Friday, May 14, 2010

Sultan Muhammad Al-Fateh, wira pembukaan constantinaple

HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE
Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman  Kerajaan Usmaniyah.
Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.
Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.
Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.

PENGENALAN
Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
Baginda menaiki takhta ketika berusia   19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang   negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.  

PENDIDIKAN
Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan,   memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.

Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek,  Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah  matang menangani tipu helah musuh.

KEPERIBADIAN
Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja
Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE
Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.
Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.
Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE
Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.
Menara Bergerak
Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.
Bantuan Dari Pope Vatican
Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.
rantai di teluk Horn

Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung
Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.

Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.
Memanjat dan Melastik Dinding Kota
Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin   menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.
Karisma Seorang Pemimpin
Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan  telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.
Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.
Penawanan Constantinople
Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana  tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali  Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.

 -ihsan-

Tuesday, May 11, 2010

Sukarkah???


Asalamualaikum pembuka bicara..

Hmapir sebulan lamanya blog ini tidak terusik, dibiarkan berhabuk tanpa pengunjung yang berkenan mencari isu-isu baru untuk dipaparkan. Mahu dikatakan sibuk, tidaklah sangat, lebih kepada kebuntuan idea untuk mencari isu2 yang bakal dipaparkan..

Baru-baru ini ana terfikir untuk menulis tentang ciri-ciri seorang pendakwah dan perbezaan antara dakwah tatkala zaman kegemilangan Islam dan zaman seba moden ini. Tapi semakin jauh mencari idea, semakin buntu dibuatnya..agaknya topik ini sukar dikupaskan. Ana cuba beralih kepada kupasan masalah sosial di kalangan remaj. mungkin terlalu stereotype. orang pun dah bosan agaknya asyik bercerita pasal remaja. namun akhlak sesetengah remaja masih bagai batu yang dipastil dengan cecair keluli. Amat payah untuk ditempa.

Hari ini, secara tidak langsung ana terfikir satu isu untuk diperbincangkan. segalanya bermula pada 9 mei 2010. Setelah selesai exam dan meluangkan sedikit masa dengan teman, ana berangkat pulang ke rumah tepat jam 9 malam bersama seorang sahabat. Hampir seharian memandu kereta, kudrat semakin lama dirasakan semakin menolak kekuatan. Letih benar rasanya. Sahabat ana mengajak untuk bermalam dirumahnya di Kampung Berkat, Maran, Pahang memandangkan jam sudah menunjukkan 12 malam. Ana bersetuju tanpa banyak bicara. Keesokan harinya, sebelum pulang, sempat kami menuju ke kawasan Air Terjun Teladas untuk menghabiskan sisa keindahan pagi. 


Pasti sesiapa yang membaca entri ini tertanya, adakah entri ini untuk membincangkan tentang keseronokan bercuti agaknya..Sabar dulu..

Ana tiba dirumah sekitar jam  petang, mungkin masih lagi keletihan agaknya, diri ini kalah lagi dengan bafsu dan kenikmatan tidur. Di sinilah ceritanya bermula. Mungkin keran terlalu letih, sebelum tidur, tiada satu pun pelindung diri yang dilafazkan. Doa tidur pun tak baca, letih benar..bak kata Iblis, anak-anak adam paling senang untuk diganggu pabila perlindungan rohani tidak terjaga. Benarlah kata pengasas makhluk durjana itu tatkala diri yang lemah ini menjadi mangsa. Terjaga bersama istighfar, ana bingkas membersihkan diri sebelum solat dan melaksanakan kerja-kerja yang lain. Panas disangka hingga ke petang, rupanya hanya sampai ke tengah hari. Saat ana melelapkan mata sekitar jam 2.30 pagi, kekuatan rohani diuji lagi. kali ini sedikit kasar permainan sang durjana itu. Diri ini disakiti secara batin pula, menghalang kewarasan minda untuk bangkit mencegah dan terus terkurung dengan usikan kasar. Ruqyah dan ayatul-Kursiyy yang dibaca hampir berterabur. Alhamdulillah, setelah disusun secara waras, akhirnya usikan itu berakhir. Tapi nampaknya ia masih belum berpuas hati. Malam ana akhirnya tamat dengan 2 lagi usikan selepas itu, dan 2 lagi usikan selepas subuh.

Kisah diri yang diceritakan ini, bukanlah dengan tujuan untuk mecari publisiti, jauh lagi untuk bermegah-megah. Cuma hanya untuk mengajak para pebaca sekalian sama-sama berfikir. Mengapa hal yang demikian berlaku, sedangkan sebelum ini, ana jarang diusik sampai sebegitu rupa. Ana cuba bermuhasabah. mungkin kerana juga kerana diri ini yang terlanjur bersuka ria dikawasan hutan dan tiba dirumah tanpa sebarang rasa untuk membersihkan diri dari segala kemungkinan barangkali, banyak kemungkinan yang terbit.Akhirnya ana mencapai satu konklusi.

Iblis, sejak Nabi Adam A.S adalah makhluk yang amat angkuh. Setelah Nabi Allah Adam A.S dicipta, iblis enggan mengikut perintah Allah dan menyebabkan ia dibuang dari Syurga. Sejak itu, sang iblis bersumpah akan menyesatkan anak-anak Adam dengan pelbagai cara. Pelbagai cara disini termasuklah dengan penggunaan sentimen-sentimen ghaib yang diklasifikasikan oleh orang melayu kita sebagai 'hantu. jin, jembalang dan selainnya' dengan kata lain, cubaan sang iblis untuk menakut-nakutkan anak-anak Adam sebagai salah satu cara penyesatan yang hampir effisiennya dengan cara yang digunakan oleh iblis untuk menyesatkan remaja dari segi sosial. Didalam al-quran, Allah tidak pernah menyebut tentang hantu, jembalang dan sebagainya. Hanya ada, manusia, jin dan syaitan serta makhluk2 hidup yang lain.
" jadi hantu tu syatian la?" soalan anak saudara yang masih kecil terngiang-ngiang di telinga.
Mungkin benar. mudah saja jawapan ana.

iblis gemar menggunkan cara ghaib untuk menyseatkan manusia (teringat kisah pemuda yang menyembelih bapanya, setesurnya membunuh adik serta nenek dan atuknya. mungkin itu juga salah satu permainan Iblis)

Makin advandce lagi, golongan pewaris iblis ini semakin dapat bersenang lenang tatkala hadirnya bantuan dari anak Adam sendiri yang mewakilkan dirinya untuk membantu mereka menyesatkan manusia. Bomoh, pawang dan mereka yang suka mendapatkan kehebatan sementara. Hakikatnya, makin sakit pun ada,hingga akhirnya terjadi kes-kes yang mereka yang dirasuk menjadi gila iblis, amat mudah dicari di merata tempat. Ilmu hitam amat mudah untuk dipelajari. Budaya orang melayu pula, pabila diusik oleh sang iblis, segeralah mencari bomoh dan pawang sebagai jalan mudah untuk sembuh.


Persoalannya sekarang, adakah iblis itu terlalu handal hingga ramai anak Adam yang sanggup menjadi anjing tunggangan syaitan. sesama manusia dibunuh dan dikhianati. Rasulullah sendiri pernah bersabda bahawa kita sebagai hamba wajar utnuk memohon pertolonganNya tatkala susah, mahupan senang. Jawapannya hanya satu. Kuatkanlah iman didada, mohonlah brjerumus ke lembah ghaib ini? Ketahuilah bahawa tiada makhluk yang lebih berkuasa daripada Penciptanya Yang Maha Agung. Mohonlah bantuan Allah untuk melindungi diri daripada gangguan syaitan. Apalah yang dirugkan jika kita menghafal ayat-ayat Alquran untuk dijadikan pendinding. Apalah ruginya jika meluangkan sedikit masa untuk mebaca kalimah suci Allah, menunaikan solat, mencari sebanyak mungkin ilmu2 Allah agar kita dapat melindungi diri dan seterusnya manusia sejagat agar bebas daripada gangguan syaitan??
Allah sentiasa bersama hambanya yang ikhlas memohon pertolongan Allah. mempelajari ilmu as-syifa' salah satu daripada cara alternatifuntuk mendekatkan diri dengan Allah dan seterusnya menjadi pelindung pada diri terhadap gangguan syaitan.

memikirkan ini, ana segera beristighfar dan berasa malu. Ya Allah, sesungguhnya hambamu ini hina dan lemah, berikanlah aku kekuatan untuk terus bersama dengan agamamu agar aku dapat membimbing diriku, keluargaku serta rakan manusiaku berada diatas jalan kebenaranMu Ya Allah..

wallahualam...
ibnu_shafie 11 mei 2010

Sunday, April 4, 2010

benarkah manusia tamak??

mendapat status sebagai manusia seringkali menerima tohmahan baik dari manusia sendiri, juga dari makhluk Allah yang lain. mengapa tiba2 ana merungkai persoalan begini? mungkinkah sudah bosan hidup sebagai manusia? nauzubillah....sekadar mahu mengajak kalian berfikir...

Pada saat ana mula membaringkan diri tatkala menunggu mata layu dibuai mimpi, akal mula ligat berfikir...muhasabah barangkali...
segala memori semalam, minggu lalu, bulan lalu, malah bertahun-tahun lalu tiba-tiba hampir membuat diri hina ini menitis mutiara penyesalan. Manusia itu tamak. ya, kesedaran itu timbul pada ana.

kita sering menjadi tamak dengan segala pemberian Allah SWT walaupun hanya secebis. Dilahirkan didunia dengan keizinanNya, sudah cukup menjadi "warning" sebagai had manusia sebagai seorang hamba. Namun begitu, di mana tanda "warning" itu didalam hati seorang manusia? Sambil ana menulis, ana mengimbau peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam dunia kejahilan manusia. Menyedihkan. Ana imbau kembali dunia kejahilan ana sendiri. lebih menyedihkan..Kepercayaan diberi kepada hamba yang bernama manusia. namun dengan mudah kepercayaan itu dicabuli.

Izinkan ana memberi contoh yang mungkin dapat menyedarkan diri yang hina ini. Pasangan yang bercinta lazimnya cukup mudah termakan ajakan nafsu syaitan yang melalaikan dan merosakkan iman. Asasnya hanya ingin bercinta hijab dengan lindungan dari Allah SWT. Namun, mehnah manusia yang tidak pernah berpuas hati, mula tamak dengan melanggar janji-janji manis yang ditaburkan dalam doa, batas mula dilanggar dari yang kecil sehingga yang besar. Kata-kata dakwah yang ditabur melalui sms dengan niat menegur secara drastik merubah menjadi ayat-ayat cinta yang berbaur kejahilan pemikiran agama. Dimana hilangnya maruah sebagai seorang islam ketika itu?

Sejak kecil kita dididik menjadi anak yang soleh dan solehah. tidak kira bagaimana jahilnya seoranh ibubapa itu, hati kecilnya tetap mahu menjadikan anak yang dipelihara sebagai seorang yang berguna untuk agama dan negara, bukan begitu? Sejak kecil kita diajar tentang asas yang paling mudah diingati dalam dunia islam, batas pemakaian seorang muslim dan muslimah. Baik dirumah mahupun disekolah, secara langsung ataupun tidak, aurat dititikberatkan sejak kecil. Namun seperti yang ana katakan tadi, mehnah manusia..janji yang suka diubah, sentiasa tamak dengan budaya manusia. Fesyen barangkali...kulit muslimah yang hanya untuk tatapan sang suami dan semahram dengannya, dengan senang didedahkan menjadi tatapan umum...bentuk badan dibentuk dengan alasan kecantikan. Muslimin pun apa kurangnya..dimana hilangnya karisma seorang lelaki yang begitu digahkan sejak dari dulu? Dimana perananmu sebagai 'role model' terhadap dunia manusia yang begitu jahil ini? Bahkan dialah yang menjadi pengaruh kerosakan budaya manusia. Tidakkah tamak manusia itu?

Bukan untuk mencari kesilapan orang lain, cuma ingin berkongsi pendapat. Ana sendiri juga terjebak dalam dunia kejahilan manusia yang tak dapat dielakkan kecuali dengan keimanan yang teguh dibina. Jauh disudut hati, timbul secebis rasa taqwa, takut kepada kekuasaan Allah SWT, risau akan kedahsyatan azab Allah di akhirat kelak. bingung memikirikan adakah dengan kadar amalan yang sedia ada, syurgalah tempat kita? bagaimana janji sang suami yang ingin membawa bersama isterinya sebagai ketua bidadari disyurga? Tamak bukan sekadar pernyataan sinis. Ianya lebih dahsyat dari penyakit sosial dan perosak agama yang berlaku di dunia manusia. Dengan tamaklah segalanya bermula...dan dengan tamak jugalah kita binasa...

" Ya Allah ya tuhanku, Ampunkan aku atas segala dosa-dosaku. Aku sedar Ya Allah, aku adalah hambamu yang hina, tamak dengan kekuasaan dunia, kenikmatan sementara yang kau berikan. sedangkan aku lupa dengan nikmat abadiMu yang dijanjikan dengan memegang taliMu Ya Allah. berada dekat denganMu Ya Allah, sentiasa mengingatiMu Ya Allah. aku lupa akan segala janji-janjiMu yang  menjanjikan syurga kepada mereka yang mengingatiMu dan RasulMu Ya Allah...ampunkan aku, sesungguhnya kami adalah adri kalangan hambaMu yang jahil..berilah aku kekuatan untuk terus mencari nikmat abadiMu didunia yang gana ini. Agar aku dapat dijanjikan syurga olehMu Ya Allah...sesungguhnya Engkau Maha Mendengar, juga Maha Pengampun..."


_ibnu shafie_isnin 2.06 pg..

Thursday, April 1, 2010

PANAS!!!! - hukum hudud boleh dibuat main...

tertarik ana untuk mengulas tentang isu panas yang dibuat senyap oleh sesetengah pihak berkaitan dengan hukum hudud. Akhbar-akhbar di malaysia sibuk mengeluarkan pernyataan betapa bertimbang rasa sikap sultan Ahmad Shah kerana bermurah hati untuk meringankan hukuman sebat yang dikenakan kepada saudari Kartika, bekas model sambilan yang dihukum kerana meneguk air haram di khalayak ramai suatu ketika dahulu.

Persoalannya sekarang, adakah perlakuan sultan itu layak untuk dipuji? teringat ana tentang kata-kata Ustaz Azhar Idrus, penceramah bebas dari terengganu yang terkenal dengan sikapnya yang terbuka ketika memberi ceramah,
"Tilka hududullah....Allah kata 'tilka', yang memberi maksud, hudud itu milik Allah. hanya Allah sahaja yang dapat mengubah atau meringankan hukuman Dia jatuhkan." kata Ustaz Azhar ketika membidas pernyataan Dato' Dr. Mashitah tentang keringanan hukuman terhadap mereka yang mecuri. Apa dah jadi dengan Malaysia sekarang ni?
"Malaysia dah bukan negara islam.." luah sahabat yang kekecewaan.

Jika dilihat dengan lebih halus,  budaya maaf memaafkan tentang hukuman yang ditetapkan oleh Pencipta kita, Allah SWT, persis dengan lagak Vicar (Paderi) kristian yang berlagak sebagai perantaraan antara Jesus dan memaafkan dosa-dosa mereka yang bertandang ke gereja seminggu sekali. sejak bila sultan tiba-tiba dapat kuasa mutlak untuk mempertikaikan hukum Allah? Maaf ana katakan disini, tetapi itu adalah hakikatnya!!! siapa kita untuk mempersoalkan hukum2 Allah? Nauzubillah....

Paling menyakitkan hati, sikap bahagia sesetengah pihak pegawai kerajaan yang menyanjung keputusan sultan itu.
"baguslah, terserah kepada sultan untuk membuat keputusan. bagi saya sebat itu keputusan terakhir..", kata Menteri di JPM, Mohamed Nazri.

 minum arak kena cuci jamban shj...seronok la kalau macam tu...

maaf...BAGUS????? hilang akal ke? di mana bagusNya keputusan itu? maaflah saudara Kartika, tetapi kamu sendiri tahu dan pasrah ketika mengetahui bahawa hukuman yang diberikan kepada kamu itu adalah satu keputusan yang tepat. bukan begitu?

Mari kita kecilkan skop kita kepada sudut pandangan masyarakat muda yang semakin liar kini.
"stakat kena cuci jamban dan sapu sampah, sape yang nak kisah? esok lusa, togok la arak balik", mungkin ini yang difikirkan mereka. siapa tahu? Fikirlah wahai para sahabatku sekalian, sampai bila kita nak berlagak hukum hudud ini sebagai satu hukum yang boleh dibuat main, ibarat bola yang boleh disepak merata-rata, bila nak bercakap tentang syariah, simpan elok2 dalam almari, bila dah ada perkara yang memerlukan hukum hudud untuk diselesaikan, disepak hukum itu merata- rata sampai terbuang dalam longkang.
Cuba....kita terbalikkan situasi En Nazri tadi kepada perbualan malaikat tentang keputusan Allah yang nak masukkan kita kedalam neraka seddangkan kita sebetulnya layak memasuki syurga.
"BAGUSlah, terserah kepada Allah untuk membuat keputusan MUTLAK, untuk kamu, saya rasa syurga itu pilihan yang terakhir.. " Nah sebijik atas kepala...bes????

wallahualam...

Thursday, March 11, 2010

Akuarium Kehidupan..

Assalamualaikum w.b.t

Cuba seketika kita layari dunia fantasi dengan membayangkan sebuah akuarim. Didalamnya tinggal seekor ikan. Tak kisah la ikan kelisa, ikan laga atau ikan apa sekalipun..
Sekarang, bayangkan pula didalam akuarium itu terdapat pula pelbagai hiasan dan tempat permainan si ikan yang indah dan menyeronokkan. Tambah pula dengan persekitaran yang dipelihara dengan baik oleh tuan yang memeliharanya. Air ditukar seminggu sekali, beserta dengan pam air yang berteknologi canggih, dan pelbagai lagi. Pokoknya, hidup si ikan cukup indah dan bermakna apabila berada didalam akuarium.

kehidupan manusia didunia ibarat kehidupan si ikan di dalam sebuah akuarium yang selesa
 
Tapi nanti dulu, benarkah kehidupan si ikan itu betul-betul bermakna? Tiada sedetik rindukah padanya untuk berjumpa dengan sanak saudara yang bebas hidup di sungai-sungai atau lautan yang luas terbentang? berkeliaran bebas di dasar-dasar lautan yang penuh dengan makanan semulajadi, batu karang yang indah, sesuai dijadikan tempat santai si ikan menghabiskan masa dengan sanak saudaranya yang lain? Dan tidak lupa pula, tuan yang memelihara segala jenis ikan dilautan dan sungai itu adalah Allah Yang Esa.  Sudah tentu, hal ini perlu ditanyakan kepada si ikan..bukan begitu?

setelah jauh kita meneroka alam fantasi, sekarang mari kita kembali semula ke dunia realiti. Cuba bayangkan pula, si ikan itu adalah seorang manusia. Akuarium itu pula diibaratkan sebagai bumi, lautan itu  diibaratkan sebagai syurga, pemelihara akuarium itu diibaratkan sebagai yahudi dan nasrani, manakala pemelihara lautan tersebut, tetap Allah Yang Esa.

Sekarang, mari kita kecilkan lagi skop pemikiran kita. Bayangkan segala keselesaan tempat permainan serta persekitaran didalan akuarium itu adalah, hiburan dan keseronokan yang di bekalkan oleh musyrikin yahudi dan nasrani. Segala jenis hiburan, yang menjadi seperti yang wajib untuk umat Islam masa kini perolehi. Mereka-mereka yang leka dan tiada perasaan bersalahnya untuk berseronok dengan konsert-konsert rock, indie dan sebagainya. Meminggirkan status Islam itu untuk terkinja-kinja dikelab-kelab malam. Menghina status ummat akhir zaman yang beragama islam untuk meneguk sebotol arak dengan tiada perasaa malu. Sehingga terikut-ikut dengan budaya barat yang dianggap evolusi sekularism yang terbaik. Dimana hilangnya malu seorang saudara perempuan, dimana hilangnya maruah yang dijaga bak mutiara yang amat berharga suatu masa dulu bagi kaum yang bernama wanita. Sehingga tidak kenal istilah aurat dan apa sebenarnya yang diajar oleh Islam. Dimana pula hilangnya karisma-karisma seorang insan yang bergelar lelaki untuk melindungi negara, agama dan keluarga agar tidak lekang dengan ajaran Islam. Sehingga kini, hampir separuh kaum lelaki ini lebih terkenal dengan gelaran dayus kerana menjadi ketua untuk mengajak umat manusia ke lembah kehinaan. maksiat. merosakkan kehormatan si wanita. hairannya, wanita itu, tidak pula menolak.
Lautan yang diciptakan oleh Allah penuh dengan fantasi serta keajaiban yang tersendiri
 
Cukup dengan itu agaknya, mari kita bayangkan pula lautan yang luas terbentang itu sebagai Syurga Allah yang satu diakhirat kelak. Tidak terdetikkah dihati ummat2 Islam masa kini yang semakin lalai dan leka dengan nikmat dunia itu untuk bertemu dengan para penghuni syurga? Dimana hilangnya kerinduan untuk bertemu dengan wajah Junjungan Rasulullah S.A.W? Bebas melakukan apa sahaja di taman Allah itu, dengan nikmat yang tidak terkata. Benar, ada harga yang perlu dibayar untuk menempatkan diri di situ. Adakah kita memerlukan jutaan ringgit wang, emas bergunung ganang?
Tidak! kita hanya perlu mengahayati semula sendi Islam (Rukun Iman) itu, kerana tanpanya, kita hampir pasti mustahil untuk mebina kehidupan sebagai seorang Muslim yang berteraskan tiang Islam (Rukun Islam) bukan begitu? kembali semula kita ke arah yang basic sekali. Apa sebenarnya yang kita kekurangan. Moga Allah memelihara kita untuk mendapatkan tempat di syurgaNya kelak.

Bagi mereka-mereka yang lalai dan lebih seronok nampaknya berada didalam akuarium fantasi yang hanya bersifat sementara itu. Tidakkah mereka teruja untuk untuk menempatkan diri di lautan milik Allah itu? Sudah tentu, hal ini perlulah ditanyakan kepada mereka sendiri. Bukan begitu?

Wallahu'alam
11.38, khamis

Wednesday, March 3, 2010

Kahwin ketika belajar - Pro dan Kontra


Assalamualaikum wbt..

sukar rasanya untuk mengupas topik ini, namun hasil dari carian informasi serta pembacaan yang tidak seberapa, mungkin juga boleh dikongsikan serba sedikit pendapat.

kahwin ketika belajar, ada pro dan kontra nya.. tapi kedua-dua kesan tersebut berbalik kepada bagaimana dan sejauhmana kebijaksanaan mereka (pasangan suami isteri tersebut mengendalikan) bahtera rumah tangga mereka..

maklumlah nak ngadap buku lagi.. keluarga.. anak-anak dan amanah lain yang dipikul bersama..

sebab tu kalau nak mindirikan masjid ini.. sebaik-baiknya kedua-duanya perlu memiliki persediaan yang mantap daripada segi. rohani dan jasmani, fizikal dan mental, material serta ilmu yang berkaitan dengan pengurusan rumah tangga dan kekeluargaan…

persoalannya.. bagaimana kalau persediaan yang ada masih tak mantap tetapi kedua-dua belah pihak bersedia untuk mendirikan rumah tangga?.. .maka ada baiknya kita semua mengambil kira hal-hal yang berikut….

1) memberi peluang terhadap pasangan masing-masing untuk mempelajari, memperbaiki kelemahan diri..mengadaptasi suasana baru sebagai suami isteri...terutama diawal usia perkahwinan (3-5 tahun pertama).

2) Sabar,saling mempercayai, bertolak ansur, saling bantu membantu kepada pasangan anda.. berusaha memahami kondisi masing-masing yang mempunyai komitmen lain sebagai pelajar, suami/isteri, bapa/ibu, tanggungjawab sebagai anak (tanggungan keluarga) dan yang seumpama dengannya…dalam hal ini.. kita perlu saling memberi semangat, sokongan dan saling menguatkan pasangan masing-masing sekiranya rumah tangga anda menghadapi masalah...terutama daripada segi kewangan dan sebagainya…

3) Sekiranya berhadapan dengan masalah yang melibatkan kedua belah pihak…cubalah cari penyelesaian yang terbaik dan menguntungkan kedua-duanya… bersikap matang dan rasional serta selalulah berbincang dari hati ke hati untuk mewujudkan persefahaman antara satu sama lain…

justeru itu, kedua-duanya perlu memiliki mind setting yang betul dan tepat mengenai perkahwinan yang dibina… ikatan perkahwinan bukan untuk sehari dua, tetapi untuk selamanya bahagia dalam redha Allah dunia dan akhirat… maka kedua-duanya perlu berfikir kearah yang positif… jika berlaku permasalahan atau salah faham.. segera diselesaikan.. tetapi bukan dengan mengambil jalan mudah.. perceraian tetapi keputusan tersebut perlu kearah mencari jalan perdamaian antara kedua belah pihak…memikirkan masa depan anak-anak, hubungan baik kedua-dua belah keluraga suami dan isteri serta mahligai yang dibina..

4) bersedia untuk sama menghadapi susah dan senang hidup bersama… tidak meminta permintaan atau perkara yang tidak munasabah mahupun diluar kemampuan pasangan masing-masing..

5) menerima pasangan anda seadanya.. tidak memperlekehkan keupayaan mereka,saling menghormati antara satu sama lain… ini kerana, selepas berumah tangga baru kita kenal perangai sebenar pasangan kita..’ alakullihal... lihatlah pada kelebihan mereka.. sekiranya nampak kekurangan.. tegurlah secara berhikmah…saling ingat mengingatkan… agar kedua-duanya dapat memperbaiki mana-mana yang kurang pada diri sendiri…

6) menerima keluarga pasangan anda seadanya… Sokongan daripada pihak keluraga (suami dan isteri) bagi pasangan yang berkahwin ketika belajar adalah amat penting sekali… sebaik-baik nya.. biarlah keputusan anda yang ingin mendirikan masjid mendapat keredhaan dan restu daripada mereka esp kedua-dua ibu dan bapa.. hal ini kerana.. keluarga adalah mereka yang paling dekat kita untuk membantu kita dalam kesusahan…

7) membetulkan niat untuk mendirikan masjid… sedar pernikahan dan perkahwinan bukan sahaja mengenai keseronokan setelah sah menjadi suami dan isteri.. tetapi juga melibatkan mengenai amanah yang dipikul sebagai suami keatas isteri, isteri terhadap suami, ibu dan ayah terhadap anak-anak yang akan lahir dan sebagai anak/menantu kepada keluarga kedua-dua belah pihak.. hal ini kerana.. keluraga adalah merupakan satu unit yang berperanan untuk melahirkan generasi rabbani pada masa akan datang…

hal ini perlu diambil berat kerana antara salah satu punca keruntuhan moral yang berlaku pada hari ini adalah berpunca daripada keluarga yang tidak bahagia…

8 ) meninggalkan gaya hidup ketika bujang… mematang dan mendewasakan diri… ada perancangan dalam pengurusan rumah tangga yang teratur… tidak bersikap lepas tangan… tetapi sama-sama berusaha untuk mencapai kebahagiaan dan kerukunan rumah tangga.. menjauhi segala perkara yang boleh yang boleh membawa kepada salah faham… tidak membesarkan perkara yang remeh-temeh… serta mempunyai matlamat yang jelas tentang masa depan rumah tangga yang dibina…

9) mengenai aspek material dan ekonomi juga perlu bijak menguruskannya.. maka sekiranya tidak berkemampuan, maka janganlah mendesak pasangan anda atau mengharapkan kehidupan yang serba mewah… hal ini perlu ditekankan.. kerana setelah berkahwin.. sekiranya anda memilih untuk tinggal dirumah sewa.. anda perlu berfikir mengenai soal kos kehidupan.. belanja sewa rumah, barang2 dapur2.. keperluan anak-anak.. api dan elektrik dan sebagainya.. berbincang dan carilah jalan yang terbaik untuk mengatasi masalah ini..insyaAllah sekira matlamat perkahwinan ini kerana Allah… walau bagaimana susah sekalipun anda berhadapan dengan masalah kewangan..pasti ada jalan keluarnya.. tapi yang penting.. mesti ada inisiatif, usaha dan kesungguhan… cari alternatif untuk sumber kewangan.. bukan just duduk goyang kaki…

10) berusahalah untuk memenuhi ilmu didada terutamanya ilmu agama agar kita diperteguh kan iman dan diberi kekuatan jiwa dalam melayari kehidupan dalam alam rumah tangga..

berusahalah untuk sama-sama mewujudkan suasana harmoni dalam rumah tangga berteraskan islam(sunnah Rasulullah S.A.W.)

insyaAllah… walau terpaksa berhadapan dengan pelbagai kepayahan.. namun sentiasa ada keberkatan dalam rumah tangga tersebut… inilah hikmahnya apabila kita sentiasa istiqamah untuk menghidupkan suasana keluarga yang ada roh islam (biah soleh) dan kembali kepada Allah subhanahu wataala dalam segala urusan yang kita laksanakan…

insyaAllah.. zuriat yang lahir menjadi anak-anak yang soleh dan solehah yang sentiasa mendoakan kesejahteraan hidup dunia dan akhirat kita semua, amin ya rabbal’alamin….

Maka disini dapatlah disimpulkan bahawa.. perkahwinan dalam usia muda bagi mereka yang sedang belajar ini, bukan sahaja dapat mencegah daripada kemungkaran dan maksiat, malah memberi banyak manfaat daripada segi ketenteraman jiwa, aspek pembentukan peribadi muslim sejati, melahirkan genarasi rabbani, mewujudkan suasana keluarga yang harmoni semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah dunia dan akhirat…

“sesungguhnya apa yang Allah kehendaki pasti akan terjadi meskipun tidak seiring dengan kehendak kita... tetapi apa yang kita ingini TAK mungkin menjelma apabila tidak seiring dengan kehendak Ilahi…”-imam as-syafie.


-ihsan

Berkawan biar beribu...

Asslamualaikum pembuka bicara

Berkawan biar beribu, bercinta biar satu. Pepatah melayu yang dikira popular barangkali. Benar, berkawan biarlah seribu, malah berjuta dan seterusnya. Infiniti terlebih bagus bukan begitu? =)

teringat pada para sahabat zaman sekolah dahulu. Tak lupa sahabat-sahabat yang berada disamping kini.
 
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)

Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda,
“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)

“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.” (Hadis riwayat Muslim)

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

Allah SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.

Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT yang bermaksud,

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (surah al-Hujurat [049] ayat 13)

Dalam Islam, faktor memilih kawan amat dititik-beratkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.

Terdapat ayat yang mengisyaratkan mengenai peranan dan pengaruh kawan, antaranya firman-Nya yang bermaksud:

“Wahai orang yang beriman! Bertakwalah dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang bersifat benar.” (Surah at-Taubah, ayat 119)

Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadis Rasululah SAW yang bermaksud,

“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.” (Hadis riwayat Abu Daud).

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:

“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya,

“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”

1 - Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
2 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungka n (menyebutnya) .
3 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.
4 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
5 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.


Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita. Setelah kita dewasa, kita juga perlu berhati-hati memilih kawan kerana kita tidak mahu kawan-kawan yang melalaikan kita terhadap Maha Pencipta. Kawan yang baik membantu kita ke arah pencapaian matlamat, iaitu kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat. Kawan yang tidak baik hanya membantutkan usaha kita ke arah itu.

Dalam kitab al-Hikam ada menyebut, “Jangan berkawan dengan seseorang yang tidak membangkitkan semangat taat kepada Allah, amal kelakuannya dan tidak memimpin engkau ke jalan Allah.” Dalam satu hadis yang bermaksud, “Seseorang akan mengikuti pendirian (kelakuan) temannya, kerana itu tiap orang harus memilih siapakah yang harus didekati sebagai kawan (teman).”

Sufyan Astsaury berkata, “Siapa yang bergaul dengan orang banyak harus mengikuti mereka, dan siapa mengikuti mereka harus bermuka-muka pada mereka, dan siapa yang bermuka-muka kepada mereka, maka binasalah seperti mereka pula.”

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti di bawah:

1. Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
2. Sahabat yang hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
3. Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.
4. Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.


Ali bin Abi Thalib r.a. berkata,

“Sejahat-jahat teman ialah yang memaksa engkau bermuka-muka dan memaksa engkau meminta maaf atau selalu mencari alasan.”

Kemungkinan engkau berbuat kekeliruan (dosa), maka ditampakkan kepadamu segala kebaikan, oleh kerana persahabatanmu kepada orang yang jauh lebih rendah akhlak (iman) daripadamu.

Sebaik-baik sahabat

Dan sekiranya engkau berkawan seorang bodoh yang tidak menurutkan hawa nafsunya, lebih baik daripada berkawan dengan orang alim yang selalu menurutkan hawa nafsunya. Maka ilmu apakah yang dapat digelarkan bagi seorang alim yang selalu menurutkan hawa nafsunya itu, sebaliknya kebodohan apakah yang dapat disebutkan bagi seorang yang sudah dapat mengekang (menahan) hawa nafsunya.

Bagaimana akan dinamakan bodoh, seorang yang telah dapat menahan dan mengekang hawa nafsunya, sehingga membuktikan bahawa semua amal perbuatannya hanya semata-mata untuk keredhaan Allah SWT dan bersih dari dorongan hawa nafsu. Sebaliknya, apakah erti suatu ilmu yang tidak dapat menahan atau memimpin hawa nafsu dari sifat kebinatangan dan kejahatannya.

Dalam sebuah hadis ada keterangan : “Seorang itu akan mengikuti pendirian sahabat karibnya, kerana itu hendaknya seseorang itu memperhatikan, siapakah yang harus dijadikan kawan.”

Menurut ahli syair pula : “Sesiapa bergaul dengan orang-orang yang baik, akan hidup mulia. Dan yang bergaul dengan orang-orang rendah akhlaknya, pasti tidak mulia.”
Bersahabat dengan yang lebih rendah budi dan imannya sangat berbahaya, sebab persahabatan itu saling pengaruh-mempengaru hi, percaya-mempercayai sehingga dengan demikian sukar sekali untuk dapat melihat datu memperbaiki kesalahan sahabat yang kita sayangi, bahkan kesetiaan sahabat akan membela kita dalam kesalahan dosa kekeliruan itu, yang dengan itu kita pasti akan binasa kerananya.

Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun berkawanlah kerana Allah SWT untuk mencari redha-Nya.