maaf andai ada silap bicara, ada yang terasa, sesungguhnya penulis hanyalah insan biasa yang cuba untuk menjadi penggerak muslim dan diri sendiri mencari redha Allah dalam kehidupan sementara ini.. wallahu’alam

p/s: kadang-kadang terasa pada mereka yang mulanya memulakan perbualan dengan kita, tetapi ketika perbualan, dia pula yang ‘menyelam sambil minum air’. Mula la perbualan menjadi terencat.