Wednesday, February 24, 2010

Kagumi Tokoh Islam-Riwayat Salahuddin Al-Ayyubi

SALAHUDDIN al-Ayubi dilahirkan pada 532 Hijrah bersamaan 1138 Masihi di Kota Tarkit iaitu bahagian Tebing Barat Sungai Tigris, terletak di antara Mosul dan Baghdad. Beliau adalah anak gabenor.
Ayahnya, Najmuddin Ayub bin Shadhi adalah anak saudara kepada Sultan Nurudin Zenggi, berketurunan Kurdistan yang berasal dari Azerbaijan. Selain sebagai panglima perang, beliau adalah pendakwah, mujahid dan tokoh pemimpin Islam yang bukan daripada kalangan bangsa Arab.
Ketika hayatnya, beliau lebih banyak berada di khemah perang daripada duduk di istana bersama keluarga. Siapa saja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya. Apabila hendak memulakan jihad melawan tentera salib, beliau akan menumpukan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tentera.
Di medan perang, beliau bagaikan seorang ibu garang kehilangan anak tunggal. Beliau bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah.
Beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinangan mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.

 tugu peringatan Salahuddin Al-Ayyubi di Damsyik

Ketika berusia 17 tahun, Salahuddin al-Ayubi mula berkhidmat dengan Nur al-Din di Damsyik. Beliau adalah panglima tentera, pemimpin dan pentadbir negara yang sangat berbakat dan sangat popular ketika zaman perang salib. Beliau membabitkan diri dalam peperangan salib di kawasan Mesir, Palestin dan Syria.
Beliau mula terkenal pada 559 Hijrah (1164 Masihi) apabila menyertai ekspedisi bersama-sama Shirkuh yang dihantar oleh Nur al-Din bagi menentang tentera Salib di Mesir. Beliau berjaya mengusir Amaury dari Mesir pada 1 Rabiulakhir 564 Hijrah (Januari 1969 Masihi). Selepas Shirkuh meninggal dunia, tempatnya diganti oleh Salahuddin al-Ayubi. Pada masa sama, Nur al-Din melantik beliau sebagai panglima angkatan tentera Syria.
Bagi memperkukuhkan tentera Islam, Salahuddin meminta negara Islam diurus di bawah satu pemerintahan. Walaupun cadangannya tidak dipersetujui sesetengah pihak termasuk pemimpin Syria, cita-cita Salahuddin itu termakbul.
Dalam bulan Zulkaedah 570 Hijrah (Mei 1175 Masihi), khalifah Abbasiyyah mengisytiharkan Salahuddin al-Ayubi sebagai Sultan Mesir dan menggelarkan dirinya sebagai Sultan al-Islam wa al-Muslimin. Pada tahun itu juga beliau membina kota pertahanan di Kaherah.
Pada tahun 583 Hijrah (1187 Masihi) berlaku Perang Salib kedua, yang juga dikenali sebagai Perang Hittin. Peperangan ini dipimpin sendiri oleh Salahuddin al-Ayubi hingga membuka jalan mudah untuk menawan kembali Baitulmaqdis.
Pada tahun 588 Hijrah (1192 Masihi) berlaku Perang Salib ketiga, hasil dendam dan kekecewaan golongan pembesar Kristian. Mereka berusaha merampas semula Baitulmaqdis daripada orang Islam. Walaupun perang Salib yang ketiga itu menggabungkan seluruh kekuatan negara Kristian, mereka tidak mampu menggugat kekuatan tentera Salahuddin al-Ayubi.
istana Kerak, salah satu istana pihak musuh sewaktu perang salib di Jordan
 
Pihak Kristian mengalami kekalahan dan ramai tentera terbunuh dan tertawan. Baitulmaqdis yang dikuasai orang Kristian selama 88 tahun, dapat ditakluki semula oleh Salahuddin al-Ayubi.
Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin ketika peperangan sangat jauh berbeza daripada kekejaman tentera Kristian. Ahli sejarah Kristian pun mengakui mengenai hal itu.
Lane-Poole (penulis Barat) mengesahkan, kebaikan hati Salahuddin mencegahnya daripada membalas dendam. Beliau menulis bahawa Salahuddin menunjukkan ketinggian akhlaknya ketika orang Kristian menyerah kalah. Tenteranya sangat bertanggungjawab, menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan sehingga tidak ada kedengaran orang Kristian dianiaya.
Selanjutnya Lane-Poole menuliskan mengenai tindak-tanduk tentera Kristian ketika menawan Baitulmaqdis kali pertama pada 1099. Tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem, jalan itu dipenuhi mayat, orang Islam yang tidak bersenjata diseksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah ibadat.
Darah membasahi bumi yang mengalir daripada pembunuhan orang Islam secara beramai-ramai. Ia juga mencemarkan kesucian gereja yang sebelumnya mengajar sifat berkasih sayang. Orang Kristian sangat bertuah apabila mereka dilayan dengan baik oleh Salahuddin.
Beliau meninggal dunia pada 27 Safar 589 Hijrah (1193 Masihi) pada usia 55 tahun di Damsyik, Syria slepas memerintah selama 25 tahun. Beliau sakit selama 14 hari sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Istana Salahuddin Al-Ayyubi di Kaherah, Mesir
makam Salahuddin Al-Ayuubi  
Beliau meninggal dunia tanpa meninggalkan sebarang harta untuk diwariskan. Beliau dikatakan hanya memiliki 47 dirham wang perak dan 1 dinar wang emas. Urusan penyelenggaraan jenazah ditanggung oleh keluarga beliau, manakala kain kafannya diberikan oleh menteri.

Tabbaruj??

Apa itu Tabarruj…?
Tabarruj yakni bila “seorang wanita menampakkan perhiasannya dan kecantikannya serta terlihat bahagian-bahagian yang seharusnya wajib ditutupi, dimana bahagian-bahagian itu akan memancing syahwat lelaki.” [ Fathul Bayan 7 / 274 ]
Allah Azza wajalla tentang permasalahan ini bersabda dalam Surah Al-Ahzab:

(٣٣) ~ وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى وَأَقِمْنَ الصَّلَاةَ وَآتِينَ الزَّكَاةَ وَأَطِعْنَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا ¯
artinya:
Dan hendaklah kamu berada di rumahmu dan janganlah kalian bertabarruj seperti bertabarruj-nya wanita jahiliyyah dahulu, dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul- Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai ahlul-bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya. [QS Al-Ahzab : 33 ]
————————————————————————

Imam Adz~Dzahabi berkata dalam “Al~Kaba`ir” yakni “Di antara perbuatan yang menyebabkan para wanita mendapat laknat adalah menampakkan perhiasan emas dan permata yang ada di balik pakaiannya, memakai anbar (nama sejenis minyak wangi) dan wangian jika keluar dari rumah, memakai pakaian-pakaian yang jarang, sarung-sarung sutera dan penutup kepala yang pendek. Semua itu termasuk tabarruj yang Allah murkai. Allah murka kepada pelakunya di dunia dan akhirat. Kerana perbuatan-perbuatan ini yang banyak dilakukan wanita, Rasulullah S.A.W bersabda:
“……. Aku memandang ke neraka, maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah wanita.”
Hadits ini diriwayatkan oleh :
1. – Bukhari dalam kitab Bad’ul Khalq bab Maa Ja’a fi Shifatil Jannah (kitab 59 bab 8).
2. – Tirmidzi dalam kitab Shifatil Jahannam bab Maa Ja’a Anna Aktsara Ahli Nar An Nisa’ (kitab 40 bab 11 hadits ke-2602), dishahihkan Al Albani dalam Shahih Sunan Tirmidzi 2098 dari Ibnu Abbas.
3. – Ahmad 2/297 dari Abu Hurairah. Dan hadits ini dishahihkan Al Albani dalam Shahihul Jami’ 1030.

Dari Imran bin Hushain berkata : “Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda :
“Sesungguhnya penghuni Surga yang paling sedikit adalah para wanita….’ “
(HR. Muslim 95, 2738. An Nasa’i 385)

Saya (Syaikh Al~Albani, pent.) berkata: “Islam telah bersikap keras dalam memperingatkan ummatnya dari perbuatan tabarruj ini hingga menyandingkannya dengan kesyirikan, zina, mencuri dan perbuatan haram lainnya. Itu terjadi ketika Nabi Shalallohu`alaihi wasallam membai`at para wanita agar mereka tidak melakukan hal-hal itu. Abdullah bin `Amr radhiyallahu`anhu berkata: Umaimah binti Ruqaiqah datang kepada Rasulullah Shalallohu`alaihi wasallam untuk berbai`at kepada beliau, maka beliau berkata:
“Saya akan membai’atmu untuk engkau tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apa pun, jangan engkau mencuri, berzina, membunuh anakmu, melakukan kebohongan yang engkau buat antara hadapanmu dan antara dua kakimu, jangan meratap dan jangan bertabarrujnya jahiliyyah dahulu.”

Ketahuilah, bukan termasuk perkara terlarang sedikitpun jika pakaian wanita yang dia pakai berwarna putih atau hitam, sebagaimana yang dianggap oleh sebagian wanita yang komited terhadap Sunnah.
Itu dengan alasan :
® Pertama : Sabda Rasulullah S.A.W yang berbunyi: “ Wangian bagi wanita adalah yang jelas warnanya dan lembut harumnya … “

® Kedua : Pengalaman para wanita sahabat, dengan kisah sebagai berikut :
1 : Dari Ibrohim An Nakha’i bahwa dia masuk bersama Alqamah serta Al Aswad kepada isteri – isteri Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka dia melihat mereka menyelimuti diri mereka dengan pakaian berwarna merah.
2 : Dari Ibnu Abi Mulaikah, ia berkata; Aku melihat Ummu Salamah mengenakan jilbab dan berselimut dengan pakaian yang dicelup ddengan warna mu`ashfar (campuran antara kuning dan merah).
3 : Dari Al qosim, yaitu Ibnu Muhammad bin Abi Bakr Ash Shiddiq dia berkata bahwa ‘Aisyah memakai pakaian yang dicelup dengan mu’ashfar, padahal dia waktu itu sedang ihram.”
( Jilbab Al Mar’ah Al Muslimah 120-123 dengan sedikit ringkasan).

-ihsan

Lelaki, Isteri, dan Romantis..

Assalamualaikum w.b.t.....
pejam celik, rasanya sudah hampir sebulan tidak menjengah blog, dan hampir 2 bulan atau mungkin lebih lama blog ini dibiarkan usang dan suram tanpa secebis info dan coretan bermakna. sibuk dengan 'study' barangkali...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi, sehingga hari ini, ana masih lagi dapat menjengah seketika mencari cebisan-cebisan dakwah untuk dikongsi, maklumat untku dikupasi, tatkala ramai lagi saudara seislam di dunia masih tercari-cari makna kehidupan, walaupun sebak mengenang, namun terbit rasa kesyukuran dari nurani, keran masih diberi kesempatan mencari hidayah Yang Esa, untuk diambil sebaik mungkin sebagai bekalan ke akhirat kelak.

" Kau rasa aku ni romantis tak?? "
" Ntah, nape tanya macam tu?", jawab ana bersahaja, persoalan sahabat ana itu membuat diri ini tertanya tanya, buang tebiat ke?

"takde la, aku tengok sekarang ni, banyak betul kes-kes perempuan lari ikut warga asing, katanya lelaki melayu ni dah sampai yang terakhir, tak romantis langsung, risau jugak la aku takut-taku makwe aku lari nanti kalau aku tak romantis...", jawabnya berseloroh, ana turut ketawa, namun dalam ketawa hati ana terfikir, ada benarnya juga.

Kerap kali di dada-dada akhbar, kes kehilangan gadis belasan tahun yang dianggap misteri, berakhir dengan terbongkarnya kisah cinta antara si perempuan dengan sang lelaki asing yang pandai 'mengayat' katanya. tak romantis sangat ke lelaki melayu ni? hati ini tertanya-tanya. Akhirnya ana membuat konklusi dengan satu persoalan. apa sebenarnya pengertian romantis buat Si Wanita???

Benar, lelaki sering menyalahkan diri kerana tidak begitu romantis dan tidak pandai mengambil hati wanita, puas dinilai cara yang paling berkesan dan mencuba nasi, memberi bunga, makan malam dengan bercahayakan lilin dan macam-macam lagi, akhirnya, wanita yang dicintai, lari dengan lelaki Bangla juga..hm, pening mereka memikirkan..

Ana sebagai lelaki mungkin tak dapat nak menerangkan bagaimana sebenarnya hati wanita, bagaimana sensitif dan lembutnya hati mereka dalam menilai sesuatu perkara, walhal perkara yang kecil sekalipun, mungkin, dengan pengalaman dibesarkan bersama  orang kakak yang bersifat terbuka dengan adik nya, dapat ana rungkaikan sedikit persoalan yang bermain di hati para jejaka melayu ini.

Romantis bagi wanita mungkin bukan segalanya tertarik dengan apa yang dizahirkan oleh pasangannya dengan cara fizikal seperti memberi hadiah dan sebagainya. namun pendekatan dari segi rohaniah..
"Kenapa kau tak suka dengan si Mamat tu? dia kan kaya, selalu je bagi hadiah kat kau, romantik pulak tu," tanya Milah,
"Kalau setakat romantik, tapi dia tak memahami aku, macam mana nak buat laki? takkan nak suruh aku kasin and then cerai??" sindiran Aminha membuatkan Milah terdiam..
'understanding'..hanya ini sahajakah yang diperlukan wanita? mungkin tidak, tetapi persefahaman antara pasangan adalah amat diperlukan dalam sesuatu hubungan yang mencari keredhaan Allah S.W.T. 
Ingat lagikah anda pada syaitan  Dassim?? Syaitan Dassim berada di dalam rumah. Jika seseorang tidak mengucapkan salam sewaktu memasuki rumahnya dan tidak pernah menyebut nama Allah di dalamnya, maka syaitan tersebut akan menimbulkan perselisihan sehingga akan terjadi thalaq, khulu', dan pemukulan. Singkatnya, syaitan ini selalu ingin menciptakan ketidakharmonian dalam rumah tangga. Syaitan pembubar rumah tangga ini cukup suka dengan pergaduhan diantara suami dan isteri, dan mengapa perbalahan itu dapat berlaku? Jawapannya sudah jelas bukan.
romantis bukan sekadar dari segi luaran...

Suka ana untuk mengingatkan kembali pada mereka yang pernah meluangkan masa mebaca Aku Terima Nikahnya 2 - Bercinta hingga ke syurga tulisan Ustaz Hasrizal, penulis blog saifulislam.com. Dlama buku tersebut ada dijelaskan bagaimana ketika Saiditina Aisyah mengambil perhatian suaminya, junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, dengan kisah tentang 11 orang isteri yang menceritakan tentang suami-suami mereka. Jika difikirkan dengan logik, suami manalah yang dapat menahan daripada cerita-cerita remeh si isteri yang tiada faedahnya sedangkan masih banyak lagi perkara yang perlu dibereskan. Namun Rasulullah dengan sabarnya meluangkan masa dan sempat lagi meluahkan kata-kata romantis tatkala cerita itu berakhir. Pokoknya disini, 'understanding' itu juga perlu untuk si suami memahami dengan tingkah laku isterinya yang ingin mengambil perhatiannya tatakala diri itu dirasakan tersisih. Suami pula perlu faham dan sabar dengan karenah isterinya, bukankah itu wanita yang kamu dengan sabar menagih cinta bertahun-tahun sebelum mengikat tali pernikahn? Dimana sabarmu itu menghilang?
**************************************************
Benar, ana masih lagi belum berkeluarga, malah masih mentah dalam hal-hal yang berkaitan dengan perhubungan. Apa yang ana tulis untuk entri ini, hanyalah sebagai luahan dan perkongsian tentang betapa umat islam sekarang semakin hanyut dengan rona kehidupan duniawi sehingga sukar untuk menyelesaikan apa yang mudah. Bukan juga menggalakkan para remaja khusunya untuk bercinta dengan romantis, tetapi hanya sedikit bekalan yang mungkin dapat disimpan dan digunakan tatkala melafazkan akad nanti. 


'Abang, langsir ni abang rasa ok tak?' tanya si isteri sekadar untuk bermanja
'Kalau awak rasa dah tak suka, nanti abang tukar la yang baru,' jawab si suami sambil membaca akhbar
kecewa dengan jawapan tersebut, dia berusaha mengambil suaminya lagi
'Kenapa abang beli kereta Ferrari tu untuk saya? abang minat kereta-kereta sport ye?'
'Kalau awak dah tak suka, nanti abang tukar la yang baru,'
'Abang ni kenape? saya tanya elok-elok ni, abang dah tak sayang saya ke?'
'Kalau awak rasa dah tak suka, nanti abang tukar la yang baru,'
                                *************************************************
risau perkara diatas menjadi kenyataan je...=) 
Wallahualam.
-kg.padang perdana, 6ptg