Wednesday, March 23, 2011

Sempurnakanlah wudhu'mu..

Assalamualaikum..salam pembuka bicara.

Kita sedia maklum, bahawa Ibadah solat merupakan ibadah yang penting dalam kehidupan seseorang muslim.
Dan kita juga sedia maklum, sebelum melakukan ibadah solat, wudhu' perlulah disempurnakan terlebih dahulu.Namun begitu, resam manusia zaman moden yang menginginkan segalanya dilakukan dengan kepantasan dua kali ganda, wudhu' itu ala kadar saja penyempurnaanya, apatah lagi ibadah solat.Pentingkah untuk menyempurnakan wudhu'?

Dari Umar bin al-Khattab r.a katanya:” Ada seorang lelaki berwudhuk tetapi ada kakinya yang tidak terkena air selebar kuku.Dan hal itu dilihatoleh Nabi s.a.w. Disebabkannya baginda bersabda:”Ulang kembali wudhukmu dengan sempurna dan sebagus-bagusnya!” Orang itu pun berwudhuk kembali dan sesudah itu dia solat.”

nah..saiz dua kali ganda tu. Wudhu' yang sempurna, membawa kepada Ibadah solat yang sempurna. Kerap kali diri ini berpeluang melihat gelagat mereka yang mengambil wudhu' dengan sambil lewa. Kadang-kadang, lengan tak dibasuh hingga ke siku, anak kepala pun disimbah agak-agak kena sahaja. Tapi ada juga jenis yang terlebih sempurna hingga membawa kepada pembaziran! agak-agak 5 minit baru siap basuh muka..(hiperbola), airnya laju macam air Sungai Pisang. agak laju jugak la tu..

Saudara, Rasulullah sendiri telah mengajar kita panduan mengambil wudhu' yang sempurna. Usah ditokok tambah,usah di endah menjadi ringkas. Kalau project programming bertimbun-timbun, assingment BM bersepah-sepah, boleh kita siapkan dengan sempurna, apalah sangat berwudhu' dengan sempurna demi mendapatkan ibadah solat sempurna..bukan begitu? Fikirkanlah..=)

penyempurnaan wdhu' permulaan kepada ibadah solat yang sempurna.

Wallahualam..

Kursus Jenazah dan majlis buka puasa???

Assalamualaikum...salam pembuka bicara.

Alhamdulillah bertemu lagi kita. Mohon agar sihat senantiasa harapnya.

Sekadar ingin berkongsi, sejenak meluangkan masa bersama rakan-rakan. =)



22 Mac 2011 (Ahad) 8.30 pg - 1.00 tghri
Pengisian rohani bersama Brother Ahmad Syarief dengan program Pengurusan Jenazah di surau Mahallah Bilal.


Konon-konon khusyuk dengar penerangan, tapi tengah bosan..ha2 (siap gigit kertas lagi tu..)

ni baru betul khusyuk...tahniah Caon (bukan nama sebenar)

tengah insaf pasal dengar...eh2, pesal gambar ni terbalik, adeh..

Majlis berbuka puasa 22 Mac 2011 (Ahad) 10.00 mlm - 10.15 mlm
Setelah letih dengan pengurusan jenazah pagi tadi, dan sebab masing-masing kebulur kot sebab nasik free tadi tak cukup, Zul(bukan nama sebenar) terus decide nak menambahkan lagi ruangan perut beliau dengan Domino Pizza. Tapi nak beli sorang2 tak cukup duit =P so kawan2yang lain pun join skali, jadi..terjadilah majlis ala-ala majlis buka puasa di Mahallah Salahuddin tepat jam 10 mlm, (terpaksa delay 40 minit sebab abg pizza sesat nak cari Mahallah x jumpa).Perhatikan masa majlis berlangsung, 15 mnit je tu!!

uish, ni makan ke mentekedarah...lapar punya pasal, tepi rak kasut pun x kisah punya..

macam-macam ada...(bak kata p.cik Astro..)

zai..(bukan nama sebenar), orang baca doa makan tu, bukan suruh buat air sarsi..

Suapan pertama ala-ala kebuluran..

Shah(nama sebenar) terlalu semangat mengunyah sampai terkeluar urat leher.
Eh, ni ngape gambar convict dari 'View From My Eyes' tersesat kat sini pulak??

Sekadar ingin berkongsi..=)
Wallahualam..

Saturday, March 12, 2011

Maafkan daku..

'betapa sempitnya perjalanan kehidupan seseorang, pasti Allah akan tunjukkan jalannya'.
Ungkapan indah yang menusuk ke hati nurani ini.Tersentak sebentar, terfikir...Ya Allah, berdosanya aku meragukan pertolonganmu..Sejenak aku melihat sempitnya jalan masa depan, terlupa sebentar aku dengan kebesaranMu, betapa Kamu Maha Menentukan segalanya Ya Allah. "Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih".Mengapa mudah benar aku melupakan pepatah melayu yang cukup bermakna itu? Kealpaanku, bukan sekadar membuatkan insan yang amat kucintai terluka,bahkan berdosanya aku, melupakan apa yang telah dijanjikanMu Ya Allah. Doa itu senjata utama bagi kami sekalian mukmin. Mohonlah,nescaya akan dimakbulkan. Jangan mudah berputus asa. Jangan mudah bertawakal tanpa usaha. Jangan jemu mengalunkan doa memohon keberkatan, pertolongan Yang Maha Esa. 

Syukran sayang, durfiqalbi..mengingatkan daku betapa kebesaran Allah mengiringi hamba-hambaNya.
Maafkan aku...

Abu Hurairah..dan Kucing..

Abu Hurairah..siapakah dia? Agaknya mustahil bagi kita untuk tidak mengenali insan ini bukan begitu? Abu Hurairah bermaksud Bapa Kepada Kucing.Abu Hurairah mendapat gelaran tesebut kerana beliau terlalu sayangkan dan menghormati haiwan peliharaan itu. Rata-rata kita mengenali Abu Hurairah sebagai seorang Rawi Hadis yang terkenal. Dalam kesibukan beliau menyampaikan dakwah, mengahafaz hadis,
tidak pernah sekalipun beliau mengabaikan sikap peramah beliau terhadap kucing. Apa istimewanya kucing?

Kucing dikurniakan oleh Allah, deria bau yang tajam, kadar penglihatan yang jelas meskipun didalam gelap, dan ketangkasan yang menakjubkan. Sikap kucing kadangkala seperti manusia.Sesungguhnya, setiap makhluk Allah, mempunyai perasaan. Kucing mempunyai sifat dendam dan juga sikap menghormati. Katakan sesorang itu membela kucing,tapi sentiasa disepak terajang. Agak-agak jinak tak kucing itu? tidak bukan?
pasti ada ikan-ikan yang hilang selepas selesai operasi menyepak terajang itu. Katakan pula seseorang itu memberi makan kepada seekor kucing yang terbiar. Jika dirumah, pasti kucing tersebut akan tunggu didepan rumah tersebut.Dengan harapan dapat makan lagi pun iye jugak. Tapi sebenarnya kucing itu begitu menghormati manusia yang memebrinya makan dan menganggapnya sebagai tuan. Kadangkala kucing juga
bisa merajuk, sombong dan sebagainya.Mungkin ada yang tidak percaya, tapi itulah hakikatnya.

Abu Hurairah sentiasa menyayangi kucing. Pernah di rumahkannya kucing yang baru diperoleh di tepi jalan didalam lengan jubahnya, dan dibawanya kucing tersebut bersiar-siar sebelum dibawa pulang ke rumah. Seperti yang diperkatakan tadi, kucing adalah makhluk Allah dan mempunyai perasaan. Janganlah menyeksa kucing. Masih ingat saudara tentang kisah wanita yang dimasukkan ke dalam neraka kerana menyeksa kucing?

Model hari ini...En. dan Pn. Miaow..
Pn. Miaow sedang bersantai..

Bersih-bersih bulu sikit...
En. Miaow pun nak join bersih bulu..
Bersantai setelah bersih..

Wallahualam..

p/s-gambar-gamabr kucing tu, kucing penulis yang empunya ye..

Thursday, March 10, 2011

perempuan lebih ramai masuk neraka




Dari Imran bin Husain dia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya penduduk Syurga yang paling sedikit adalah wanita.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w : “Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya.” (HR Nasa’i)

Sabda Rasulullah s.a.w : “Wanita yang meminta cerai pada suaminya tanpa sebab (yang syar’ie) maka haram baginya mencium wangi Syurga.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi )

Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w menjelaskan tentang wanita penghuni Neraka, baginda bersabda :
“ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Di dalam kisah solat gerhana matahari, Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya melakukan solat gerhana padanya dengan solat yang panjang , Rasulullah s.a.w melihat Syurga dan Neraka. Ketika beginda melihat Neraka beginda bersabda kepada para sahabatnya: “ … dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Baginda s.a.w menjawab : “Kerana kekufuran mereka.” Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ” (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)

Ketika beginda selesai berkhutbah hari raya yang berisikan perintah untuk bertakwa kepada Allah s.w.t. dan anjuran untuk mentaatiNya. Baginda pun bangkit mendatangi kaum wanita, baginda menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian baginda bersabda : “Bersedekahlah kamu semua. Kerana kebanyakan kamu adalah kayu api Neraka Jahanam!” Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, dia pun bertanya : “Mengapa demikian, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab : “Kerana kamu banyak mengeluh dan kamu tidak taat terhadap suami.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari)

ihsan.

Tuesday, March 8, 2011

Kisah Hassan Al-Banna siri-3


BELAJAR DI KAHERAH DAN KESEDARAN REFORMASI Pada 1923, pada usia 16, al-Banna telah memasuki Fakulti Darul ‘Ulum, Azhar yang masyhur di Kaherah. Di Azhar, bila teman-temannya memakai pakaian Mesir (topi khas yg bernama tharbus), al-Banna memakai serban Arab, karena ingin mencontohi Rasululloh SAW.

Selama 4 tahun di Kaherah, beliau telah terdedah kepada hiruk pikuk politik di Kaherah pada awal 1920an, dan meningkatkan kesedaran beliau tentang kesan fahaman sekular dan Barat yang telah menembusi masyarakat Islam, hingga ke akar umbi. Inilah yang menyebabkan al-Banna begitu tersentuh dengan keadaan pemuda-pemudi Islam yang hanyut dari ajaran Islam. Al-Banna meyakini perang untuk memenangi hati dan pemikiran pemuda-pemudi adalah begitu penting untuk menyelamatkan Islam daripada serangan hebat Barat.

Semasa belajar di Kaherah, al-Banna menyelami hasil penulisan reformis Islam yang awal, termasuklah Muhammad ‘Abduh (1849-1905), yang merupakan guru ayahnya semasa di Azhar. Tetapi yang paling banyak mempengaruhi pemikiran al-Banna merupakan murid ‘Abduh, iaitu Rashid Rida (1965-1935). Al-Banna merupakan pembaca tetap al-Manar, majalah yang diterbitkan oleh Rida di Kaherah dari 1898 hinggalah kematiannya pada 1935. Al-Banna berkongsi pendapat dengan Rida mengenai merosotnya tamadun Islam berbanding dengan Barat. Al-Banna juga percaya bahawa fenomena ini hanya boleh diterbalikkan dengan hanya kembali kepada ajaran Islam yang sejati, bebas daripada segala kekotoran yang melemahkan kekuatan mesej Islam yang sebenar.

MENGAJAR DI ISMA'ILIYYAH Selepas tamat belajar di Darul ‘Ulum pada 1927, berusia 21, al-Banna telah menjadi guru bahasa Arab di sebuah sekolah rendah di Isma’iliyyah. Pada masa itu, Isma’iliyyah merupakan pusat pemerintahan Canal Zone dan menjadi ibu pejabat Suez Canal Company (SCC). Ia menempatkan kem tentera dan kediaman bagi pekerja Barat yang mana menjadikan pekerja dan penduduk Mesir di situ sebagai kelas kedua, iaitu menjadi buruh kasar di perusahaan-perusahaan Eropah itu. Kehidupan agama Islam yang dianut penduduk Ismailia pun terumbang-ambing dalam pertentangan khilafiah antara pelbagai kelompok tasawuf.

Tugas al-Banna yang pertama ialah meningkat kesedaran dan penyatuan aqidah di kalangan masyarakat Ismai’iliyyah. Al-Banna melihat kehadiran kuffar ke Isma’iliyyah sebagai pendudukan tentera, pengeksploitasian ekonomi, pencemaran budaya dan kehilangan maruah. Ini meningkatkan semangatnya untuk mengusir British daripada Mesir, dan umumnya, pengaruh Barat.

Daripada saat al-Banna tiba di Isma’iliyyah, beliau telah melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti masyarakat. Al-Banna berusaha untuk merapatkan diri dengan orang-orang penting di bandar tersebut sambil bergaul mesra dengan seberapa banyak masyarakat umum yang boleh. Al-Banna mengadakan kelas malam untuk ibubapa pelajar dan mengadakan perbincangan yang tidak formal di masjid, kedai kopi, kelab dan rumah persendirian. Mesej asasnya ialah Mesir telah kehilangan rohnya, ia telah menjadi orang bawahan dari segi politiknya dan ekonomi yang terlalu bergantung pada orang lain, akibat daripada melencong dari jalan yang ditentukan oleh Tuhan. Ubat bagi merosotnya kekuatan negara dan masyarakat hanyalah dengan penekanan kepada Islam sebagai cara hidup.

Salah satu kelainan yang dilakukan oleh al-Banna ialah beliau memulai dakwahnya bukan di masjid kerana takut disalahertikan oleh masyarakat Isma’iliyyah sebagai gerakan tasawuf baru, tetapi di kedai kopi! Mengapa ia memilih kedai kopi? Alasan al-Banna kepada ikhwannya yang kurang setuju dengan cara yang ditempuhnya itu adalah : di kedai kopi, orang-orang sedang rileks dari kesibukan hariannya, mereka fresh untuk mendengar nasihat orang lain, sehingga sangat sesuai kalau berdakwah kepada mereka di saat yang sangat tepat itu. Pada permulaannya, sudah pasti pemilik kafe merasa terganggu, para pengunjung kedai kopi pun merasa hairan. Tetapi oleh kerana al-Banna menyampaikan dakwahnya tidak pernah melebihi 15 menit, pada hari-hari berikutnya para pemilik kafe meminta al-Banna supaya datang lagi, memberikan siraman rohani kepada para pengunjung kedai. Dalam 1 hari, tak kurang dari 10 kedai dikunjungi al-Banna secara bergilir-gilir, padahal jarak antara kedai adalah berjauhan.

bersambung..

Mencari Ketenangan dibumi Hijau

Assalamualaikum..

Salam pembuka bicara..

Maaflah kali ni entri berbeza sikit daripada biasa. Sekadar ingin berkongsi..=).

sebenarnya, bukanlah sebab nak mencari ketenangan pun, takde apa yang nak ditenagkan pun sebenarnya, saja nak pegi jalan-jalan, pergi camping ikut rakan-rakan.

Bertolak pada tepat jam 2.30 petang, kami tiba di Hutan Lipur Lentang, Pahang pada jam 3.15 petang setelah berbasah hujan di area Genting Sempah. Nasib baik la lepas terowong lebuhraya KualaLumpur- Karak tu, hujan automatik berenti sikit demi sikit. kiranya sampai di Lentang tu da kering la...Banyak jugak peristiwa kelakar terjadi. Nak dijadikan cerita, ana jadi leader konvoi kami ni (pergi dengan moto). kira duk depan sekali la...sebelum sampai terowong tu, tak semena-mena hujan turun. Apalagi, pecut la nak masuk terowong. tak sangka la plak orang belakang tertinggal, tak pasal-pasal membe-membe semua termasuk susur ke Institut Aminuddin Baki, menghala ke  Genting Highlands(kira sesat la kejap). Adeh...nasib baik la jumpa balik jalan keluar ke lebuhraya Karak. Moto terjatuh la, terlepas jalan la..kena marah sikit dengan renjer hutan la, macam lagi la...paling tak tahan, tengah nak masak, kuali takde, so terpaksa la pegi cari kuali, cari punya cari, sampai ke Giant Batu Caves, ha3..jauh bukan main...

Tapi walau macam mana banyak sekalipun peristiwa yang tak diingini terjadi, semua orang hepi, tempat campingnya cantik, air sungai pun tenang je..jadi lepas, kalau ada sapa-sapa nak cari tempat camping, Hutan Lipur Lentang mungkin boleh dijadikan pilihan..=)

hari pertama tiba di Hutan Lipur Lentang
bersama motor kawasaki krc 150cc 'buruk' kesayangan..=D

'Penjaga' kami yang setia... Pn. Miaow nama dia..

Aktiviti membakar ayam dengan arang yang sikit..yang tengah tu penting..=P

Setelah setel menghangitkan ayam..Pn. Miaow pun nak join serta..
Pagi yang menyegarkan...bersenam ala-ala Mohabbatein (shahrukh(kiri), amitabh bachhan(kanan))
Hari akhir..semua muka letih, tapi hepi..=)


wallahualam..