Monday, July 9, 2012

Luahan Hamba

Garapan Syaaban makin menyepi
Penanda senyuman Ramadhan kian hampir
Kanak - kanak seakan rajuk
Penanda 'breakfast' lwat dan 'aiskrim' di tengah panas mustahilnya pasti
Wanita 'loaded' makin galak meredah Jalan Masjid India
Suami kekurangan rambut menjerit-jerit luahan batinnya
3 bulan gaji pasti tinggal *'sipi-sipi'

Majlis kesyukuran makin bertambah
Makmum subuh makin berkurang
Manusia berlumba-lumba mencari redha
Sampai terlupa fardhu Ramadhan yang satu
Pagi raya baru nak cari 'amil
'Maaf pak ustaz, terlupa nak bayar zakat,
Syok sangat cari baju raya..'
Nasib baik anak sorang, mahalnya zakat sikit saja

Rindunya Ramadhan,
Tak sabar menunggu kehadirannya
Namun usah dilupa pada bulan lain ya
Amal ibadat jangan dilupa
Ye la, sembahyang sunat di bulan Muharram pun dapat pahala  ^^.
Nasihat hamba,
Carilah redha,
Berlumbalah buat pahala,
Namun usah lupa,
Syaitan tu bukan tak ada
Suami isteri, jangan duk dekat-dekat sangat ya sebelum berbuka~
(khusus buat sahabat-sahabat yang baru menikah..ha3)

Salam Ramadhan, Selamat tinggal Syaaban. 
Ucapan ikhlas IS_0712 0910 PM


Tuesday, March 13, 2012

Tak tau nak bagi tajuk apa, berpuitis yang tak seberapa di pagi hari..

"Rasulullah s.a.w bersabda: apabila seorang suami memandang kepada isterinya dan isterinya memandang kepadanya, maka Allah akan memandang mereka dengan kasih sayang. Lalu bila suami memegang-megang tapak tangan isterinya, maka dosa-dosa mereka akan berguguran melalui jari jemari mereka."

Kadang-kadang berjalan keluar dari UIA, mencari lembah yang jauh dari ilmu dunia, dihias dengan kelompok manusia yang semakin bertambah setiap hari, bermacam perangai, bermacam personaliti, suka diri ini mengintai latah pasangan sah bermesra,bermasam muka, mencebik, menangis, senyum gembira. Bahagia bagi diri yang sukar dijelaskan, yang belum boleh dilafazkan, hanya disulam kesabaran. 

Tersenyum sendiri, apa rasanya tatkala tangan ini mencari genggaman si wanita kesayangan. gembira? sedih? bahagia? geram? haha..sukar untuk ditafsir. Bila agaknya, hanya Allah yang tahu, bukan begitu? Usah berhenti berdoa. =)

Kembali pada intaian. Mula berkasih sejurus dilafaz, tangan umpama wang pertama diterima sempena raya bertahun lalu, tatkala mungkin diri masih belum bicara berkata-kata. Tak mahu dilepas, tak mahu diusik..haha, itu ana yang punya. Bahagianya..

Mainan dunia, bertahun berlalu, manusia mula menjengah usia. Telapak tangan si manja yang dulunya bunga dan intan permata, bertukar menjadi kain buruk yang hanya disentuh pabila melintas jalan, juga ditukar pada telapak yang lebih halus milik si kecil. Hmm..

dikhianat lagi oleh fitrah dunia, pabila mula menjengah senja, ianya jadi upacara 2 tahun sekali, parah, hanya sekali, bermulanya takbir raya, berhulur tangan berjabat syahdu, memohon ampun, digenggam dengan perasaan yang bercampur. Namun hanya seminit mungkin dua, bersambung pada tibanya hari yang sama jika usia masih berpanjangan. 

Kejamnya mainan hati dan perasaan. Cinta yang dahulunya mencecah puncak tertinggi, sedalam lautan ditaut kegelapan, kini hilang ditelan malam, tersebar jauh dibakar siang. Bukankah dahulu setia kau lafazkan ianya takkan hilang, takkan berubah, hanya bertambah..cinta, sekadar luahan kata yang hilang keikhlasannya. Hadis diatas…perlukah lagi diri ini melebarkan kata-kata? 

Mohon dariku pada-Mu Ya Allah, Kau semaikanlah cinta daku untuk kesayanganku kelak, kekal hingga didunia-Mu disana nanti, mustahil berkurang, takkan ku lepaskan walau sedetik… 



-       - esok pergi masjid jamek beli baju raya. Semangat nak raya nih, orang rumah takde lagi..isk, genggam tangan family je la, mintak duit raya..(orang bujang kan..hihi..)







Ibnu_Shafie mengarut, pada 6am -14/3/2012

Saturday, January 21, 2012

House For Sale!!

Assalamualaikum..salam pembuka bicara.

Apa2 hal, sabar ye, ana bukan nak jual rumah pun. saja 'ter'-bosan. ha3..da bosan tu maen la game sampai muntah, da puas muntah, pastu terbangun awal plak hari ni, (kena paksa bangun sebab xda orang nak beli gas..) bukak la intenet. www.cameronhighland.com. memang suka duk tengok2 pasal cameron ni..he3

ha...nak jadi cerita, ternampak la iklan yang diletakkan oleh En.Suresh ni ha..

"This is a PENTHOUSE in Habu Heights. It’s in a 4 floor freehold, low density apartment situated between Ringlet and Tanah Rata, 20 minutes drive to Brinchang. Weather temperature is between 19 degree °C – 26 degree °C. Surrounded by lush greenery of tea estates and rainforest up in the cool air of Cameron Highlands. Promising you to have a unique experience with panoramic view of mist-laden, mountain tops and lush greenery from your window as you awake each morning. The built up area is approximately 1,392 sq. ft. and with a spacious balcony/patio, pleasant view of the green Cameron mountains.
Very ideal for corporate investment for their staff or their guests as holiday/weekend home or gathering venue, etc. Also ideal for a peaceful family living.
Selling at RM250, 000.00"
Interested buyers please contact: Mr. Suresh 019-5696964

walaupun tak berapa suka kat rumah apartment ni, tapi...rumah kat cameron tu!!!! XD hu2..tak ke best tu? harga pun bukan la mahal sangat, standard la...kot. Da lama teringin nak duk kat cameron, cuaca sejuk, tenang je suasana, menghijau bak gunung rata menghias saujana gitu..ha3, insyaAllah, da kawen, ada anak, da keje best2 sket nanti, contact la encik suresh ni, beli buat summer house. hu2..macam ada lagi je. InsyaAllah, nak cari jugak nanti..kalau keadaan mengizinkan. =D 
ha..apa lagi, sapa nak beli ni, tepon cepat encik suresh, kang melepas kang den yang sambar...

ha..ni la rumahnye, bole la buat 2nd house..kan2??

dekat ngan hotel lakehouse lagi, nak g honeymoon jalan kaki je..jangan pegi bar tu da la.haram2..