Sunday, July 3, 2011

Memahami konteks aurat

" Assalamualaikum, saya ada satu pertanyaan, sahabat saya selalu bersukan pakai seluar pendek yang menampakkan paha dan lutut. (lelaki) sedangkan yang saya faham aurat lelaki dari pusat sehingga lutut. tapi kawan saya cakap aurat lelaki adalah 'antara' pusat dan lutut. saya konfius, boleh ustaz jelaskan lebih lanjut tantang batas aurat? " (soalan buat sendiri..sebagai mukaddimah, hehe..)

ehem2..

Assalamualaikum,
salam pembuka bicara.


"Jika salah seorang kamu mengahwinkan hamba lelakinya kepada hamba perempuannya atau kepada pekerjanya, maka janganlah hamba perempuan itu memandang kepada sesuatu dari ‘auratnya (‘aurat tuannya). Maka sesungguhnya apa yang di bawah pusat sehingga lututnya adalah ‘aurat." (Hadis Riwayat al-Baihaqi)


"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada

  • suami mereka atau
  • bapa mereka atau
  • bapa mertua mereka atau
  • anak-anak mereka, atau
  • anak-anak tiri mereka atau
  • saudara-saudara mereka atau
  • anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau
  • anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau
  • perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau
  • orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan
  • kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan
dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (surah An Nur : Ayat 31)

kalau nak diceritakan dengan details bab aurat ni, panjang..boleh buat buku, jadi nak mengelakkan dari panjang bedo'oh yang tersangat-sangat, mari kita renungi yang basic sekali ya..

Aurat wanita lazimnya seluruh tubuh melainkan tapak tangan dan dan muka sahaja. tetapi aurat wanita juga boleh berubah mengikut situasi seperti bersama dengan suami, dengan mahram, dengan bapa saudara dan lain-lain lagi. tapi bukan situsai seperti anugerah bintang popular atau berlakon filem ye..bukan apa, respon sebab ada pelakon yang kata terpaksa buka tudung, pakai seksi dan sebagainya..


berbalik semula kepada isu aurat, aurat lelaki pula berbeza dari pandangan sesetengah ulama'. tetapi yang termaktub dan wajib ditutup bagi lelaki adalah bahagian kemaluan depan dan belakang. Dari hadis Jarhad yang diriwayatkan oleh Bukhari, menyatakan aurat lelaki adalah dari pusat sehingga lutut yang bermakna lutut itu wajib ditutup. Tetapi sesetengah ulama' berpendapat hadis ni ada kelemahannya sikit dari segi kesahihan yang mencacatkan untuk penghujahan dan hukum. Sesetengah ulama' berpendapat yang hadis daripada Anas yang diriwayatkan bukhari lebih tepat yang menyatakan kemaluan lelaki hanya 2 bahagian kemaluan sahaja.




Hadis itu menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah membuka paha sucinya. Pendapat ini didukung oleh Ibn Hazm dan Imam Malik. Dalam kitab-kitab mazhab Malik menyatakan bahawa aurat lelaki hanya terbatas kepada dua bahagian kemaluan sahaja. Sebahagian ulama fikah cuba menserasikan antara dua pendapat ini dengan mencari jalan tengah, termasuk Imam Bukhari sendiri yang berpendapat hadis riwayat Jarhad lebih sempurna bagi penutupan aurat, sekalipun daif, manakala hadis Anas pula lebih sahih dari segi riwayat. Ini bermakna Imam Bukhari lebih cenderung kepada hadis Jarhad dalam hal penutupan aurat yang membabitkan hukum masyarakat.


Imam al-Syaukani juga lebih cenderung kepada hadis Jarhad yang menyatakan paha itu aurat. Menurut beliau, hadis Anas walaupun kedudukannya lebih kuat, namun ia lebih merupakan suatu pemberitahuan tentang keadaan nabi. Jalan pemberitahuan ini lebih khusus kepada nabi sahaja. Maksudnya, hukum itu tidak boleh diamalkan oleh umatnya secara umum dan menyeluruh. Ibn al-Qayyim pula cuba mencari jalan serasi yang lain, beliau mengatakan aurat itu terbahagi dua iaitu mughallazah (berat) dan mukhaffafah (ringan). Kemaluan hadapan dan belakang dikategorikan sebagai aurat mughallazah (berat), paha pula dikategorikan sebagai mukhaffafah (ringan). Bagaimanapun kedua-duanya dikira aurat dan wajib ditutup juga.

Pendapat yang bersandarkan hadis Anas ini memberi sedikit kelonggaran kepada ahli sukan dan pasukan beruniform yang memilih pakaian itu jika ia tidak mengganggu pandangan orang ramai dan penonton. Hadis riwayat Anas menjadi sebaik-baik hujah kepada mereka. tetapi kita dari masyarakat melayu yang mengamal dan menerima mazhab Imam As-Syafi'e masih belum dapat menerima pendapat yang kedua dan berpendapat aurat lelaki itu dari pusat sehingga lutut. tapi apa la salahnya kalau main bola pun pakai tight yang menutup bahagian paha. Manis ke lelaki duk tunjuk-tunjuk paha kat orang tanpa ada rasa malu? huhu..


wallahu'alam..

p/s- haa..kan dah cakap panjang..

2 comments:

husin said...

http://fahmi-nik.blogspot.com/

IbnU_ShaFie said...

weh..promote blog dia plak..ha3