Salam pembuka bicara. melihatkan kepada tajuk entri yang diberi, mungkin sedikit bebeza dengan coretan-coretan ana sebelum ini. Entahlah, idea yang sebenarnya detik kerinduan hadir begitu saja.
Dua hari yang lepas, ana dikejutkan dengan hasrat ummi yang ingin pulang ke kampung. Rindu kepada nenek katanya. Ana sedikit terkejut, dalam waktu kesibukan orang bekerja dan anak-anak bersekolah, masih lagi sempat difikirkan sedikit ketenangan di kampung halaman. Ayah masih terikat dengan tugasan sebagai Imam di Masjid, akhowat yang lain semua sibuk bekerja.
teratak Jaddiy
"mak nak balik dengan Pak Ngah, rabu ni," ana termengkelan, bila pula Pak Ngah datang ke kuantan, sedangkan kediaman rasmi berada di kampung halaman. Dengan sedikit peneranag, fahamlah ana bahawa Pak Ngah datang menziarah di Kuantan, dan ummi berhasrat untuk pulang bersamanya menjenguk nenek di kamupung. Selesai menghantar Ummi dan Pak Ngah di Terminal Makmur, Kuantan, memori lama kembali menyinar tatkala teringat betapa indahnya kedamaian kampung. Bauan segar padi tatkala fajar menyinsing, keindahan Gunung Jerai yang samar dari kejauhan, rona kehijauan yang menyambar penglihatan, segalanya bermain di fikiran, bilakah agaknya dapat lagi aku merasai keindahannya?
kehijauan padi menggamit memori
Jika dihitung masa sekalipun, rasanya baru sahaja tahun lepas kaki ini menginjak di tanah Kedah itu, namun entah mengapa, tiba-tiba terasa syahdunya mendengar suara nenek tatkala ketawa mendengar celoteh cucunya, sebak tatkala teringat lambaian kecewa nenek pabila kami sekeluarga berangkat pulang.
mesra Ukhti bersama Zauj' tercinta
sedikit menyakitkan mata bersama sampah di tepi. namun masih dikira indah barangkali =)
Seketika kemudian ana ketawa sendirian sambil beristighfar, 'Ya Tuhan, aku begitu merindui kampung halaman sehingga seolah-olah menjangkaui rinduku padaMu dan RasulMu, ampunkan aku Tuhanku..'
ana bermonolog sendirian. Insya Allah, jika diizinkan, sempatlah ana menjenguk kembali halaman kampung tercinta. Selagi belum badan dikandung tanah, selagi belum sampai seruan siratholmustaqim sampai jua langkah ini disana. Biarlah hanya memori dan igauan lama menjadi nostalgi di hati, menenagkan jiwa, setakat ini.
Selasa, 2 Mac 2010, cepat benar masa berlalu, ana meluangkan masa membaca akhbar-akhbar yang dibeli sejak 2 hari lalu, menghabiskan masa di Kampung Merchong, Kuala Rompin bersama keluarga membuatkan ana terlupa akan medium massa yang menjadi nadi kepada masyarakat kini. Sebaik membaca sisipan Pancaindera dari akhbar Utusan, ana tertarik dengan slot kartun yang dipaparkan oleh saudara Dee dan Piza masing-masing dalam ruangan Hello Bos dan Warga Kota. Saudara Dee dan Piza bijak berkongsi pendapat dengan para pembaca tentang kerjaya wanita menerusi hasil seni mereka. Mungkin itulah sumber inspirasi yang membuatkan ana tertarik untuk menulis tatkala menunggu waktu Maghrib menjelma.
Wanita dan Kerjaya.Topik yang dipilih untuk mengisi ruangan berhabuk blog ana kali ini. Baru sahaja menulis tak sampai satu perenggan, ana ditegur oleh Ukhti, "macam dah takde topik lain, sekarang ni orang perempuan sekarang memang macam tu, tulis blog tu mesti nak kutuk orang perempuan punya," katanya berseloroh.
Ana tersenyum, belum habis menulis, dah kena kritik..tak apa lah, kata-kata yang dilemparkan hanya canda semata-mata. Bukan niat untuk mengutuk, hanya ingin berkongsi pendapat mengenai satu fenomena yang semakin menjadi kebiasaan dikalangan masyarakat dunia kini.
Benar, wanita kini lebih tegar menjawat jawatan-jawatan yang besar, lebih daripada kaum lelaki. Adakah ini satu kelebihan buat wanita atau satu kehinaan buat lelaki? Bagi ana, tidak salah malah tiada cacat celanya fenomena yang popular ini untuk dikritik atau dikutuk sedahsyat yang mungkin. "Perempuan kerjanya duduk dirumah saja, masak nasik, tunggu laki balik,"mungkin itu yang di katakan oleh Pak Mat, seorang petani. "Wanita berhak bersuara dan berhak untuk dapat kelebihan macam orang lelaki, dunia perlu adil dan saksama," mungkin itu pula luahan Aminah, seorang usahawan yang berjaya. "Bagi ana, tiada salahnya kalau wanita itu mendapat tempat yang lebih dari si lelaki, tapi wanita itu harus sedar akan batasnya sebagai muslimah, jikalau kerjaya lebih tinggi dari suami, adalah perlu untuk kaum wanita itu memahami dan menghormati lelaki yang bergelar seorang suami kepadanya, kerana itu adalah wajib. Pokoknya, kerjaya itu tidak salah selagi batas-batas yang melibatkan semua aspek di jaga dengan baik," nah! mungkin itu pula kata-kata seorang kaunselor (yang sebenarnya daripada ana sendiri..haha) "Tapi 'Ustaz', perempuan ni tak boleh kasi muka, kalau kerja tinggi sikit, mula la nak malu, lepas tu cari lelaki lain, yang lebih tinggi dari suami sendiri, curang!!!!"nampaknya ada lagi yang tak puas hati.
Astagfirullah, benar, memang ana tidak menyangkal pernyataan di atas, rata-rata kajian yang dilakukan pakar, menunjukkan wanita berkejaya lebih suka mencari pasangan yang setaraf dengannya, lebih-lebih lagi dari aspek kerjaya, siapa yang mahu bersuamikan seorang pemandu lori atau tukang sapu sampah Alam Flora sedangkan empunya diri menjawat jawatan sebagai perunding perkhidmatan, eksekutif dan sebagainya di syarikat ternama serta kehidupan ditabur dengan kemewahan? Tidak semua wanita berfikiran sebegitu, benar. Namun tidak dinafikan mereka tidak mempunyai keinginan untuk mencari yang terbaik. tidak begitu?
wanita kerap menyalahkan lelaki yang menyebabkan tekanan dan keretakan rumah tangga
Persoalannya sekarang, siapa yang perlu dipersalahkan? "itulah abang, dulu taknak belajar betul-betul, saya malu dengan jiran-jiran kita tau, kawan-kawan saya apa lagi..,"kesian, si suami hilang kata-kata. Hm..masa asyik bercinta dulu, tak terfikir pula nak malu-malu, yang nampak semuanya sempurna, I love you, You love me, 24jam terlekat dekat telefon, masa tu tak terfikir tentang kerjaya dan masa depan? Ana tertarik untuk mengulas kata-kata sahabat ana tatakala berbincang tentang perbezaan lelaki dan wanita. Katanya, hadis ada menjelaskan bahawa lelaki itu ada 9 bahagian akalnya, dan 1 bahagian emosi, manakala wanita itu 9 bahagian emosi dan 1 bahagian akal, kesimpulannya, lelaki itu lebih cerdik dari perempuan. Benarkah begitu?? Jikalau di selak lapisan perkembangan dunia sekarang, siapa yang paling banyak mendominasi tempat di Universiti dan siapa pula yang mendominasi jalan ke kancah kehinaan seperti dadah dan sebagainya? Jawapannya mudah bukan, lebih 70 peratus wanita mendominasi tempat di Universiti dan Institusi pengajian yang lain berbanding lelaki. Adakah lelaki sudah kehilangan akal satu persatu dan diisi dengan bahagian jahil?
Jawapan ana, Tidak dan Ya. Tidak buat kehilangan bahagian akal, dan Ya bagi penambahan bahagian jahil. Rata-rata kaum lelaki di Malaysia contohnya, bukanlah kehilangan akal yang berharga. Tanyalah mat-mat rempit atau mat penagih di seluruh Malaysia ini tentang solat dan agama, apa agaknya katanya? "gua tau je sembahyang, tapi lama da tak buat sebab gua sakit badan beb.." "Lu ingat gua lepak-lepak, naik moto laju-laju tak sembahyang ke? balik rumah gua sembahyang la. kan boleh qada'," "saya tak ingat la nak sembahyang bang, belajar dulu pun kat sekolah je, mak ayah tak pernah ajar plak, diorang selambe je...so, saya selambe la, lagipun dah tua nanti, taubatlah, takkan Allah tak ampun kot,"
Wah, mudah betul alasan yang diberi, baguslah, sekurangnya dengan jawapan yang diberi menunjukkan mereka masih lagi mempunyai akal yang secukupnya untuk mencari 'excuse' yang tidak munasabah. Kreatif la katakan. Namun benarlah apa yang dikatakan bahawa mereka sekarang sedang berusaha menambah kejahilan tanpa disedari. Simpati diucapkan kerana berjaya terpedaya dengan bisikan syaitan dan lupa akan ajaran Allah S.W.T. Ibubapa seharusnya memainkan peranan dan tanggungjawab sebaiknya kerna itu tanggungjawab mereka. Mungkin itu jalan penyelesaian yang terbaik, tapi ana fikir tidak. Malas untuk menghurai lebih lanjut kerana bimbang lari tajuk pula nanti.
Disini, kita dapat menyimpulkan bahawa lelaki sekarang lebih cenderung kepada aktiviti outdoor yang tidak melibatkan pelajaran dan hasilnya agak memudaratkan pada masa depan mereka sendiri. Lelaki seharusnya sedar akan masalah ini dan berusaha untuk memperbaiki diri sendiri walaupun hayat sudah dimamah usia. Usah malu untuk belajar jikaa sedar diri itu rendah status pelajaran dari isteri. apa yang nak dimalukan, bahagian malu lelaki kan hanya satu.
Buat si isteri atau lebih umumnya para wanita, tahniah kerana berjaya memperoleh hak yang saksama dengan pihak lelaki. Namun, jagalah batasan, jangan terlalu bangga diri, ada hikmahnya mengapa agama melarang wanita berkejaya pada suatu masa dahulu. Kamu adalah kaum yang diciptakan dari tulang rusuk Adam. Lemah dan tidak berdaya dari sesetengah aspek. Mustahil kamu dapat mempertahankan kelemahan itu melainkan hanya dengan izin Allah S.W.T, jika kamu sudah berkeluarga, hormatilah suamimu, hargailah mereka seprtimana mereka menghargaimu, usah mencari yang haram di dunia luar sana, jagalah batasanmu sebagai muslimah yang bergelar isteri. Nescaya, kerjayamu itu akan menjadi satu kerjaya yang diredhai oleh Tuhanmu Yang Esa, malah mendapat kepercayaan dari si suami. Jangan khianati kepercayaan itu.
Akhir kata, maaf andai ada yang terasa, ana hanya sekdar berkongsi pendapat. jika ada kesilapan sebesar zara sekalipun, tegurlah, sesungguhnya diri ini masih mentah dan berusaha untuk menjelajah keluasan ilmu Allah S.W.T kepada hambanya. Salam penutup bicara...
SALAHUDDIN al-Ayubi dilahirkan pada 532 Hijrah bersamaan 1138 Masihi di Kota Tarkit iaitu bahagian Tebing Barat Sungai Tigris, terletak di antara Mosul dan Baghdad. Beliau adalah anak gabenor.
Ayahnya, Najmuddin Ayub bin Shadhi adalah anak saudara kepada Sultan Nurudin Zenggi, berketurunan Kurdistan yang berasal dari Azerbaijan. Selain sebagai panglima perang, beliau adalah pendakwah, mujahid dan tokoh pemimpin Islam yang bukan daripada kalangan bangsa Arab.
Ketika hayatnya, beliau lebih banyak berada di khemah perang daripada duduk di istana bersama keluarga. Siapa saja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya. Apabila hendak memulakan jihad melawan tentera salib, beliau akan menumpukan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tentera.
Di medan perang, beliau bagaikan seorang ibu garang kehilangan anak tunggal. Beliau bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah.
Beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinangan mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.
tugu peringatan Salahuddin Al-Ayyubi di Damsyik
Ketika berusia 17 tahun, Salahuddin al-Ayubi mula berkhidmat dengan Nur al-Din di Damsyik. Beliau adalah panglima tentera, pemimpin dan pentadbir negara yang sangat berbakat dan sangat popular ketika zaman perang salib. Beliau membabitkan diri dalam peperangan salib di kawasan Mesir, Palestin dan Syria.
Beliau mula terkenal pada 559 Hijrah (1164 Masihi) apabila menyertai ekspedisi bersama-sama Shirkuh yang dihantar oleh Nur al-Din bagi menentang tentera Salib di Mesir. Beliau berjaya mengusir Amaury dari Mesir pada 1 Rabiulakhir 564 Hijrah (Januari 1969 Masihi). Selepas Shirkuh meninggal dunia, tempatnya diganti oleh Salahuddin al-Ayubi. Pada masa sama, Nur al-Din melantik beliau sebagai panglima angkatan tentera Syria.
Bagi memperkukuhkan tentera Islam, Salahuddin meminta negara Islam diurus di bawah satu pemerintahan. Walaupun cadangannya tidak dipersetujui sesetengah pihak termasuk pemimpin Syria, cita-cita Salahuddin itu termakbul.
Dalam bulan Zulkaedah 570 Hijrah (Mei 1175 Masihi), khalifah Abbasiyyah mengisytiharkan Salahuddin al-Ayubi sebagai Sultan Mesir dan menggelarkan dirinya sebagai Sultan al-Islam wa al-Muslimin. Pada tahun itu juga beliau membina kota pertahanan di Kaherah.
Pada tahun 583 Hijrah (1187 Masihi) berlaku Perang Salib kedua, yang juga dikenali sebagai Perang Hittin. Peperangan ini dipimpin sendiri oleh Salahuddin al-Ayubi hingga membuka jalan mudah untuk menawan kembali Baitulmaqdis.
Pada tahun 588 Hijrah (1192 Masihi) berlaku Perang Salib ketiga, hasil dendam dan kekecewaan golongan pembesar Kristian. Mereka berusaha merampas semula Baitulmaqdis daripada orang Islam. Walaupun perang Salib yang ketiga itu menggabungkan seluruh kekuatan negara Kristian, mereka tidak mampu menggugat kekuatan tentera Salahuddin al-Ayubi.
istana Kerak, salah satu istana pihak musuh sewaktu perang salib di Jordan
Pihak Kristian mengalami kekalahan dan ramai tentera terbunuh dan tertawan. Baitulmaqdis yang dikuasai orang Kristian selama 88 tahun, dapat ditakluki semula oleh Salahuddin al-Ayubi.
Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin ketika peperangan sangat jauh berbeza daripada kekejaman tentera Kristian. Ahli sejarah Kristian pun mengakui mengenai hal itu.
Lane-Poole (penulis Barat) mengesahkan, kebaikan hati Salahuddin mencegahnya daripada membalas dendam. Beliau menulis bahawa Salahuddin menunjukkan ketinggian akhlaknya ketika orang Kristian menyerah kalah. Tenteranya sangat bertanggungjawab, menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan sehingga tidak ada kedengaran orang Kristian dianiaya.
Selanjutnya Lane-Poole menuliskan mengenai tindak-tanduk tentera Kristian ketika menawan Baitulmaqdis kali pertama pada 1099. Tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem, jalan itu dipenuhi mayat, orang Islam yang tidak bersenjata diseksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah ibadat.
Darah membasahi bumi yang mengalir daripada pembunuhan orang Islam secara beramai-ramai. Ia juga mencemarkan kesucian gereja yang sebelumnya mengajar sifat berkasih sayang. Orang Kristian sangat bertuah apabila mereka dilayan dengan baik oleh Salahuddin.
Beliau meninggal dunia pada 27 Safar 589 Hijrah (1193 Masihi) pada usia 55 tahun di Damsyik, Syria slepas memerintah selama 25 tahun. Beliau sakit selama 14 hari sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Istana Salahuddin Al-Ayyubi di Kaherah, Mesir
makam Salahuddin Al-Ayuubi
Beliau meninggal dunia tanpa meninggalkan sebarang harta untuk diwariskan. Beliau dikatakan hanya memiliki 47 dirham wang perak dan 1 dinar wang emas. Urusan penyelenggaraan jenazah ditanggung oleh keluarga beliau, manakala kain kafannya diberikan oleh menteri.
Tabarruj yakni bila “seorang wanita menampakkan perhiasannya dan kecantikannya serta terlihat bahagian-bahagian yang seharusnya wajib ditutupi, dimana bahagian-bahagian itu akan memancing syahwat lelaki.” [ Fathul Bayan 7 / 274 ]
Allah Azza wajalla tentang permasalahan ini bersabda dalam Surah Al-Ahzab:
Dan hendaklah kamu berada di rumahmu dan janganlah kalian bertabarruj seperti bertabarruj-nya wanita jahiliyyah dahulu, dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul- Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai ahlul-bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya. [QS Al-Ahzab : 33 ]
————————————————————————
Imam Adz~Dzahabi berkata dalam “Al~Kaba`ir” yakni “Di antara perbuatan yang menyebabkan para wanita mendapat laknat adalah menampakkan perhiasan emas dan permata yang ada di balik pakaiannya, memakai anbar (nama sejenis minyak wangi) dan wangian jika keluar dari rumah, memakai pakaian-pakaian yang jarang, sarung-sarung sutera dan penutup kepala yang pendek. Semua itu termasuk tabarruj yang Allah murkai. Allah murka kepada pelakunya di dunia dan akhirat. Kerana perbuatan-perbuatan ini yang banyak dilakukan wanita, Rasulullah S.A.W bersabda:
“……. Aku memandang ke neraka, maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah wanita.”
Hadits ini diriwayatkan oleh :
1. – Bukhari dalam kitab Bad’ul Khalq bab Maa Ja’a fi Shifatil Jannah (kitab 59 bab 8).
2. – Tirmidzi dalam kitab Shifatil Jahannam bab Maa Ja’a Anna Aktsara Ahli Nar An Nisa’ (kitab 40 bab 11 hadits ke-2602), dishahihkan Al Albani dalam Shahih Sunan Tirmidzi 2098 dari Ibnu Abbas.
3. – Ahmad 2/297 dari Abu Hurairah. Dan hadits ini dishahihkan Al Albani dalam Shahihul Jami’ 1030.
Dari Imran bin Hushain berkata : “Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda :
“Sesungguhnya penghuni Surga yang paling sedikit adalah para wanita….’ “
(HR. Muslim 95, 2738. An Nasa’i 385)
Saya (Syaikh Al~Albani, pent.) berkata: “Islam telah bersikap keras dalam memperingatkan ummatnya dari perbuatan tabarruj ini hingga menyandingkannya dengan kesyirikan, zina, mencuri dan perbuatan haram lainnya. Itu terjadi ketika Nabi Shalallohu`alaihi wasallam membai`at para wanita agar mereka tidak melakukan hal-hal itu. Abdullah bin `Amr radhiyallahu`anhu berkata: Umaimah binti Ruqaiqah datang kepada Rasulullah Shalallohu`alaihi wasallam untuk berbai`at kepada beliau, maka beliau berkata:
“Saya akan membai’atmu untuk engkau tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apa pun, jangan engkau mencuri, berzina, membunuh anakmu, melakukan kebohongan yang engkau buat antara hadapanmu dan antara dua kakimu, jangan meratap dan jangan bertabarrujnya jahiliyyah dahulu.”
Ketahuilah, bukan termasuk perkara terlarang sedikitpun jika pakaian wanita yang dia pakai berwarna putih atau hitam, sebagaimana yang dianggap oleh sebagian wanita yang komited terhadap Sunnah.
Itu dengan alasan :
® Pertama : Sabda Rasulullah S.A.W yang berbunyi: “ Wangian bagi wanita adalah yang jelas warnanya dan lembut harumnya … “
® Kedua : Pengalaman para wanita sahabat, dengan kisah sebagai berikut :
1 : Dari Ibrohim An Nakha’i bahwa dia masuk bersama Alqamah serta Al Aswad kepada isteri – isteri Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka dia melihat mereka menyelimuti diri mereka dengan pakaian berwarna merah.
2 : Dari Ibnu Abi Mulaikah, ia berkata; Aku melihat Ummu Salamah mengenakan jilbab dan berselimut dengan pakaian yang dicelup ddengan warna mu`ashfar (campuran antara kuning dan merah).
3 : Dari Al qosim, yaitu Ibnu Muhammad bin Abi Bakr Ash Shiddiq dia berkata bahwa ‘Aisyah memakai pakaian yang dicelup dengan mu’ashfar, padahal dia waktu itu sedang ihram.”
( Jilbab Al Mar’ah Al Muslimah 120-123 dengan sedikit ringkasan).
pejam celik, rasanya sudah hampir sebulan tidak menjengah blog, dan hampir 2 bulan atau mungkin lebih lama blog ini dibiarkan usang dan suram tanpa secebis info dan coretan bermakna. sibuk dengan 'study' barangkali...
Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi, sehingga hari ini, ana masih lagi dapat menjengah seketika mencari cebisan-cebisan dakwah untuk dikongsi, maklumat untku dikupasi, tatkala ramai lagi saudara seislam di dunia masih tercari-cari makna kehidupan, walaupun sebak mengenang, namun terbit rasa kesyukuran dari nurani, keran masih diberi kesempatan mencari hidayah Yang Esa, untuk diambil sebaik mungkin sebagai bekalan ke akhirat kelak.
" Kau rasa aku ni romantis tak?? "
" Ntah, nape tanya macam tu?", jawab ana bersahaja, persoalan sahabat ana itu membuat diri ini tertanya tanya, buang tebiat ke?
"takde la, aku tengok sekarang ni, banyak betul kes-kes perempuan lari ikut warga asing, katanya lelaki melayu ni dah sampai yang terakhir, tak romantis langsung, risau jugak la aku takut-taku makwe aku lari nanti kalau aku tak romantis...", jawabnya berseloroh, ana turut ketawa, namun dalam ketawa hati ana terfikir, ada benarnya juga.
Kerap kali di dada-dada akhbar, kes kehilangan gadis belasan tahun yang dianggap misteri, berakhir dengan terbongkarnya kisah cinta antara si perempuan dengan sang lelaki asing yang pandai 'mengayat' katanya. tak romantis sangat ke lelaki melayu ni? hati ini tertanya-tanya. Akhirnya ana membuat konklusi dengan satu persoalan. apa sebenarnya pengertian romantis buat Si Wanita???
Benar, lelaki sering menyalahkan diri kerana tidak begitu romantis dan tidak pandai mengambil hati wanita, puas dinilai cara yang paling berkesan dan mencuba nasi, memberi bunga, makan malam dengan bercahayakan lilin dan macam-macam lagi, akhirnya, wanita yang dicintai, lari dengan lelaki Bangla juga..hm, pening mereka memikirkan..
Ana sebagai lelaki mungkin tak dapat nak menerangkan bagaimana sebenarnya hati wanita, bagaimana sensitif dan lembutnya hati mereka dalam menilai sesuatu perkara, walhal perkara yang kecil sekalipun, mungkin, dengan pengalaman dibesarkan bersama orang kakak yang bersifat terbuka dengan adik nya, dapat ana rungkaikan sedikit persoalan yang bermain di hati para jejaka melayu ini.
Romantis bagi wanita mungkin bukan segalanya tertarik dengan apa yang dizahirkan oleh pasangannya dengan cara fizikal seperti memberi hadiah dan sebagainya. namun pendekatan dari segi rohaniah..
"Kenapa kau tak suka dengan si Mamat tu? dia kan kaya, selalu je bagi hadiah kat kau, romantik pulak tu," tanya Milah,
"Kalau setakat romantik, tapi dia tak memahami aku, macam mana nak buat laki? takkan nak suruh aku kasin and then cerai??" sindiran Aminha membuatkan Milah terdiam..
'understanding'..hanya ini sahajakah yang diperlukan wanita? mungkin tidak, tetapi persefahaman antara pasangan adalah amat diperlukan dalam sesuatu hubungan yang mencari keredhaan Allah S.W.T.
Ingat lagikah anda pada syaitan Dassim?? Syaitan Dassim berada di dalam rumah. Jika seseorang tidak mengucapkan salam sewaktu memasuki rumahnya dan tidak pernah menyebut nama Allah di dalamnya, maka syaitan tersebut akan menimbulkan perselisihan sehingga akan terjadi thalaq, khulu', dan pemukulan. Singkatnya, syaitan ini selalu ingin menciptakan ketidakharmonian dalam rumah tangga. Syaitan pembubar rumah tangga ini cukup suka dengan pergaduhan diantara suami dan isteri, dan mengapa perbalahan itu dapat berlaku? Jawapannya sudah jelas bukan.
romantis bukan sekadar dari segi luaran...
Suka ana untuk mengingatkan kembali pada mereka yang pernah meluangkan masa mebaca Aku Terima Nikahnya 2 - Bercinta hingga ke syurga tulisan Ustaz Hasrizal, penulis blog saifulislam.com. Dlama buku tersebut ada dijelaskan bagaimana ketika Saiditina Aisyah mengambil perhatian suaminya, junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, dengan kisah tentang 11 orang isteri yang menceritakan tentang suami-suami mereka. Jika difikirkan dengan logik, suami manalah yang dapat menahan daripada cerita-cerita remeh si isteri yang tiada faedahnya sedangkan masih banyak lagi perkara yang perlu dibereskan. Namun Rasulullah dengan sabarnya meluangkan masa dan sempat lagi meluahkan kata-kata romantis tatkala cerita itu berakhir. Pokoknya disini, 'understanding' itu juga perlu untuk si suami memahami dengan tingkah laku isterinya yang ingin mengambil perhatiannya tatakala diri itu dirasakan tersisih. Suami pula perlu faham dan sabar dengan karenah isterinya, bukankah itu wanita yang kamu dengan sabar menagih cinta bertahun-tahun sebelum mengikat tali pernikahn? Dimana sabarmu itu menghilang?
Benar, ana masih lagi belum berkeluarga, malah masih mentah dalam hal-hal yang berkaitan dengan perhubungan. Apa yang ana tulis untuk entri ini, hanyalah sebagai luahan dan perkongsian tentang betapa umat islam sekarang semakin hanyut dengan rona kehidupan duniawi sehingga sukar untuk menyelesaikan apa yang mudah. Bukan juga menggalakkan para remaja khusunya untuk bercinta dengan romantis, tetapi hanya sedikit bekalan yang mungkin dapat disimpan dan digunakan tatkala melafazkan akad nanti.
'Abang, langsir ni abang rasa ok tak?' tanya si isteri sekadar untuk bermanja
'Kalau awak rasa dah tak suka, nanti abang tukar la yang baru,' jawab si suami sambil membaca akhbar
kecewa dengan jawapan tersebut, dia berusaha mengambil suaminya lagi
'Kenapa abang beli kereta Ferrari tu untuk saya? abang minat kereta-kereta sport ye?'
'Kalau awak dah tak suka, nanti abang tukar la yang baru,'
'Abang ni kenape? saya tanya elok-elok ni, abang dah tak sayang saya ke?'
'Kalau awak rasa dah tak suka, nanti abang tukar la yang baru,'
Dia dilahirkan diMacedonia. Kepadanya dikurniakan Allah otak yang pintar, fikiran yang panjang dan berbagai-bagai ilmu pengetahuan: Ilmu perang, ilmu politik dan ilmu teknik dan kimia.
Dari semenjak dia masih kecil, hatinya sudah tidak enak melihat perang yang selalu timbul antara Timur (Kerajaan Persia) dengan Barat (Kerajaan Rum). Perang yang tidak henti-hentinya dan tahun ke tahun, malah dari abad ke abad, yang telah menewaskan ribuan manusia dan merosakkan bumi, menghancurkan banyak harta benda. Untuk menghindarkan perang antara Timur dengan Barat yang sudah bertradisi ini, dia ingin mendirikan sebuah kerajaan besar yang meliputi Timur dan Barat.
Padanya terdapat segala syarat untuk menyampaikan. maksud dan tujuan hidupnya yang maha besar itu. Selain dia seorang yang baik, berakhlak yang tinggi, berilmu pengetahuan tentang ketenteraan, tentang pemerintahan dan teknik, akan dapat membawa dia sampai dipantai cita-citanya.
Mula-mula sekali dengan tenteranya yang lengkap kuat, dia menuju ke Barat (Maghribi atau Moroko), tempat terbenamnya matahari. Disitu dilihatnya matahari itu terbenam dimatair yang bertambah hitam, iaitu Lautan Atlantik sekarang ini.
Disitu didapatinya satu bangsa yang terlalu engkar dan kafir, hebat sekali kerosakan dan kejahatan yang ditimbulkan bangsa itu. Bukan saja merosakkan permukaan bumi dan mengacaukannya, tetapi juga sudah menjadi tabiat mereka suka membunuh orang-orang yang tidak bersalah sekalipun.
Sebelum melakukan tindakan, terlebih dahulu Iskandar Zulkarnain menadahkan tangannya ke langit, memohon petunjuk kepada Allah, tindakan apa sebaiknya yang harus dilakukan terhadap bangsa yang begitu kejam. Apakah bangsa itu akan digempurnya habis-habisan atau akan dibiarkan begitu saja?
Tuhan menyuruh Iskandar Zulkarnain membuat pilihan salah satu diantara dua tindakan: Digempur habis-habisan sebagai balasan atas kekejaman mereka selama ini atau diajar dan dididik dengan propaganda, agar mereka kembali kepada kebenaran dan meninggalkan segala kejahatan.
Akhirnya Iskandar Zulkarnain memutuskan akan menggempur mereka yang derhaka dan jahat sehebat-hebatnya dan membiarkan serta melindungi orang-orang yang baik diantara mereka. Pada bangsa itu, Iskandar Zulkarnain lalu mengucapkan kata-katanya yang ningkas: Siapa yang aniaya, akan kami seksa dan dikembalikan kepada Tuhan agar Tuhan memberi seksa yang lebih hebat lagi. Adapun orang-orang yang saleh dan baik, akan kami lindungi serta diberi ganjaran-ganjaran dan kepadanya kami hanya akan perintahkan kewajipan-kewajipan yang ringan saja.
Tenteranya segera bergerak, menewaskan setiap orang yang kejam, melindungi setiap orang yang baik. Akhirnya negeri itu dapat diamankan dan ditenteramkan, serta diatur sebaik-baiknya, penuh dengan kehidupan bahagia dan makmur.
Kerana kewajipannya terhadap bangsa dan negeri itu sudah selesai, Iskandar Zulkarnain dengan tenteranya lantas menuju ke arah Timur (India). Dilihatnya matahari terbit atas bangsa yang masih hidup telanjang (Bangsa Hindustan).
Bangsa dan negeri itupun dapat ditaklukkannya, diamankan dan ditenteramkannya, serta diatur sebaik-baiknya sehingga setiap orang dapat merasakan hidup aman dan tenteram, bahagia dan
senang pula. Bangsa itu dapat dikeluarkannya dari lembah kesesatan dan kejahilan.
Selesailah sudah kewajipannya terhadap negeri dan bangsa itu. Ia lalu menuju ke utara, ke negeri Armenia melalui Persia dan Azerbaijan. Dengan kemenangan demi kemenangan yang dicapainya selama dalam perjalanan itu, akhirnya dia sampai ditempat yang ditujui. Didapatinya di situ satu bangsa yang hidup antara dua buah gunung, iaitu Gunung Armani dan Gunung Azerbaijan. Iskandar Zulkarnain tidak mengerti akan bahasa yang dipakai bangsa ini.
Bangsa ini didapatinya hidup selalu dalam ketakutan dan kekhuatiran, kerana negeri mereka berbatasan dengan bangsa Yajuj dan Majuj yang terkenal kejam dan kuatnya. Bukan sekali-dua kali saja tetapi sering sekali bangsa Yajuj dan Majuj itu datang menyerang mereka, menghancurkan apa saja yang didapatinya dan membunuh siapa saja yang dijumpainya.
lokasi tembok yang dikatakan mengurung ya'juj dan ma'juj
Kedatangan Iskandar Zulkarnain ini, mereka sambut dengan segala kehormatan dan kegembiraan, kerana mereka tahu bahawa Iskandar Zulkarnain adalah raja yang terkuat dan raja yang seadil-adilnya dimuka bumi ini.
Kepada Iskandar Zulkarnain dimintanya pertolongan, untuk melindungi diri mereka dari serangan Yajuj dan Majuj. Mereka memohon agar antara negeri mereka dengan negeri Yajuj dan Majuj diadakan dinding raksasa yang tidak dapat ditembusi dan untuk keperluan ini, mereka sanggup membayar upah dan kerugian kepada Iskandar Zulkarnain.
Mendengar permohonan ini, Iskandar Zulkarnain menjawab: Saya tidak mengharapkan upah dari kamu. Nikmat dan pemberian Tuhanku adalah lebih berharga dari upah itu. Hanya kepadamu saya minta kaum pekerja dan alat-alatnya, besi, tembaga, arang batu dan kayu.
Setelah semua itu terkumpul, Iskandar Zulkarnain mulai bekerja dengan pentolongan para pekerja. Mula-mula dinyalakan api dengan kayu dan arang batu, diambilnya besi, lalu dihancurkannya dengan api itu. Kepada hancuran besi itu dituangkannya tembaga, sehingga menjadi satu dengan besi. Dengan bahan campuran inilah didirikannya dinding raksasa antara negeri itu dengan negeri Yajuj dan Majuj, dinding besi raksasa yang tidak dapat ditembus dan dilubangi oleh sesiapa.
Kepada bangsa itu Iskandar Zulkarnain lalu berkata: Dinding ini adalah rahmat dari Tuhan kepadamu, hanya Tuhanlah yang dapat menembus dinding ini, bila dikehendakiNya.
Dengan jalan begitu, maka aman dan tenteramlah negeri itu. Setelah Iskandar Zulkarnain dapat menaklukkan negeri-negeri lainnya ditimur, barat, diutara dan diselatan, maka kerajaannya kini
meliputi: Moroko, Rom, Yunani, Mesir, Persia dan India, sehingga merupakan sebuah kerajaan yang amat luas, yang belum pernah terjadi sebelumnya, dimana penduduknya kini hidup dengan aman
tenteram dan makmur.
Cita-cita Iskandar Zulkarnain telah dapat dicapainya, berkat pertolongan Allah, kerana dia selalu berlindung diri kepadaNya. Tetapi sayang setelah Iskandar Zulkarnain meninggal dunia, kerajaan
yang besar dan bahagia itu menjadi berpecah-belah, kerana perebutan kekuasaan para pengikutnya yang ditinggalkannya.
Iskandar Zulkarnain yang bererti raja Timur dan Barat, telah dapat mempersatukan kerajaan Timur dengan kerajaan Barat, menjadi suatu kerajaan yang adil dan makmur, berkat ilmu dan pengetahuannya, serta berkat dasar ketuhanan yang selalu dipegangnya teguh dalam mendirikan kerajaan besar itu.
Cita-cita Iskandar Zulkarnain yang suci murni dan maha besar itu, untuk sementara telah dilanggar oleh manusia yang berkuasa sesudahnya. Tetapi pada saatnya nanti cita-cita ini akan menjelma
lagi serta menjadi kenyataan, sehingga akan berdiri nanti sebuah negara yang terdiri atas Timur dan Barat, yang adil dan makmur.
Kita sedang menunggu berdirinya negera itu, menunggu-nunggu kedatangan Iskandar Zulkarnain abad keduapuluh.
Sudah menjadi adat yang lazim bagi penduduk Upsus merayakan suatu hariraya, dimana mereka sama-sama menghiasi berhala-berhala dan patung-patung, lalu mereka berdiri disekitar patung-patung itu dengan riang gembira, sambil memuja-muja dan menyembahnya, bahkan memberikan korban-korban yang berharga kepada patung-patung dan berhala-berhala itu. Suatu adat kebiasaan yang tidak dapat dirobah dan dilanggar oleh siapa juga.
Tetapi ditengah-tengah golongan penduduk yang ramai itu, ada seorang pemuda termasuk golongan bangsawan dan mulia, tampaknya tidak begitu gembira ditengah-tengah semua orang yang sedang bergembira itu. Dia termenung seorang diri, jiwanya tampak gelisah.
Ketika semua orang sudah sama-sama menyembah kepada berhala-berhala yang dirayakan sebesar-besarnya itu, pemuda itu tampak keengganannya untuk menundukkan kepalanya. Tampak pula keraguan dan kebingungan hatinya untuk turut menyembah dan bersujud kepada batu-batu berhias itu.
Keraguan dan kebingungannya, segera berubah menjadi ketetapan hati untuk menyanggah apa yang dilihatnya itu. Akal dan fikirannya berontak rupanya, sehingga dia terpaksa keluar dari barisan orang ramai dengan diam-diam dan sembunyi-sembunyi,berjalan meninggalkan tempat perayaan besar itu untuk menjauhkan diri. Akhirnya dia berhenti dibawah sebatang pokok kayu, lalu melepaskan kelelahan fikirannya. Mukanya tampak merah padam, menunjukkan jiwanya yang sedang berontak keras.
Perasaan yang demikian itu rupanya tidak timbul dalam jiwa pemuda itu saja. Tidak lama sesudah dia tertunduk dibawah pokok kayu itu, ia disusul oleh seorang pemuda lain yang sebaya dengannya, sama-sama bangsawan kaumnya. Dia pun kerana jiwanya memberontak, tidak sudi lagi memuja dan memuji-muji batu itu. Dua orang pemuda ini segera disusul oleh seorang pemuda lainnya berturut-turut, sehingga mereka sekarang berjumlah tujuh orang.
Ketujuh pemuda ini segera berkenalan, mereka bercakap-cakap mengemukakan pendirian dan fikiran masing-masing. Ternyata kesemuanya mempunyai pendapat yang sama, fikiran yang bulat, sekalipun pada mulanya mereka tidak kenal-mengenal.
Mereka itu sepakat dan berjanji, tidak akan menyembah dan memuja patung-patung itu lagi, sebagai umumnya bangsa mereka sendiri. Lalu mereka menerawang ke alam yang luas, ke langit yang biru, ke matahari yang sedang bersinar, ke gurun yang luas tidak berpinggir itu.
Mereka berkeyakinan bahawa kesemuanya itu tentu ada yang menjadikan dan menguasai, iaitu Allah s.w.t. "Ya, Allah, inilah yang harus kita sembah," kata mereka.
Mereka bersumpah akan menyembah Allah dan akan memegang teguh agama mereka ini. Jiwa mereka mulai tenang kembali dan mereka sepakat pula akan menyembunyikan apa yang terkandung dalam jiwanya masing-masing itu, terhadap bangsanya yang masih sesat dan fanatik, takut kalau-kalau hal itu diketahui rajanya, yang pasti akan memaksa mereka untuk kembali ke agama yang sesat itu. Hal ini tak dapat mereka pertahankan, kerana mereka tidak ramai dan tidak mungkin kuat untuk melawannya.
Demikianlah beberapa waktu lamanya, mereka hidup diantara bangsanya, ke hulu sama ke hulu, ke mudik sama ke mudik, namun dalam jiwanya bertentangan seratus peratus. Tetapi bila pemuda-pemuda itu sedang seorang diri, masing-masing bersembahyang menyembah Allah s.w.t. berdoa dan bermunajat kepadaNya.
Pada suatu malam, ketujuh pemuda ini berkumpul disuatu tempat. Dalam pertemuan itu, salah seorang diantara mereka lalu berkata dengan berbisik: "Saudara-saudara, kelmarin saya mendengar khabar yang amat mengecewakan kita, bila benar orang yang membawa khabar ini, iaitu ada persiapan untuk merusakkan agama kita, serta membahayakan jiwa kita. Saya dengar, bahawa raja sudah mengetahui akan hal kita ini. Bukan main marahnya setelah dia mengetahui. Raja telah memutuskan akan menghukum kita dengan hukuman yang seberat-beratnya, bila kita tidak kembali dari agama kita ini. Saya khuatir sekali kerana menurut khabar itu juga, bahawa tindakan kejam terhadap kita itu akan dijalankan besok pagi dengan memanggil kita semua. Kalau kita benar-benar hadir dihadapan raja, sudah pasti kita akan mengalami hal-hal yang tidak diinginkan. Marilah kita fikirkan bersama apa yang harus kita jalankan."
Mendengar keterangan ini, lalu berkata pula yang lainnya: "Khabar ini sudah lama pula saya mendengarnya. Mula-mula saya kira hanya khabar bohong saja. Tetapi tanda-tanda semuanya
menunjukkan bahawa khabar itu benar-benar adanya. Nyata sudah, bahawa kita tidak akan dapat meninggalkan agama kita, sekalipun apa juga yang akan terjadi. Matahari timbul setiap pagi dan tenggelam setiap petang, menjadi bukti adanya Tuhan yang kita sembah. Segala yang ada ini menjadi bukti kebenaran yang kita sembah."
Sebelum dapat memutuskan apa-apa yang harus mereka lakukan, tiba-tiba mereka sudah didatangi pengawal diraja. Ketujuh pemuda itu digiring mengadap raja, diceraikan dari keluarganya masing-masing. Raja lalu berkata kepada mereka: "Kamu sudah mencuba menyembunyikan apa yang terkandung dalam hatimu masing-masing. Tetapi apa yang kamu sembunyikan itu sudah ku ketahui semuanya, baik yang lahir, mahupun yang batin. Kamu telah melemparkan agama raja dan agama rakyat, lalu menganut agama baru yang tidak ku ketahui bagaimana cara datangnya kepadamu.
"Aku mahu menghukum kalian dengan hukuman yang seberat-beratnya. Tetapi hukuman ini ku tangguhkan, memandang kehormatan keluarga dan kebangsawananmu sekalian.
"Aku memberi tempoh kepadamu sekalian untuk berfikir: Kamu harus kembali ke agama yang lama, iaitu agama raja dan agama rakyat, atau kamu akan dilihat orang ramai untuk digantung, dipenggal lehermu dan dibunuh mati."
Kepada masing-masing pemuda yang tujuh orang itu, diberikan Allah hati yang tetap, keimanan yang teguh; mereka lalu menjawab: "Ya raja, kami menyembah Tuhan kami ini bukan dengan meniru, tetapi sebagai penyelidikan dan pemikiran kami yang sedalam-dalamnya. Adapun orang ramai yang menyembah patung-patung itu adalah semata-mata dengan meniru saja, tidak dengan menjalankan akal dan fikirannya sedikit juga. Kalau kami kembali menyembah agama mereka, bererti kami menipu diri sendiri dan menipu raja pula. Sebab itu kami akan tetap memegang teguh agama kami ini, terserahlah kepadamu untuk menjalankan tindakan apa saja yang engkau kehendaki."
Raja lalu menjawab: "Janganlah kamu menjawab sekarang. Pulanglah dahulu, besok pagi datang lagi menghadap. Pilihlah salah satu di antara dua hal yang sudah ku kemukakan itu. Terserah kepadamulah untuk menentukannya."
Di saat itu juga mereka lalu bermusyawarah di salah suatu tempat yang agak jauh dari kota. Salah seorang lalu berkata: "Raja memang sudah tetap dengan keputusannya, kita pun sudah tetap pula dengan keputusan kita, iaitu dua putusan yang bertentangan. Kalau kita datang lagi esok, bererti kita menyerahkan jiwa kita untuk dicabut. Sebab itu guna mempertahankan agama kita marilah kita menyembunyikan diri dalam gua yang terletak di gunung itu. Sekalipun gua itu sempit dan gelap keadaannya, tetapi iman dapat melapangkan dada dan menenangi fikiran kita. Sebaliknya kita berada di alam yang lapang dan ditenangi oleh matahari, kita tidak merdeka beragama dan menyembah Tuhan kita. Marilah kita berhijrah ke sana dengan agama dan kepercayaan kita. Apa gunanya kita hidup di sini, dimana kita dipaksa beragama yang tidak sama dengan fikiran kita sendiri !"
Ketika itu juga mereka bersiap menyediakan bekalannya masing-masing, lalu berangkat meninggalkan kampung halaman dan keluarga masing-masing, menuju ke gunung yang jauh letaknya, ke gua sempit di tengah hutan. Mereka pergi tanpa senjata dan pengawal. Untung di tengah jalan mereka disusul oleh seekor anjing kepunyaan salah seorang di antara mereka. Anjing inilah yang menjadi penunjuk jalan menuju ke gua yang terpencil itu.
Setelah mereka memasuki gua itu, anjing itu tetap berdiri, di muka gua, berjaga dengan merentangkan kedua kakinya.
Di tepi gua itu mereka temui buah-buahan, lalu dimakannya dan ada pula sedikit air, lalu diminumnya. Setelah itu mereka duduk melepaskan lelahnya, setelah lama berjalan, mendaki dan menurun. Baru saja mereka sama-sama merebahkan dirinya untuk menenangkan perasaan letihnya, tiba-tiba mereka itu semuanya tertidur senyenyak-nyenyaknya.
Malam berganti siang, siang pun berganti malam, tahun berganti tahun dan abad berganti abad, sedang pemuda-pemuda itu tetap tidur dengan nyenyaknya. Mereka tidak mengetahui samasekali akan penggantian malam dengan siang, penggantian tahun, penggantian musim dan penggantian abad. Hujan dan angin taufan pun tidak mereka ketahui, begitu jua guruh dan petir tidak mereka dengar.
Dengan takdir Allah, jalannya matahari agak membelok sedikit, sehingga tepat di pintu gua tempat mereka bersembunyi itu. Dengan keadaan cahaya matahari yang sangat terik itu, mereka terbangun.
Tiga ratus sembilan tahun lamanya mereka tidur. Di kala terbangun itu keadaan mereka sudah jauh berubah. Mereka merasakan lapar yang bukan kepalang hebatnya, tetapi masing masing tidak mengetahui berapa lamanya mereka tertidur itu.
Salah seorang lalu berkata: "Saya menduga lama benar tidur kita ini. Cuba kamu katakan berapa lamakah gerangan?"
Seorang lagi lalu menjawab: "Berdasarkan letihnya badan dan laparnya perut kita, maka saya kira kita sekalian tertidur sehari lamanya."
Berkata pula orang yang ketiga: "Kita mulai tidur di waktu pagi dan itu matahari masih belum terbenam. Kalau begitu kita tidur hanya setengah hari sahaja."
Berkata pula yang keempat: "Apa gunanya kita bertengkar tentang lamanya tidur. Tuhanlah yang lebih mengetahui berapa lamanya kita tidur. Tetapi kerana saya terlalu lapar, sebab tidak makan dahulu sebelum berangkat, maka siapakah di antara kita ini yang mahu pergi ke kota (pasar) untuk membeli makanan? Inilah wangnya; tetapi harus berhati-hati jangan sampai diketahui orang atau raja, bahawa kita berada dalam gua ini, sebab sudah pasti raja dengan kakitangannya sedang mencari kita dimana mana."
Salah seorang dari mereka lalu keluar menuju ke pasar mencari makanan, dengan perasaan khuatir dan takut, akhirnya sampailah dia ke dalam kota Upsus, iaitu negerinya sendiri. Alangkah hairannya ia bahawa negeri itu benar-benar negeri Upsus. Tetapi segala pemandangan yang dilihatnya berubah semuanya. Berubah tanda tandanya, berubah bentuk rumah dan gedung-gedungnya. Banyak pula dilihatnya bekas gedung-gedung yang sudah tua yang sudah runtuh. Tiap-tiap orang lalu lalang diperhatikannya, seorang pun tidak ada yang dikenalinya. Dia berkata dalam hatinya: "Negeri ini seakan-akan negeri kami sendiri tetapi penduduknya bukanlah bangsa kami sendiri, jauh berbeza keadaan mereka ini."
Dia berjalan terpinga pinga, makin bertambah banyak juga tolehnya ke kiri dan ke kanan. Nyata kebimbangan dalam setiap langkahnya, sehingga setiap orang yang melihat kepadanya, dapat mengetahui bahawa dia adalah orang asing yang baru sekali melalui negeri ini. Salah seorang penduduk yang melihat akan keadaannya, lalu bertanya kepadanya: "Apakah engkau orang asing di negeri ini? Dari manakah asalmu dan apa yang sedang menggoda fikiranmu? Siapakah yang sedang kau cari?"
Mendengar pertanyaan itu, dia lalu menjawab: "Saya bukan orang asing. Saya sedang mencari makanan untuk saya beli, di manakah tempat orang menjual makanan?"
Orang itupun lalu membawanya ke tempat orang menjual makanan. Makanan diambilnya dan penghuni gua ini pun mengeluarkan wang yang ada dalam sakunya. Alangkah terkejut sipenjual makanan itu, setelah dilihatnya matawang yang dibayarkan pemuda itu, adalah matawang lama, yang beredar tiga abad yang silam, yang sudah tidak laku lagi di saat itu. Sipenjual makanan itu mengira, bahawa pemuda itu pasti mendapat barang pendaman dan pasti fikirannya bahawa selain matawang yang dilihatnya itu tentu ada banyak lagi harta kekayaan lainnya. Orang ramai yang sama melihat matawang itupun berkerumun melingkari pemuda itu. Mereka ingin tahu di mana pemuda itu menyimpan hartabenda pendaman itu.
Dengan rasa tercengang dan penuh hairan akan maksud mereka, pemuda gua itu lalu berkata: "Saya bukan mendapat barang pendaman sebagai yang kamu sangkakan, wang ini adalah wang yang kudapat dari temanku kelmarin. Dengan wang ini saya berniat untuk membeli makanan. Kenapa kamu merasa terkejut melihat wangku ini? Kenapa kamu menyangka yang bukan-bukan terhadap diriku?"
Pemuda gua itu segera berpaling hendak melarikan diri, kerana takut akan terbuka rahsia teman-temannya yang sedang bersembunyi, menyembunyikan diri dari tangkapan raja negeri itu.
Tetapi orang ramai menghalangnya. Dengan kata-kata yang sopan-santun, mereka ingin mendengarkan cerita selanjutnya.
Dalam percakapan selanjutnya, maka terbuktilah kepada orang ramai itu, bahawa pemuda ini adalah pemuda yang lari dari kepungan raja pada tiga abad yang silam. Mereka mengetahui akan peristiwa itu, dari cerita yang telah masyhur dan diketahui orang ramai. Larinya pemuda-pemuda itu kerana tidak sudi menjual agamanya kepada raja yang ganas, yang memaksa mereka untuk menyembah batu.
Salah seorang di antara mereka itu berkata kepada pemuda itu: "Janganlah engkau khuatir kepada raja ganas yang engkau katakan tadi. Raja itu sudah mati pada tiga abad yang silam. Raja yang memerintah sekarang ini, adalah seorang raja yang mukmin dan baik hati. Raja kami yang sekarang ini orang beriman seperti yang kamu imani. Di manakah teman-temanmu yang lainnya? Bawalah mereka ke mari semuanya "
Barulah pemuda itu insaf akan apa sebenarnya yang sudah terjadi. Dengan ketenangan yang amat jelas serta dengan alasan dan bukti-bukti yang cukup terang, maka terbuktilah bahawa mereka berada dalam gua bukan semalam atau setengah hari, tetapi sudah tiga abad lamanya. Segera pemuda itu minta izin untuk memberitahukan teman-temannya yang masih bersembunyi dalam gua, agar keluar dari persembunyiannya dan menerangkan kepada penduduk negeri itu akan keadaan yang sebenarnya; apalagi mereka sedang menunggu dengan kelaparan dalam gua, serta ingin mengetahui keadaan di luar gua.
Laporan peristiwa ini segera sampai kepada raja yang soleh, yang sedang berkuasa di negeri itu. Raja sendiri tampil turut menyambut pemuda-pemuda beriwayat itu dari dalam gua tempat persembunyian mereka. Raja pun ingin mengetahui akan riwayat dan wajah mereka, selama ini mereka senantiasa menjadi bualan orang ramai saja.
Setelah mereka keluar dari gua itu, mereka disambut raja dan penduduk negeri. Raja membawa mereka ke dalam istana dan diberinya tempat di istana yang indah itu. Para pemuda tadi lalu berkata kepada raja: "Kami ini sudah tidak mengharap hidup yang lebih panjang lagi, kerana kami sudah melewati beberapa keturunan dan kesemuanya telah meninggal dunia, bahkan negeri dan gedung-gedung besar yang dahulu pun sudah runtuh semuanya; yang kami lihat sekarang ini adalah serba baru. Kami pun sudah puas melihat raja dan penduduk yang hidup di negeri ini sudah sama-sama beriman kepada Allah."
Para pemuda itu lalu bersujud dan berdoa ke hadhrat Allah agar menurunkan rahmatNya dan agar Allah mengizinkan mereka pulang ke rahmatullah. Tidak lama kemudian sesudah mengucapkan doa itu mereka lalu menghembuskan nafasnya yang terakhir, dengan tenang dan tenteram.
Keadaan dan kejadian itu, menjadi dasar yang kuat sekali bagi mereka untuk tetap iman dan tunduk kepada Allah, Tuhan yang Maha Kuasa. Mereka makin percaya bahawa janji Allah itu benar semuanya, serta Hari Qiamat dan akhirat itupun benar semuanya. Sepeninggalan mereka, orang lalu bentengkar cara bagaimana pemuda-pemuda suci itu dapat diperingati. Ada yang mengusulkan agar di atas kubur mereka itu didirikan sebuah tugu besar, rumah dan gedung yang dapat menunjukkan kebesaran mereka itu. Tetapi ada juga satu golongan dari orang-orang yang cinta terhadap pemuda-pemuda itu berkata, agar jangan tugu yang didirikan tetapi dirikanlah masjid di atas gua mereka itu, supaya dari dalam masjid itu dapat orang sama sama menyembah dan membesarkan nama Allah dan selalu insaf akan kebesaran Allah. Sebab apa ertinya sesuatu peringatan dan penghormatan, bila peringatan dan penghormatan itu tidak dapat membawa orang kepada menghormati dan membesarkan Allah, Tuhan yang Maha Terhormat dan Maha Kuasa.*