Thursday, April 1, 2010

PANAS!!!! - hukum hudud boleh dibuat main...

tertarik ana untuk mengulas tentang isu panas yang dibuat senyap oleh sesetengah pihak berkaitan dengan hukum hudud. Akhbar-akhbar di malaysia sibuk mengeluarkan pernyataan betapa bertimbang rasa sikap sultan Ahmad Shah kerana bermurah hati untuk meringankan hukuman sebat yang dikenakan kepada saudari Kartika, bekas model sambilan yang dihukum kerana meneguk air haram di khalayak ramai suatu ketika dahulu.

Persoalannya sekarang, adakah perlakuan sultan itu layak untuk dipuji? teringat ana tentang kata-kata Ustaz Azhar Idrus, penceramah bebas dari terengganu yang terkenal dengan sikapnya yang terbuka ketika memberi ceramah,
"Tilka hududullah....Allah kata 'tilka', yang memberi maksud, hudud itu milik Allah. hanya Allah sahaja yang dapat mengubah atau meringankan hukuman Dia jatuhkan." kata Ustaz Azhar ketika membidas pernyataan Dato' Dr. Mashitah tentang keringanan hukuman terhadap mereka yang mecuri. Apa dah jadi dengan Malaysia sekarang ni?
"Malaysia dah bukan negara islam.." luah sahabat yang kekecewaan.

Jika dilihat dengan lebih halus,  budaya maaf memaafkan tentang hukuman yang ditetapkan oleh Pencipta kita, Allah SWT, persis dengan lagak Vicar (Paderi) kristian yang berlagak sebagai perantaraan antara Jesus dan memaafkan dosa-dosa mereka yang bertandang ke gereja seminggu sekali. sejak bila sultan tiba-tiba dapat kuasa mutlak untuk mempertikaikan hukum Allah? Maaf ana katakan disini, tetapi itu adalah hakikatnya!!! siapa kita untuk mempersoalkan hukum2 Allah? Nauzubillah....

Paling menyakitkan hati, sikap bahagia sesetengah pihak pegawai kerajaan yang menyanjung keputusan sultan itu.
"baguslah, terserah kepada sultan untuk membuat keputusan. bagi saya sebat itu keputusan terakhir..", kata Menteri di JPM, Mohamed Nazri.

 minum arak kena cuci jamban shj...seronok la kalau macam tu...

maaf...BAGUS????? hilang akal ke? di mana bagusNya keputusan itu? maaflah saudara Kartika, tetapi kamu sendiri tahu dan pasrah ketika mengetahui bahawa hukuman yang diberikan kepada kamu itu adalah satu keputusan yang tepat. bukan begitu?

Mari kita kecilkan skop kita kepada sudut pandangan masyarakat muda yang semakin liar kini.
"stakat kena cuci jamban dan sapu sampah, sape yang nak kisah? esok lusa, togok la arak balik", mungkin ini yang difikirkan mereka. siapa tahu? Fikirlah wahai para sahabatku sekalian, sampai bila kita nak berlagak hukum hudud ini sebagai satu hukum yang boleh dibuat main, ibarat bola yang boleh disepak merata-rata, bila nak bercakap tentang syariah, simpan elok2 dalam almari, bila dah ada perkara yang memerlukan hukum hudud untuk diselesaikan, disepak hukum itu merata- rata sampai terbuang dalam longkang.
Cuba....kita terbalikkan situasi En Nazri tadi kepada perbualan malaikat tentang keputusan Allah yang nak masukkan kita kedalam neraka seddangkan kita sebetulnya layak memasuki syurga.
"BAGUSlah, terserah kepada Allah untuk membuat keputusan MUTLAK, untuk kamu, saya rasa syurga itu pilihan yang terakhir.. " Nah sebijik atas kepala...bes????

wallahualam...

2 comments:

Anonymous said...

IbnU_ShaFie <= Nampak sangat anda sebenarnya orang yang belajar sendiri, Tanpa guru mursyid..hanya belajar dengan orang tak ada guru..melainkan buku2 yang tak tahu punca..Na'uzubillah.
-
tuan, nak menghukum kena baca bagi habis Quran 6000+ ayat & Hadis 20,000+, Kalau kita tahu satu ayat sekalipun, kita kena sebarkan sahaja, bukan menghukum. Sebarkan dan mengHukum adalah 2 perbuatan BERBEZA..Tidak ada siapa pun yang ragu akan Al-Quran, itu sangka tuan sahaja kerana Tuan dah awal2 biased. Ulul Amri (pemerintah) WAJIB TERLEBIH DAHULU berusaha menyediakan peluang perniagaan dan pekerjaan dalam negaranya, dalam process usahanya itu, maka kalau ada kecurian, KeMAAFan Diberi dulu, Itulah Hududullah, buka Hudu Pas = Rekaan Manusia !!
-
Untuk mengkukuhkan Ekonomi setiap Ahli Umat, Allah Wjibkan Zakat dan Jizyah. Zakat dibayar oleh Islam, dan Jizyah dibayar oleh Kafir Zimmi yang menjadi Ahli Umat di WAJIBkan keluar zakat/jizyah bila cukup Haul dan Nisab, dan Rasullah & Para Sahabat wakil mewakili menjadi Saksi pembayaran Zakat Dan Jizyah dan diREKODkan sebagai Bukti Tahunan. Kalau seseorang pencuri ( tidak mencederakan orang ) disabit mencuri sekali pun, Rasullullah & sahabat akan bertanyakan bukti Zakat (Islam) dan Jizyah (Kafir Zimmi) dari org yang kena curi. Kerana Zakat/Jizyah WAJIB direkodkan, dan amalan ini dilakukan oleh semua Ulul Amri sampai skrg. kalau tiada bukti pembayaran, si pencuri diMAAFkan oleh Rasullullah, sendiri, dan menghukum orang yang kena curi.
-
Tapi kalau org kena curi ada bukti Zakat/Jizyah maka si pencuri yg disabitkan akan diPotong Tangan (Maxima), atau org yg kena curi BOLEH memilih utk meRINGANkan hukuman atau meMAAFkannya pencuri itu, sebagai pahala untuk pemberi maaf, sebagai peluang untuk bekas pencuri berusaha mencari rezeki secara lebih baik dari Ahli Umat.
-
Bila Ayat untuk Hukuman Potong Tangan di Turunkan, Rasullulah bersabda "Demi ALlah, jika Anak aku sendiri Fatimah disabitkan mencuri, akan aku Potong tangan nya". Lihatlah.. Betapa sempurnanya Hukum Allah. Tuan menghukum sebiji macam Hukum Hudud Pas = Rekaan Manusia. Hudud Allah Maha Suci & Adil & Wajib diyakini oleh org2 Islam, Org Islam wajib baca habis sblm menghukum. Hadis Rasulullah bermaksud "Maka sesungguhnya kefakiran itu hampir-hampir mengundang kekufuran" Maka Rasulullah/Sahabat/Ulul Amri dlm hidup mereka WAJIB dahulukan umat dgn punca2 rezeki TANPA ada peluang mengambil hak org lain tanpa izin, Sebab tu Zaman Nabi TAK ADA yg kena Hukum Potong Tangan, Rasulullah cukup sayangkan umat..Sampai suatu ketika Rasullulah utamakan makanan untuk ahli Umat hingga baginda sanggup ikat perut dgn meletakkan batu.
-
Berapa Mulianya Huddullah

Anonymous said...


Setelah 50 tahun ++ kerajaan menerajui Malaysia,pernahkah kerajaan menjalankan pelbagai inisiatif utk memberi pemahaman yg menyeluruh kpd rakyat tentang hudud?hukum hudud dujalankan setelah rakyat diberi pemahaman secara berseluruh tentangnya. Dan sehigga kini tiada usaha kerajaan utk memberi pemahaman tentang hudud kpd rakyat malah pemimpin tertinggi menghina hukum Allah itu dgn mengatakan hukum hudud ciptaan ahli fqh. Astaghfirullah.setelah rakyat diberi pemahaman yg menyeluruh tntang hudud maka kerajaan berperanan utk melakukan segala kebajikan rakyat secara telus dan adil, dan sekiranya kerajaan gagal maka hukum hudud itu dipakai ke atas pemimpin dahulu maka baru dipakai ke ats rakyat.sekiranya kerajaan memerintah secara adil dan telus dan rakyat masih mencuri kereta,melakukan rasuah dsb,maka hukum hudud dijalankan.sekiranya kerajaan yg melakukan rasuah,penyelewengan dsb,maka hudud diguna pakai.tiada istilah hudud pas.hudud milik Allah.