![]() |
bijak sungguh manusia..setiap yang dilakukan pasti ada agendanya yang tersendiri..tapi kita masih menyokong walaupun membenci, bukan begitu? |
Monday, December 20, 2010
Facebook...antara kebaikan dan pemusnah
Posted by IbnU_ShaFie at 5:35 AM 0 comments
Mintak LESEN dulu..


Posted by IbnU_ShaFie at 12:47 AM 0 comments
Friday, October 15, 2010
Kisah Teladan- Jangan Berhenti Memberi Nasihat
Tersebut sebuah kisah pada zaman kegemilangan Islam dahulu, terdapat seorang tua yang cerdik, alim dan kaya raya sedang nazak dirumahnya. Beliau memanggil anak-anaknya untuk memberi peringatan terakhir. Seolah-olah mengetahui akan masa ajalnya, sebelum beliau dipanggil ke ilahi, beliau memesan kepada anak-anaknya agar setelah jenazahnya dimandikan dan disucikan kelak, sarungkanlah sebelah stokin ke kakinya sebelum dikafankan.
Tidak lama selepas itu, Si tua tersebut dipanggil untuk menghadapa ilahi. Seisi rumah menjadi suram dan bungkam. Setelah dimandikan dan disucikan, tukang mandi jenazah hendak mengangkat jenzah arwah tersebut untuk dikafankan. Si anak yang mendengar akan kata-kata terakhir ayahnya, teringat akan wasiat stokin tersebut. lantas beliau mencari stokin untuk disarungkan ke kaki bapanya. Belum sempat disarungkan, tukang mandi jenazah membantah keran hal seperti itu adalah tidak sma sekali dibenarkan didalam Islam. Si anak mengatakan bahawa itu adalah wasiat terakhir ayahnya dan perlu dilaksanakan walaubagaimana sekalipun. Pertengakaran tersebut dibawa kepada pandangan mufti dan ijtihad para ulama'. walau bagaimanapun, perlakuan tersebut tetap adalah dilarang didalam Islam.
Rupanya, tanpa Si anak mengetahui, ada seroang lagi tua yang kagum melihat aksinya yang begitu ta'at akan perintah bapanya. Beliau mendekati Si anak dan mula memulakan bicara.
"Wahai orang muda, aku amat kagum melihatmu yang begitu ta'at dengan permintaan bapamu, walaupun perkara tersebut adalah dilarang didalam Islam. Sebenarnya, aku adalah seorang yang diamanahkan oleh bapamu untuk memegang wasiatnya yang menyatakan bahawa segala harta dan pemilikannya adalah milikmu sekarang wahai orang muda."
Apabila melihat si anak masih lagi terpinga-pinga, Si tua itu tersenyum dan menyambung bicaranya,
"Apa yang dilakukan olehmu merupakan satu bukti bahawa kamu masih menghormati dan menta'ati ibubapamu walaupun mereka telah tiada, satu kemuliaan yang tiada pada adik beradikmu yang lain. Seperkara lagi, tentang stokin itu, itu adalah satu nasihat bapamu kepadamu. Lihatlah wahai orang muda, apabila bapamu telah memulakan langkah menghadap Ilahi, tiada apa pun yang dibenarkan untuk dia bawa bersama bahkan sehelai stokin, harta benda juga tidak boleh dibawa, melainkan hanya ilmu dan amalanmu untuk menghadap Yang Esa, bersedialah dari sekarang memandangkan kamu masih mempunyai banyak masa daripadaku," -
Posted by IbnU_ShaFie at 5:43 AM 0 comments
Jerawat dan manusia
Assalamualaikum w.b.t
3 bulan menyepi, akhirnya dapat juga dicari sedikit kudrat untuk terus mencari ruang untuk berdakwah melalui tulisan. Jika dilihat pada tajuk entri kali ini, perlu diingatkan awal-awal, ana bukanlah hendak membicarakan tentang jerawat atau cara-cara mengubatnya, cuma ingin berkongsi sedikit nasihat daripada bekas naqib baru-baru ini.

Kecewa dengan bandar yang pertama, pergilah sang lelaki ke bandar yang kedua dan seterusnya pula. Ramai wanita dijumpainya, yang berwajah cantik, baik, pandai memasak, dan pelbagai lagi kesempurnaan yang ada pada wanita, namun semuanya dihancurkan dengan satu masalah. "Banyak betul jerawat." Akhirnya, pasrah dengan calon-calon yang tidak mengena pada "taste" beliau, sang lelaki kembali ke rumah dengan hati yang lara dan terus berada dalam kesunyian.
Saudara, kisah jerawat ini sebenarnya pandangan para kafir pada umat Islam kini. bezanya dengan kisah diatas, bukanlah jerawat yang dipandang, tetapi akhlak sebenarnya yang dipandang. Seorang lelaki Islam yang baik hatinya dipandang mulia oleh rakannya yang beragama kristian, namun kemuliaan itu hancur bila lelaki Islam tersebut memakai seluar pendek ketika bermain bola dengan rakan-rakan. Inikah yang dibenarkan Islam? Baikkah akhlaknya jika begitu? Begitu juga dengan wanita yang ampuh ilmunya, namun tewas dengan godaan aurat. Tudung makin mengecil, baju makin sendat. Inikah yang dibenarkan Islam? Tidakkah kita malu dengan pandangan sinis para kafir yang gembira, akhirnya umat Islam tewas dengan sendirinya dengan mebiarkan akhlak mereka ternoda begitu saja? Dunia semakin berubah pada kejahilan, akhir zaman datang menyapa, tetapi jangan kita lupa, bukankah akan tiba jua satu masa nanti dunia akan berubah kepada zaman kegemilangan islam kembali? Bukankah ianya tugas kita untuk memastikan dunia berubah sebegitu? Tolonglah saudaraku, janganlah leka, kembali pada dunia yang nyata. Belum terlambat untuk memohon taubat, tingkatkan kembali akhlak yang hilang dipandang dalam kehinaan oleh musuh-musuh agama kita. Renungkanlah..
Posted by IbnU_ShaFie at 5:11 AM 0 comments
Friday, July 2, 2010
Yang tertutup itu Indah..
Assalamualaikum w.b.t
Salam pembuka bicara..Sudah lama benar rasanya tidak menjengah ke dunia IT ni, apatah lagi mencari sedikit masa menulis di laman blog yang sudah agk lama dibiarkan kusam ni. Mungkin sibuk dengan bicara kemasukan baru untuk meneruskan pelajaran yang sedikit rumit barangkali. Sebentar tadi, terdetik hati untuk mencuri masa menziarahi laman-laman blog para sahabat serta laman blog di ruangan Facebook. Hati ini tertarik dengan nota Ustaz Zahazan Mohamed yang berjudul "Tudung Labuh - Pengalaman menarik Fatimah Syarha menerusi kolum Remaja Majalah Solusi isu no 21."
Dalam nota tersebut, dikisahkan tentang pengalamanya semasa bertudung labuh, dan apa yang menyebabkan dirinya tertarik dengan tudung labuh buat pertama kali. Sebelum mengulas lanjut, suka untuk diri ini mengingatkan, bahwa hasil tulisan ini hanyalah pendapat dan luahan peribadi. Ana sedar, kian ramai yang mempertikaikan nilai seorang wanita itu tatkala tudung labuh menghiasi diri. Pasti kedengaran suara-suara yang mengkritik dan mencela. "tak semestinya pakai tudung labuh, perangai baik.".Isu yang sedemikian rupa, amat sukar ditafsirkan oleh pemikiran manusia bagi mencari penyelesaian. Hakikatnya, ana berpendapat, desakan godaan syaitan yang lahir daripada kelemahan iman didada itulah yang menyebabkan timbulnya mehnah yang menyakitkan telinga mendengar serta mata yang memandang. Golongan-goglongan mereka yang sebeginilah sebenarnya merendahkan nilai dan keistimewaan tudung labuh itu dimata masyarakat kini.
"Yang Tertutup itu Indah"
'Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, ‘hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu'.
memang benar kata penulis artikel tersebut, jikalau buku pun kita sayang, dibalut punyalah tebal.siap sampul berbunga-bunga lagi, bagaimana dengan diri empunya sebagai seorang wanita? Jikalau kita perhalusi dari segi pemakaian tudung labuh, banyak kelebihan dan keistimewaan yang bakal diperoleh sebenarnya. Tapi pakai pun, kenalah betul niatnya, bukan sekadar nak dapat kelebihan sahaja, bukan begitu? Jika di dunia telah Allah tunjukkan kelebihan dan keistimewaan bagi mereka yang menutupi aurat mereka dengan sebaiknya? Apatah lagi di Syurga kelak?
Mohon jangan disalah tafsir ya, bukanlah diri ini hendak memandang rendah bagi mereka yang bukan bertudung labuh, bagi ana, selagi pemakaian tersebut menutup aurat dengan sempurna, biarpun bukan dengan bertudung labuh, tidak ada salahnya. Pokoknya, menutup aurat. Penghormatan akan diberikan kepada mereka yang menutup aurat, baik manusia, bahkan Yang Maha Esa. Entri ini hanya sekadar menjelaskan keistimewaan bertudung labuh sekiranya dibaluti beserta dengan niat dan nilai keislaman yang indah dan penuh dengan rasa tawadhu'. =)
Wallahu'alam, maaf andai tersilap bicara.
Posted by IbnU_ShaFie at 9:30 AM 0 comments
Thursday, June 3, 2010
Bingkisan Doa untuk Keluarga Bahagia
Assalamualaikum w.b.t
Salam pembuka bicara. Hari ini penulis meluangkan sedikit masa untuk menonton rancangan ilmiah siaran TV9, 'Semanis Kurma' yang mebincangkan tentang "Isteri Overpower". Nak tergelak pun ada bila baca tajuk tu. Tapi hakikatnya, topik yang dibincangkan dirasakan kena dengan peredaran masa sekarang yang menyaksikan sesetengah keluarga mengenepikan suami sebagai ketua keluarga dan si isteri yang mengambil tanggungjawab itu. Ini belum dibincangkan lagi tentang sikap si suami atau perangai yang menyebabkan mengapa isteri jadi overpower dan sebagainya.Bertepatan dengan tajuk entri di atas, penulis malas nak berbincang panjang pasal topik ni sebab Ustazah Norbahyah dan Ustaz Wan Akasyah pun dan letih berceloteh dalam Semanis Kurma tadi, sekadar nak mengulang sedikit celoteh mereka, yang memberikan 2 Doa dalam usaha untuk menjana keluarga yang bahagia.
Surah AsSyua'ra' ayat 169
"(Luth berdo'a): Ya Tuhanku selamatkanlah aku beserta keluargaku dari (akibat) perbuatan yang mereka kerjakan"
Surah An-Naml ayat 19
"maka dia tersenyum dengan tertawa kerana(mendengar) perkataan semut itu dan dia berdoa: Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri ni'mat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua ibubapaku, dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai dan masukkanlah aku dengan rahmat-Muke dalam dolongan hamba-Mu yang soleh"
Penerangan.
Kedua-dua doa ini adalah doa Nabi Luth A.S dan Nabi Sulaiman A.S (tatkala baginda melihat semut berkata-kata). Resam dunia, pasti ada yang melihta kebahagian sesuatu keluarga itu dengan inspirasi yang negatif, dan setrusnya menghasilkan cemburu. Amalkanlah doa ini, agar segala ancaman syirik dan suntikan syaitan laknatullah dapat dicegah seterusnya mengahsilkan sebuah keluarga yang dilinungi, dan diredhai Allah S.W.T,
-lebih afdhal lagi, bacalah ayat diatas dengan terjemahan bahasa arab.
Wallahualam.
Posted by IbnU_ShaFie at 9:17 AM 0 comments
Sunday, May 30, 2010
Kekasaran bahasa -dimana penyudahnya?
Assalamualaikum w.b.t
Segarnya pagi ahad dengan secawan kopi yang dibancuh sendiri. ditambah pulak dengan cekodok pisang panas sambil membaca surat khabar. Dah rasa macam orang tua yang berkeluarga pun ada. Namun begitu, keindahan pagi itu seolah-olah tercemar apabila ana terpandang sisipan di depan muka akhbar Utusan (ruangan senyum kambing) yang membicarakan tentang kekasaran bahasa seorang ahli politik terkenal kepada seorang hakim.
Bukan hendak berbicara tentang politik disini. Cuma ingin mengajak pembaca berdiskusi. Sebenarnya, ana sendiri pun dah bosan dengan isu kekasaran bahasa ni.
mari kita selami sikit terjemahan surah Al-hujurat ayat 11
"janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk…" (Al-Hujuraat : 11)
individu yang memanggil individu yang laen dengan perkataan yang buruk, bukanlah perkara yang asing lagi bagi masyarakat dunia sekarang. Budak kecik umur 6 tahun pun da pandai guna bahasa yang kasar-kasar. Apatah lagi orang dewasa yang layaknya berfikir mana yang baik dan buruk?? mana-mana tempat pergi pun mesti dengar punya. Daripada menyumpah seranah hanya kerana kaki tersepak batu, sampailah menyumpah seranah sebab member taknak kasik pinjam RM5 sebab nak beli "chicken maryland" di cafe E (kat CFSIIUM).
Kalau kita renung kembali terjemahan ayat di atas, panggilan yang buruk untuk orang lain, bukanlah satu perkara yang diredhai Allah, jauh lagi dapat pahala. Ayat yang keluar dari isi Al-quran, adalah ayat yang difirmankan oleh Allah. Tegahan sebegitu, bermakna panggilan yang buruk dan kasar untuk seseorang yang lain, bukanlah satu perkara yang disukai Allah. secara otomatiknya, mengundang kemurkaan Allah S.W.T
macam mana nak atasi? Bagi pendapat ana, kalau umur dah meningkat remaja, seterusnya dah beranak pinak, tapi masih lagi mengamalkan amalan yang tak disukai Allah ni, bukanlah perkara yang senang untuk diubah. melainkan dengan dakwah yang berterusan dan kesedaran daripada individu itu sendiri. Marah macam mana sekalipun, toksahlah mencarut tak tentu hala, sumpah seranah kat orang lain. Apa kata beristighfar, ambil wudhu', doakan kesejahteraan manusia yang buat kita marah tu, semoga Allah memberi petunjuk agar dia dapat melalui jalan yang betul. macam tu kan bagus..
Cakap senang la, kalau dah marah, air pun tak tau nak cari kat mana untuk ambil wudhu'. benar, tapi cubalah kuatkan iman, pelihara diri masing-masing agar lari daripada segala perkara yang Allah tak suka, cakap nak masuk Syurga, kenalah dapatkan amalan yang secukupnya, bukan begitu?
Kalau budak-budak pula, ada sedikit idea ringkas untuk menegah. Lazimnya, ibubapa menjadi idola dan public figure untuk anak-anak, dah kalau bapaknya pun suka mencaurt kat orang lain, apatah anaknya lagi, bagi bakal ibubapa nanti, peliharalah anak-anak dengan sebaiknya agar kata-kata yang kasar dapat diganti dengan alunan zikir dan perkataan yang indah. Mungkin sukar dengan adanya cabaran daripada sumber2 luar seperti pengaruh sahabat dan sebagainya, sekurang-kurangnya, ketegasan anda dapat menjadi wakil untuk menonjolkan betapa tegasnya larangan daripada Allah S.W.T
Anak :"tak suka lah si fulan tu, dia tu b*****!!!"
Mak : "Tak baik cakap macam tu, Allah tak suka. nak masuk neraka ke nanti??"
kan senang, =) macam ni pun boleh lah...
wallahualam..
p/s- ana takde nak provok mana-mana pihak, cme ingin menyuarakan pandangan =)
Posted by IbnU_ShaFie at 10:42 AM 0 comments
Wednesday, May 26, 2010
Kata-kata dan Dosa
Assalamaualikum w.b.t
Salam pembuka bicara..
Alhamdulillah, masih diberi kekuatan jiwa dan iman untuk terus menongkah arus kehidupan yang makin mencabar.
Pagi ini terluang sikit masa yang sebelum ini digunakan hanya untuk tidur dan berkhayal. Hampir-hampir nak terfikirkan tentang superbike (lagi), tiba-tiba datang offer daripada ukhti untuk ganti beliau mengajar kelas agama fardhu ain (KAFA), di sebuah Sekolah Agama Rakyat di kampung ana. Mula-mula tu cuak la juga. Pasal bab-bab mengajar pasal agama ni bukan boleh dibuat main-main. Alhamdulillah, sampai di sekolah, kena mengajar budak-budak tahun 2 dan 3 saja rupanya. Hilang la cuak tu sikit. Subjek yang diajar pun, hanyalah tentang pemahaman Al-quran, Sirah Nabawiah, dan juga Penulisan Jawi. Tapi entri hari ni, bukan nak bercerita pasal pengalaman mengajar.Sabar dulu..
Pulang dari mengajar, terus drive ke Rompin untuk menziarah saudara jauh yang meninggal dunia di sana. 2 jam perjalanan dari kuantan ke bandar Rompin, rasanya amat meletihkan. Sampai semula di rumah, kira-kira jam 6 petang, masuk saja rumah, terpancarlah sebuah iklan dari peti televisyen. Kalau tak silap ana, bercerita tentang alat kosmetik rasanya. Iklan kosmetik yang dapat mencerahkan kulit si pemakai (wanita khususnya) dalam masa beberapa minggu saja.Satu ayat yang membuatkan ana tertarik untuk menulis kali ini adalah


'Kata ibarat pedang, silap cakap, buruk padahnhya!'
Bertaubatlah jika kita ada sejenak membenci ciptaan Allah yang sempurna.
Wallahualam.
Posted by IbnU_ShaFie at 10:41 AM 0 comments
Thursday, May 20, 2010
April Fool?? kan dah bulan mei sekarang..


Menurut sejarah, Fool?s Day atau april Fool mula diraikan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam yang bertapak berkurun lamanya di Granada, Sepanyol yang ditawan oleh tentera Kristian. Akibatnya, penduduk Islam terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera Kristian ternyata tidak berpuashati dan cuba menghapuskan orang Islam dari bumi Sepanyol.
Oleh itu, mereka membuat satu helah dengan memberitahu penduduk Islam bahawa mereka boleh keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Di kalangan umat Islam, ada yang mempercayai dan sebahagian lagi sangsi dengan pemberitahuan itu.Mereka yang mempercayainya telah meninjau di pelabuhan dan berpuashati lalu memutuskan untuk bertolak pada keesokannya hari(1 April).
Keesokan harinya, Mereka keluar membawa kesemua barangan dan menuju ke pelabuhan. Pada ketika itulah, puak Kristian mengambil kesempatan untuk menyerang penduduk Islam berkenaan. Mereka tidak sempat menaiki kapal kerana semuanya telah dibakar. Manakala orang Islam yang berada di sekitar telah dibunuh tanpa mengira lelaki,perempuan atau kanak-kanak.
Peristiwa berdarah itu kemudian diraikan oleh tentera Kristian yang kemudiannya menjadi acara tahunan. Apa yang menyedihkan, orang-orang Islam merayakannya tanpa menyedari bahawa mereka sebenarnya meraikan ulangtahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.
Masyarakat hari ini sebenarnya tidak mengetahui dengan jelas asal usul April Fool?s. Selain boleh merosakkan akidah, budaya ini sebenarnya meniru gaya hidup kebaratan yang bertopengkan humor,gurauan,lelucon dan komedi. Bagi mereka, 1 April merupakan hari kejutan dengan berbagai perkara pelik, humor dan memalukan.
Namun apa yang dilihat hari ini ia banyak membawa unsur memalukan orang lain. Ia bukan sahaja memperbodohkan si pelaku tetapi juga yang menerima akibat bersesuaian dengan nama Fool itu sendiri yang bermaksud bodoh atau tolol. Jelas ia cuba menjatuh air muka dan martabat seseorang. Bagi yang bersikap selamba mungkin boleh menerima gurauan tersebut, tetapi bagi tidak dapat menerima pasti akan menyimpan persaan negatif dalam diri hingga akhirnya menjadi seorang yang pendendam hingga sanggup menjadi pembunuh. Ini merupakan sesuatu yang tidak diterima oleh landasan syarak.
Kita tidak wajar berkiblatkan budaya barat apatah lagi mengagungkannya kerana Islam agama yang tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya. Islam mempunyia adab dalam bergurau senda tanpa menganiyai orang lain. Selain menghormati orang lain, kita juga diwajibkan menutup keaiban orang lain.
Bagi yang kurang memahami sejarah, mereka tidak merasakan apa-apa tentang budaya April Fool?s tanpa menyedari bahawa ia merupakan satu penghinaan halus ke atas umat Islam.
Akhirnya, marilah sama-sama kita renungi sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Kamu pasti akan mengikuti jejak-jejak orang-orang sebelum kamu, sejengka demi sejengkal, sehasta demi sehasta hingga mereka masuk ke dalam lubang biawak sekalipun , pasti kamu tetap mengikuti mereka". Kami bertanya, "Wahai Rasulullah SAW, Yahudi dan Nasrani?Baginda menjawab "Lalu siapa lagi(kalau bukan mereka).
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim."
Wallahu'alam
Posted by IbnU_ShaFie at 10:32 AM 1 comments
Doa mudah ingat pelajaran (untuk dikongsi bersama)

Posted by IbnU_ShaFie at 9:57 AM 1 comments
Tuesday, May 18, 2010
Suami Soleh - pilihan wanita solehah..
jam dah menunjukkan 2.00 pagi, mata pun belum mengantuk lagi. cengkerik pun da berbunyi, burung hantu apatah lagi, memecah kesunyian pagi. pulak tu, anjing pun sibuk nak bersahut sahutan di kala pagi. pelik juga, di kawasan perumahan pun ada cengkerik. Bak kata sahabat ana, "cengkerik ada dimana-mana selagi ada situasi sunyi,". Falsafah yang tak boleh pakai, tapi ada benarnya juga..
Mata yang kuyu dipaksa pejam lagi.degil benar rasanya mata ni. ayat Kursiyy pun dah berulang kali dilafazkan. Tak apa lah, online kejap. check e-mail sikit. ~HahahHAHAhaha~ henset ana berbunyi (pkai alert shin chan gelak). 'sahabat' ana bagi mesej. Alhamdulillah, ade jugak peneman di kala sunyi. mesej-online-mesej-online-mesej-online, tiba2 dapat ilham nak tulis blog setelah ana melayari satu blog yang menulis tentang ciri2 Isteri Solehah. Banyak betul orang duk bercerita pasal isteri solehah ni. maklumlah, dunia pun da rmai orang yang nak kawin cepat. Tambah2 lagi budak universiti. Kalau mereka asyik bercerita pasal isteri, mari kita bercerita pasal suami pula. Biar anak-anak muda yang nak kahwin tu tengok dulu, ada tak ciri-ciri ni kat mereka, baru boleh kahwin. Jadi, di bawah ini, ada ana sertakan sedikit ciri-ciri suami pilihan dan ciri-ciri suami yang soleh yang di copy paste dari akanmati.wordpress.com dan nurjeehan.wordpress.com (da mintak kebenaran ok...)
18 Ciri-Ciri Suami Yang Soleh
1. Suami yang taat dalam melaksanakan perintah serta suruhan Allah dan RasulNya dan dapat pula membimbing isterinya
2. Suami yang mampu memberikan nafkah sama ada zahir ataupun batin
3. Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan , dorongan , didikan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab rumah tangga dan juga terhadap Allah S.W.T.
4. Suami yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan isteri yang timbul bersama jiran tetangga atau sebagainya.
5. Suami yang dapat memberikan pemerhatian dalaam hal keselamatan, kebajikan dan kesihatannya.
6. Suami yang dapat menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan yang sempurna mengikut kemampuannya
7. Suami yang penyabar dan tidak mengggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan sesuatu.
8. Suami yang tidak cemburu buta tanpa asas terhadap isterinya yang mana boleh merosakkan keutuhan rumah tangga mereka.
9. Sentiasa memberikan kasih sayang, belas kasihan dan pergaulan yang baik terhadap isterinya.
10. Suami yang sentiasa menjaga rahsia isterinya dan tidak didedahkan kepada orang lain.
11. Suami yang ikhlas dan jujur serta dapat menepati janji terhadap isteri dan anak-anak.
12. Suami yang menjauhkan diri dari perbuatan maksiat seeprti meminum minuman keras, berjudi, berzina, menipu, mencuri dan sebagainya.
13. Suami yang dapat memberikan penjagaan dan pemerhatian yang baik terhadap isterinya. Penjagaan ini meliputi semua hal termasuk kehormatannya.
14. Suami mestilah bijak memahami persaan dan hati isteri sama ada dengan perbuatan atau perkataan, jangan biarkan dirinya dalam keadaaan bersedih.
15. Suami yang sentiasa mengutamakan kebersihan diri, zahir dan batin.
16. Suami mestilah menahan dirinya dari bergaul secara bebas dengan wanita lain.
17. Suami yang dapat menyelidiki secara cermat dan teliti segala hal yang disampaikan oleh orang lain yang berkaitan dengan isterinya.
18. Suami yang bijak dalam memimpin rumah tangganya dan melaksanakan tugas dengan penuh amanah serta bertanggungjawab.
Ciri-Ciri Suami Pilihan
* Kuat agamanya
Biar sibuk sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang taat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin. Utamakanlah pemuda yang jujur membimbing dan memelihara iman anda.
* Baik akhlaknya
Ketegasannya nyata tetapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara. Mudah di bawa berbincang. Tidak terlalu berahsia.
* Tegas mempertahankan maruah
Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam? Adakah dia jujur sebagai pelindung maruah seorang perempuan?
* Amanah
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.
* Pemurah tetapi tidak boros
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dan harta dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.
* Tidak liar matanya
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.
* Terbatas pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah jadi fitnah orang, tetapi dia tidak mengamalkan cara hidup bebas.
* Rakan pergaulannya
Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Sebaik-baik teman adalah teman yang soleh.
* Bertanggungjawab
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab.
* Tenang wajah
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.
Jadi, renung-renungkanlah, baik lelaki mahupun wanita, pastikan pasangan anda mempunyai ciri-ciri ini sebagai pemanis resepi rumah tangga yang bahagia..=)
wallahualam..
Posted by IbnU_ShaFie at 11:27 AM 0 comments
Sunday, May 16, 2010
Istana Alhambra- bukti penguasaan Islam di Andalusia


Ibnu_shafie ; 9.05 pm (16 mei 2010)
Posted by IbnU_ShaFie at 6:21 AM 2 comments
Friday, May 14, 2010
Sultan Muhammad Al-Fateh, wira pembukaan constantinaple

Posted by IbnU_ShaFie at 3:18 AM 1 comments