Thursday, March 11, 2010

Akuarium Kehidupan..

Assalamualaikum w.b.t

Cuba seketika kita layari dunia fantasi dengan membayangkan sebuah akuarim. Didalamnya tinggal seekor ikan. Tak kisah la ikan kelisa, ikan laga atau ikan apa sekalipun..
Sekarang, bayangkan pula didalam akuarium itu terdapat pula pelbagai hiasan dan tempat permainan si ikan yang indah dan menyeronokkan. Tambah pula dengan persekitaran yang dipelihara dengan baik oleh tuan yang memeliharanya. Air ditukar seminggu sekali, beserta dengan pam air yang berteknologi canggih, dan pelbagai lagi. Pokoknya, hidup si ikan cukup indah dan bermakna apabila berada didalam akuarium.

kehidupan manusia didunia ibarat kehidupan si ikan di dalam sebuah akuarium yang selesa
 
Tapi nanti dulu, benarkah kehidupan si ikan itu betul-betul bermakna? Tiada sedetik rindukah padanya untuk berjumpa dengan sanak saudara yang bebas hidup di sungai-sungai atau lautan yang luas terbentang? berkeliaran bebas di dasar-dasar lautan yang penuh dengan makanan semulajadi, batu karang yang indah, sesuai dijadikan tempat santai si ikan menghabiskan masa dengan sanak saudaranya yang lain? Dan tidak lupa pula, tuan yang memelihara segala jenis ikan dilautan dan sungai itu adalah Allah Yang Esa.  Sudah tentu, hal ini perlu ditanyakan kepada si ikan..bukan begitu?

setelah jauh kita meneroka alam fantasi, sekarang mari kita kembali semula ke dunia realiti. Cuba bayangkan pula, si ikan itu adalah seorang manusia. Akuarium itu pula diibaratkan sebagai bumi, lautan itu  diibaratkan sebagai syurga, pemelihara akuarium itu diibaratkan sebagai yahudi dan nasrani, manakala pemelihara lautan tersebut, tetap Allah Yang Esa.

Sekarang, mari kita kecilkan lagi skop pemikiran kita. Bayangkan segala keselesaan tempat permainan serta persekitaran didalan akuarium itu adalah, hiburan dan keseronokan yang di bekalkan oleh musyrikin yahudi dan nasrani. Segala jenis hiburan, yang menjadi seperti yang wajib untuk umat Islam masa kini perolehi. Mereka-mereka yang leka dan tiada perasaan bersalahnya untuk berseronok dengan konsert-konsert rock, indie dan sebagainya. Meminggirkan status Islam itu untuk terkinja-kinja dikelab-kelab malam. Menghina status ummat akhir zaman yang beragama islam untuk meneguk sebotol arak dengan tiada perasaa malu. Sehingga terikut-ikut dengan budaya barat yang dianggap evolusi sekularism yang terbaik. Dimana hilangnya malu seorang saudara perempuan, dimana hilangnya maruah yang dijaga bak mutiara yang amat berharga suatu masa dulu bagi kaum yang bernama wanita. Sehingga tidak kenal istilah aurat dan apa sebenarnya yang diajar oleh Islam. Dimana pula hilangnya karisma-karisma seorang insan yang bergelar lelaki untuk melindungi negara, agama dan keluarga agar tidak lekang dengan ajaran Islam. Sehingga kini, hampir separuh kaum lelaki ini lebih terkenal dengan gelaran dayus kerana menjadi ketua untuk mengajak umat manusia ke lembah kehinaan. maksiat. merosakkan kehormatan si wanita. hairannya, wanita itu, tidak pula menolak.
Lautan yang diciptakan oleh Allah penuh dengan fantasi serta keajaiban yang tersendiri
 
Cukup dengan itu agaknya, mari kita bayangkan pula lautan yang luas terbentang itu sebagai Syurga Allah yang satu diakhirat kelak. Tidak terdetikkah dihati ummat2 Islam masa kini yang semakin lalai dan leka dengan nikmat dunia itu untuk bertemu dengan para penghuni syurga? Dimana hilangnya kerinduan untuk bertemu dengan wajah Junjungan Rasulullah S.A.W? Bebas melakukan apa sahaja di taman Allah itu, dengan nikmat yang tidak terkata. Benar, ada harga yang perlu dibayar untuk menempatkan diri di situ. Adakah kita memerlukan jutaan ringgit wang, emas bergunung ganang?
Tidak! kita hanya perlu mengahayati semula sendi Islam (Rukun Iman) itu, kerana tanpanya, kita hampir pasti mustahil untuk mebina kehidupan sebagai seorang Muslim yang berteraskan tiang Islam (Rukun Islam) bukan begitu? kembali semula kita ke arah yang basic sekali. Apa sebenarnya yang kita kekurangan. Moga Allah memelihara kita untuk mendapatkan tempat di syurgaNya kelak.

Bagi mereka-mereka yang lalai dan lebih seronok nampaknya berada didalam akuarium fantasi yang hanya bersifat sementara itu. Tidakkah mereka teruja untuk untuk menempatkan diri di lautan milik Allah itu? Sudah tentu, hal ini perlulah ditanyakan kepada mereka sendiri. Bukan begitu?

Wallahu'alam
11.38, khamis

Wednesday, March 3, 2010

Kahwin ketika belajar - Pro dan Kontra


Assalamualaikum wbt..

sukar rasanya untuk mengupas topik ini, namun hasil dari carian informasi serta pembacaan yang tidak seberapa, mungkin juga boleh dikongsikan serba sedikit pendapat.

kahwin ketika belajar, ada pro dan kontra nya.. tapi kedua-dua kesan tersebut berbalik kepada bagaimana dan sejauhmana kebijaksanaan mereka (pasangan suami isteri tersebut mengendalikan) bahtera rumah tangga mereka..

maklumlah nak ngadap buku lagi.. keluarga.. anak-anak dan amanah lain yang dipikul bersama..

sebab tu kalau nak mindirikan masjid ini.. sebaik-baiknya kedua-duanya perlu memiliki persediaan yang mantap daripada segi. rohani dan jasmani, fizikal dan mental, material serta ilmu yang berkaitan dengan pengurusan rumah tangga dan kekeluargaan…

persoalannya.. bagaimana kalau persediaan yang ada masih tak mantap tetapi kedua-dua belah pihak bersedia untuk mendirikan rumah tangga?.. .maka ada baiknya kita semua mengambil kira hal-hal yang berikut….

1) memberi peluang terhadap pasangan masing-masing untuk mempelajari, memperbaiki kelemahan diri..mengadaptasi suasana baru sebagai suami isteri...terutama diawal usia perkahwinan (3-5 tahun pertama).

2) Sabar,saling mempercayai, bertolak ansur, saling bantu membantu kepada pasangan anda.. berusaha memahami kondisi masing-masing yang mempunyai komitmen lain sebagai pelajar, suami/isteri, bapa/ibu, tanggungjawab sebagai anak (tanggungan keluarga) dan yang seumpama dengannya…dalam hal ini.. kita perlu saling memberi semangat, sokongan dan saling menguatkan pasangan masing-masing sekiranya rumah tangga anda menghadapi masalah...terutama daripada segi kewangan dan sebagainya…

3) Sekiranya berhadapan dengan masalah yang melibatkan kedua belah pihak…cubalah cari penyelesaian yang terbaik dan menguntungkan kedua-duanya… bersikap matang dan rasional serta selalulah berbincang dari hati ke hati untuk mewujudkan persefahaman antara satu sama lain…

justeru itu, kedua-duanya perlu memiliki mind setting yang betul dan tepat mengenai perkahwinan yang dibina… ikatan perkahwinan bukan untuk sehari dua, tetapi untuk selamanya bahagia dalam redha Allah dunia dan akhirat… maka kedua-duanya perlu berfikir kearah yang positif… jika berlaku permasalahan atau salah faham.. segera diselesaikan.. tetapi bukan dengan mengambil jalan mudah.. perceraian tetapi keputusan tersebut perlu kearah mencari jalan perdamaian antara kedua belah pihak…memikirkan masa depan anak-anak, hubungan baik kedua-dua belah keluraga suami dan isteri serta mahligai yang dibina..

4) bersedia untuk sama menghadapi susah dan senang hidup bersama… tidak meminta permintaan atau perkara yang tidak munasabah mahupun diluar kemampuan pasangan masing-masing..

5) menerima pasangan anda seadanya.. tidak memperlekehkan keupayaan mereka,saling menghormati antara satu sama lain… ini kerana, selepas berumah tangga baru kita kenal perangai sebenar pasangan kita..’ alakullihal... lihatlah pada kelebihan mereka.. sekiranya nampak kekurangan.. tegurlah secara berhikmah…saling ingat mengingatkan… agar kedua-duanya dapat memperbaiki mana-mana yang kurang pada diri sendiri…

6) menerima keluarga pasangan anda seadanya… Sokongan daripada pihak keluraga (suami dan isteri) bagi pasangan yang berkahwin ketika belajar adalah amat penting sekali… sebaik-baik nya.. biarlah keputusan anda yang ingin mendirikan masjid mendapat keredhaan dan restu daripada mereka esp kedua-dua ibu dan bapa.. hal ini kerana.. keluarga adalah mereka yang paling dekat kita untuk membantu kita dalam kesusahan…

7) membetulkan niat untuk mendirikan masjid… sedar pernikahan dan perkahwinan bukan sahaja mengenai keseronokan setelah sah menjadi suami dan isteri.. tetapi juga melibatkan mengenai amanah yang dipikul sebagai suami keatas isteri, isteri terhadap suami, ibu dan ayah terhadap anak-anak yang akan lahir dan sebagai anak/menantu kepada keluarga kedua-dua belah pihak.. hal ini kerana.. keluraga adalah merupakan satu unit yang berperanan untuk melahirkan generasi rabbani pada masa akan datang…

hal ini perlu diambil berat kerana antara salah satu punca keruntuhan moral yang berlaku pada hari ini adalah berpunca daripada keluarga yang tidak bahagia…

8 ) meninggalkan gaya hidup ketika bujang… mematang dan mendewasakan diri… ada perancangan dalam pengurusan rumah tangga yang teratur… tidak bersikap lepas tangan… tetapi sama-sama berusaha untuk mencapai kebahagiaan dan kerukunan rumah tangga.. menjauhi segala perkara yang boleh yang boleh membawa kepada salah faham… tidak membesarkan perkara yang remeh-temeh… serta mempunyai matlamat yang jelas tentang masa depan rumah tangga yang dibina…

9) mengenai aspek material dan ekonomi juga perlu bijak menguruskannya.. maka sekiranya tidak berkemampuan, maka janganlah mendesak pasangan anda atau mengharapkan kehidupan yang serba mewah… hal ini perlu ditekankan.. kerana setelah berkahwin.. sekiranya anda memilih untuk tinggal dirumah sewa.. anda perlu berfikir mengenai soal kos kehidupan.. belanja sewa rumah, barang2 dapur2.. keperluan anak-anak.. api dan elektrik dan sebagainya.. berbincang dan carilah jalan yang terbaik untuk mengatasi masalah ini..insyaAllah sekira matlamat perkahwinan ini kerana Allah… walau bagaimana susah sekalipun anda berhadapan dengan masalah kewangan..pasti ada jalan keluarnya.. tapi yang penting.. mesti ada inisiatif, usaha dan kesungguhan… cari alternatif untuk sumber kewangan.. bukan just duduk goyang kaki…

10) berusahalah untuk memenuhi ilmu didada terutamanya ilmu agama agar kita diperteguh kan iman dan diberi kekuatan jiwa dalam melayari kehidupan dalam alam rumah tangga..

berusahalah untuk sama-sama mewujudkan suasana harmoni dalam rumah tangga berteraskan islam(sunnah Rasulullah S.A.W.)

insyaAllah… walau terpaksa berhadapan dengan pelbagai kepayahan.. namun sentiasa ada keberkatan dalam rumah tangga tersebut… inilah hikmahnya apabila kita sentiasa istiqamah untuk menghidupkan suasana keluarga yang ada roh islam (biah soleh) dan kembali kepada Allah subhanahu wataala dalam segala urusan yang kita laksanakan…

insyaAllah.. zuriat yang lahir menjadi anak-anak yang soleh dan solehah yang sentiasa mendoakan kesejahteraan hidup dunia dan akhirat kita semua, amin ya rabbal’alamin….

Maka disini dapatlah disimpulkan bahawa.. perkahwinan dalam usia muda bagi mereka yang sedang belajar ini, bukan sahaja dapat mencegah daripada kemungkaran dan maksiat, malah memberi banyak manfaat daripada segi ketenteraman jiwa, aspek pembentukan peribadi muslim sejati, melahirkan genarasi rabbani, mewujudkan suasana keluarga yang harmoni semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah dunia dan akhirat…

“sesungguhnya apa yang Allah kehendaki pasti akan terjadi meskipun tidak seiring dengan kehendak kita... tetapi apa yang kita ingini TAK mungkin menjelma apabila tidak seiring dengan kehendak Ilahi…”-imam as-syafie.


-ihsan

Berkawan biar beribu...

Asslamualaikum pembuka bicara

Berkawan biar beribu, bercinta biar satu. Pepatah melayu yang dikira popular barangkali. Benar, berkawan biarlah seribu, malah berjuta dan seterusnya. Infiniti terlebih bagus bukan begitu? =)

teringat pada para sahabat zaman sekolah dahulu. Tak lupa sahabat-sahabat yang berada disamping kini.
 
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)

Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda,
“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)

“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.” (Hadis riwayat Muslim)

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

Allah SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.

Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT yang bermaksud,

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (surah al-Hujurat [049] ayat 13)

Dalam Islam, faktor memilih kawan amat dititik-beratkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.

Terdapat ayat yang mengisyaratkan mengenai peranan dan pengaruh kawan, antaranya firman-Nya yang bermaksud:

“Wahai orang yang beriman! Bertakwalah dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang bersifat benar.” (Surah at-Taubah, ayat 119)

Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadis Rasululah SAW yang bermaksud,

“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.” (Hadis riwayat Abu Daud).

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:

“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya,

“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”

1 - Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
2 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungka n (menyebutnya) .
3 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.
4 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
5 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.


Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita. Setelah kita dewasa, kita juga perlu berhati-hati memilih kawan kerana kita tidak mahu kawan-kawan yang melalaikan kita terhadap Maha Pencipta. Kawan yang baik membantu kita ke arah pencapaian matlamat, iaitu kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat. Kawan yang tidak baik hanya membantutkan usaha kita ke arah itu.

Dalam kitab al-Hikam ada menyebut, “Jangan berkawan dengan seseorang yang tidak membangkitkan semangat taat kepada Allah, amal kelakuannya dan tidak memimpin engkau ke jalan Allah.” Dalam satu hadis yang bermaksud, “Seseorang akan mengikuti pendirian (kelakuan) temannya, kerana itu tiap orang harus memilih siapakah yang harus didekati sebagai kawan (teman).”

Sufyan Astsaury berkata, “Siapa yang bergaul dengan orang banyak harus mengikuti mereka, dan siapa mengikuti mereka harus bermuka-muka pada mereka, dan siapa yang bermuka-muka kepada mereka, maka binasalah seperti mereka pula.”

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti di bawah:

1. Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
2. Sahabat yang hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
3. Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.
4. Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.


Ali bin Abi Thalib r.a. berkata,

“Sejahat-jahat teman ialah yang memaksa engkau bermuka-muka dan memaksa engkau meminta maaf atau selalu mencari alasan.”

Kemungkinan engkau berbuat kekeliruan (dosa), maka ditampakkan kepadamu segala kebaikan, oleh kerana persahabatanmu kepada orang yang jauh lebih rendah akhlak (iman) daripadamu.

Sebaik-baik sahabat

Dan sekiranya engkau berkawan seorang bodoh yang tidak menurutkan hawa nafsunya, lebih baik daripada berkawan dengan orang alim yang selalu menurutkan hawa nafsunya. Maka ilmu apakah yang dapat digelarkan bagi seorang alim yang selalu menurutkan hawa nafsunya itu, sebaliknya kebodohan apakah yang dapat disebutkan bagi seorang yang sudah dapat mengekang (menahan) hawa nafsunya.

Bagaimana akan dinamakan bodoh, seorang yang telah dapat menahan dan mengekang hawa nafsunya, sehingga membuktikan bahawa semua amal perbuatannya hanya semata-mata untuk keredhaan Allah SWT dan bersih dari dorongan hawa nafsu. Sebaliknya, apakah erti suatu ilmu yang tidak dapat menahan atau memimpin hawa nafsu dari sifat kebinatangan dan kejahatannya.

Dalam sebuah hadis ada keterangan : “Seorang itu akan mengikuti pendirian sahabat karibnya, kerana itu hendaknya seseorang itu memperhatikan, siapakah yang harus dijadikan kawan.”

Menurut ahli syair pula : “Sesiapa bergaul dengan orang-orang yang baik, akan hidup mulia. Dan yang bergaul dengan orang-orang rendah akhlaknya, pasti tidak mulia.”
Bersahabat dengan yang lebih rendah budi dan imannya sangat berbahaya, sebab persahabatan itu saling pengaruh-mempengaru hi, percaya-mempercayai sehingga dengan demikian sukar sekali untuk dapat melihat datu memperbaiki kesalahan sahabat yang kita sayangi, bahkan kesetiaan sahabat akan membela kita dalam kesalahan dosa kekeliruan itu, yang dengan itu kita pasti akan binasa kerananya.

Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun berkawanlah kerana Allah SWT untuk mencari redha-Nya.
 


Kerinduan yang tidak nyata

Assalamualaikum w.b.t

Salam pembuka bicara. melihatkan kepada tajuk entri yang diberi, mungkin sedikit bebeza dengan coretan-coretan ana sebelum ini. Entahlah, idea yang sebenarnya detik kerinduan hadir begitu saja.
Dua hari yang lepas, ana  dikejutkan dengan hasrat ummi yang ingin pulang ke kampung. Rindu kepada nenek katanya. Ana sedikit terkejut, dalam waktu kesibukan orang bekerja dan anak-anak bersekolah, masih lagi sempat difikirkan sedikit ketenangan di kampung halaman. Ayah masih terikat dengan tugasan sebagai Imam di Masjid, akhowat yang lain semua sibuk bekerja.

teratak Jaddiy
 
"mak nak balik dengan Pak Ngah, rabu ni," ana termengkelan, bila pula Pak Ngah datang ke kuantan, sedangkan kediaman rasmi berada di kampung halaman. Dengan sedikit peneranag, fahamlah ana bahawa Pak Ngah datang menziarah di Kuantan, dan ummi berhasrat untuk pulang bersamanya menjenguk nenek di kamupung. Selesai menghantar Ummi dan Pak Ngah di Terminal Makmur, Kuantan, memori lama kembali menyinar tatkala teringat betapa indahnya kedamaian kampung. Bauan segar padi tatkala fajar menyinsing, keindahan Gunung Jerai yang samar dari kejauhan, rona kehijauan yang menyambar penglihatan, segalanya bermain di fikiran, bilakah agaknya dapat lagi aku merasai keindahannya?
kehijauan padi menggamit memori
Jika dihitung masa sekalipun, rasanya baru sahaja tahun lepas kaki ini menginjak di tanah Kedah itu, namun entah mengapa, tiba-tiba terasa syahdunya mendengar suara nenek tatkala ketawa mendengar celoteh cucunya, sebak tatkala teringat lambaian kecewa nenek pabila kami sekeluarga berangkat pulang.
mesra Ukhti bersama Zauj' tercinta
sedikit menyakitkan mata bersama sampah di tepi. namun masih dikira indah barangkali =)

Seketika kemudian ana ketawa sendirian sambil beristighfar, 'Ya Tuhan, aku begitu merindui kampung halaman sehingga seolah-olah menjangkaui rinduku padaMu dan RasulMu, ampunkan aku Tuhanku..'
ana bermonolog sendirian. Insya Allah, jika diizinkan, sempatlah ana menjenguk kembali halaman kampung tercinta. Selagi belum badan dikandung tanah, selagi belum sampai seruan siratholmustaqim sampai jua langkah ini disana. Biarlah hanya memori dan igauan lama menjadi nostalgi di hati, menenagkan jiwa, setakat ini.


rabu-1.25 a.m

Tuesday, March 2, 2010

Wanita dan Kerjaya.

Assalamualaikum w.b.t

Selasa, 2 Mac 2010, cepat benar masa berlalu, ana meluangkan masa membaca akhbar-akhbar yang dibeli sejak 2 hari lalu, menghabiskan masa di Kampung Merchong, Kuala Rompin bersama keluarga membuatkan ana terlupa akan medium massa yang menjadi nadi kepada masyarakat kini. Sebaik membaca sisipan Pancaindera dari akhbar Utusan, ana tertarik dengan slot kartun yang dipaparkan oleh saudara Dee dan Piza masing-masing dalam ruangan Hello Bos dan Warga Kota. Saudara Dee dan Piza bijak berkongsi pendapat dengan para pembaca tentang kerjaya wanita menerusi hasil seni mereka. Mungkin itulah sumber inspirasi yang membuatkan ana tertarik untuk menulis tatkala menunggu waktu Maghrib menjelma.

Wanita dan Kerjaya. Topik yang dipilih untuk mengisi ruangan berhabuk blog ana kali ini. Baru sahaja menulis tak sampai satu perenggan, ana ditegur oleh Ukhti,
"macam dah takde topik lain, sekarang ni orang perempuan sekarang memang macam tu, tulis blog tu mesti nak kutuk orang perempuan punya," katanya berseloroh.
 Ana tersenyum, belum habis menulis, dah kena kritik..tak apa lah, kata-kata yang dilemparkan hanya canda semata-mata. Bukan niat untuk mengutuk, hanya ingin berkongsi pendapat mengenai satu fenomena yang semakin menjadi kebiasaan dikalangan masyarakat dunia kini.

Benar, wanita kini lebih tegar menjawat jawatan-jawatan yang besar, lebih daripada kaum lelaki. Adakah ini satu kelebihan buat wanita atau satu kehinaan buat lelaki? Bagi ana, tidak salah malah tiada cacat celanya fenomena yang popular ini untuk dikritik atau dikutuk sedahsyat yang mungkin.
"Perempuan kerjanya duduk dirumah saja, masak nasik, tunggu laki balik," mungkin itu yang di katakan oleh Pak Mat, seorang petani.
"Wanita berhak bersuara dan berhak untuk dapat kelebihan macam orang lelaki, dunia perlu adil dan saksama," mungkin itu pula luahan Aminah, seorang usahawan yang berjaya.
"Bagi ana, tiada salahnya kalau wanita itu mendapat tempat yang lebih dari si lelaki, tapi wanita itu harus sedar akan batasnya sebagai muslimah, jikalau kerjaya lebih tinggi dari suami, adalah perlu untuk kaum wanita itu memahami dan menghormati lelaki yang bergelar seorang suami kepadanya, kerana itu adalah wajib. Pokoknya, kerjaya itu tidak salah selagi batas-batas yang melibatkan semua aspek di jaga dengan baik," nah! mungkin itu pula kata-kata seorang kaunselor (yang sebenarnya daripada ana sendiri..haha)
"Tapi 'Ustaz', perempuan ni tak boleh kasi muka, kalau kerja tinggi sikit, mula la nak malu, lepas tu cari lelaki lain, yang lebih tinggi dari suami sendiri, curang!!!!" nampaknya ada lagi yang tak puas hati.
Astagfirullah, benar, memang ana tidak menyangkal pernyataan di atas, rata-rata kajian yang dilakukan pakar, menunjukkan wanita berkejaya lebih suka mencari pasangan yang setaraf dengannya, lebih-lebih lagi dari aspek kerjaya, siapa yang mahu bersuamikan seorang pemandu lori atau tukang sapu sampah Alam Flora sedangkan empunya diri menjawat jawatan sebagai perunding perkhidmatan, eksekutif dan sebagainya di syarikat ternama serta kehidupan ditabur dengan kemewahan? Tidak semua wanita berfikiran sebegitu, benar. Namun tidak dinafikan mereka tidak mempunyai keinginan untuk mencari yang terbaik. tidak begitu?
wanita kerap menyalahkan lelaki yang menyebabkan tekanan dan keretakan rumah tangga
 
Persoalannya sekarang, siapa yang perlu dipersalahkan?
"itulah abang, dulu taknak belajar betul-betul, saya malu dengan jiran-jiran kita tau, kawan-kawan saya apa lagi..," kesian, si suami hilang kata-kata. Hm..masa asyik bercinta dulu, tak terfikir pula nak malu-malu, yang nampak semuanya sempurna, I love you, You love me,  24jam terlekat dekat telefon, masa tu tak terfikir tentang kerjaya dan masa depan? Ana tertarik untuk mengulas kata-kata sahabat ana tatakala berbincang tentang perbezaan lelaki dan wanita. Katanya, hadis ada menjelaskan bahawa lelaki itu ada 9 bahagian akalnya, dan 1 bahagian emosi, manakala wanita itu 9 bahagian emosi dan 1 bahagian akal, kesimpulannya, lelaki itu lebih cerdik dari perempuan. Benarkah begitu?? Jikalau di selak lapisan perkembangan dunia sekarang, siapa yang paling banyak mendominasi tempat di Universiti dan siapa pula yang mendominasi jalan ke kancah kehinaan seperti dadah dan sebagainya? Jawapannya mudah bukan, lebih 70 peratus wanita mendominasi tempat di Universiti dan Institusi pengajian yang lain berbanding lelaki. Adakah lelaki sudah kehilangan akal satu persatu dan diisi dengan bahagian jahil?

Jawapan ana, Tidak dan Ya. Tidak buat kehilangan bahagian akal, dan Ya bagi penambahan bahagian jahil. Rata-rata kaum lelaki di Malaysia contohnya, bukanlah kehilangan akal yang berharga. Tanyalah mat-mat rempit atau mat penagih di seluruh Malaysia ini tentang solat dan agama, apa agaknya katanya?
"gua tau je sembahyang, tapi lama da tak buat sebab gua sakit badan beb.."
"Lu ingat gua lepak-lepak, naik moto laju-laju tak sembahyang ke? balik rumah gua sembahyang la. kan boleh qada',"
"saya tak ingat la nak sembahyang bang, belajar dulu pun kat sekolah je, mak ayah tak pernah ajar plak, diorang selambe je...so, saya selambe la, lagipun dah tua nanti, taubatlah, takkan Allah tak ampun kot,"

Wah, mudah betul alasan yang diberi, baguslah, sekurangnya dengan jawapan yang diberi menunjukkan mereka masih lagi mempunyai akal yang secukupnya untuk mencari 'excuse' yang tidak munasabah. Kreatif la katakan. Namun benarlah apa yang dikatakan bahawa mereka sekarang sedang berusaha menambah kejahilan tanpa disedari. Simpati diucapkan kerana berjaya terpedaya dengan bisikan syaitan dan lupa akan ajaran Allah S.W.T. Ibubapa seharusnya memainkan peranan dan tanggungjawab sebaiknya kerna itu tanggungjawab mereka. Mungkin itu jalan penyelesaian yang terbaik, tapi ana fikir tidak. Malas untuk menghurai lebih lanjut kerana bimbang lari tajuk pula nanti.

Disini, kita dapat menyimpulkan bahawa lelaki sekarang lebih cenderung kepada aktiviti outdoor yang tidak melibatkan pelajaran dan hasilnya agak memudaratkan pada masa depan mereka sendiri. Lelaki seharusnya sedar akan masalah ini dan berusaha untuk memperbaiki diri sendiri walaupun hayat sudah dimamah usia. Usah malu untuk belajar jikaa sedar diri itu rendah status pelajaran dari isteri. apa yang nak dimalukan, bahagian malu lelaki kan hanya satu.

Buat si isteri atau lebih umumnya para wanita, tahniah kerana berjaya memperoleh hak yang saksama dengan pihak lelaki. Namun, jagalah batasan, jangan terlalu bangga diri, ada hikmahnya mengapa agama melarang wanita berkejaya pada suatu masa dahulu. Kamu adalah kaum yang diciptakan dari tulang rusuk Adam. Lemah dan tidak berdaya dari sesetengah aspek. Mustahil kamu dapat mempertahankan kelemahan itu melainkan hanya dengan izin Allah S.W.T, jika kamu sudah berkeluarga, hormatilah suamimu, hargailah mereka seprtimana mereka menghargaimu, usah mencari yang haram di dunia luar sana, jagalah batasanmu sebagai muslimah yang bergelar isteri. Nescaya, kerjayamu itu akan menjadi satu kerjaya yang diredhai oleh Tuhanmu Yang Esa, malah mendapat kepercayaan dari si suami. Jangan khianati kepercayaan itu.

Akhir kata, maaf andai ada yang terasa, ana hanya sekdar berkongsi pendapat. jika ada kesilapan sebesar zara sekalipun, tegurlah, sesungguhnya diri ini masih mentah dan berusaha untuk menjelajah keluasan ilmu Allah S.W.T kepada hambanya. Salam penutup bicara...

6.54 petang