Tuesday, March 13, 2012

Tak tau nak bagi tajuk apa, berpuitis yang tak seberapa di pagi hari..

"Rasulullah s.a.w bersabda: apabila seorang suami memandang kepada isterinya dan isterinya memandang kepadanya, maka Allah akan memandang mereka dengan kasih sayang. Lalu bila suami memegang-megang tapak tangan isterinya, maka dosa-dosa mereka akan berguguran melalui jari jemari mereka."

Kadang-kadang berjalan keluar dari UIA, mencari lembah yang jauh dari ilmu dunia, dihias dengan kelompok manusia yang semakin bertambah setiap hari, bermacam perangai, bermacam personaliti, suka diri ini mengintai latah pasangan sah bermesra,bermasam muka, mencebik, menangis, senyum gembira. Bahagia bagi diri yang sukar dijelaskan, yang belum boleh dilafazkan, hanya disulam kesabaran. 

Tersenyum sendiri, apa rasanya tatkala tangan ini mencari genggaman si wanita kesayangan. gembira? sedih? bahagia? geram? haha..sukar untuk ditafsir. Bila agaknya, hanya Allah yang tahu, bukan begitu? Usah berhenti berdoa. =)

Kembali pada intaian. Mula berkasih sejurus dilafaz, tangan umpama wang pertama diterima sempena raya bertahun lalu, tatkala mungkin diri masih belum bicara berkata-kata. Tak mahu dilepas, tak mahu diusik..haha, itu ana yang punya. Bahagianya..

Mainan dunia, bertahun berlalu, manusia mula menjengah usia. Telapak tangan si manja yang dulunya bunga dan intan permata, bertukar menjadi kain buruk yang hanya disentuh pabila melintas jalan, juga ditukar pada telapak yang lebih halus milik si kecil. Hmm..

dikhianat lagi oleh fitrah dunia, pabila mula menjengah senja, ianya jadi upacara 2 tahun sekali, parah, hanya sekali, bermulanya takbir raya, berhulur tangan berjabat syahdu, memohon ampun, digenggam dengan perasaan yang bercampur. Namun hanya seminit mungkin dua, bersambung pada tibanya hari yang sama jika usia masih berpanjangan. 

Kejamnya mainan hati dan perasaan. Cinta yang dahulunya mencecah puncak tertinggi, sedalam lautan ditaut kegelapan, kini hilang ditelan malam, tersebar jauh dibakar siang. Bukankah dahulu setia kau lafazkan ianya takkan hilang, takkan berubah, hanya bertambah..cinta, sekadar luahan kata yang hilang keikhlasannya. Hadis diatas…perlukah lagi diri ini melebarkan kata-kata? 

Mohon dariku pada-Mu Ya Allah, Kau semaikanlah cinta daku untuk kesayanganku kelak, kekal hingga didunia-Mu disana nanti, mustahil berkurang, takkan ku lepaskan walau sedetik… 



-       - esok pergi masjid jamek beli baju raya. Semangat nak raya nih, orang rumah takde lagi..isk, genggam tangan family je la, mintak duit raya..(orang bujang kan..hihi..)







Ibnu_Shafie mengarut, pada 6am -14/3/2012

5 comments:

~Nurawatif~ said...

InsyAllah..semoga kekal slamanya.. :)

IbnU_ShaFie said...

=D

Anonymous said...

SALAM..suke tulisan awak. sy dpt rse keikhlasan dr kata2 yg ditulis.=) keep on writing...smoga berjaya..

dear peyha said...

suka follow blog islamik camni :)
skrg org berdakwah guna blog
mudah jer kan... :)

Dewi Aja said...

Hello Blogger!
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)