Wednesday, February 24, 2010

Lelaki, Isteri, dan Romantis..

Assalamualaikum w.b.t.....
pejam celik, rasanya sudah hampir sebulan tidak menjengah blog, dan hampir 2 bulan atau mungkin lebih lama blog ini dibiarkan usang dan suram tanpa secebis info dan coretan bermakna. sibuk dengan 'study' barangkali...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi, sehingga hari ini, ana masih lagi dapat menjengah seketika mencari cebisan-cebisan dakwah untuk dikongsi, maklumat untku dikupasi, tatkala ramai lagi saudara seislam di dunia masih tercari-cari makna kehidupan, walaupun sebak mengenang, namun terbit rasa kesyukuran dari nurani, keran masih diberi kesempatan mencari hidayah Yang Esa, untuk diambil sebaik mungkin sebagai bekalan ke akhirat kelak.

" Kau rasa aku ni romantis tak?? "
" Ntah, nape tanya macam tu?", jawab ana bersahaja, persoalan sahabat ana itu membuat diri ini tertanya tanya, buang tebiat ke?

"takde la, aku tengok sekarang ni, banyak betul kes-kes perempuan lari ikut warga asing, katanya lelaki melayu ni dah sampai yang terakhir, tak romantis langsung, risau jugak la aku takut-taku makwe aku lari nanti kalau aku tak romantis...", jawabnya berseloroh, ana turut ketawa, namun dalam ketawa hati ana terfikir, ada benarnya juga.

Kerap kali di dada-dada akhbar, kes kehilangan gadis belasan tahun yang dianggap misteri, berakhir dengan terbongkarnya kisah cinta antara si perempuan dengan sang lelaki asing yang pandai 'mengayat' katanya. tak romantis sangat ke lelaki melayu ni? hati ini tertanya-tanya. Akhirnya ana membuat konklusi dengan satu persoalan. apa sebenarnya pengertian romantis buat Si Wanita???

Benar, lelaki sering menyalahkan diri kerana tidak begitu romantis dan tidak pandai mengambil hati wanita, puas dinilai cara yang paling berkesan dan mencuba nasi, memberi bunga, makan malam dengan bercahayakan lilin dan macam-macam lagi, akhirnya, wanita yang dicintai, lari dengan lelaki Bangla juga..hm, pening mereka memikirkan..

Ana sebagai lelaki mungkin tak dapat nak menerangkan bagaimana sebenarnya hati wanita, bagaimana sensitif dan lembutnya hati mereka dalam menilai sesuatu perkara, walhal perkara yang kecil sekalipun, mungkin, dengan pengalaman dibesarkan bersama  orang kakak yang bersifat terbuka dengan adik nya, dapat ana rungkaikan sedikit persoalan yang bermain di hati para jejaka melayu ini.

Romantis bagi wanita mungkin bukan segalanya tertarik dengan apa yang dizahirkan oleh pasangannya dengan cara fizikal seperti memberi hadiah dan sebagainya. namun pendekatan dari segi rohaniah..
"Kenapa kau tak suka dengan si Mamat tu? dia kan kaya, selalu je bagi hadiah kat kau, romantik pulak tu," tanya Milah,
"Kalau setakat romantik, tapi dia tak memahami aku, macam mana nak buat laki? takkan nak suruh aku kasin and then cerai??" sindiran Aminha membuatkan Milah terdiam..
'understanding'..hanya ini sahajakah yang diperlukan wanita? mungkin tidak, tetapi persefahaman antara pasangan adalah amat diperlukan dalam sesuatu hubungan yang mencari keredhaan Allah S.W.T. 
Ingat lagikah anda pada syaitan  Dassim?? Syaitan Dassim berada di dalam rumah. Jika seseorang tidak mengucapkan salam sewaktu memasuki rumahnya dan tidak pernah menyebut nama Allah di dalamnya, maka syaitan tersebut akan menimbulkan perselisihan sehingga akan terjadi thalaq, khulu', dan pemukulan. Singkatnya, syaitan ini selalu ingin menciptakan ketidakharmonian dalam rumah tangga. Syaitan pembubar rumah tangga ini cukup suka dengan pergaduhan diantara suami dan isteri, dan mengapa perbalahan itu dapat berlaku? Jawapannya sudah jelas bukan.
romantis bukan sekadar dari segi luaran...

Suka ana untuk mengingatkan kembali pada mereka yang pernah meluangkan masa mebaca Aku Terima Nikahnya 2 - Bercinta hingga ke syurga tulisan Ustaz Hasrizal, penulis blog saifulislam.com. Dlama buku tersebut ada dijelaskan bagaimana ketika Saiditina Aisyah mengambil perhatian suaminya, junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, dengan kisah tentang 11 orang isteri yang menceritakan tentang suami-suami mereka. Jika difikirkan dengan logik, suami manalah yang dapat menahan daripada cerita-cerita remeh si isteri yang tiada faedahnya sedangkan masih banyak lagi perkara yang perlu dibereskan. Namun Rasulullah dengan sabarnya meluangkan masa dan sempat lagi meluahkan kata-kata romantis tatkala cerita itu berakhir. Pokoknya disini, 'understanding' itu juga perlu untuk si suami memahami dengan tingkah laku isterinya yang ingin mengambil perhatiannya tatakala diri itu dirasakan tersisih. Suami pula perlu faham dan sabar dengan karenah isterinya, bukankah itu wanita yang kamu dengan sabar menagih cinta bertahun-tahun sebelum mengikat tali pernikahn? Dimana sabarmu itu menghilang?
**************************************************
Benar, ana masih lagi belum berkeluarga, malah masih mentah dalam hal-hal yang berkaitan dengan perhubungan. Apa yang ana tulis untuk entri ini, hanyalah sebagai luahan dan perkongsian tentang betapa umat islam sekarang semakin hanyut dengan rona kehidupan duniawi sehingga sukar untuk menyelesaikan apa yang mudah. Bukan juga menggalakkan para remaja khusunya untuk bercinta dengan romantis, tetapi hanya sedikit bekalan yang mungkin dapat disimpan dan digunakan tatkala melafazkan akad nanti. 


'Abang, langsir ni abang rasa ok tak?' tanya si isteri sekadar untuk bermanja
'Kalau awak rasa dah tak suka, nanti abang tukar la yang baru,' jawab si suami sambil membaca akhbar
kecewa dengan jawapan tersebut, dia berusaha mengambil suaminya lagi
'Kenapa abang beli kereta Ferrari tu untuk saya? abang minat kereta-kereta sport ye?'
'Kalau awak dah tak suka, nanti abang tukar la yang baru,'
'Abang ni kenape? saya tanya elok-elok ni, abang dah tak sayang saya ke?'
'Kalau awak rasa dah tak suka, nanti abang tukar la yang baru,'
                                *************************************************
risau perkara diatas menjadi kenyataan je...=) 
Wallahualam.
-kg.padang perdana, 6ptg

Saturday, January 9, 2010

Lahirnya Tokoh Agung- Iskandar Zulkarnain

Dia dilahirkan diMacedonia. Kepadanya dikurniakan Allah otak yang pintar, fikiran yang panjang dan berbagai-bagai ilmu pengetahuan: Ilmu perang, ilmu politik dan ilmu teknik dan kimia.
Dari semenjak dia masih kecil, hatinya sudah tidak enak melihat perang yang selalu timbul antara Timur (Kerajaan  Persia) dengan Barat (Kerajaan Rum). Perang yang tidak henti-hentinya dan tahun ke tahun, malah dari abad ke abad, yang telah menewaskan ribuan manusia dan merosakkan bumi, menghancurkan banyak harta benda.

Untuk menghindarkan perang antara Timur dengan Barat yang sudah bertradisi ini, dia ingin mendirikan sebuah kerajaan besar yang meliputi Timur dan Barat.
Padanya terdapat segala syarat untuk menyampaikan. maksud dan tujuan hidupnya yang maha besar itu. Selain dia seorang yang baik, berakhlak yang tinggi, berilmu pengetahuan tentang ketenteraan, tentang pemerintahan dan teknik, akan dapat membawa dia sampai dipantai cita-citanya.
Mula-mula sekali dengan tenteranya yang lengkap kuat, dia menuju ke Barat (Maghribi atau Moroko), tempat terbenamnya matahari. Disitu dilihatnya matahari itu terbenam dimatair yang bertambah hitam, iaitu Lautan Atlantik sekarang ini.
Disitu didapatinya satu bangsa yang terlalu engkar dan kafir, hebat sekali kerosakan dan kejahatan yang ditimbulkan bangsa itu. Bukan saja merosakkan permukaan bumi dan mengacaukannya, tetapi juga sudah menjadi tabiat mereka suka membunuh orang-orang yang tidak bersalah sekalipun.
Sebelum melakukan tindakan, terlebih dahulu Iskandar Zulkarnain menadahkan tangannya ke langit, memohon petunjuk kepada Allah, tindakan apa sebaiknya yang harus dilakukan terhadap bangsa yang begitu kejam. Apakah bangsa itu akan digempurnya habis-habisan atau akan dibiarkan begitu saja?
Tuhan menyuruh Iskandar Zulkarnain membuat pilihan salah satu diantara dua tindakan: Digempur habis-habisan sebagai balasan atas kekejaman mereka selama ini atau diajar dan dididik dengan propaganda, agar mereka kembali kepada kebenaran dan meninggalkan segala kejahatan.
Akhirnya Iskandar Zulkarnain memutuskan akan menggempur mereka yang derhaka dan jahat sehebat-hebatnya dan membiarkan serta melindungi orang-orang yang baik diantara mereka. Pada bangsa itu, Iskandar Zulkarnain lalu mengucapkan kata-katanya yang ningkas: Siapa yang aniaya, akan kami seksa dan dikembalikan kepada Tuhan agar Tuhan memberi seksa yang lebih hebat lagi. Adapun orang-orang yang saleh dan baik, akan kami lindungi serta diberi ganjaran-ganjaran dan kepadanya kami hanya akan perintahkan kewajipan-kewajipan yang ringan saja.
Tenteranya segera bergerak, menewaskan setiap orang yang kejam, melindungi setiap orang yang baik. Akhirnya negeri itu dapat diamankan dan ditenteramkan, serta diatur sebaik-baiknya, penuh dengan kehidupan bahagia dan makmur.
Kerana kewajipannya terhadap bangsa dan negeri itu sudah selesai, Iskandar Zulkarnain dengan tenteranya lantas menuju ke arah Timur (India). Dilihatnya matahari terbit atas bangsa yang masih hidup telanjang (Bangsa Hindustan).
Bangsa dan negeri itupun dapat ditaklukkannya, diamankan dan ditenteramkannya, serta diatur sebaik-baiknya sehingga setiap orang dapat merasakan hidup aman dan tenteram, bahagia dan
senang pula. Bangsa itu dapat dikeluarkannya dari lembah kesesatan dan kejahilan.
Selesailah sudah kewajipannya terhadap negeri dan bangsa itu. Ia lalu menuju ke utara, ke negeri Armenia melalui Persia dan Azerbaijan. Dengan kemenangan demi kemenangan yang dicapainya selama dalam perjalanan itu, akhirnya dia sampai ditempat yang ditujui. Didapatinya di situ satu bangsa yang hidup antara dua buah gunung, iaitu Gunung Armani dan Gunung Azerbaijan. Iskandar Zulkarnain tidak mengerti akan bahasa yang dipakai bangsa ini.
Bangsa ini didapatinya hidup selalu dalam ketakutan dan kekhuatiran, kerana negeri mereka berbatasan dengan bangsa Yajuj dan Majuj yang terkenal kejam dan kuatnya. Bukan sekali-dua kali saja tetapi sering sekali bangsa Yajuj dan Majuj itu datang menyerang mereka, menghancurkan apa saja yang didapatinya dan membunuh siapa saja yang dijumpainya.



 lokasi tembok yang dikatakan mengurung ya'juj dan ma'juj

Kedatangan Iskandar Zulkarnain ini, mereka sambut dengan segala kehormatan dan kegembiraan, kerana mereka tahu bahawa Iskandar Zulkarnain adalah raja yang terkuat dan raja yang seadil-adilnya dimuka bumi ini.
Kepada Iskandar Zulkarnain dimintanya pertolongan, untuk melindungi diri mereka dari serangan Yajuj dan Majuj. Mereka memohon agar antara negeri mereka dengan negeri Yajuj dan Majuj diadakan dinding raksasa yang tidak dapat ditembusi dan untuk keperluan ini, mereka sanggup membayar upah dan kerugian kepada Iskandar Zulkarnain.
Mendengar permohonan ini, Iskandar Zulkarnain menjawab: Saya tidak mengharapkan upah dari kamu. Nikmat dan pemberian Tuhanku adalah lebih berharga dari upah itu. Hanya kepadamu saya minta kaum pekerja dan alat-alatnya, besi, tembaga, arang batu dan kayu.
Setelah semua itu terkumpul, Iskandar Zulkarnain mulai bekerja dengan pentolongan para pekerja. Mula-mula dinyalakan api dengan kayu dan arang batu, diambilnya besi, lalu dihancurkannya dengan api itu. Kepada hancuran besi itu dituangkannya tembaga, sehingga menjadi satu dengan besi. Dengan bahan campuran inilah didirikannya dinding raksasa antara negeri itu dengan negeri Yajuj dan Majuj, dinding besi raksasa yang tidak dapat ditembus dan dilubangi oleh sesiapa.
Kepada bangsa itu Iskandar Zulkarnain lalu berkata: Dinding ini adalah rahmat dari Tuhan kepadamu, hanya Tuhanlah yang dapat menembus dinding ini, bila dikehendakiNya.
Dengan jalan begitu, maka aman dan tenteramlah negeri itu. Setelah Iskandar Zulkarnain dapat menaklukkan negeri-negeri lainnya ditimur, barat, diutara dan diselatan, maka kerajaannya kini
meliputi: Moroko, Rom, Yunani, Mesir, Persia dan India, sehingga merupakan sebuah kerajaan yang amat luas, yang belum pernah terjadi sebelumnya, dimana penduduknya kini hidup dengan aman
tenteram dan makmur.
Cita-cita Iskandar Zulkarnain telah dapat dicapainya, berkat pertolongan Allah, kerana dia selalu berlindung diri kepadaNya. Tetapi sayang setelah Iskandar Zulkarnain meninggal dunia, kerajaan
yang besar dan bahagia itu menjadi berpecah-belah, kerana perebutan kekuasaan para pengikutnya yang ditinggalkannya.
Iskandar Zulkarnain yang bererti raja Timur dan Barat, telah dapat mempersatukan kerajaan Timur dengan kerajaan Barat, menjadi suatu kerajaan yang adil dan makmur, berkat ilmu dan pengetahuannya, serta berkat dasar ketuhanan yang selalu dipegangnya teguh dalam mendirikan kerajaan besar itu.
Cita-cita Iskandar Zulkarnain yang suci murni dan maha besar itu, untuk sementara telah dilanggar oleh manusia yang berkuasa sesudahnya. Tetapi pada saatnya nanti cita-cita ini akan menjelma
lagi serta menjadi kenyataan, sehingga akan berdiri nanti sebuah negara yang terdiri atas Timur dan Barat, yang adil dan makmur.
Kita sedang menunggu berdirinya negera itu, menunggu-nunggu kedatangan Iskandar Zulkarnain abad keduapuluh. 



-ihsan-

Ashabul Kahfi

Sudah menjadi adat yang lazim bagi penduduk Upsus merayakan suatu hariraya, dimana mereka sama-sama menghiasi berhala-berhala dan patung-patung, lalu mereka berdiri disekitar patung-patung itu dengan riang gembira, sambil memuja-muja dan menyembahnya, bahkan memberikan korban-korban yang berharga kepada patung-patung dan berhala-berhala itu. Suatu adat kebiasaan yang tidak dapat dirobah dan dilanggar oleh siapa juga.
Tetapi ditengah-tengah golongan penduduk yang ramai itu, ada seorang pemuda termasuk golongan bangsawan dan mulia, tampaknya tidak begitu gembira ditengah-tengah semua orang yang sedang bergembira itu. Dia termenung seorang diri, jiwanya tampak gelisah.
Ketika semua orang sudah sama-sama menyembah kepada berhala-berhala yang dirayakan sebesar-besarnya itu, pemuda itu tampak keengganannya untuk menundukkan kepalanya. Tampak pula keraguan dan kebingungan hatinya untuk turut menyembah dan bersujud kepada batu-batu berhias itu.
Keraguan dan kebingungannya, segera berubah menjadi ketetapan hati untuk menyanggah apa yang dilihatnya itu. Akal dan fikirannya berontak rupanya, sehingga dia terpaksa keluar dari barisan orang ramai dengan diam-diam dan sembunyi-sembunyi,berjalan meninggalkan tempat perayaan besar itu untuk menjauhkan diri. Akhirnya dia berhenti dibawah sebatang pokok kayu, lalu melepaskan kelelahan fikirannya. Mukanya tampak merah padam, menunjukkan jiwanya yang sedang berontak keras.
Perasaan yang demikian itu rupanya tidak timbul dalam jiwa pemuda itu saja. Tidak lama sesudah dia tertunduk dibawah pokok kayu itu, ia disusul oleh seorang pemuda lain yang sebaya dengannya, sama-sama bangsawan kaumnya. Dia pun kerana jiwanya memberontak, tidak sudi lagi memuja dan memuji-muji batu itu. Dua orang pemuda ini segera disusul oleh seorang pemuda lainnya berturut-turut, sehingga mereka sekarang berjumlah tujuh orang.
Ketujuh pemuda ini segera berkenalan, mereka bercakap-cakap mengemukakan pendirian dan fikiran masing-masing. Ternyata kesemuanya mempunyai pendapat yang sama, fikiran yang bulat, sekalipun pada mulanya mereka tidak kenal-mengenal.
Mereka itu sepakat dan berjanji, tidak akan menyembah dan memuja patung-patung itu lagi, sebagai umumnya bangsa mereka sendiri. Lalu mereka menerawang ke alam yang luas, ke langit yang biru, ke matahari yang sedang bersinar, ke gurun yang luas tidak berpinggir itu.
Mereka berkeyakinan bahawa kesemuanya itu tentu ada yang menjadikan dan menguasai, iaitu Allah s.w.t. "Ya, Allah, inilah yang harus kita sembah," kata mereka.
Mereka bersumpah akan menyembah Allah dan akan memegang teguh agama mereka ini. Jiwa mereka mulai tenang kembali dan mereka sepakat pula akan menyembunyikan apa yang terkandung dalam jiwanya masing-masing itu, terhadap bangsanya yang masih sesat dan fanatik, takut kalau-kalau hal itu diketahui rajanya, yang pasti akan memaksa mereka untuk kembali ke agama yang sesat itu. Hal ini tak dapat mereka pertahankan, kerana mereka tidak ramai dan tidak mungkin kuat untuk melawannya.
Demikianlah beberapa waktu lamanya, mereka hidup diantara bangsanya, ke hulu sama ke hulu, ke mudik sama ke mudik, namun dalam jiwanya bertentangan seratus peratus. Tetapi bila pemuda-pemuda itu sedang seorang diri, masing-masing bersembahyang menyembah Allah s.w.t. berdoa dan bermunajat kepadaNya.
Pada suatu malam, ketujuh pemuda ini berkumpul disuatu tempat. Dalam pertemuan itu, salah seorang diantara mereka lalu berkata dengan berbisik: "Saudara-saudara, kelmarin saya mendengar khabar yang amat mengecewakan kita, bila benar orang yang membawa khabar ini, iaitu ada persiapan untuk merusakkan agama kita, serta membahayakan jiwa kita. Saya dengar, bahawa raja sudah mengetahui akan hal kita ini. Bukan main marahnya setelah dia mengetahui. Raja telah memutuskan akan menghukum kita dengan hukuman yang seberat-beratnya, bila kita tidak kembali dari agama kita ini. Saya khuatir sekali kerana menurut khabar itu juga, bahawa tindakan kejam terhadap kita itu akan dijalankan besok pagi dengan memanggil kita semua. Kalau kita benar-benar hadir dihadapan raja, sudah pasti kita akan mengalami hal-hal yang tidak diinginkan. Marilah kita fikirkan bersama apa yang harus kita jalankan."
Mendengar keterangan ini, lalu berkata pula yang lainnya: "Khabar ini sudah lama pula saya mendengarnya. Mula-mula saya kira hanya khabar bohong saja. Tetapi tanda-tanda semuanya
menunjukkan bahawa khabar itu benar-benar adanya. Nyata sudah, bahawa kita tidak akan dapat meninggalkan agama kita, sekalipun apa juga yang akan terjadi. Matahari timbul setiap pagi dan tenggelam setiap petang, menjadi bukti adanya Tuhan yang kita sembah. Segala yang ada ini menjadi bukti kebenaran yang kita sembah."
Sebelum dapat memutuskan apa-apa yang harus mereka lakukan, tiba-tiba mereka sudah didatangi pengawal diraja. Ketujuh pemuda itu digiring mengadap raja, diceraikan dari keluarganya masing-masing. Raja lalu berkata kepada mereka: "Kamu sudah mencuba menyembunyikan apa yang terkandung dalam hatimu masing-masing. Tetapi apa yang kamu sembunyikan itu sudah ku ketahui semuanya, baik yang lahir, mahupun yang batin. Kamu telah melemparkan agama raja dan agama rakyat, lalu menganut agama baru yang tidak ku ketahui bagaimana cara datangnya kepadamu.
"Aku mahu menghukum kalian dengan hukuman yang seberat-beratnya. Tetapi hukuman ini ku tangguhkan, memandang kehormatan keluarga dan kebangsawananmu sekalian.
"Aku memberi tempoh kepadamu sekalian untuk berfikir: Kamu harus kembali ke agama yang lama, iaitu agama raja dan agama rakyat, atau kamu akan dilihat orang ramai untuk digantung, dipenggal lehermu dan dibunuh mati."
Kepada masing-masing pemuda yang tujuh orang itu, diberikan Allah hati yang tetap, keimanan yang teguh; mereka lalu menjawab: "Ya raja, kami menyembah Tuhan kami ini bukan dengan meniru, tetapi sebagai penyelidikan dan pemikiran kami yang sedalam-dalamnya. Adapun orang ramai yang menyembah patung-patung itu adalah semata-mata dengan meniru saja, tidak dengan menjalankan akal dan fikirannya sedikit juga. Kalau kami kembali menyembah agama mereka, bererti kami menipu diri sendiri dan menipu raja pula. Sebab itu kami akan tetap memegang teguh agama kami ini, terserahlah kepadamu untuk menjalankan tindakan apa saja yang engkau kehendaki."
Raja lalu menjawab: "Janganlah kamu menjawab sekarang. Pulanglah dahulu, besok pagi datang lagi menghadap. Pilihlah salah satu di antara dua hal yang sudah ku kemukakan itu. Terserah kepadamulah untuk menentukannya."
Di saat itu juga mereka lalu bermusyawarah di salah suatu tempat yang agak jauh dari kota. Salah seorang lalu berkata: "Raja memang sudah tetap dengan keputusannya, kita pun sudah tetap pula dengan keputusan kita, iaitu dua putusan yang bertentangan. Kalau kita datang lagi esok, bererti kita menyerahkan jiwa kita untuk dicabut. Sebab itu guna mempertahankan agama kita marilah kita menyembunyikan diri dalam gua yang terletak di gunung itu. Sekalipun gua itu sempit dan gelap keadaannya, tetapi iman dapat melapangkan dada dan menenangi fikiran kita. Sebaliknya kita berada di alam yang lapang dan ditenangi oleh matahari, kita tidak merdeka beragama dan menyembah Tuhan kita. Marilah kita berhijrah ke sana dengan agama dan kepercayaan kita. Apa gunanya kita hidup di sini, dimana kita dipaksa beragama yang tidak sama dengan fikiran kita sendiri !"
Ketika itu juga mereka bersiap menyediakan bekalannya masing-masing, lalu berangkat meninggalkan kampung halaman dan keluarga masing-masing, menuju ke gunung yang jauh letaknya, ke gua sempit di tengah hutan. Mereka pergi tanpa senjata dan pengawal. Untung di tengah jalan mereka disusul oleh seekor anjing kepunyaan salah seorang di antara mereka. Anjing inilah yang menjadi penunjuk jalan menuju ke gua yang terpencil itu.
Setelah mereka memasuki gua itu, anjing itu tetap berdiri, di muka gua, berjaga dengan merentangkan kedua kakinya.
Di tepi gua itu mereka temui buah-buahan, lalu dimakannya dan ada pula sedikit air, lalu diminumnya. Setelah itu mereka duduk melepaskan lelahnya, setelah lama berjalan, mendaki dan menurun. Baru saja mereka sama-sama merebahkan dirinya untuk menenangkan perasaan letihnya, tiba-tiba mereka itu semuanya tertidur senyenyak-nyenyaknya.
Malam berganti siang, siang pun berganti malam, tahun berganti tahun dan abad berganti abad, sedang pemuda-pemuda itu tetap tidur dengan nyenyaknya. Mereka tidak mengetahui samasekali akan penggantian malam dengan siang, penggantian tahun, penggantian musim dan penggantian abad. Hujan dan angin taufan pun tidak mereka ketahui, begitu jua guruh dan petir tidak mereka dengar.
Dengan takdir Allah, jalannya matahari agak membelok sedikit, sehingga tepat di pintu gua tempat mereka bersembunyi itu. Dengan keadaan cahaya matahari yang sangat terik itu, mereka terbangun.
Tiga ratus sembilan tahun lamanya mereka tidur. Di kala terbangun itu keadaan mereka sudah jauh berubah. Mereka merasakan lapar yang bukan kepalang hebatnya, tetapi masing masing tidak mengetahui berapa lamanya mereka tertidur itu.
Salah seorang lalu berkata: "Saya menduga lama benar tidur kita ini. Cuba kamu katakan berapa lamakah gerangan?"
Seorang lagi lalu menjawab: "Berdasarkan letihnya badan dan laparnya perut kita, maka saya kira kita sekalian tertidur sehari lamanya."
Berkata pula orang yang ketiga: "Kita mulai tidur di waktu pagi dan itu matahari masih belum terbenam. Kalau begitu kita tidur hanya setengah hari sahaja."
Berkata pula yang keempat: "Apa gunanya kita bertengkar tentang lamanya tidur. Tuhanlah yang lebih mengetahui berapa lamanya kita tidur. Tetapi kerana saya terlalu lapar, sebab tidak makan dahulu sebelum berangkat, maka siapakah di antara kita ini yang mahu pergi ke kota (pasar) untuk membeli makanan? Inilah wangnya; tetapi harus berhati-hati jangan sampai diketahui orang atau raja, bahawa kita berada dalam gua ini, sebab sudah pasti raja dengan kakitangannya sedang mencari kita dimana mana."
Salah seorang dari mereka lalu keluar menuju ke pasar mencari makanan, dengan perasaan khuatir dan takut, akhirnya sampailah dia ke dalam kota Upsus, iaitu negerinya sendiri. Alangkah hairannya ia bahawa negeri itu benar-benar negeri Upsus. Tetapi segala pemandangan yang dilihatnya berubah semuanya. Berubah tanda tandanya, berubah bentuk rumah dan gedung-gedungnya. Banyak pula dilihatnya bekas gedung-gedung yang sudah tua yang sudah runtuh. Tiap-tiap orang lalu lalang diperhatikannya, seorang pun tidak ada yang dikenalinya. Dia berkata dalam hatinya: "Negeri ini seakan-akan negeri kami sendiri tetapi penduduknya bukanlah bangsa kami sendiri, jauh berbeza keadaan mereka ini."
Dia berjalan terpinga pinga, makin bertambah banyak juga tolehnya ke kiri dan ke kanan. Nyata kebimbangan dalam setiap langkahnya, sehingga setiap orang yang melihat kepadanya, dapat mengetahui bahawa dia adalah orang asing yang baru sekali melalui negeri ini. Salah seorang penduduk yang melihat akan keadaannya, lalu bertanya kepadanya: "Apakah engkau orang asing di negeri ini? Dari manakah asalmu dan apa yang sedang menggoda fikiranmu? Siapakah yang sedang kau cari?"
Mendengar pertanyaan itu, dia lalu menjawab: "Saya bukan orang asing. Saya sedang mencari makanan untuk saya beli, di manakah tempat orang menjual makanan?"
Orang itupun lalu membawanya ke tempat orang menjual makanan. Makanan diambilnya dan penghuni gua ini pun mengeluarkan wang yang ada dalam sakunya. Alangkah terkejut sipenjual makanan itu, setelah dilihatnya matawang yang dibayarkan pemuda itu, adalah matawang lama, yang beredar tiga abad yang silam, yang sudah tidak laku lagi di saat itu. Sipenjual makanan itu mengira, bahawa pemuda itu pasti mendapat barang pendaman dan pasti fikirannya bahawa selain matawang yang dilihatnya itu tentu ada banyak lagi harta kekayaan lainnya. Orang ramai yang sama melihat matawang itupun berkerumun melingkari pemuda itu. Mereka ingin tahu di mana pemuda itu menyimpan hartabenda pendaman itu.
Dengan rasa tercengang dan penuh hairan akan maksud mereka, pemuda gua itu lalu berkata: "Saya bukan mendapat barang pendaman sebagai yang kamu sangkakan, wang ini adalah wang yang kudapat dari temanku kelmarin. Dengan wang ini saya berniat untuk membeli makanan. Kenapa kamu merasa terkejut melihat wangku ini? Kenapa kamu menyangka yang bukan-bukan terhadap diriku?"
Pemuda gua itu segera berpaling hendak melarikan diri, kerana takut akan terbuka rahsia teman-temannya yang sedang bersembunyi, menyembunyikan diri dari tangkapan raja negeri itu.
Tetapi orang ramai menghalangnya. Dengan kata-kata yang sopan-santun, mereka ingin mendengarkan cerita selanjutnya.
Dalam percakapan selanjutnya, maka terbuktilah kepada orang ramai itu, bahawa pemuda ini adalah pemuda yang lari dari kepungan raja pada tiga abad yang silam. Mereka mengetahui akan peristiwa itu, dari cerita yang telah masyhur dan diketahui orang ramai. Larinya pemuda-pemuda itu kerana tidak sudi menjual agamanya kepada raja yang ganas, yang memaksa mereka untuk menyembah batu.
Salah seorang di antara mereka itu berkata kepada pemuda itu: "Janganlah engkau khuatir kepada raja ganas yang engkau katakan tadi. Raja itu sudah mati pada tiga abad yang silam. Raja yang memerintah sekarang ini, adalah seorang raja yang mukmin dan baik hati. Raja kami yang sekarang ini orang beriman seperti yang kamu imani. Di manakah teman-temanmu yang lainnya? Bawalah mereka ke mari semuanya "
Barulah pemuda itu insaf akan apa sebenarnya yang sudah terjadi. Dengan ketenangan yang amat jelas serta dengan alasan dan bukti-bukti yang cukup terang, maka terbuktilah bahawa mereka berada dalam gua bukan semalam atau setengah hari, tetapi sudah tiga abad lamanya. Segera pemuda itu minta izin untuk memberitahukan teman-temannya yang masih bersembunyi dalam gua, agar keluar dari persembunyiannya dan menerangkan kepada penduduk negeri itu akan keadaan yang sebenarnya; apalagi mereka sedang menunggu dengan kelaparan dalam gua, serta ingin mengetahui keadaan di luar gua.
Laporan peristiwa ini segera sampai kepada raja yang soleh, yang sedang berkuasa di negeri itu. Raja sendiri tampil turut menyambut pemuda-pemuda beriwayat itu dari dalam gua tempat persembunyian mereka. Raja pun ingin mengetahui akan riwayat dan wajah mereka, selama ini mereka senantiasa menjadi bualan orang ramai saja.
Setelah mereka keluar dari gua itu, mereka disambut raja dan penduduk negeri. Raja membawa mereka ke dalam istana dan diberinya tempat di istana yang indah itu. Para pemuda tadi lalu berkata kepada raja: "Kami ini sudah tidak mengharap hidup yang lebih panjang lagi, kerana kami sudah melewati beberapa keturunan dan kesemuanya telah meninggal dunia, bahkan negeri dan gedung-gedung besar yang dahulu pun sudah runtuh semuanya; yang kami lihat sekarang ini adalah serba baru. Kami pun sudah puas melihat raja dan penduduk yang hidup di negeri ini sudah sama-sama beriman kepada Allah."
Para pemuda itu lalu bersujud dan berdoa ke hadhrat Allah agar menurunkan rahmatNya dan agar Allah mengizinkan mereka pulang ke rahmatullah. Tidak lama kemudian sesudah mengucapkan doa itu mereka lalu menghembuskan nafasnya yang terakhir, dengan tenang dan tenteram.
Keadaan dan kejadian itu, menjadi dasar yang kuat sekali bagi mereka untuk tetap iman dan tunduk kepada Allah, Tuhan yang Maha Kuasa. Mereka makin percaya bahawa janji Allah itu benar semuanya, serta Hari Qiamat dan akhirat itupun benar semuanya. Sepeninggalan mereka, orang lalu bentengkar cara bagaimana pemuda-pemuda suci itu dapat diperingati. Ada yang mengusulkan agar di atas kubur mereka itu didirikan sebuah tugu besar, rumah dan gedung yang dapat menunjukkan kebesaran mereka itu. Tetapi ada juga satu golongan dari orang-orang yang cinta terhadap pemuda-pemuda itu berkata, agar jangan tugu yang didirikan tetapi dirikanlah masjid di atas gua mereka itu, supaya dari dalam masjid itu dapat orang sama sama menyembah dan membesarkan nama Allah dan selalu insaf akan kebesaran Allah. Sebab apa ertinya sesuatu peringatan dan penghormatan, bila peringatan dan penghormatan itu tidak dapat membawa orang kepada menghormati dan membesarkan Allah, Tuhan yang Maha Terhormat dan Maha Kuasa.* 



-ihsan-

Monday, December 28, 2009

Perintis Pahlawan Terbilang

Karangan Abd. Latip Talib dalam karyanya yang bertajuk 'Khalid Al-Walid pemburu syahid' benar2 memberi impak pada sesiapa yang membacanya. cerita tentang kisah perjalanan Panglima Islam yang disegani itu benar2 teliti. apbila pembaca berkongsi perhatian sepenuhnya ketika membca, seolah-olah setiap kejadian yang berlaku benar seprerti realiti.


-hiasan-

Siapa sebenarnya Khalid Al-Walid. memang pada dasarnya kita pasti mencemuh jika dikatakan ada orang yang tidak langsung mengenali insan hebat itu. namun jangan tidak tahu, ramai sebenarnya antara anak2 muda zaman sekarang yang kurang mengenali siapa sebenarnya salah seorang sahabat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W itu.

Khalid Al-walid dilahirkan dalam keluarga bangsawan quraisy yang kaya raya dan pemurah. sejak kecil lagi beliau dilatih menjdai pahlawan.apabila meningkat remaja, Khalid Al-walid mula mencipta nama sebagai seorang pahlawan yang disegani di tanah arab. kegagahannya menjadi kegerunana setiap penduduk tanah arab.


pedang Khalid Al-walid

Apabila islam disebarkan secara terang terangan, bapa Khalid Al-walid menjadi salah seorang pembesar mekah yang paling kuat menentang. Khalid Al-walid juga tidak terlepas. baginya, mereka yang membelot terhadap tuhan latta dan uzza perlu disembelih senagai hukuman. Namun Allah itu maha Berkuasa. apabila bapanya meninggal dunia, beliau mulai sedar tentang kebenaran ajaran Islam. selepas perang uhud, yang mana diketuai olehnya dan mencapai kemenangan terhadap tentera islam,Khalid Al-walid berasa begitu bersalah, seolah2 satu kemungkaran berlaku kerana memerangi Rasul Allah itu. Hatinya mula terdetik. tidak lama selepas itu, beliau membuat pengumuman terang terangan seperti Saidina Umar Al-khattab kepada kafir Quraisy untuk mengumumkan pengislamannya. seperti biasa, tiada yang berani utk menghalangnya.

Setibanya di Madinah Mukarramah, kedatangannya tidak dialukan oleh sebahagian penduduk Madinah, namun Rasulullah memberi jaminan bahawa, Khalid Al-walid benar2 telah berubah. Malangnya, beliau tidak mendapat layanan seperti berada di Mekah bersama para pembesar Quarisy. Jika dahulu, pangkat dan harta menjadi teman, kini, beliau hanya ditugaskan untuk melatih anak2 muda Madinah untuk mempelajari ilmu perang. namun, beliau tidak pernah berprasangka buruk. bukan pangkat dan harta yang dicari, namun pengabdian hakiki terhadap Allah S.W.T.

Ketika Perang Muktah, diman perang yang diketuai oleh anak angkat Nabi S.A.W, Saidina Zaid bin Harithah, bersama 2 lagi panglima lain, keperibadian Khalid Al-walid sebagai pemimpin dimedan perang sekali lagi terbukti. beliau berusaha menyelamatkan panji Islam yang diberi oleh Rasulullah setelah seorang demi seorang panglima-panglima Islam gugur. semenjak itu, beliau di lantik menjadi ketua Panglima Islam yang seterusnya. Berada bersama dengan insan2 hebat yang lain seperti sahabatnya karibnya, Yazid serta Ikramah bin Abu Jahal, dan para Sahabat yang lain, satu demi satu musuh islam gugur kearah kebenaran.

Mengapa penulis berusaha menceritakan tentang perjalanan hidup Khalid Al-walid??
kisah perjuangan mencari syahid Saidina Khalid Al-Walid cukup menyentuh hati. walaupun beliau berusaha mencari syahid, namun tugas yang di amanahkan padanya semulia mencari nilai syahid..sepanjang beliau menjadi panglima Islam, benteng Parsi berjaya dirobohkan, cahaya hidayah menyinar hingga ke Rom.
Saidina Abu Bakar pernah berkata kepada Saidina Umar Al-Khattab, 'tidak akan ada wanita yang dapat melahirkan lelaki seperti Khalid Al-Walid'

benar apa yang diperkatakan, sehingga kini, tiada yang segagah beliau menyahut sinar kebenaran, tiada yang segagahnya memerangi golongan pembenci Islam, tiada yang sebijaknya mencari strategi meruntuhkan kekebalab musuh. namun itu bukan alasan agar dunia terus mencari perintis seperti Khalid Al-walid, perintis seperti Dr. Hassan Al-Banna, Dr. Abd Aziz Rantisi, Syeikh Ahmad Yasin, dan ramai lagi, semuanya syahid di medan perjuangan jihad. Hairan, semakin dunia menghampiri tahap  kemodenan global, semakin kurang perintis2 yang terus berusaha mencari syahid dan jihad di jalan Allah.. mengapa? persoalan itu ana harap bolehlah kita fikirkan bersama..harap kisah di atas menjadi tauladan dan pembakar semangat jiwa muda untuk berjihad di jalan Allah..InsyaAllah...

Wednesday, December 16, 2009

Berwaspadalah umat Islam sekalian

sedetik berbicara dengan insan yang tersayang, tiba-tiba mendatangkan satu idea. mengapa tidak kita membincangkan tentang salah satu penyakit dalaman umat islam di malaysia??

Sekularism@liberalism..ana sendiri pun kurang pasti dengan definisi yang lebih tepat, tapi yang pasti, Sekularisme ialah ideologi bahawa urusan keduniaan seperti politik, pentadbiran dan undang-undang harus dipisahkan dari urusan keagamaan. Sekularisme juga boleh bermaksud fahaman yang menggalakkan idea atau nilai sekular dalam ruang awam atau peribadi. Mereka yang berpegang kepada fahaman ini adalah dipanggil golongan sekularis. manakala, Liberalisme ialah falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik tertinggi. Seseorang yang menerima fahaman liberalisme dipanggil seorang liberal. Walau bagaimanapun, maksud perkataan liberal mungkin berubah mengikut konteks sesebuah negara. Namun begitu, jika hendak dibincangkan tentang liberalisme, mungkin terlalu panjang untuk dihuraikan, jadi izinkan ana untuk menghurai sedikit sebanyak tentang sekularisme.

apa sebenarnya sekularisme? apa yang dapat dijelaskan?

Sekularisme memperjuangkan hak untuk bebas dari peraturan dan ajaran agama, dan kebebasan dari ajaran agama yang dipaksakan oleh pemerintah ke atas rakyat, sebuah negara yang bersifat neutral dalam hal-hal keagamaan, dan juga tidak memberi keistimewaan terhadap mana-mana agama. Dengan kata lain, sekularisme merujuk kepada kepercayaan bahawa kegiatan dan keputusan yang dibuat oleh manusia, terutamanya yang berkaitan politik, harus berdasarkan bukti dan fakta bukannya pengaruh agama. bermakna, diringkaskan bahawa, sesebuah negara yang mengamalkan sekularisme, adalah sebuah negara yang menolak fahaman agama. bukan begitu?


Mustafa Kemal Ataturk

contoh negara yang mengamalkan sekularisme?? kiata ambil contoh mudah, Turki. masih ingat lagi peristiwa kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniah pada akhir 1908? yang dijana oleh Mustafa Kemal Ataturk, presiden Turki yang pertama? beliau berjaya membuktikan diri beliau sebagai komander tentera yang berjaya ketika berkhidmat dalam Pertempuran Gallipoli pada Perang Dunia Pertama. namun beliau gagal untuk memastikan islam yang terpahat di negara ibundanya bertahan. mengapa? kerana beliau sendiri yang mencipta satu ideologi 'kemalism' sebagai anak didik sekularisme.


bizantium di turki

mungkin ramai yang masih kurang pasti bagaiman sebenarnya sekularisme berfungsi. seperti yang diterangkan, sekularis berusaha untuk menolak pandangan agama. dalam kes Kemal Ataturk, rakyat turki melihatnya sebagai satu revolusi untuk Turki, penggerak ke arah kemodenan. namun bagi umat islam, beliau sebenarnya bagai syaitan bertopengkan manusia. Beliau cuba menghakis sentimen2 islam dengan melakukan pelbagai acara yang bertentangan dengan islam, seperti tarian dikhalayak ramai bercampur jantina, dan sebagainya.



mungkinkah ini contoh pencetus sekularisme di malaysia?
(dari kanan: al-maunah, al-arqam, konsert liar)

Di Malaysia, sekularisme masih belum jelas didedahkan, namun jangan tertipu, institusi-institusi yang melaksanakan nilai2 sekularisme dan liberalisme terutamanya dalam aspek agama, bagai cendawan yang tumbuh slelepas hujan dan perlu diambil langkah berhati-hati, jangan sesekali kita terpedaya. Ironinya, jika dilihat dalam segenap masyarakat kini, rakyat seolah-olah tidak memerlukan institusi ini sebagai pencetus sekularisme, dan mereka sendiri yang mencetuskannya secara sendirian. hairan bukan? ana tidak mahu mengutarakan contoh-contoh yang berkaitan, cubalah fikir sendiri, adakah islam yang dilaksnakan itu bertepatan dengan Islam Tradisional yang diturunkan sejak berribu0ribu tahun dahulu? tepuk dada tanyalah selera.

masjid putrajaya

maaf andai bicara ini kurang memberangsangkan atau ada yang terasa, namun ini merupakan hakikat yang perlu diterima. Negara kita semakin hampir kepada ideologi sekularisme dalam tidak sedar. siapa yang harus berwaspada? sekali lagi, tanyalah iman saudara/saudari, terdetikkah hati antum untuk mengelakkan islam di Malaysia terus tenggelam dengan pembaharuan yang menyesatkan??

2.49 a.m
-coretan idea Nurawatif Mohd Fauzi =)-

Monday, December 14, 2009

sedetik bersama hidangan maghribi =)

Ayam Saffron Maghribi (hidangan untuk 4 orang)

anggaran masa : 1 jam

bahan2
1 ekor ayam dipotong dan dibuang kulit
2 biji bwg besar dipotong dadu
1 sudu besar serbuk halia
1 sudu teh lada sulah
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk saffron
1 sudu teh kunyit
2 sudu teh garam
1/4 cawan mentega
1/4 cawan minyak zaitun

cara2
campurkan semua bahan2 di atas didalam satu bekas/oven pot, tutup dan masak dalam kadar api yang sederhana tinggi selama satu jam atau selama ayam kelihatan lembut. jangan biarkan ayam anda terlalu hangit, dan alihkan mengikut kesesuaian. tidak perlu tambahkan air.
juga sedap di hidangkan dengan nasi putih. mudah bukan?? selamat mencuba..

teguran berhikmah

baru-baru ni ana terdengar satu ceramah ringkas dalam radio pahang f.m yang membicarakan tentang kehidupan bermasyarakat, bila terdengar tentang teguran, hati ana tertarik untuk menulis.

Dalam kehidupan bermasyarakat, teguran memang pasti, baik untuk kebaikan orang lain, juga untuk kebaikan diri kita sendiri. Namun masih ramai yang tak tahu, bagaimana cara sebenar untuk menegur??
Ana ambil contoh mudah di tempat ana masih belajar sekarang, upacara tegur2 menegur memang hangat, tambahan pula remaja2 yang memang 'kurang faham bahasa'. Baguslah, terdetik juga hati mereka yang hendak menegur itu, membimbing rakan-rakan mereka ke jalan yang lebih baik, namun masalahnya, cara teguran, bukannya membuatkan orang yang ditegur itu insaf, bahkan mencetuskan satu maslah yang baru pula, perselisihan faham..kebanyakannya pelajar muslimin kerap menegur pelajar2 muslimat baik tentang cara pemakaian mahupun cara pergaulan. tetepai perlu didingat, hati wanita ini lembut, cara teguran juga mestilah lembut. Sedihnya, segelentir muslimin ini seolah-olah melayan mereka yang mendedahkan aurat contohnya, seperti tidak layak di gelar sebagai seorang islam, oleh yang demikian, terjadi lah kutukan dari dorongan syaitan, bukannya teguran yang membawa kebaikan.
Masih ingat lagi bagaimana kisah pada zaman Rasulullah dahulu, bagaiman teguran dilakukan?? kita ambil contoh cucu junjungan Nabi Muhammad SAW, Sayyidina Hassan dan Hussien. Pada suatu ketika di sebuah masjid, Sayyidina Hassan dan Hussien terlihat bagaimana seorang tua mengambil wudhu' dengan cara yang salah, bagaimana mereka mahu menegur? dengan usia yang masih kecil, dapatkah teguran itu diterima oleh si tua itu? lalu kedua-dua Sayyidina Hassan dan Hussien terfikir satu idea yang cukup menarik. pergaduhan terjadi diantara kedua-dua cucu baginda Muhammad SAW untuk menarik perhatian si tua itu, percaturan itu berjaya, lalu si tua bertanya "mengapa kamu berdua bergaduh?"
si abang menjawab bahawa si adiknya tidak mengambil wudhu' dengan betul, lalu ditunjukkannya cara mengambil wudhu' yang betul, dari awal hingga ke akhir. Masya Allah, begitu kreatif pemikiran si kecil itu untuk membuat teguran. pergaduhan itu membawa kepada kesedaran pada si tua bahawa cara yang diamalkannya sebelum ini untuk mengambil wudhu' itu adlah salah.

mengapa kita tidak terfikir untuk berfikiran secara kreatif sebegitu? dengan kata lain, melakukan teguran dengan cara yang paling berhikmah. itu tentang teguran di alam nyata. bagaimana pula dengan teguran secara tidak langsung? zaman globalisasi ini, umat islam semakin pintar dan bijak mengambil peluang kepesatan dunia internet untuk membuat teguran secara worldwide. usaha yang bijak, blog2 dilahirkan, website islamic diwujudkan. namun adakah semanya membuat teguran secara berhikamh? ana  tak dapat nk jawab persoalan itu, perlulah mereka yang membacanya untuk menilai, nasihat ana, teguran itu satu cabang nasihat yang amat bermakna kepada seluruh umat manusia, namun mesti diingatkan, tegurlah dengan cara yang terbaik dan berhikmah..wallahualam. =)

selasa 1.54 a.m