Friday, June 17, 2011

Mudahnya meluahkan bicara

Assalamualaikum...
Salam pembuka bicara.

Lihat entri kali ni pasti ada yang pelik dan menyangkal. memang mudah nak berbicara melainkan bisu. tak begitu? nanti la dulu, setakat baca entri saja memang la pelik tajuk tu, mungkin kena pakai tajuk yang lebih 'ummph' sikit bak kata pengasas teh BOH. tapi pagi-pagi idea tak datang lagi, terima je la yek cik minah oi...

Mudahnya meluahkan bicara. lebih jelas lagi, mudahnya meluahkan bicara sinis, menghina, menyakitkan hati, dan yang sewaktu dengannya. terlalu mudah. sebabnya? banyak..nanti kita tengok satu-satu.

Saudara pembaca masih ingat tak hadis Rasulullah yang ni?
“Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat.” 

selepas sahabat tunjuk klip video pasal Maharaja Lawak semalam, terasa sedih sangat. (antara sebab kenapa entri ni ditulis) Banyak betul penghinaan yang berlaku betul tak? maaflah ML, ana cuma berkongsi luahan. sebagai contoh, kumpulan Sepah tiru gaya Ustazah Norbahyah dan Ustaz Akasyah,Jozan tiru gaya Dato' Fadzilah Kamsah dengan cara seperti memperlekeh tokoh-tokoh tersebut. Kata-kata ni ibarat pedang. Rasulullah selalu sebut agar jaga kata-kata kita. Jangan menghina, jangan mencaci, jangan cakap perkara yang boleh menyakitkan hati sesorang. mungkin niat hanya nak bergurau. tapi bukankah gurau pun ada batasan? semua perkara ada batasan. tak gitu cik munah? pak seman?  Kata-kata ni macam-macam 'consequences' dia, ntah betul ke tak eja tu...yang buruk maksud ana. sekali terlepas je, ibarat bom atom yang sengaja dilepaskan di Hiroshima la nanti. Hancur luluh hati mereka yang mendengar. Hati orang lain-lain. Susahkah kita nak menjaga hati sesama manusia? dengan harapan keredhaan Allah, dan kebahagaian hidup dunia dan akhirat menjadi milik kita? lagi best dari cincin 18 karat tajaan Habib Jewels. Tak ada tolok bandingannya.

Siapalah kita untuk menjadi manusia yang sempurna. Saudara, kesempurnaan itu bukanlah perlu kita miliki, tapi perlu kita cari, perlu kita dapati dari cara kehidupan, cara keimanan tersimpan, takdenye orang lahir-lahir da sempurna segala iman dan...apa2 je la. tidak dengan kuasa Allah.

Bicara panjang tak menjamin kebenaran yang disebar meresap ke jiwa. Ntah ada orang baca pun tak entri ni pun tak jamin. haha...Segala yang baik itu datangnya dari ilham milik Allah S.W.T, yang buruk itu sudah pastinya datang dari diri penulis sendiri. salam peringatan buat mereka yang membaca.

Wallahualam...
p/s: nama-nama yang disebutkan tak ada kaitan dengan yang hidup dan mati ye...Ustazah Norbahyah dan rakan-rakan tu lain la...yang cik munah dan rakan-rakan tu takde kaitan..=)

Friday, June 10, 2011

Hati..

Assalamualaikum..salam pembuka bicara.

Bangun tidur hari ni, tiba2 teringat tentang hadis Rasulullah yang ni. :

"sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging.apabila daging itu baik,maka baiklah seluruh anggota.dan apabila daging itu rosak,maka rosaklah seluruh anggota.ketahuilah,itulah hati."


Hati. organ terpenting manusia. Sesetengah menafikannya dan anggap jantung yang paling penting sebab tanpa jantung, sistem pernafasan tak berfungsi, bukan begitu? Kalau macam tu, meh ana nak tany sikit, dekat alam barzakh nanti kita guna tak jantung? Tak pasti bukan? emm...Hati? guna tak?
"betul2...mesti la guna kan opah!" bak kata upin-ipin versi cilok..
Di alam ni kita guna hati, kat alam seterusnya pun kita guna juga hati ni. apa yang pentingnya hati ni sbebenarnya?

Saudara sahabat perjuangan sekalian. renungi kembali hadis Rasulullah diatas. Hati merupakan sudut hidup seseorang manusia yang dibentuk untuk menenetukan hala tuju seseorang individu. Sejak daripada lahirnya manusia merasai nikmat udara. telah pun bekerja keras hati tersebut untuk menentukan hala tuju bayi tersebut. "Hati umpama sehelai kain putih bersih yang belum terusik. andai putih diwarnakannya kelak, putihlah ia, andai hitam diwarnakan hati itu kelak, hitamlah kain suci tersebut"-ayat syarahan masa darjah 6 dulu.
Hati mudah untuk menerima sesuatu. Tapi sukar untuk mengubah apa yang telah diterimanya itu. (dalam maksud tu tau..) begitu juga sifat manusia. Mudah menerima, sukar mempercaya, sukar mengubah cara.

Banyak lagi sebenarnya nak dibicarakan. tapi risau tak ada yang nak membaca pula. maklumlah zaman sekarang ni orang lebih suka tengok gambar lagi daripada membaca. Sebab tu la ramai yang berfesbuk..ha3 tulis blog pun banyak gambar. kalau tak tak ada sapa2 pun nak layan, 'x gitu anje?' (arwah pak zami Ismail dalam Pi mai Pi mai Tang Tu)

Persoalannya sekarang, bagaimana untuk membentuk hati agar sentiasa suci dan menjadi pembela di hari penentuan kelak? Payah tu saudara. maklumlah, kita ni manusia akhir zaman..banyak dugaan. nampak wanita tak pakai tudung pun dah tergoda, apatah lagi nak memantau hati dan perasaan.

Nanti dulu..bukankah Allah da bagi panduan untuk kita memelihara hati? tak ingat? nampak sangat tak fokus masa belajar Pendidikan Islam kat sekolah menengah dulu. haha..macam2 boleh kita lakukan saudara. paling senang, solat jangan tinggal, bacalah al-quran walaupun sebentar sahaja, sehelai sehari pun da ok, jangan lupa berdoa, doa tu kan senjata kita orang mukmin..dan banyak lagi yang dapat kita lakukan untuk memelihara hati. tepuk dada tanyalah hati. kalau apa yang kita lakukan itu (mungkar) tak diterima hati, usahlah buat..tapi kalau hati pun terima perkara yang mungkar tu...err..em, "Balik Awall....."-bak kat Ustaz Azhar Idrus.

Wallahualam..
p/s- mimpi tak bes hari ni. berkaitan hati dan perasaan. mimpi tu mainan tidur je kan? 

Kemalangan?

Assalamualaikum w.b.t..

Salam pembuka bicara, selamat kembali membaca bagi seseiapa yang ada membaca setitis tinta ana ni. Alhamdulillah, setelah hampir 2 bulan, terdetik juga akhirnya hati ni untuk menulis, sekadar ingin mengisi waktu subuh dengan perkongsian jiwa dan rohani. Tapi sebenarnya lebih kepada perkongsian jiwa.

Hari ni takdir Allah telah menetapkan yang hambanya ni balik ke kuantan dari Kuala Lumpur dengan keadaan yang mengantuk sangat dan kereta yang 'alingment' tayarnye ada problem. Betapanya bersyukurnya hati lemah ini pada sang Pencipta keranamasih lagi dapat mencuri helaan nafas percuma kurniaanNya lagi pada pagi ni. 2 kali hampir2 eksiden di lebuhraya Pantai Timur semalam bukanlah satu perkara yang layak untuk dibanggakan. Cuma ingin menegaskan betapa kekuasaan di tangan Yang Esa. Syukurnya padaNya kerana jiwa lemah ini masih mampu menulis, hidup mencari sinar keampunan dan kesyukuran.

Kali pertama hampir eksiden waktu hujan lebat di area Lanchang menuju ke Temerloh. Hampir terlanggar bumper belakang kereta yang berenti tengah2 jalan sebab rosak waktu tengah hujan. Kali kedua, hampir terlanggar divider jalan di jalan melepasi area gambang pada kelajuan 150km sejam! MasyaAllah, jika benar2 hampir terlanggar, wallahualam apa la yang jadi lepas tu.


Alhamdulillah, umur masih panjang, mungkin esok, mungkin lusa 'waktu' yang sebenarnya, siapa yang tahu. Bersyukurlah buat masa ni, masih lagi dikurniakan kekuatan untuk menghela nafas mengisi ruang hati bernama kehidupan!..

Wallahualam..


p/s- patut la seminggu ni asyik mimpi eksiden je..mimpi macam waktu untuk menghadap Yang Esa da dekat..wallahualam, moral of the story, hayati kehidupan anda sebaiknya, carilah redha Allah didunia, agar tidak sia-sia kehidupan kita di alam seterusnya kelak. =)

Friday, April 1, 2011

Cinta Pertama..

Suria menyinar
memberi kekuatan cinta
cinta Yang Esa
cinta kekasihNya
dan cinta pertama

Cinta pertama
indahnya..
ibarat Adam bertemu Hawa
Yusuf bertemu Zulaikha
Sulaiman bertemu Balqish
Muhammad bertemu Khadijah
dan indahnya..
ibarat permata disinari cahaya
rembulan membiasi malam
bayu meniup lautan..

Cinta pertama
sinar mata mencari Ilahi
halus bibir dibasahi zikir
lunak suara mengalun ayat suci
hati yang Ikhlas, memuji Nur dari Nya

indahnya..
ciri solehah umpama bidadari
datang dari permata hatiku..
Cinta Pertamaku..
durfiqalbi...

.

Tuesday, March 29, 2011

.....

Assalamualaikum..salam pembuka bicara..

Dinginnya pagi..Alhamdulillah hari ni dapat sekali lagi diri ini diberi peluang menghirup udara segar milik Yang Esa.Tiada fokus yang khusus rasanya kali ini. Sekadar tergamam, banyaknya peristiwa yang berlaku dalam masa beberapa jam..

Sepertiga malam sebentar tadi, hatiku terganggu. Sebab utamanya masih menjadi tanda tanya. Benar kata orang, bukan segalanya indah. Tidak dengan bantuan Yang Esa. Menyaksikan ianya menjadi noktah pada sebuah permulaan yang indah. Lantas kaki ini melangkah mencari secebis ketenangan. Bodohnya aku, bahkan ketenangan itu bukannya perlu dicari beribu batu.

Aku terhenti melihatkan Abdullah. Sunyi nampaknya. Alhamdulillah pertemuan itu satu rahmat daripada Allah. Kami bertukar-tukar idea tentang kebesaran Allah. Betapa diri ini masih kerdil, betapa diri ini ingin seklai mengubah apa yang menjadi pelindung pada rahmat Allah, betapa diri ini ingin mengingatkan diri sendiri dan seluruh umat manusia. dan betapa lemahnya untuk kami merealisasikannya.

Tertarik ketika aku mendengar keluhannya pabila berada di dalam sesebuah kelab. Betapa dirinya ingin sekali melangkah dek kelakuan mereka-meraka yang tegar untuk mendekatkan diri padaNya. Tapi tidak terdaya. tidak terdaya selagi dirinya dapat mengingatkan mereka agar berada disesebuah kelab, bukan sekadar ingin mendapatkan kredit dan penyumbang kepada kecermelangan akademik semata. Tapi kerana ingin mencari redha Ilahi. Redha Allah yang meredhai para hambaNya yang memimpin kearah jalanNya yang benar. Ya Allah, indahnya rahmat yang Kau berikan padanya.

Aku sedar ya Allah..apa yang aku lakukan belum cukup untuk mendapatkan redhamu. Terkadang aku menegur, dilabel padaku sebagai melebih-lebih, terkadang aku bersuara dilabelnya aku menjaga tepi kain orang. Terkadang aku cuba membetulkan, tuba yang aku terima..belum cukup ya Allah, belum cukup lagi ruang untuk aku menerima rahmatMu..banyak yang perlu diperbetulkan dan banyaknya dosaku ya Allah! Ampunkanlah daku..moga seluruh insan yang kusayangi, semua saudara seIslamku, dan moga diriku dapat terus mencari rahmatMu  ya Allah. Aku rindukan syurgaMu...

Friday, March 25, 2011

Malu..

Assalamualaikum w.b.t

Salam pembuka bicara.

Tajuk entri kali ini nampaknya macam da biasa kita dengar.
Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a:
” Suatu ketika Rasulullah SAW terserempak dengan seorang Ansar (lelaki) yang sedang menegur saudara lelakinya kerana ia sangat pemalu. Ketika itu juga rasulullah SAW bersabda:” Biarlah dia kerana malu adalah sebahagian daripada iman.”

(al-Bukhari)

Dari sudut syarak malu adalah menahan diri dari melakukan sesuatu yang mengakibatkan sesuatu yang negatif bukan malu tersipu-sipu yang tidak kena pada tempatnya. Sifat malu tersipu-sipu dan merendah diri ini adalah al-jahalu. Contoh malu tersipu-sipu hingga takut menjawab soalan guru di kelas adalah contoh al-jahalu. Sikap ini disebabkan kurangnya keyakinan diri dan lemah peribadi. Tetapi al-haya’ (malu) adalah disebabkan sifat percaya diri dan kuat keperibadian lantaran kuatnya iman dalam menolak segala sesuatu yang negatif.

Maka sifat malu itu sendiri adalah sebahagian daripada iman dan terpuji. Sifat malu menjadikan seseorang jauh daripada perbuatan hina dan maksiat sebaliknya meletakkan dirinya dalam keadaan kesempurnaan kerana selalu melakukan hal-hal yang positif. Contohnya para wanita. Umum kita mengetahui bahawa para wanita itu dikurniakan 9 bahagian malu daripada Allah S.W.T berbanding lelaki yang mana hanya mempunyai 1 bahagian. Umum juga kita mengetahui bahawa sifat malu dan wanita memang tidak dapat dipisahkan. Wanita yang malu pada tempatnya, di mana si Isteri yang malu untuk mempertontonkan dirinya kepada lelaki ajnabi,membuat sesuatu tanpa pengetahuan si suami yang mendatangkan kemarahan suami dan keretakan sumah tangga, wanita remaja yang malu untuk bergaul bebas dengan para lelaki, bebas bersembang, berbual, tanpa batasan, malu untuk mendedahkan auratnya meskipun secebis pandangan, itu adalah wanita yang dirahmati Allah S.W.T.

Maaf jika para wanita membaca mungkin menyifatkan penulis sedikit 'bias', bahkan penulis sebenarnya kagum dengan apa yang dikurniakan Allah pada para wanita. Sudahkah saudara-saudari sekalian lupa bahawa para wanitalah yang mudah untuk mendapat rahmat, keampunan dan kerdhaan Allah berbanding lelaki. Tapi awas! juga, mereka jugalah yang mudah untuk menjejekkan diri ke arah kemurkaan Allah dan menempah tiket di neraka bagi mereka yang lalai!. Sifat malu yang dikurniakan Allah adalah bonus sebenarnya bagi para wanita untuk menempah tiket ke syurga abadi, berbanding lelaki. Nikmat bukan kurniaan Allah? Adil dan saksama.

Mereka yang menghargai sifat malu akan berkata bahawa:
“ Sesungguhnya aku adalah lebih tinggi daripada perbuatan terkutuk itu dan aku lebih mulia daripada perbuatan tercela itu.”. Dengan perkataan lain seseorang yang tidak mempunyai sifat malu, dia bukanlah hidup sebenarnya, tetapi sudah mati atau hampir mati imannya.


Wallahualam..

Thursday, March 24, 2011

kisah Hassan Al-Banna siri-4


LAHIRNYA IKHWANUL MUSLIMIN Pada Mac 1928, ada 6 ikhwan - yang mendapat pengaruh dari ceramah-ceramah al-Banna yg bermula di kedai kopi, yang kemudian dibawa ke musholla untuk dibimbing secara intensif - mengunjungi al-Banna, mengutarakan kesedihan hati mereka melihat perlaksanaan syari’at Islam di sekitar mereka. Bahkan mereka merasa sudah bosan melihat umat Islam terhina dan terbelenggu oleh penjajah Eropah. Al-Banna tersentuh jiwanya, dan akhirnya terjadi bai'at antara mereka bahawa mereka akan hidup bersaudara, beramal untuk Islam dan akan berjihad di jalan Islam. "Apa nama kumpulan kita ini?" tanya salah seorang di antara 6 orang ikhwan tersebut. Al-Banna menjawab: "Kita adalah saudara-saudara kandung yang berkhidmat kepada Islam. Jadi, kita ini adalah IKHWANUL MUSLIMIN (yang erti sebenarnya: saudara-saudara yang sama-sama muslim)." Itulah sejarah terbentuknya Ikhwanul Muslimin, yang lahir tanpa perencanaan. Ikhwan pada mulanya bertujuan untuk meningkat sahsiah individu dan terlibat dalam aktiviti kebajikan.

Setelah itu, al-Banna mendirikan Darul Ikhwan, dari wang yang mereka kumpulkan sendiri, iaitu dari gaji mereka yang sangat sedikit untuk ukuran saat itu. Bahkan ada salah seorang ikhwan yang harus menjual motosikalnya, karena komitmennya untuk pembangunan itu. Ikhwan yang dimaksud bernama Ali Abul A’la, yang biasanya selalu tiba tepat waktunya di setiap liqo’ (pertemuan), tetapi suatu ketika terlambat setengah jam. Al-Banna tertanya-tanya, mengapa Ali sampai terlambat? Tentunya akhi Ali tidak mau berterus terang, tetapi setelah didesak, dia mengaku bahwa dia telah menjual motosikalnya di pasar untuk memenuhi target pembangunan Darul Ikhwan. Sedangkan jarak pasar dan tempat liqo’ cukuplah jauh. Demikianlah, dari Darul Ikhwan, dibangunkan masjid. Di sekitar masjid, didirikan madrasah untuk ikhwan, kemudian untuk akhawat Ikhwan, sejak pada waktu itu, mula menyebarkan prinsip Islam, bahawa Islam itu merupakan “pegangan dan negara, perlembagaan dan perjuangan, serta satu cara hidup”.

Prinsip ini merupakan asing bagi kebanyakan cendekiawan muslim pada masa itu, yang percaya Islam hanya terbatas kepada dinding-dinding masjid sahaja. Al-Banna menyeru kepada penolakan semua fahaman Barat, menekankan agar kembali kepada asas dan ajaran Islam sebenar. Melalui Ikhwan, al-Banna telah melakukan yang lebih baik daripada pemikir-pemikir lain pada masa itu. Al-Banna berikhtiar untuk membawa perubahan yang beliau harapkan melalui pembinaan institusi dan aktiviti berterusan di peringkat akar umbi. Dalam usaha menempatkan Ikhwan dalam masyarakat, al-Banna memanfaatkan sepenuhnya social network yang telah wujud, terutamanya yang terbina di antara masjid dan pertubuhan-pertubuhan Islam lain yang berorientasikan kebajikan.

Hubungan yang rapat ini telah diadaptasikan hingga menjadi satu struktur moden, yang menyumbang kepada kejayaan al-Banna. Diletakkan secara langsung di bawah organisasi Ikhwan ialah perniagaan, klinik dan sekolah-sekolah. Selain itu, setiap ahli digabungkan ke dalam organisasi melalui unit-unit kecil yang dipanggil usrah (keluarga).

PERKEMBANGAN IKHWANUL MUSLIMIN Pada tahun 1933, di atas kemahuannya sendiri, al-Banna dipindahkan ke Kaherah, di mana beliau turut memindahkan pusat gerakannya. Sejak dari saat itu, Ikhwan telah berkembang dengan pesat dan Kaherah menjadi pusat da’wah. Faktor utama yang menyumbang kepada perkembangan mendadak ini ialah organisasi dan ideologi kepimpinan yang diterapkan oleh al-Banna.

Pada 1934, Ikhwan telah membuka lebih daripada 50 cawangan di Mesir. Pada hujung 1930an, Ikhwan telah mempunyai cawangan di setiap daerah di Mesir. Ikhwan menubuhkan banyak sekolah, masjid dan kilang. Beliau menerbitkan akhbar harian di Kaherah yang diberi nama “al-Ikhwan al-Muslimoon” yang membolehkan beliau berda’wah dengan lebih meluas, berbanding dengan syarahan. Selepas 1938, Ikhwan mula menampakkan menampakkan luarannya yang bercorak politik. Ikhwan menggesa ke arah dunia Islam yang sejati dan menolak Barat dan sekular. Ikhwanul Muslimin melihat pemikiran sebeginilah yang merosakkan asas masyarakat Islam di era moden, dan menganjurkan kembali kepada Islam sebagai penyelesaian kepada masalah dan penyakit masyarakat Islam.

Pada akhir perang dunia kedua, Ikhwan telah mempunyai 500 000 ahli yang aktif dan lebih kurang 2 kali ganda penyokong (ada sumber yang mengatakan 3 juta). Akitiviti Ikhwan mula melampaui sempadan antarabangsa. Ikhwan turut berkembang dengan pesat di Jordan, Syria, Palestin, Lubnan dan Afrika Utara. Pada awal 1950an, cawangan Ikhwan telah ditubuhkan di Syria, Sudan dan Jordan. Antara 1942-45, al-Banna banyak melawat Jordan bagi mengembangkan sayap Ikhwan di sana. Lebih daripada 2000 cawangan ditubuhkan secara keseluruhannya dan 50 di Sudan. Kemudian, pengaruh Ikhwan telah dirasai di merata tempat di dunia, di Teluk dan negara bukan Arab seperti Iran, Pakistan, Indonesia dan Malaysia.

Dalam usia yang begitu muda, al-Banna telah muncul sebagai pemimpin besar, selaku Mursyidul Am Ikhwan yang pertama. Antara yang berada di bawah pimpinannya ialah tokoh-tokoh hebat seperti Syaikh Muhibbudin Al–Khatib (seorang ahli hadis dan tokoh Jamaah Ansharus Sunnah), Syaikh Amien Al-Husaini (Mufti Palestin), Syaikh Dr Mustafa As-Siba'i (ahli hukum, intelektual dan tokoh pejuang Palestin), Syaikh Muhammad Al-Faraghy (patriot besar yang hanya mahu meninggalkan Iskandariah bila al-Banna yang menyuruhnya, bukannya British dengan segala kekuatan tentaranya).

Peningkatan yang mendadak ini mula menarik perhatian British dan anak didik mereka, iaitu ahli-ahli politik Mesir ketika itu. Mereka mendesak al-Banna untuk tidak meneruskan gerakannya, namun beliau tetap pada kedudukannya. Bahkan Richard Michael, agen CIA di Kedutaan AS di Kaherah, Mesir tampak ketakutan ketika Sirah Nabawiyah yang diajarkan al-Banna telah membangkitkan semangat perjuangan generasi muda muslim. British pernah menjemput al-Banna ke kedutaan mereka untuk jamuah teh. Beliau telah dipuji di atas personaliti dan karektornya yang baik, serta kerja-kerja kebajikan kepada orang-orang miskin, anak-anak yatim dan janda telah diberikan tepukan yang gemuruh. British mengadakan dunia adalah terlalu fragile dan Mesir hendaklah dibina ke arah modenisasi dan kemakmuran. British membayangkan bahawa Ikhwan perlu mendapatkan pertolongan daripada British untuk terus maju.